Bismillahirrahmanirrahim..
Being
transparent is difficult. Not everybody have the capacity to understand the
situation as a whole.
Sia- sia untuk “menagih simpati” manusia. Satu masa
manusia akan letih mendengar hingga akhirnya membibitkan rasa rimas tiap kali
kita datang untuk mengadu duka dan memohon bantuan.
Namun Allah, Tuhan ku dan Tuhan engkau, Dia
berbeza dan tiada apapun yang sama dengan-Nya. Dia memahami keadaan aku
sebelum sempat aku bercerita. Dia mengetahui kesudahanku sebelum sempat
aku melaluinya. Dan Dia, tidak pernah akan letih mahupun memerlukan rehat untuk
mendengar aduan dari hamba-Nya.
Manusia berburuk sangka?
Ya, itu tiada lain melainkan satu
kerugian buat mereka dan dirinya. satu bebanan yang lahir dari hati yang tidak
mampu bersangka baik dan berterusan su’u dzhon dengan saudaranya.
dan sungguh, rugilah
mereka kerana memiliki hati yang sedemikian rupa...
kerana dia; adalah hamba
Post a Comment