Archive for 07/01/2011 - 08/01/2011

6 - 1 = 0


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim


Sifir dan kira-kira dalam Rukun Iman adalah pelik. Andai kita sebelum ini telah diajar bahawa 6 – 1=5, namun dalam sistem matematik Rukun Iman, 6 – 1 = 0.

Ya. enam, tolak satu, adalah kosong.

Menjadi seorang muslim beriman tidak memberikan kita kelonggaran untuk menolak salah satu dari 6 rukun iman yang ada.

  • Beriman kepada Allah
  • Beriman Kepada Malaikat
  • Beriman Kepada Rasul
  • Beriman Kepada Kitab
  • Beriman kepada hari kiamat
  • Beriman kepada Qadha dan Qadar.
Andai kita tolak salah satu daripadanya, maka gugurlah kesemuanya; menjadi kosong dan tak bererti. 6 – 1 =0.

pernah bertanya?

Ada satu titik dalam kehidupan kita, pasti akan terdetik di dalam hati;

“Dimana tuhan? Bagaimana rupa tuhan?”
“Malaikat? bagaimana rupanya?”
“Syurga dan neraka, Bagaimana keadaannya?”



Tidak kiralah sama ada ianya adalah lintasan hati, atau satu persoalan yang membuatkan kita fikir mendalam hingga tidak tidur lena, kedua-duanya berkisar mengenai isu yang sama; Mempercayai sesuatu yang tidak dapat dilihat, mempercayai hanya melalui apa yang diceritakan.

Bagaimana?

Saya tidak akan memberikan anda jawapan, tetapi saya akan berikan anda cara.

Anda tidak pernah melihat bakteria dan virus, sel sel kecil tubuh dan sekitar, namun dengan penciptaan mikroskop bertekonologi tinggi, batas dan dinding tersebut pecah, mengupayakan anda untuk melihat dan memahami apa yang sebelum ini anda tidak fahami.


Anda tidak pernah tahu wujudnya galaksi yang lain di alam ini, namun dengan terciptanya teleskop berbilion dollar, anda kini percaya akan kewujudan alam yang jauh lebih luas dari galaksi bima sakti, dan bukan itu sahaja, malahan anda sudah mula yakin dan percaya, walau masih belum melihat, ada sesuatu yang lebih besar dari apa yang anda sudah terokai. Anda sudah mula yakin bahawa asas kepercayaan ternyata bukanlah pada melihat semata-mata tetapi lantaran anda sedar bahawa ilmu anda adalah sangat terbatas dengan apa sebenarnya yang ada di alam ini.

Dan begitulah sama halnya apabila kita berbicara mengenai soal sam’iyat; yakni mengenai perkara-perkara ghaib yang tidak mampu ditafsirkan dengan akal cetek manusia. Penglihatan akal, apatah lagi penglihatan mata kita tidak mampu mencapai dan tak tercapai untuk melihat segala yang ghaib yang selama ini ingin kita lihat. Allah, malaikat, syurga dan neraka.

Untuk itu kita memerlukan mikroskop dan teleskop istimewa untuk membolehkan kita melihat dan memahami; dan tiadalah “alat” yang lain selain mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w; Kitab Allah Al-Quran.

Sebagaimana kita memerlukan teknologi mikroskop untuk menghubungkan kita dengan alam mikroskopik, Dan Kita memerlukan bantuan teknologi teleskop untuk meneroka alam beribu tahun cahaya jauhnya dari bumi, Maka seperti itulah juga pentingnya kita memerlukan Al-Quran untuk memahami dan menerokai jawapan kepada setiap soalan kita mengenai alam ghaib.

Kita berhak mempersoalkan, namun pastikan persoalan kita itu dipandu pada arah yang benar dan menggunakan sumber yang benar. Sering terlalu mudah untuk kita dipesongkan oleh makhluk yang sentiasa ingin melihat kita tersasar dari jalan yang benar.


Usah silap memilih alat, kerana mikroskop takkan mampu melihat milky way!



