24 jam kurang


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Bismillahirrhamnirrahim..

study di bank. 2 jam baru selesai urusan akaun bibik


16 mei 2011 SAQ 9.00-10.30 am
OBA 3-4.30pm
18 mei 2011 OSPE 9.00-11.25 am

kurang dari 24 jam lagi untuk saya menduduki peperiksaan ulangan tahun pertama perubatan.
perasaan? bercampur.
ini sahaja peluang yang saya ada. antara terus, atau tidak. AllahuAkbar. mudahan Engkau pelihara keyakinan dalam diri ni.

berhenti seketika daripada menghadap kalam. perlu rehat.
dan bila rehat, minda membawa saya kembali kepada tahun 2010.

yang lalu

hari ini, hari ahad. dan dalam waktu waktu begini (exam eos last year pun hari isnin) tahun 2010, sekitar tiga hari sebelumnya, menyaksikan waktu terakhir saya bersama arwah nenekanda halimah.

Allahuakbar. Allah izinkan saya berpeluang untuk bersama dan menjaganya semalaman, setelah sebelum ini arwah nenekanda setia dijaga secara begilir oleh sepupu-sepupu saya.
dalam banyak-banyak hari, saya diberi peluang pada hari itu. dan dalam banyak banyak peluang, itu.. adalah peluang, yang terakhir.

masih teringat lagi keadaan diri saya sewaktu pulang memandu dari negeri sembilan ke bukit jalil selepas urusan pengebumian arwah halimah selesai.
kepala pening-pening lantaran tidak tidur semalaman, dengan bayangan wajah arwah halimah ketika menghembus nafas terakhir, diikuti pula dengan mainan nasyid "salam buat penghuni kubur" di ikim fm. tak pernah pula saya dengar nasyid tu di ikim, tiba tiba hari tu juga disiarkan lagu tu. memang sangat menambahkan sebak, dan sedar tak sedar teresak-esak saya sepanjang perjalanan.

akhirnya akur akan bahaya yang menanti andai pemanduan diteruskan, saya berhenti di perhentian terdekat. dan, berehat. fizikal, mental, dan emosi.

dan tahun ini?

seharusnya mental emosi dan segalanya sudah dipersiapkan, memandangkan ini bukan kali pertama, dan Allah bebaskan diri saya dari melalui sebarang peristiwa yang menyesakkan hingga kini. juga dikurniakan batchmate yang saling membantu antara satu sama lain. alhamdulillah.

Namun, keselesaan dan kelebihan ini datang dengan bayaran. bayaran kecemerlangan.

Dalam gusar yang tak terkatakan, hati masih ingin menetapkan keyakinan.
bahawa Dia akan membantu, bagi setiap hambaNya yang yakin akan bantuanNya.



AllahuAllah,
Permudahkanlah, dan usah lah Engkau sukarkan..


... saya butuh doa dari kalian ..



kerana aku bukan makhluk pengkhianat

2 comments