Showing posts sorted by date for query pandai masak. Sort by relevance Show all posts


posted by ~ n.u.u.r ~ on

6 comments

:: connect ::

Dengan NamaMu Ya Rahman..
Pemilik segala rezeki..

Bosan.

saya sudah mula merasa bahang kebosanan terperap di rumah.
sudah mula muak untuk melayari internet mahupun menonton televisyen.
sudah mula putus kata2 untuk menulis posting.
posting sy pun sudah semakin "pudar".


ikutkan, mahu juga mengikut kakak sya ke perlis utk menghadiri walimah,
bersama2 beberapa orang sahabat2nya dari france,
namun, rasa mahu saya itu ditidakkan,
kerana memikirkan kehadiran saya lebih diperlukan di rumah ini.
lebih2 lagi dengan ketiadaan ayahnda saya selama seminggu.
mmg sangat perlu saya tetap dirumah.

asal

rancangan asal untuk ke kelas jahitan mungkin terpaksa ditunda kerana institusi itu kini sedang sibuk menyiapkan tempahan2 baju raya.
bila agaknya peluang saya untuk belajar menjahit ni mahu datang lagi..
dahulu sudah ditunda. kini ditunda lagi. (teringin sangat belajar menjahit.. :( )

sahabat2 yang berdekatan pula, masing2 sudah kembali ke universiti.
memulakan semster baru pembelajaran.

ikutkan, ada sahaja shopping compplex utk dituju.
jaya jusco, landmark center, sunway carnival, bila2 masa sahaja boleh keluar merayau2,
ttp, sy buknlah kaki rayau yang setiap hari mahu keluar.
saya kaki aktiviti. bukan kaki rayau.

sekrang; sudah mula rindukan tasik shah alam.
waktu2 perasaan saya gundah begini, pasti itu destinasi saya.
hati saya cukup mudah dirawat oleh alam.
alam mmg pandai memujuk insan yang bernama nuur ijjlal ini.
kalau sy datang dengan rasa marah, angin akan meniup pergi dan saya akan pulang dgn satu kelegaan ang tak terungkapkan.
kalau sy datang dengan kepala yang kusut, burung2 akan datang memujuk, menerbangkan fikiran2 yang tersekat di kepala. pergi. hilang lelah.

kalau di kulim ni, hoho, tiada tempat yang menawarkan rawatan semulajadi seperti yang tasik shah alam tawarkan. paling dekat pun, emangan mengkuang yang terletak di luar kawasan kulim.
atau, sungai sedim yang jauhnya melebihi 40 minit perjalanan.
mahunya saya diberi kebenaran utk kesana sendirian. mustahil!

mahu

apa mahu saya?
sy mahu keluar dari rumah ini.
ttp bukan keluar tanpa makna. berjalan sana sini laksana kutu.
saya mahu keluar berinteraksi dgn manusia.
saya mahu keluar melakukan sesuatu.
sy mahu keluar mencari ilmu.
saya mahu mengisi kembali hati saya ini dengan harapan2 baru.
bukan x sudi tinggal d rumah. cuma ianya terlalu sepi. terlalu, sepi.

sy mahu dengar cerita.
sy cukup gemar mendengar orang bercerita.
(mendengar dgn telinga, juga mendengar dgn mata melalui sebarang sesi perbualan di YM, atau bercerita melalui email atau surat)
ceritalah apa sahaaja. sy suka mendengar.
pengalaman, , kisah para sahabat, kisah sejarah malaysia,kisah palestin, apa2 sahaja. sudah lama saya tidak mendengar sebarang pengkisahan daraipada sesiapa (bukan d blog)
sy mahu menddengar cerita yang saya tahu ianya ingin ditujukan kpd saya. bukan cerita2 di blog atau laman2 terbuka begini. hehe. (x sedar yng sy sendri bercerita melalui blog)

story telling

sy tak ingat kali terakhir saya menerima surat. atau kali terakhir saya menerima email, yang intinya ditujukan buat saya.
surat atau email yang diterima, moslty iklan iklan dan iklan.

kalau dahulu di kolej, ada juga rakan untuk bercerita2 dan berbual2.
ada juga rakan utk sama2 menonton cerita itu ini. makan itu ini.
buhsan duduk di bilik, saya akan mengacau ke blik sebelah.
takpun saya akan turun ke rumah resident staff saya.

