Archive for 04/01/2011 - 05/01/2011

once upon a post


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment

Bismillahirrahmanirrahim.

once upon a post

saya tersenyum atas respon yang jauh dari jangkauan.
sejak beberapa hari lalu, (since 5 april) status saya di facebook mendapat "sambutan".
terbukti, mereka juga merasai "aura"nya.
aura nasihat dan mesej yang mengalir dari celah-celah huruf yang telah saya kongsikan.
bukan tersenyum kerana bangga ramai yang menyukai, tetapi senyum kerana, nampaknya, bukan saya seorang sahaja yang merasai ketenangnya, malahan mereka jua.
alhamdulillah.. :)

dari siapa?

sangka mereka, ianya dari saya,
ya mungkin dari saya, kerana teknikalnya, apa yang disampaikan kepada kamu akan menjadi hak kamu. dan tika mana kamu menyampaikan apa yang telah kamu terima, bermakna ianya kini datang dari kamu pula. (eh, yeke? hehe)
namun apa yang mereka tidak tahu adalah dari siapa sebenarnya saya menerima kata-kata tersebut.
ikutkan, lazimnya, saya akan memaklumkan dari mana saya mendapat quote-quote yang dipost, namun tidak untuk kali ini. lantaran enggan menerima pertanyaan lebih lanjut... :)


jadi, dari siapa?

ibu bapa, kakak abang, rakan-rakan,
sila, jangan... marah.... saya.
semuanya secara tidak sengaja.
sedang saya susun-susun semula file di dalam laptop, saya ternampak satu dokumen.
eh? ingatkan dah delete semua ni? barangkali saya terlepas pandang.
iye lah, kadang-kadang kita terlupa dimana kita save satu-satu dokumen.

saya membuka dokumen tersebut, membaca setiap satu isinya.
dan subhanallah, terasa banyak benar butir nasihat di dalamnya.

kata-kata yang ringkas, tapi padat.
pendek, tapi dalam.
matang dan telus,
lembut dan menyentuh.
tenang... dan optimis! :)

ya, ianya adalah..... dari arwah, sahabat saya.
(siapa yang tahu, tahu lah kan? siapa yang tak tahu, tak perlu tahu. :) )
usah risaukan kondisi emosi saya. saya baik-baik sahaja.
housemate pun bertanya apa saya okey? yelah mana tidaknya, out of nowhere saya keluarkan kembali perkara berkaitan arwah sedangkan rasanya semua sudah sedaya upaya untuk tidak menyentuh mahupun bertanya berkenaannya.
dan soalan itu saya jawab dengan senyuman.
"jangan risau, alhamdulillah kite okey sangat!"

tak simpan

sayang untuk simpan sendiri apa yang diterima,
akhirnya saya menaip dan berkongsi kepada semua.
pada asalnya berasa ragu, lantaran khuatir ada yang akan bertanya juga mempersoalkan.
namun bila difikir-fikirkan, sebarkan sahaja manfaat yang ada,
mudahan ia menjadi saham buat arwah.
kerana bukankah harta yang berpanjangan selepas pemergian,
adalah ilmu dan kebaikan yang disampaikan.? :))

Segala puji bagi Allah

alhamdulillah,
Allah menetapkan saya untuk bertemu kembali dengan dokumen tersebut dalam keadaan diri saya yang sudah bejanji untuk sentiasa melihat yang positif dan optimis.
membaca setiap satu darinya membuatkan saya merasa seolah saya disokong, disokong, dan terus disokong untuk meneruskan keoptimasan yang cuba dibangunkan dari dalam diri.
Subhanallah. Allah memang bijak aturan-Nya dan Allah memang baik!! :))

hampir semua butir kata dari arwah telah saya kongsikan.
dan mungkin akan selesai dalam dua atau tiga status sahaja lagi.
AllahuAllah, mudahan benar-benar ianya menjadi amalan yang berterusan buat arwah.

Allahu'alam
.
.
.


kembali dormant

baru mula hendak rancak menari di papan kunci,
namun harus kembali dormant dan menjauhi.

bukan merajuk, atau terasa hati, jauh sekali dari bermain sembunyi sembunyi,
sekadar perlu untuk fokus dengan apa yang menanti.

tepat 2 minggu sahaja lagi, 28 april 2011. peperiksaan penilaian semester dua.
dan dua minggu berikutnya, peperiksaan ulangan pelajar tahun satu perubatan.
ini satu-satunya peluang saya.
ini satu-satunya penentu penerusan pengajian saya dalam bidang perubatan.

sesuaatu perkara yang penting harus dilayan sebagai perkara yang penting.
kalian, faham, kan? :)

doakan saya banyak-banyak,
dikurniakan kesihatan, ketenangan,
dijauhkan dari segala sikap dan fikiran negatif,
dan mudahan Allah menangguhkan dulu dari menghidangkan sebarang "keterkejutan" hinggalah saya selesai pertarungan.
Allahu-akbar siapalah saya untuk menentukan dan menetapkan,
namun siapa saya juga untuk tidak mengharap dipermudahkan. kan? :)

insyaAllah moga kita berjumpa lagi,
dalam tempoh lebih kurang sebulan lebih dari sekarang.
dalam keadaan diri saya yang lebih bersedia.
(tapi mungkin fb masih availale. hehe...)

illaliqa'!



kerana dia; adalah hamba

ibrah anggur


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..


