angau :)


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim.


:) Allahu-akbar.

entah angau, atau apa. (?)
yang pasti saya tersenyum. lebar, lebar.
sunnah Rasul, senyum hingga terlihat gigi geraham, kan? hehe..

dahulu, sukar benar memahami apa makna kemanisan dalam ukhuwah.
apa rasa hati yang berbunga apabila terfikirkan saudaranya.?


dahulu, fikirnya, apa benarkah wujud rasa itu antara dua insan yang sama jantinanya?
apa mungkinkah tiada gelisah dalam jiwa yang saling merindu?
dan bukankah "angau" dan segala metafore berkaitan cinta itu hanya berhak dan layak untuk sepasang merpati dua sejoli.?

.
.
.
.
.

itu, dahulu.
namun kini, lain ceritanya.

alhamdulillah, persoalan itu bertemu pada satu pencerahan.
pencerahan yang membawa kepada satu kepercayaan.
saya mampu menjawabnya, dengan penuh yakin, berserta senyuman di bibir dan syukur dihati.
segala rasa itu, subhanallah, benar, memang wujud.
ya kawan.. ini bukan satu pembohongon atau "ilusi sempurna".
ianya wujud. benar-benar wujud.
dan sungguh, tiada kesangsian,
bahawa rasa itu adalah satu anugerah yang ditiupkan olehNya ke dalam hati hamba-hamabaNya kerana bukankah setiap keindahan itu datang dari pemilik segala keindahan.?

Syukur yaAllah, kerana mencampakkan rasa ini ke dalam hati kami.
hati saya, hati dia. dan hati mereka.
memungkinkan kami merasai kemanisan yang sama, tanpa terselit padanya sedikit pun kegelisahan dan kesedihan

jarak watu, jarak tempat, jarak tanggungjawab dan amanah, segalanya dihampirkan dengan ingatan doa dan kesejahteraan antara satu sama lain.
keakraban aqidah, dan ikatan yang tersimpul atas kecintaan pada kalimah yang Satu, memungkinkan segala ketidakkemungkinan akal fikiran.


siapa sangka, indahnya takdir-Nya.?
dua jiwa yang asalnya tidak pernah mengenali,
akhirnya kini dipenuhi... dengan sejuta kemanisan.

Yang pergi tetap akan pergi,
Yang hidup, masih menanti.

buat kamu, this is for you. :)

Moga Allah sayang dan pelihara kamu,
lebih, dari saya sayang kamu.

:)


kerana dia; adalah hamba.