di sini, jiran kiri kanan depan belakang tiada.
kalau ada pun, china2 kaya yang jarang berada di rumah dek kerana mempunyai terlalu banyak rumah.
seminggu sekali baru nampak muka.
kalau saya mahu masak kek atau puding pun, siapa sahaja yang ada utk makan?
saya, bonda, cik anum. ayah saya kurang gemar makanan2 manis.

ketika inilah terasa benar kemahuan saya yang lain yakni,
saya mahu pulang kampung.
tiada sebab khusus. sy cuma mahu pulang ke kampung.

hmmm bila ifikir2,
nampaknya, sy tahu apa sebenarnya mahu saya.
di sebalik mahu keluar rumah, pulang kampung etc,
sebenarnya,
i want to connect with people. i want to share. and to be shared.
itu sebenarnya.


masin

ups.
masin, sungguh, mulut saya.
sy taip tulisan atas ni pagi tadi. dan saya save as draft.
skrg sudah petang.

dan nak tahu?
sebentar tadi, sy menerima bungkusan.
2 bungkusan.
satu adalah sebuah bungkusan kotak dari taiping,
lagi satu adalah bungkusan plastik dari puchong.
subhanallah. betapa Allah itu mendengar bisikan hambanya, dan, mengabulkannya!
subhanallah.!

bungkusan pertama dari taiping itu berisi sepucuk surat dan sisipan sebuah buku. (saya tak pasti mana satu yang sebenarnya sisipan. bukunya, atau suratnya. owh, apa2 sahajalah.)
dan nak tahu buku itu mengenai apa?
buku mengenai kisah2 tokoh islam berpengaruh.!
baru sahaja pagi tadi saya berkeinginan untuk "mendengar" kisah2 para sahabat. nah, ambil, satu buku siap. dengarlah puas2 ijjlal.!

terima kasih saya ucapkan kepada afiq amin atas pemberian ini.
walau nampak kecil di mata kamu, ttp besar di mata saya. kerana sedikit sebanyak, keinginan saya dilunaskanNya melalu pemberian kamu. syukran.

bungkusan dari puchong pula, well, technically ianya bukanlah pemberian, kerana saya mebayar utk mendapat isi idalam bungkusan tu.
but, melalui isi di dalam itulah saya dapat berkenalan dgn sseseorong dari puchong.
sudah berkeluarga dan beranak dua. kak rafidah othman.
"nanti bila saya dah kat bukit jalil, bulehlah ziarah akak kat puchong" kata saya.
"buleh je. hehe" :)
insyaAllah sy akan ziarah akak. memakai baju yang diutuskan tu. :P



subhanallah. subhanallah.
maka, nikmat tuhan mu yang mana lagikah yang mahu engkau dustakan?

salam penuh kesyukuran,
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


:: kesempatan ::

Dengan NamaMu Ya Allah, Yang mengikat hati-hati ini
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad, s.a.w..

Assalamualaikum.. =)

sibuk.

nama shaja cuti. tapi rehatnya tiada.
waktu pagi, selesaikan tugas mengemas rumah.
tiba petang, pasti shj diajak mama keluar. ada2 shj destinasi.
pasar malam, jusco, pacific, kedai baju, groceries, kedai kereta, bil, pos office, dan semalam, ke saloon pula.? hehee..
tiba malam, sudah kepenatan, dan apalagi.. lena di alam mimpi.

hendak mengatakan tidak, hatinya tidak kesampaian. ikutkan, mahu saja "lepak2" di rumah.
kitab2 ilmiah sy terbiar shj sepanjang cuti ini. hy sempat memandang, ttp tidak mebelek.T_T
ttp memikirkan, ini shj waktu yg ada utk bersama bonda, diturutkan shj segala ajakan.
ikhlas tak ikhlas, itu cerita kedua. :P

tambahan pula, ayah tiada di rumah. rasa2nya, dlm 5 minggu cuti sy yg dah berlalu, hanya satu minggu shj sy bertemu ayah, itupun, pd malam hari.
hari ini baru pulang dr langkawi, esoknya sudah perlu turun ke kuala lumpur.
kalau dgn flight, x mengapalah juga. ini perlu drive ke sana sini.
kasihan juga melihat wajah keletihan ayah sy yg sudah berumur setengah abad itu..

jadi, kesempatan yg singkat ini sy ambil utk mengisi sdkt ruang dlm blog sy ini.
kerana, petang nanti, mama ajak ke jusco pula. (sekali lagi?)
hendak ke guardian katanya. imedeen sedang offer.

