dan dia lebih mulia..


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahhim..

"Kak jilal, betul ke doa orang OKU ni doa dia jadi kenyataan?"
sepupu saya awa bertanya.

saya memandangnya.
"kenapa awa tanya macam tu?" - balas saya. sedikit terpana dengan soalannya yang begitu.... lurus.
dalam masa yang sama sengaja mahu pancing. sengaja mahu tahu apa alasan disebalik pertanyaan.

"Cikgu awa yang cakap. hari tu cikgu awa mintak awa doakan dia dapat anak. cikgu kata doa orang-orang OKU ni makbul, Allah dengar."

saya terhenti seketika dari melakukan kerja yang sedang saya lakukan waktu itu.
Tersentuh. 
Doa orang OKU Allah dengar... doa aku..? :'(


.
.
.
.


"Hari tu anak cikgu awa sakit, lepas tu cikgu awa mintak awa doakan anak dia. tak lama lepas tu anak dia sembuh, cikgu datang kat awa tanya "awak doakan anak saya ya?"
... Mana awa tahu, dah cikgu mintak doakan, awa doakan je lah. betul ke doa OKU ni makbul, kak jilal?"


Allahuakbar. lurusnya dia. entah faham entah tidak agaknya apa yang ditanyakannya kepada saya tu.
Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana mahu merespon pada pertanyaan sepupu saya itu.

sepupu saya, termasuk dalam kumpulan OKU. bukan cacat anggota badan, tetapi mengalami "kelemasan" sewaktu proses melahirkannya. akibatnya, sebahagian daripada otaknya tidak dapat berfungsi pada tahap normal. fizikalnya alhamdulillah normal, namun keupayaan mindanya terbatas.
awa seorang slow learner; to make it simple.

"Doa orang OKU makbul sebab orang OKU ni istimewa sangat. Macam awa lah. :) Kalau macam tu awa doakan kak jilal jugak tau. kak jilal exam minggu depan ni"

and then we had a small laugh. :)

Sungguh, pertanyaan kecilnya membuka ruang menginsafi diri saya sendiri.
mempersoalkan di mana sebenarnya kedudukan saya jika hendak dibandingkan dengannya yang sudah tertulis tempatnya di syurga.

awa :)

insan yang sedang bertanya soalan kepada saya ini,
adalah insan yang padanya terlepas kalimah dosa.

dan insan sebegini; semestinya didengar Allah doanya. :')







Penutup: pesan Al Ghazali

Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita.
Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.

Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.


keinsafan syawal,

kerana dia; adalah hamba