“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”

[HR Imam Malik 1395 bersumber dari Umar bin Khaththab Radhiyallahu ‘anhu dihasankan oleh Al-Albani di dalam kitabnya Manzilatus Sunnah fil Islam 1/18]


kerana dia; adalah hamba

semester 3


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim.


saya kini sudah genap memasuki minggu kedua sebagai seorang pelajar perubatan tahun kedua.
Alhamdulillah. Allah kabulkan doa mereka yang telah mendoakan saya sepanjang ulangan satu tahun yang lalu. :)

perjalanan tahun dua, terutamanya semester tiga, bukan calang-calang.
dari awal saya sudah diingatkan agar konsisten dalam ulangkaji, dan usah terlalu santai dan ambil mudah.

insyaAllah, sudah pun mula membuat perancangan masa yang harapnya sedikit sebanyak membantu dalam menyeimbangkan aturan kehidupan antara tangungjwab sebagai seorang hamba, dalam masa yang sama seorang pelajar, da'ie, kakak, dan seorang anak.

semester tiga memerlukan saya mempelajari 4 sistem tubuh, bermula dari sistem kardiovaskular, kepada sistem haematologi, disambung ke sistem respiratori dan akhirnya ke sistem GI. dan semua itu "disumbat" dalam masa lebih kurang 5 bulan. dan si penghujung semester ini akan menduduki peperiksaan kelayakan untuk melangkah ke baki tahun dua, yakni semester 4. target jelas, saya ingin dan HARUS melangkah ke semester 4. titik.

setangkai bunga dandelion

semester 3 memberikan saya suasana baru apabila saya telah disusun didalam satu kumpulan yang unik.

ini; nama ahli kumpulan saya:

perasan sesuatu yang istimewa disitu?
pada asalnya saya tidak memandangnya sebagai sesuatu yang istimewa.

Oh.. aku seorang je je perempuan melayu muslim..? huhu..

gadis melayu muslim tunggal, bersama seorang gadis tiong hua dikekelilingi oleh 5 teruna.
5 teruna ok! jangan main main...

Aik Zuan, Justin, Matthew, Dominic & Sarveen

menarik, kan? :) (lagi 3 orang menarik diri dari menyambung pelajaran)
dua dari 5 teruna itu merupakan pelajar international, juga pelajar lepasan ijazah. baki 3 teruna adalah sama seperti saya, dengan semestinya, umur yang lebih muda.

menjadi bunga yang dikelilingi kumbang, tidak sedikit pun mendedahkan saya dengan sebarang rasa terancam, malahan terasa selamat dan dijaga.
lebih lagi berada di kalangan kumbang yang "berlainan" spesies. saya tak rasa mereka akan ada sedikit pun keinginan untuk hinggap keatas si bunga dandelion ni. :)

mereka :)

walau ada satu rasa "kecewa" lantaran saya seperti keseorangan (as usual) namun, andai dilihat dari sisi untungnya saya, boleh kata saya "dimanjakan"! yelah, mereka semua kan, abang-abang dan adik adik yang gentleman. :)

sebarang tugasan kalau boleh agaknya mereka tak mahu beri kami perempuan untuk lakukan.

nak naik kereta, pintu kereta dibukakan.
nak bagi duit bayar tol tak di izinkan.
nak tahan pintu untuk bagi mereka semua keluar pun, mereka tak galakkan.

"thats a mans job." itu responnya.
owh yeahhh what ever you say brother.
bahagia hidupla macam ni. :D

Justin & Fred (Fred sudah x bersama kami)

bukan sekadar gentleman, malahan bergeliga, pandai, pemurah untuk menerangkan andai saya ada pertanyaan, dan sangat mudah memberi kerjasama.

stuck di jam ,
bersama satu van untuk clinic visit.

saya suka melihat bagaimana rakan post graduate melayan rakan-rakan adik sekumpulan.
iyelah mereka itu dalam 4-5 tahun (malahan lebih) tua dari kami.
fikirannya, personalitinya, haruslah jauh berbeza dari kami.