okey madamee... what ever u say!

list

sebenar2nya, ada beberapa topik yg ingin sy postkan disini, ttp, ruang dan waktu yg ada tidak mengizinkan..
berhajat utk post mengenai ,

- nama
- sahabat
- muka lima puluh sen.

sudah lama. duduk berpusar2 di benak fikiran sy. ada yg sudah ditype. ada yg masih belum pun bmula..
x mengapalah. akan sy ca cari waktunya. sedikit2. buleh kan?

handphone.

percaya atau tidak, sy merasakan, hidup sy lebih aman tanpa handphone.
cuti dr intec ini, benar2 sy sepikan diri dr alam handphone, kecuali kpd org2 tertentu.
maaf sgt kpd mereka2 yg telah meberi msg kpd sy, ttp tidak berbalas..
rasa "kebergantungan" kpd handphone itu seolah2 lenyap..
sebentar td,
handphone sony ericsson sy sudah meraung2 minta di charge. habis batterynya sy x charge.
ya. sy suka rasa ini. bebas dr handphone sickness.

sy ada bertanya mama,
buleh ke kalau sy tinggalkan shj handphone sy ni utk semster depan. sepanjang semster 4 sy .
sy akan tinggalkan hp celcom sy.. hp maxis sy.. hanya bawa handphone celcom family pack yg hanya digunakan utk menelefon mama dan kaklong.

kalau fikir pendek nya, mmg sy setuju sgt dgn cdgn sy ni. (hehe setuju dgn cdgn sendiri..)

tp kalau fikir panjang nya... hmm... mementingkan diri itu, termasuk zalim, kan?

masak.

"mama.. macamana ijjlal nak pandai masak ni..."

sy mengadu kpd mama. risau juga sy. umur hampir memasuki alam puluhan. skill memasak masih belum dapat sy kuasai .. sekadar telur dadar, sambal tumis, itu shj. kalau gulai2. aahh angkat tgn, menyerah!

mengapa.?

kalau ikutkan, setiap hari sy pasti akan menolong bonda di dapur. setiap hari. logiknya, by right, sy sepatutnya sedikit sebanyak sudah boleh memasak.. setuju..?
ttp..persoannlannya.. mengapa sy masih tidak dpt menguasai skill yg satu ini.?


masak.

masak itu ada prosesnya.

1. sebelum - siang ayam ikan, bawang hiris2 etc
2. semasa - garam gula tumis2 etc
3. selepas - kemas dapur periuk belanga. dan.. makan! ;)

sy, dlm proses memasak ini, melangsaikan yang sebelum dan selepas (esp part makan. hehee)
mama, menguasai part semasa.


sedar x sedar, pati sebenar memasak itu adlh, bahagian semasa.
mmg tanpa sebelum, semasa itu tidak berguna, ttp, semasa itulah penentu segalanya.
kalau semasa itu mampu sy master, bg je lah apa2 bahan, ubahlah apa2 dlm sebelum tu. no problem. see the hand lahh.. hehe..
selepas juga akan turut jadi mudah, dan gembira.

kaitannya.. apa?

sy cuba utk mengeluarkan satu perkaitan drpd apa yg sy nyatakan di atas dgn kehidupan harian kita. sy sudah faham perkaitannya,. ttp mengapa terasa sukar utk sy terangkan ya?

sebelum, semasa, selepas.

alamak. x puas hati rasanya andai tak dapat nak ulas kpd kalian..
hmm.. sedikit kaitan, yg.. tak seperti apa yg sy inginkan, ttp, boleh juga digunakan.

kaitannya, sdikit sebanyak, begini. (kalau silap contoh, betul2kan yah)

solat.
solat juga ada proses sebelum, semasa, dan selepas. setuju?

sebelum , cari arah qiblat, bersih tempat solat, wudhu etc
semasa, segala rukun solat, dan penghayatan.
selepas, doa, zikir, dll.

ramai yg berjaya tunaikan sebelum, semasa dan selpas.

fokus kpd semasa, sejauh mana org dapat menguasai yg semasa itu.? (lebih tepat lg, sejauh mana, SAYA dpt menguasai semasa itu?)
sejauh mana kita faham akan makna2 dlm solat?