Sudah lebih dari dua bulan saya tidak pulang berziarah ke kampung.
hari rabu, akan ke hospital seremban untuk hospital attachment. dan lusa, tiada kuliah.
dan rancangnya ingin pulang ke kampung sejurus selepas selesai urusan di hospital.
asalnya.... begitu.

Sunday

it was sunday morning. usai solat subuh entah macamana Allah peringatkan saya kembali.
usrah saya setiap hari rabu petang.! bermakna... saya perlu berada di bukit jalil petang rabu tu.. bermakna.... rancangan untuk pulang ke kampung, terpaksa dibatalkan.! oh...

fikir-fikir balik, hari ni, (waktu tu) hari ahad. masih awal pagi ahad.
aah.. balik sahajalah hari ni.
kalau ditunggu tunggu lagi entah bila lagi saya akan pulang.
kalau difikirkan lambakan kerja dan lambakan nota nota kuliah yang masih menanti,
muktamad tak kan berganjak dari bukit jalil. itu, kalau fikir banyak-banyak.
kalau fikir pendek-pendek sahaja, macamana?

bulat tekad suara dan niat, mengambil keputusan untuk pulang kampung pagi tu juga.
did i ever mentioned that i could be so unpredictable?

pasar

sudah lama peti ais tidak berisi bahan mentah. semua anak dara tingkat 15 sibuk-sibuk belaka, hingga tak sempat ke pasar. seawal 7 pagi saya dan housemate bergerak keluar ke pasar pagi seri petaling. rindu untuk memasak, atau kata lainnya, sudah bosan dengan lauk di cafe.. hehe..

tiba di pasar, saya terus ke satu gerai yang sudah biasa dikunjungi.
lagi pula tak banyak gerai ikan di pasar pagi seri petaling ni. hanya ikan-ikan yang asas-asas. bawal, selar, siakap. udang sedikit, sotong tiada.
andai teringin merasa ikan air tawar, harapan sahajalah... ikan keli pun tak nampak batang hidungnya.! tapi takpelah, sekurang kurangnya adalah juga. dari tiada langsung? lagipun itu sahajalah pasar yang mudah untuk dicapai. maka nak taknak, terima sahajalah..

melalui gerai buah. ohh.. buah untuk wan! (nenek saya)
dalam kepala ligat fikir apa buah yang agaknya wan suka makan.
menghampiri ke sebuah gerai menjual mangga. wah. mangga. mesti wan suka.
namun, saya bukanlah penilai mangga yang hebat. entah bagaimana rasa isinya, saya tidak tahu.
kalau manis, alhamdulillah. kalau masam.... kesiannya kat wan.
maka... niat untuk membeli mangga ditangguhkan. jom cari kedai lain.. :)

melepasi dua tiga empat gerai dan akhirnya mata tertaut pada gugusan-gugusan berwarna ungu pekat, bertangkaikan batang lembut berwarna hijau muda.
wah..... anggur! yang ni konfirm wan suka.!

nampak sahaja anggur, ingatan terus kembali kepada arwah wan mariam dan arwah wan halimah.
allahuakbar. rindu rasanya. bulan ni sudah bulan april. arwah wan mariam pulang ke rahmatullah 31 april. beberapa minggu sahaja lagi, genaplah setahun.
rindu rasanya, untuk duduk melutut di sisi katil arwah wan, dan mengupas kulit buah anggur untuk wan makan, sambil bercerita itu ini.
istimewanya wan, kulit anggur ungu itu pasti akan dikupas satu persatu.
"tak tolot", katanya. (tak mampu dikunyah). hehe. comel, kan?

oh panjang pula mengelaman di gerai buah. back to realiti...

"sedapnya buah anggur... tapi mahal sangatlah.." kata sahabat sy.
"kalau nak, belilah..". saya merespon.
sahabat saya menggeleng. berjimat barangkali. :)
saya mengambil seplastik anggur dan menghulurkan bayaran.
alhamdulillah, masih ada rezeki untuk menghadiahkan buah anggur buat satu-satunya wan yang tinggal. pedulikan harga. kerana mungkin satu hari nanti saya tidak akan punyai peluang untuk membelikan untuk wan lagi.....

10 pagi

jam menunjukkan 10 pagi. ikan sudah siap disiang dan disimpan dalam peti sejuk.
beg pulang ke kampung sudah siap dikemas, dan anggur, sudah siap menanti untuk dibawa pulang ke negeri sembilan.
dalam proses untuk keluar, saya terpandang sahabat saya yang sedang menelaah di meja makan.
sahabat saya; yang kempunan untuk makan buah anggur.

dari celah rak pinggan, sebuah piring saya capai.
plastik anggur wan dibuka sedikit dan setangkai (apa penjodoh bilangannya ya?) anggur saya "petik".

dari belakangnya, saya menghulurkan piring.
"nah.. anggur. buat penghilang kempunan."
dan kami masing-masing tersenyum. :)
.
.
.


tiba

alhamdulillah, perjalanan lancar, walaupun dengan sedikit kekeliruan dek kerana banyak benar laluan baru seiring dengan pembinaan laluan keretapi KTM. berpusing pusing saya, mencari-cari jalan. ok, apepun yang penting, selamat tiba ke kampung.. :)

sampai ke perkarangan, terlihat sebuah kereta proton perdana.
eh.. ada tetamu. siapa ya yang datang berziarah?
waktu tu sudah hampir 1 tengahari. dan tetamu yang dimaksudkan adalah dari kaum kerabat saya juga, anak kepada wan sulung saya, bermakna mereka berpangkat makcik.
keluarga saya besar, nak kata rapat itu tidaklah lantaran jarang berjumpa, tetapi kenal itu semesntinya. masih mampu mengecam wajah rupa.

saya mendapatkan wan.
"waann... ini untuk wan. anggur." :)

saya berlalu dan menghampiri meja makan, menyalami makcik yang datang.
dan bermula lah sedikit bualan pendek..

tak lama selepas tu, tiba tiba wan datang, membawa sesuatu.
padanya ada sebuah piring,berisikan sesuatu.
dan nak tahu berisi kan apa?
berisi kan buah anggur yang saya belikan untuknya!
baru sahaja sebentar tadi saya serahkan kepada wan, dan tak sampai sepuluh minit wan sudah basuh dan hidangkan kepada tetamu, tanpa meninggalkan sedikit pun untuknya.

ohh.. wan ni.. kenapa hidangkan.. itu untuk wan lah.. huu....
hati saya berdetik. diam-diam.

petang itu..

sekedekut-kedekut nya saya, buah anggur wan tak habis pun. berapa banyak lah yang mampu dimakan oleh dua orang yang sudah kenyang makan tengahari.? oho.. kedekutnya saya ni ya ampun...
.
.
.
petang tu, saya melihat wan berlalu di dapur, sedang makan malam. (makan malam wan pukul 5 petang)
diatas pinggannya terlihat dua tiga gugus anggur. saya senyum. makan pun akhirnya. :)
dan tak lama selepas selesai makan malamnya,
wan berlalu lagi ke peti sejuk dan dari jauh saya dapat melihat di genggaman tangannya beberapa gugus anggur. wah, makan lagi... sukenye. hehee... :))))

kak yati

beberapa ketika kemudian.. kak yati (bibik) menghampiri.
"wan kata.. seronoknya ada buah anggur. wan kata dulu masa arwah wan ayun ada, kalau malam-malam rasa nak makan boleh makan. sekarang ni.. dah takde. tu bibik kata kat wan yang itu maknanya impian wan jadi kenyataan, kak ijjlal belikan anggur untuk wan".

Allahu-akbar. sayu seketika. sayu banyak banyak.

kasihan wan. entah apa lah yang wan rasa kan saat ini ya.?
dari tiga beradik tinggal bersama, kini hanya tiggal wan seorang.
segan untuk meminta, apa yang teringin jarang untuk disuarakan, lantaran rasa diri sudah "cukup untung" ada yang sudi memberi teduhan. allahu'alam, itu hanya agakan saya.
pesanan kepada diri saya sendiri, agar sensitif dan prihatin kepada orang yang lebih tua. lebih-lebih lagi yang jenis tidak suka menyusahkan orang disekeilingnya..

memberi sebaik menerima

bukanlah makna saya memberi itu kebaikannya sama dengan yang menerima. bukan..




satu perkara yang membuat saya lebih tersentuh, adalah apabila teringatkan kembali bagaimana wan dengan spontannya menghidangkan keseemuaa buah anggur kepada tetamu tengahari tadi. memberi, sebaik sahaja wan menerima.

walaupun wan tahu, saya hadiahkan untuknya.
walaupun wan tahu, andai habis dimakan, tiada lagi yang tinggal untuknya.

namun kepermurahan dirinya dan kesukaan untuk memberi, lebih besar daripada kesukaan dan kempunannya kepada buah anggur tersebut.
keutamaannya untuk meraikan tetamu, jauh lebih tinggi daripada memikirkan kepentingan dirinya sendiri.

Allahu-akbar. besar benar hati wan. dan kecil benar hati saya.
iyelah. apa kalian lupa, sebelumnya hati saya mempersoalkan tindakan wan menghidangkan anggur.?
hu.... rasa terlalu jauh antara saya dan kepermurahan wan. sangat, sangat, jauh. :'''(


“Tidak beriman seorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
Riwayat Syaikhan

terima kasih wan, kerana mengingatkan kembali kepada ijjlal hakikat dan salah satu intisari iman itu sendiri..


oh.. anggur.. anggur...




kerana dia; adalah hamba



note :
ayat MASIH belum okey sepenuhnya.
rupanya keyboard huruf e tak rosak pun.. ada something yang tersekat kat bwh kekunci tu.. hehe..