layanan sesama mereka adalah lebih seperti abang dan adik, bukan seperti rakan. ada satu ketika saya tersenyum melihat sahabat post graduate saya itu "menenyeh" rambut dan kepala sahabat sekumpulan yang lebih muda. memang macam abang dan adik. abang dan adik pun adakalanya tak buat macam tu tau. comel je tengok. :)

dan bila sahabat post graduate saya ini mengatakan sesuatu yang jauh daripada syllabus pelajaran kami dan ditanya kepadanya "how do you know that?" bersama muka 'terpinga-pinga tak puas hati kenapa aku tak tahu',
jawapannya mudah dan penuh selamba: "hey, im 4 years older than you, remember?"
ok, now, thats cool. :D

time ahead

this following year will indeed be an interesting year,
mengasah kebolehan saya dalam berkomunikasi, bekerjsama dan berbincang bersama dengan sahabat-sahabat sekumpulan para lelaki bukan muslim, namun dalam masa yang sama masih mengekalkan identiti saya sebagai seorang permpuan muslim yang bermaruah.

dan nak tahu sesuatu?
katanya kami akan kekal sebagai satu kumpulan hingga semester 5.
bermakna kami akan bersama untuk satu tahun setengah akan datang.
satu tahun setengah.

AllahuAkbar, Semoga Allah memberikan saya dan mereka kemanfaatan atas kerjasama sepanjang perjalanan ini. :)



kerana dia; adalah hamba

dandelion putih


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt,
doa ucapan salam rahmat dan keberkatan keatas kamu. :)

lama tak bersua, kan?
habuk sudah dibuang, dinding sudah saya cat, langsir karpet juga saya tukar.
and here it is. the new look of BQ.

ahlan wasahlan, jemputlah bertandang,
wahai sahabat pembaca, yang saya hormati sekalian. :)

putih

dahulu asalnya berwarna biru, kemudian bertukar kepada merah jambu.
transformasi umur mengubah saya untuk memilih warna yang lebih matang, dari merah jambu keanak-anakan, kepada biege pudar, dan akhirnya membawa saya kepada satu warna sederhana yang punya makna yang dalam.

putih dipilih atas harapan mudahan jasad saya, terutamanya Qalbu turut sama ikut akan fitrah warna putih ini.
asalnya putih,
asalnya suci,
asalnya bersih.

putih adalah sebuah kesederhanaan yang memberi ketenangan.
tiada jemu, dan melapangkan bagi yang melihat.

putih memberi satu harapan, bahawa saya masih berpeluang untuk mewarnai putihnya lembaran kehidupan saya di masa hadapan dengan warna-warna yang benar.

putih mengingatkan hakikat diri yang sebenarnya kosong dan lompong serta tidak punyai satu apa pun kuasa pemilikan tanpa kekuasaanNya.
simbol hakikat perhambaan kepada Tuhan Segala Penciptaan.

putih lembaran kain sewaktu ihram,
menghidupkan sentiasa hati untuk menjejakkan kaki ke tanah suci,
satu hari nanti.

putih juga sebagai satu signifikan,
agar kalian menerima diri ini seadanya, samada lebihnya, mahupun kekuranganya;
dan bukan kerana bagaimana raut wajah saya, dan apa pemakaian saya.
tarikan "warna lain" ingin diketepikan, agar mata dan hati tidak dikaburi dengan warna indah yang membutakan. hanya putih, yang lebih mampu menampakkan warna sebenar diri.

dandelion

hembusan lembut angin yang menerbangkan anak-anak benih baru si bunga dandelion.
terbang jauh si anak benih, mendarat di tanah, dan tumbuh lah baru di tanah.

itulah saya.
takdir kehidupan menerbangkan saya ke pelbagai perosok keadaan,
tak kiralah dari segi keadaan emosi, mahupun keadaan geografi.
namun walau dimanapun tanah yang diletakkan, diri akan terus tumbuh membina harapan.
putus asa bukan pilihan.

angin takkan pernah mampu untuk dihentikan, kadang kasar, kadang lembut.
namun bunga dandelion masih punyai pilihan.
samada untuk terkulai dan menyendiri, atau tumbuh dan tersebar.


dan saya pilih untuk tumbuh; dan menyebar. :)



kerana dia; adalah hamba