ramai yg zahirnya solat, ttp, sebenarnya mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya "skill" of solat itu sendiri.
kerana itulah jadinya, bila ubah sedikit keadaan "sebelum" itu tadi,
sbg contoh, bila shj tiada air, tiada penunjuk arah qiblat, tiada surau, maka ianya akan dijadikan asbab untuk tidak mewujudkan proses semasa itu..
tak pun, ada yg brjya lalui sebelum dan semasa, ttp dek kerana merasakan sudah cukup hingga semasa shj, sgala yg selpas ditinggal2kan.

kuranglah nikmat memasak itu, jika kite x dpt utk makan.. kan..?
nikmat solat itu, bukan shj pd proses semasa, ttp juga, pd yg selepas nya..

dapat tangkap ke apa yg sy cuba utk sampaikan ini.?
sejujurnya, sy sendiri merasa kurang ummph penjelasan yg sy berikan ini.
x terasa meresap dlm diri.
spt yg sy katakan, x mengerti utk menjelaskan!

yg pati itu yg utama. itu yg pasti.
harap maaf andai penjelasan tidak dapat difahami..

ty2 pd diri.
setiap hari sy membantu memasak, ttp sbnrnya sy tidak pun memasak.
setiap hari sy solat. ttp adakah sy benar2 solat?

salam renungan,
sinar penghormatan

kata hati :
1. baru pulang dr jusco. bukan skdr jusco, summit skali, auto city, dan ke pameran honda tgk honda city baru. hehe
2. kakak, dah post parcel, but sorry, buncho x dpt nk masukkan. dah siap wrap dah...


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

:: Lapang ::

With the name Of Allah. The Most Merciful, Glorius.
Send Our Selawat to The ppophet Muhammad S.a.w.


kenapa sy post dgn tajuk ni? tiada sebab khusus, just krn sy rasa sgt lapang. satu perasaan yg sgt.. indah. :) sudah seminggu sejak post sy yg terakhir. buat rakan bloggers yg selalu berkunjung, terima kasih, dan ampun maaf kalau sy x sempat utk update. sy dlm pjlnn utk melangsaikan misi. ya. misi. kini sy lebih jelas dan faham dgn misi sy yg satu ni. ape lagi... strive in studies lah.. ;)

sudah sminggu, alhamdulilah, diberi kekuatan n fokus dlm lunaskn tggnjwb sy sbg pelajar. sy tak lagi tidur petang, sy tak lagi mghadap komputer... hy waktu cuti akan online. alhamdulillah.. nmpknya, bulehlah sy teruskan melanggan wifi kan? :P

Banyak!

banyak sgt nak criter.. byk sgt yg berlaku dlm ms seminggu yg leps.... suka duka sume ada.
nak mulakan dr mana yea..... n kkdg "feeling besmngt" utk menulis tu luput coz lmbt sgt catatkan dlm komputer ni. yelah.. salunye, masa benda tu msh fresh bru berkobar2 nak cerita, ye kan? ni, sy kumpulkn crita seminggu dlm satu hari. mana satu priority kkdg x diambil kira.. terbyg macamna laa tokoh2 atau individu2 menulis biografi dan kisah pjlnn hidup mrk, semstinya mrk sentiasa ada"feeling" dan ingtn yg kuat dlm setiap prk yg berlaku spjng hidup mrk. barulah buleh menulis pjlnn hidup yg smngtnya akan dirasai oleh setiap pembaca.!

Amanat Pengarah Intec & Tandas.

spt pljr univ lain, ms mula sem, akan dengar amanat dr pengarah niv masing2. same with me... rabu lepas, sesi amanat pengarah. prof habibah. mcm2 isu yg disentuh.. ffsl blogging pun ada.(bedebuk kena kat sy) n fsl pelajar yg digugurkan scholarship krm mencemuh n mengkutuk intec scr terbuka dlm blognye. dr gaya prof bib, sy rasa, mcm permpuan je. haih.... molek2 lah cket wahai prumpuan dlm berbahasa.. ~_~

dlm speech prof bib yg sy kire hampir 2 jam tu,, ada satu isu yg sgt sy terkilan. sgt terkilan.
utk pgthuna kalian, intec sekrang dlm proses upgrade kmdhan2. klass.. taman ada byk dah... dah ada library yg sgt selesa dan kondusif berbanding dulu. (mmg berbeza yg teramatnye!)da.. yg sgt obvious... prof bib berkali2 mengatakan pembinaan tandas yg cukup luas dlm prpustakkan utk kemudhn pelajar.. ada ms sy uploadkn gbr library baru yg sgt cantek. as students, mmg sgt jatuh cinta dgn perpustakkan. syg sekali, saaaattuuu je yg buat sy sgt terkilan. tiada kmudahan musolla dlm perpustakaan yg cukup gah tu.. ..... syg seribu kali syg...... tandas lebih diutamakn dr musolla.. sy perhatikn byk sgt bilik2 study yg kosong. x byk yg kami minta, cukup kalau ada satu ruang utk bersolat...

