hutang separa lunas.


posted by ~ n.u.u.r ~

5 comments

Bismillahirrahamanirrahim..

note: post ditype satu ketika dahulu, tidak selesai, ttp tetap dipost lantaran sudah berjanji.

Susunan dan aturan Allah itu sungguh, tidak pernah ada yang sia-sia.
Pasti ada kerananya, pasti ada sebabnya, pasti ada hikmahnya.
Yang mana ia jauh lebih besar dari apa yang pernah kia fikirkan.

Dan sungguh, ingin saya ingatkan diri saya dan kalian sekali lagi, ilmu kita tidak dapat menjangkaui ilmu perancangan Allah yang mengetahui segala apa yang telah berlalu, yang sedang berlaku, dan segala ilmu masa hadapan. Maha Suci Allah, padaNya milik segala kebijaksanaan dan Segala ilmu Pengetahuan.

Mungkin kita akan berasa sedikit kecewa dengan aturan rancangan kita yang tidak lancar.
Mungkin kita bersedih andai target dan harapan kita tidak tercapai,
Namun bergembiralah, kerana disebalik semua itu, perancangan Allah yang jauh lebih besar untuk kamu menanti.
Dan yakinlah, apapun yang menanti, ia bukanlah terbina atas ketidakpedulian Allah pada kita, ttp semuaNya dirancang dengan penuh bijak dan hikmah.

Ingat janji Tuhan kepada kekasihNya Muhammad s.a.w; “Aku mengharamkan segala kedhazliman kepada hambaku”. Dan sesungguhnya tuhan tidak pernah memungkiri janji, apatah lagi kepada kekasihNya; Amirul Mukiminin.

the day
“cik, minta baringkan mak saya ya, mak tak tahan duduk.”

Saya meninggalkan pesan kepada attendat yang menyambut dengan kerusi muda di lapangan kecemasan hospital kulim.

Sudah lama kereta merah kia tidak menjejak masuk ke kawasan bulan sabit. Entah bila kali terakhirnya. Saya sendiri tidak ingat. Dan setelah sekian lama, akhirnya, saya kembali ke sini, tentunya sekali bukan sebagai pengamal perubatan professional, tetapi sebagai seorang anak kepada seorang pesakit.

hajat

Januari 2011 adalah antara waktu yang saya tunggu tunggu.
Dan sejak dahulu llagi, saya sudah memasang niat, merancang, dan punyai target, untuk menziarahi tanah suci Mekah menjelang januari 2011. Melaksanakan umrah dan menghadirkan diri di tanah penuh barakah.



Usaha mengumpul wang perjalanan, Urusan dengan syarikat umrah, passport, penyediaan dokumen, semuanya sudah lengkap. Hanya menanti perlepasan VISA daripada jabatan di Arab Saudi.
Namun begitulah, sejauh mana tinggi hajat yang kita simpan, selama mana perancangan yang telah kita lakukan, andai Allah tidak mengizinkan, maka tiada siapa yang mampu “meluluskan”.

Allah cukup arif , di bulan Januari ini, keberadaan saya di rumah lebih diperlukan daripada melunaskan hajat saya menziarahi rumahNya. Allahu Rabbi, Engkau lebih Mengetahui. :)

timing

Seperti yang telah saya katakan, “timing”nya cukup cantik sekali. Cantik dalam erti kata, susunannya yang mengena setiap satunya.

Rancangan ke Umrah tak kesampaian lantaran entah mengapa, tak semena-mena, tahun ini, Arab Saudi tidak meluluskan sebarang visa kesana. Lazimnya tiada masalah pelepasan VISA, ttp berbeza pula untuk tahun ni.

Cuti Semestersaya bermula 23 December yang lalu, bonda pula jatuh sakit 19 december, dan setelah dua minggu berehat dan sepertinya sudah beransur pulih, akhirnya bonda collaps kembali dan kini, (ketika saya type post ini) berada di wad untuk rawatan susulan.