sy sudah usulkan cdgn kpd HICOM a level medicine, utk membuat petisyen pembinaan surau atau at least penyediaan surau di perpstakaan. buat saudari radhi dan saudara asyraf.. harap2 sgt kalian look into dis matter. mungkin batch kite x dpt merasai kmudahan tu nanti, tp skrng2nye batch junior2 kte dpt merasai kemudahn tu. byk berkatnye tu kan? sy sgt sedih bile fikirkan senario tandas gah tp surau chumel.,.. jelas skali mana satu yg menjadi pilihan hati para pentadbir intec uitm.. ~_~

RINDU!!!!

rindu... ya.... rindu sgt. tak malu utk sy mengakui yg sy rindukan shbt2 8M1. utk pgthuan kalian skali lagi, rombakan kelas telah dibuat scr mengejut, mengasingkan student yg dpt 15/15 points ke dlm 2 kelas teratas dan yg selebihnya dimskkn dlm kelas yg lain. 8m1 n 8M1. adlh klass bdk2 pandai, yg hy akan mengambil kos pengajian alvl medicen dlm jangka masa 3 semester bbanding kami, 4 semester. short 1 sem. disebabkna sy tergolong dlm lgn bukan top scorer, sy terpaksa berpindah ke kelas lain... rakan2 8m1 yg telah sama2 brjuang sepanjang semester lepas kinin berpecah ke kelas2 yg lain.. drpd 19 org 8m1, 10 org yg terpaksa keluar dek kptsn yg "low standard" hehee....

8m1 yg kini dirindui

saat menerima kabar mengejut tu. mmg sgt sedeyy.. lectrer2 kesygn.... :( xde dah. kwn2... sume kene berkenln dgn kawan2 baru.lagi2 pula, pd hari kena tuka kelas tu..... kami dpt majalh ALM yg ada gbr kelas.. sayunye hati nile tgk gbr kelas 8M1 yg kini dah berpisah!!

hari pertama, belum lagi nmpk hikmah langkah rombak kelas tu.

msk hari kedua, prk2 yg tidak disangka berlaku. entah kenapa, rakan2 kelas 8m1 dulu tiba2 saja jadi rapat. bile berjumpa, mcm tak pernah jumpe setahun. walhal baru satu hari kami berpisah kelas. ;P as example, sy dgn natasha, jrg ssekali brbual dlm kelas. but once rombak klas, ttba kami sme buleh berborak mcm kawan rapat. dgn asyraf pun sama juga. rajin dia dtg menegur n duduk di meja kami di library dan berbual ttg perkembangan kami di kelas baru. (sblm ni, ya allah, sy nak borak dgn dia pun belum tentu!)

perpisahan ini, walaupun hy perpsihn kelas, tlh merapatkan dan membuatkn kite menghargao rakan2 kita... benarlah kata2 org, we tend to hargai benda yg dah tak da pd kite. dn sy mengalami sendri keadaan tu.... hehe... ;)

Tuai padi antara masak,
Esok jgn layu-layuan,
Intai 8m1 antara nmpk,
esk jgn rindu-rinduan...

Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai

Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi


Dakwah fardiyah

hari ni, 20 january 2008, sy telah ke satu sesi prbincangn yg berfokus ttg dakwah fardiyah anjuran persatuan islam intec, PSC,, tp sbnrnya adalh dibwh gerakan JIM. sy tahu dan ckup sedar, ini sbnrnya adlh taktik jim utk recruit pelajar2 intec dgn bergerak di bwh persatuan PSC. sy tak kisah,.. berlapang dadalah dlm menuntut ilmu..! walaupun sy adalah generasi abim., ank didik abim dan ahli dlm pkpim, sy tak rs ianya satu kesalahan utk menyertai majlis2 ilmu (lebih2 lg mengenai cara2 berdakwah) anjurn siapa pun. sy sedar, sy akan mengikuti aktvt2 lanjutan d prog hari ni, dan scr tak langsung akn terus menerus mengikuti aliran jemaah ni. salahkah sy "mencampuradukkan" jemaah sy.. ? sbnrya sy msh kurang fhm dgn konsep berjamaah ni, tp apa yg pasti, bg saya, tak salah utk sy menimba ilmu dr mrk yg ingin berkongsi ilmu. :)
sernok sy bile lihat rakan2, wani, ana, farah, syima, ingin turt serta dlm aktv ni. mmg seronok. mudah2 kalian trus berminat utk sertai such aktv.! ^^

semoga kami ditetapkan dlm semangat ini YaAllah..


Ustaz Hasrizal

InsyaAllah, 26 Januari 2008, kami akan adakan satu sesi bersam ustaz hasrizal. sy diamanahkan utk conduct program pd hari tu. pd mulanya, ya mmglah agak cuak. x pernah2 sy diberi amanah utk coduct any programs! but utntil now, alhamdulillah sgalanya bjln dgn lancar.. :)

tajuk pilihan adalah, "begin with the End in MInd" sama tajuk yg dibentangkan ustz dlm PUISI di ireland tempoh hari. nk tahu apa sbnrnya PUISI dn siapa sbnrnya Ustaz hasrizal? lawatlah www.saifulislam.com.
im looking frwd to meet him dis saturday. selama ni hy mbc tulisan2 ustz di mjlh I, hy ziarah2 lwn web nye,. kini, sy berkesemptn utk "melihat" pemikiran dan pengalaman ustz scr FIRST HAND! :) ya Allah, permudahkanlah urusan program sabtu ini....

islam Vs Silat

sekali lagi isu islam. entah mengapa sejak mula sem 2 di intec ni, plbagai isu islam yg naik dan disentuh dlm diari kehidupan sy ni....
sekali lgi, utk pgthuan kalian, sy diberi amanah utyk menubuhkan kelab Be-U-Teen. kelab ni adlh lanjutan dr perkemahan be-U-Teen di gombak yg telah sy coretkan satu ms dulu..
dgn matlamat dan smngt serta kesedaran utk mperbanyaakn lg prsatuan2 islamic di intec ni, kmi bercadang utk menunbuhkan kelab be-Uteen. (lg satu sebab is, kitorang nk dapatkan dana utk aktvitivi2 spnjg tahun ni..hehehe)

sy brsm hanun, naik ke pjbt HEP. dgn harapan utk mengetahui prosedur2 pnubuhan kelab... namum.. hm as expected, pnubuhan kelab yg berkonsepkan islamic mungkin sukar utk diluluskan kerna konsepnya sama dgn persatuan PSC yg telah wujud.
persoaln yg timbul is, mengapa intec meluluskan penubuhan kelab silat malaysia dan silat cekak hanafi, ?? bukankan itu adlh dua benda yg sma? silat cekak jugak.... cume "taktik" dia saja yg lain.. same case with us. matlamat kami sama. islam. cume taktik psc n beuteen adlh berbeza.? beuteen khas untuk prmpuan...

sedih bile fikir prk ni berlaku jgk kat mesia. susah betul utk bergerak dibwh matlamat islam. dbwh nama islam.. matlamat kami bukan "melatih kader2". kami cume hndk timbulkn smngt ruh islamiah tu kpd doctors-to-be, engenieer-to-be, teachers-to-be.. bukankah tu satu kebaikan.?

okey.. kalau takut sgt kami lahirkan kader2... pihak2 yg berkuasa sediakanlah aktiviti kerohainnan buat kami pelajar2... disebabkan x disediakan lah kami mencari.. it make sence kan?

keluar dr pjbt HEP, kami buntu. mcmana nak gerakkan beUteen tanpa penubuhan kelab yg legal.? setelah perbincangan dgn senior.. alhamdulillah akhirnya kami temui jln penyelesaian. smngt berkobar2 kembali... jd realiti atau tidak, kite tunggu dan lihat.. :)

haa... esok bermula laah minggu baru saya...
minggu kedua di 8m4. semuga ada hikmahnya atas apa yg berlaku. YA tuhan, perlihatkanlah aku hikmah2 itu!


mohon diri,
sinar penghormatan


kata hati: terfikir.. mengapa sy seringkali dipilih sbg pemimpin walhal sy JARANG sekali menonojolakn diri... dr dulu sampai sekrang, org yg memilih, bukan sy yg tampil scr suka rela.. inikah caranya Engkau mengajar aku erti sebuah perjuangan ya allah?