Alhamdulillah, mujur saya ada.
Alhamdulillah, mujur saya cuti.

..
Isnin, 3 january 2011.

Perkarangan hospital penuh. Cuti berderet jumaat (cuti peristiwa sempena meraikan kemenangan Malaysia dalam juara piala AFF Suzuki 2010) sabtu, ahad (tahun baru 1/1/01) menyebabkan banyak urusan pesakit tertangguh, dan bermulanya isnin, semua orang mahu menyerbu. Berpusing pusing saya mencari tempat meletakkan kereta dan akhirnya akur, perlu ke luar hospital dan parking di luar kawasan hospital. Kawasan hospital yang agak comel antara lain adalah factor penuhnya kawasan meletakkan kereta.

Saya mendaki bukit, berjalan terus kembali ke kawasan kecemasan, tempat dimana saya serahkan bonda kepada attendan hospital. Sebenarnya, tidak pasti samada keadaan bonda dikategorikan sebagai A&E, namun jika mahu menanti giliran di klinik pakar, entah berapa lama perlu menunggu dan dalam keadaan bonda, mustahil sungguh mampu untuk menunggu!.
Saya masuk, dan Alhamdulillah dapati bonda sedang terbaring diatas stretcher, menahan sakit.

bonda sedang mamai

Kawasan A&E lenggang, dan bonda, adalah “pelanggan pertama” pagi itu. Doctor menyuntik dengan segera ubat tahan sakit , akibatnya, bonda menjadi drowsy dan mamai.

x ray

“adik, kita bawa mak xray. Nak tengok kalau kalau ada apa-apa yang jadi kat tulang belakang”.

Saya menuruti. Doctor bertugas merupakan seorang doctor perempuan muda, dalam lingkungan 26 tahun. Lenggok suaranya kelihatan tegas dan garang, sentuhannya terhadap bonda terlihat sedikit kasar, namun saya memuji kesungguhannya untuk menerangkan keadaan bonda sebaik mungkin dengan menggunakan bahasa mudah yang difahami. Saya biarkan doctor wanita itu bertungkus lumus mencari ayat mudah, yelah, takkanlah saya dan dan nak mengaku saya medical student dan mampu faham term2 medical. Hehe.. Ditemani seorang attendant, stretcher bonda di tolak ke kawasan xray.

Alhamdulillah, x ray tidak penuh. Usai 2 orang, bonda di bawa masuk ke dalam bilik xray.

kawasan x ray yg lengang. bonda dihurung atas strecther sepanjang hari.
kat atas bonda ada payung hijau saya, dan majalah solusi. :)


Juruimej x ray sekali lagi menerangkan apa yang ingin dilakukan. Cukup berhemah.

“adik, nanti mak akan baring kat sini, tanggalkan barang2 kemas mak.” Beliau berhenti dan memerhati pakain bonda. Waktu tu, bonda memakai jubah hitam polos. Sulam hanya di kaki dan hujung tangan.

“jubah mak takde berlian2 kan? Kalau macam tu, X perlu tukar baju. Buka pakaian dalam sahaja sebab kita nak xray bahagian belakang mak. Xpe, kalau mak tak boleh bangun, buka di kawasan ni je. X payah masuk bilik persalinan. Nanti saya tutupkan pintu, adik tolong mak ya.”

Juruimej tersebut keluar dari bilik. Terdapat satu kawasan dinding bercermin yang mengasingkan bilik xray dengan satu kawasan dalam menenmpatkan computer dan pejabat. Tentunya sukar untuk bonda membuka mana yang perlu. Tanpa diminta, juru imej tersebut mencapai dua fail coklat besar dan menutup bahagaian cermin tersebut, memandang saya sambil senyum dan menggangguk faham.

Alhamdulillah, mudahnya kerja kalau ada orang faham ni. :)

**maaf, terbantut hingga sini, akan menyambung kembali . baanyak lagi cerita cuma perlu cari masa. :)**



kerana dia; adalah hamba.

5 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous