this, is it.


posted by ~ n.u.u.r ~

7 comments

Alhamdulillah.

Sy sudah selamat retrieve walkman pink sy itu. =)
Sgt suka dgn pegawai yg bertugas di bahagian administration itu.
Seorang Chinese, ttp sgt mesra, dan lebih seronok lagi apabila beliau berbahasa melayu dgn saya. Waahhh lamanya sudah tidak berbahasa ibunda… beliau beberapa kali memberitahu saya betapa untungnya saya kerana mendapat kembali apa yg hilang itu.

“u banyak untung o. banyak nasib baik. Bukan senang nak dapat balik apa yg dah ilang. Ramai student nangis2 datang sini hilang laptop hilang dompet. Tapi apa boleh buat, kalau sampai kat tangan orang tak jujur mmg tak dapat balik la. Untung la u dapat kat orang jujur”

Alhamdulilllah. Tiada kata lain, hanya ucapan syukur, kpd yang Maha pemberi rezeki.

Kelas.

Alhamdulilllah sekali lagi, kerana sy sudah selamat mendaftarkan diri ke dalam kursus pengajian separuh masa di university Malaya.

Pada awalnya, sudah hampir2 tidak mahu mendaftar, dek kerana gusar samada mampu atau tidak sy meneruskan pelajaran perubatan dgn masa yg sama mengambil kursus sambilan. Dgn ketujuh2 hari tidak mempunyai waktu senggang,
adakah sy mampu? Adakah sy layak? Adakah sy cukup kudratnya?

Lama saya fikir. Lebih2 lagi apabila melihat jadual tetap setiap sabtu setiap minggu.

2 jam seminggu. Besar juga cabarannya itu. habis cuti saya tidak boleh ditukar ganti lagi… cuti semstar pula, sy perlu berulang alik dari kedah ke Kuala lumpur setiap mimnggu. Mampukah saya? Sanggupkah saya? Banyak betul persoalan yg timbul.

Habis fikir, akhirnya, sy mengikut kata hati.
Kata hati menyatakan, ijjlal, pergi. Pergi ijjlal!

Maka, pada hari sabtu lepas, pergilah sy memandu ke university Malaya.

Terima kasih buat batchmate sy amad aizuddin yg sudi membawa sy dr bukit jalil hingga ke Univ Malaya. Juga terima kasih kepada teman sebilik nur hamizah yg pd malam sebelumnya itu, meski sudah lewat melepasi 12 tgh malam, masih sudi membantu sy dalam proses berkomunikasi dgn cik din. Juga, kpd bonda dan ayahnada yang sentiasa menyokong puteri bongsunya ini, dn tak pernah jemu memberi kepercayaan kpd saya. Walau apapun yg sy lakukan. =)


measuki pintu gerbang univ malaya, sy berbisik dalam diri.
"ijjlal, this is it. this is ur chance. to improve ur self. jgn lemah!"

hibur

Walau keseluruhan pelajar pengajian itu terdiri drpd veteran2 dan mereka yg berusia dlm lingkungan lebih 25 tahun, namun, sy cukup seronok berada di sana.
Entahlah. Tak tahu nak digambarkan bagaimana. Rasa terhibur.
pelik kan? jarang sy terfikir utk rasa terhibur apabila memasuki dewan kuliah.
sebelum ni pada saya, dewan kuliah= dewan tidur. (hehe)
but this time, 2 jam terasa sungguh2 singkat.
yes, i was entertained. entertained by discovering things that i never knew b4,
and things that answered questions by qustions in my life b4.
Terhibur berada dalam suasana yang menjunjung ilmu.
Ilmu2 yg mendekatkan diri dgn Tuhan.

memetik kata2 ikhwan zhaki;
"ya, Nabi dah sebut, ALLAH janji bahawa dalam majlis zikir (majlis ilmu, yang bawa ingat ALLAH), akan dihadiri para malaikat, diturunkan rahmat dan ketenangan"

mudaha2n begitulah. moga ia dpt tenang2kan hati sy yg sejak dua menjak ini terlalu cepat panas dan menggelegak. ohoho..~

Dalam kuliah itu, meskipun pada dasarnya belajar perkara2 asas mengenai akidah, ttp pensyarah menyelitkan pelbagai info tambahan.

Dgn laras bahasa yang lebih tinggi, idea2 dan lawak jenaka berisi, juga analogi2 yg mudah difahami. Ditambah lagi dgn soalan2 yg diajukan oleh pakcik2 yg ternyata berani dan bernas.

Dan kini, sperti yg pernah sy katakana kpd sahabat yg bertanya, sy sudah tidak sabar2 utk menghadiri kelas seterusnya. Sy sudah ternanti2 pengisian yg akan datang. Ketagihnya!

Malah sy meminjam semangat dr seorang kakak yg baru sy kenal, kak siti namanya yg sanggup berulang alik dari Terengganu ke kuala lumpur setiap minggu semata2 utk mengambil jurusan ini. Tengok ijjlal. Kak siti tak pernah merungut. Malah setiap minggu setia berualng alik sejak.. berbulan2 yang lalu.
So THERE MUST BE SOMETHING HERE THAT MAKE HER EAGER TO DO THAT!
Yes, PASTI ada sesuatu disitu. Dan ternyata, memang benar ada sesuatu yang berharga dibalik bilik2 kuliah pusat pengajian islam itu. =)

Agak2nya inilah rasanya apabila menghadiri kuliah pelajaran dalam bahasa melayu. (hehe)
Teringat kuliah di IMU yg menggunakan bahasa inggeris sbg pengantara. Faham itu faham ttp kadar resapannya tidak sehebat jika ianya dilaksanakan dalam bahasa melayu! (huhu). ok ijjlal… kamu tidak boleh salahkan siapa2 melainkan diri kamu sendri yg masih perlu perbaiki kebolehan bahasa inggeris saya. Uhu.

Kecil!

Ternyata! Dunia ini sememangnya kecil!
Sy berkenalan dgn seoarang kakak yg bernama kak az. Seorang yg gila belajar, dan kini berkhidmat di amanah raya. Kak az mengambil sijil syariah. Berbadning sy yg mengambil usuluddin.

“akak mmg suka belajar. Akak nak sumthing yg berbeza dr bidang yg akak ambil”.

Bagus. Cintakan ilmu. Sy serap semangatmu itu kak az!
Cerita2 rupa2nya kaka z (atau lebih dikenali sbg kak ain) merupakan sepupu rapat kepada seorang senior semester 5 di IMU. Sy tidaklah berapa kenal senior lelaki semester lima ttp kalau nama itu disebut, sy tahulah siapa.

“owh? Yeke! Yg pandai cakap English tu ke?” Tanya saya.
“a’ah. Dialah. Baik budaknya tu. Very gentle”.

Maka, terbukalah sedikit cerita mengenai kehidupan senior sy itu yg kehilangan ibu sejak kecil yg meninggal kerana kanser. Kak az begitu memuji senior saya itu yg padanya, walau sudah menjadi anak yatim sejak kecil ttp sgt independent, beperibadi, dan menghormati org2 sekeliling.

Subhanallah. Kisah manusia ini mmg pelbagai.
Dalam pada kita menganggap hidup kita dipenuhi ujian, hidup orang lain juga begitu.
Cuma cara, rupa dan betuk yang berbeza.
Jika disifir2kan semula, sebenarnya sama sahaja. Semua org menerima ujian, semua orang mempunya ikisah sendiri. Bezanya adalah bagaimana kita menerima dan menukar apa yg dilalui itu sbg peluang bukan halangan.

Kpd senior saya itu, meski sy tidak berapa mengenali anda, sy menghormati anda, dan semoga, langkah2 mendatang anda diluaskan. insyaAllah..

Ya Rahman, permudahkanlah langkah kami dalam mnimba ilmu.

Rabbizidniilman, warzukni fahman..

Salam isnin,

teguh2.


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


adat berperahu satu haluan;
adat bersampan satu kemudi.

adat sehaluan satu TUJUAN;

adat berkemudi satu HATI.


salam pagi sabtu yg mulia;


kata hati: pegang erat tanganku, usah dilepas..!

rezeki


posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments

Dengan namaMu Yang Mulia Ya Allah...

skrg jam 6 ptg. saya baru pulang ke rumah, dari IMU.
letak2 barang, tgn dgn otomatiknya mbuka laptop dan cek email.

dan satu email ini, menarik perhatian saya.

subject : SONY WALKMAN.

Dear Nuur,

Pls come to the Admin Dept, 2nd Floor and claim the item.

Regards

Lesley

*speechless*

subhanallah!
alhamdulillahh.....

bila kita tidak meletakkan harta di dalam hati kita,
harta akan "mencari" kita.

terima kasih Ya Allah ; tuhan pengurnia rezeki...
terima kasih krn mengerakkan hati org yg menjumpainya utk memberi kpd kaunter lost and found.
who ever the person is, i thank you a lot...

panjang lagi jodoh sy dgn kamu ya walkman.
tp kan.... extra walkman ni pula, nk bagi siapa ya?





kecewa


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

Dengan NamaMu Ya Allah.. pemegang waktu2 kami..

*posting ini dipost krn baru lepas dikecawakan. ayat x proper sbb ... tgh kecewa~~~ *

selesai

saya baru selesai menyiapkan satu draft poster untuk program akan datang.
draft kerana, banyak lagi maklumat2 mengenai program tersebut yang belum saya dapat.
sy hanya isi "ikut pandai sendiri" sahaja. kalau ada perubahan, bila2 masa sahaja boleh diubah.

sedihnya, sy hanya mampu menggunakan microsoft powerpoint 2007. kerana laptop sy tiada sebarang perisian graphic. (bagus juga tiada. kalau tak melekat depan laptop ni..)
hehe.. buat poster guna powerpoint? maka hasilnya ala kadarlah..

sejujurnya saya masih belum berpuas hati kerana kelihatan sedikit "dull" dan wordy.
dan ayat2 dalam kotak tu pun ntah pape je, campur english malay. yelah. kan sy kata, draft.
akhirnya saya klik "select all" --> "group all"--> "save as picture" .
dan, save document dan close.

O_O.

ups. save, dan close...?
dalam keadaan poster itu sbg picture, bukan editable version??

saya... terlupa, utk save draft yang sy buat!
maknanya tidak dapat diedit semula!
Allah.......... Allahhhh.................

mata saya pejam rapat2.
nafas saya sedut dalam2.
kepala sy mendongak keatas..
belakang sy, diluruskan..

ijjlal, bertenang........................................................ bertenang......................

2 jam lebih waktu sy di depan laptop ini seolah2 terbang begitu sahaja.
lamanya adalah kerana laptop sy ini tidak tahan dgn graphic.
slow dan merangkak2..
tekan satu, keluar separuh....
punyalah saya allocate masa malam ini utk selesaikan hal poster. enggan kacau hari2 lain.
sayangkan masa2 lain. mahu siapkan malam ini juga.
tengok2...

*istighfar* istighfar*

sekarang, perlu buat balik,
from scratch.



T_T


sabar2lah.


kata hati:
sbb itu lah sy menolak utk menjadi publicity manager sebelum ni.
habis waktu saya.

tiada rezeki


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Dengan NamaMu YaAllah, Maha Pengurnia Rezeki..


cadang

pada mulanya, saya bercadang utk membeli telefon bimbit second hand yg lengkap dgn 3G dan aplikasi2 asas,
mudah bagi saya utk memaksimumkan pakej celcom family plan yg menawarkan video call dan MMS yang tidak terhad dgn hanya rm5 sebulan.
rugi lah kan? telefon bimbit sy yg sedia ada ini tidak mbolehkn sy menggunakan perkhidmatan 3G tersebut.

itu, rancangan awalnya.
namun, kini, sy memadamkan hasrat saya itu.
kerana wang yg pd asalnya telah sy allocate utk mbeli telefon bimbit,
telah sy gunakan utk membeli mp3 player yg baru.

arh? mp3 player? utk apa?
well, setiap hari sy merecord kuliah sy.
(yelah. dah asyik tertidur je dalam kuliah. mestila kena record dan dengar balik! :P )
unfortunately, last week, i lost my mp3 player.

my 4GB mp3 player yg memuatkan bersiri2 kuliah yg telah direcord!
Allah...........

"Letakkan harta dalam tanganmu, Jangan letakkan dalam hatimu"-saiyidina Ali

ok... ijjlal...
pedulikan mp3 tu. itu, harta dunia. boleh dicari lagi.
lgpun, kamu bukannya jenis orang yg kerap mendengar lagu atau radio.
Dia hanya mengizinkan kamu menikmati nikmat itu buat sekian2 waktu ,
dan, minggu lepas, Dia ingin meminta kembali apa yg dipinjamkan itu.. ok.. :)

tp... bagaimana pula dgn harta ilmu,,?
saya sayangkan recording2 saya tu...
kebetulan masih banyak kuliah yg belum sy transfer ke laptop.
huhu...

yeke..?

berbolak balik hati ni samada mahu beli atau tidak mp3 baru.
baru smeinggu hilang kan. mana tahu ada orang jumpa dan pulangkan? (mana tahu..)
but akhirnya mengenangkan mmg perlu,
sy pergi mencari mp3 baru.
kebetulan punyai model yang sama.dan itulah harga yg paling rendah yg boleh sy dapat.
ttp kali ini, warna yg berbeza.
and kali ini, sy hanya mampu mbeli yg berkapasiti 2GB shj.
cukuplah tu. kan..?

nampak agak smart, but somehow, i prefer the previous one.
pale white pink rather than dark black maroon.
warna yg dahulu yg pastel itu, lebih kena dgn jiwa sy. (hehe)

whats done is done.
itulah namanya tiada rezeki.

guna baik2 mp3 tu ya.
jgn hilang2 lagi!




posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments



dalam pada saya berlembut dan mengalah,

saya sedar,
ada waktu-waktu dan saat-saatnya...

sy keras.
lebih keras dari batu.
lebih keras dari besi.
cukup keras,
sangat keras.


maaf, buat mereka yang "terkena"
dgn kekerasan saya.


do not expect me to be an angel.

because im just,
a normal human being.



wallahu'alam.




status


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

Bismillahirrahmanirrahim...


" kau suka letak status kau macam tu kan.?"

"status macamana?"

"status macam ni lah."Align Left

waktu itu, status sy di yahoo messenger adalah, 'lembut-lembutkan'
skrg, status sy di YM adalah. 'pengecut. (!!)'

ya. sy "suka" meletakkan status yang begitu.
yang, general.

sebenarnya, melalui status ini secara tak langsung sy mengekspresikan apa yg sy rasakan waktu itu,
berkaitan sesuatu isu, berkaitan seseorang, berkaitan haiwan mahupun alam kejadian.
atau juga ; sebagai medium utk sy menegur scr tak langsung org2 di friend list sy.

ada masanya, status sy itu applicable utk semua friends.
ada masanya status sy ditujukan buat orang2 tertentu.
ada masa, status sy hanya berkaitan dgn sy sendiri.

mungkin, sy ini seorang yg gemar berteka teki.
gemar membuatkan orang lain tertanya2.
sukar utk meberitahu secara terus apa yang difikirkan, apa yang dirasakan.
mungkin sahaja. kan?

sy suka sesuatu pernyataan yg simple, ttp kaya dgn makna.
makna2, tersirat. isi2 yang dalam.
dari satu perkataan, ttp boleh mengintiate pelbagai persoalan baru.
persoalan2 mengenai diri, orang lain, sesuatu situasi dan sesuatu kejadian.
utk mengintrepetasinya, semuanya bergantung kpd persepsi individu itu sendiri.
sy tidak menghalang siapa2pun utk menafsir makna disebalik status2 sy.
yang pasti, setiap satunya mempunya makna dan harapann2ya yg tersendiri.
yg lahir jauh dari dalam hati sy sendiri.

scr amnya,
buat sahabat2 yg berada dalam YM list sy,
ambillah "status" sy itu sbg satu pernyataan kecil yg boleh mebangkitkan persoalan2 lain mengenai diri kalian sendiri.
tanya kembali persoalan itu, kpd diri sendiri.


"pengecut (!!)".

pengecut?

ya. kau memang pengecut!

wallahu'alam.

hanya pada nama.


posted by ~ n.u.u.r ~

16 comments





siapa kata gelaran tu tak membawa erti?


geleng-geleng,

no no


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


its 2 am.
still, NOT sleepy!

ive been awaken since,
like, around 4 am.

ok.

no caffine for nuur ijjlal please.

mana satu


posted by ~ n.u.u.r ~

9 comments

Dengan NamaMu Ya Allah yang memegang waktu..


"please do note vote me"

ups. i felt silly for saying such phrases semasa diminta utk "mempromo diri" supaya memnangi undian.
tak terfikir ke sy pada orang2 yg telah mencalonkan sy.
ok. itu pengajaran hari ni. tlg fikir bagi pihak org lain.

terlajak perahu, boleh diundur. terlajak kata? boleh telan balik? uhu.

saya dicalonkan utk jawatan "pengurus publisity" utk sebuah persatuan di IMU.
waktu dicalonkan , hanya satu yang muncul dalam fikiran saya.

i will be busy!!


tahu2 sahajalah, publisiti.
mmglah sy akui sy agak minat dgn graphic dan design,
namun, sy tahu sy bagaimana orangnya. once mendapat tugasan berkaitan "design2" dan "video2", pasti sy tidak akan peduli yang lain. sy akan siapkan, hingga sy puas.
sanggup berjaga, sanggup menghabiskan masa, semata2 utk membuat satu2 piece.
dan disebabkan ketidakupayaan sy utk mengkontrol masa apabila sudah terlibat dgn perakra2 designing lah, sy benar2 menolak pencalonan tersebut.

haha sila tukaf "twitter" kpd "facebook."

untuk menjadi "publicity manager" dalam sesebuah program tertentu, itu, insyaAllah, boleh menerima.
ttp untk memegang jawatan itu sepanjang tahun, itu, yang menjadi isunya.

lebih2 lagi, sy memikirkan "gerak kerja" sy yang bakal sibuk tidak lama lagi.

kelas pengajian di Univ Malaya insyaAllah akan bermula 30 october nanti.
ahad depan, sudah mula penglibatan sy dgn aktiviti persatuan NGO.
selepas ini, pasti akan terlibat dgn aktiviti2 di luar kawasan bukit jalil.

(ok, sekarang nasyid hadith ingat lima perkara sebelum lima perkara terngiang2 di telinga saya. "lapang sebelum sempit.." )


mana mahu letak kerja study medicine sy pula nanti?
sy tahu sy seorang yg perlu bekerja keras dlm pelajaran.
sy tidaklah dianugerahkan keupayaan mengingat dan memahami dgn baik dan kekal.
sy perlu ulang2 selalu, dan faham2 selalu.

adakah saya bersikap pessimist.?
mungkin orang memandang sy sbg seorang yg agak pengecut.
baik, mmg sy takut. itu sy akui. takut tidak tertanggung.
im trying to be realistic. althou i seem pessismist.

kalau mampu, mmg sy terima.
enggan "yg dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran" terjadi.
na'uzubillah!

mula2 menarik lafas lega apabila sy tidak dicalonkan.
but then tiba2 atas dasar menjimatkan masa,
mereka meminta sy utk memilih post yg berbaki.
arh? pulak. ini sudah masuk kes aniaya ni. (hehe)

mahu lari dari yg satu, masuk kpd yg lain pula ?

mahu tidak mahu, sy "terpaksa" memilih.
tuhan, permudahkanlah..

dan kamu ijjlal, tolong, jangan merungut. ya?


caffiene.

saya bukanlah pencinta caffiene atau nescafe.
selagi boleh minum selain dari itu, sy akan cari option lain.

pagi tadi saya mencuba satu cawan instant cappucino. a hot one.
berbuih2. menarik !
lazimnya sy hanya minum seteguk dua, merasa2 capppucino yg dibuat oleh kaklong atau ayahnada. ttp pagi itu, habis satu cawan sy "paksa" minum. terkelat2 juga sebenanrya.
pahit2 lemak. lemak2 pahit. tang pahit tu yg kurang gemarnya. he3.

niatnya hanya satu, agar saya tidak mengantuk dalam bilik kuliah nanti.
walau sudah masuk dua bulan kuliah, sy masih mempunyai syndrom tidur semasa kuliah.
ya memang tidak sekerap dahulu, ttp masih ttp berlaku.
kadang2 ada masanya habis satu jam kuliah hilang begitu sahaja. uhu.

berlalu satu kuliah, sy masih bertenaga.
berlalu sesi kedua, badan masih tegak!

satu perasaan "menarik".
tak tidur dalam lecture!


kemudian sambung di meja belajar di ruang legar.

masih segar.

pulang jam 5.00, masih bertenaga.


owh! hebatnya penangan caffiene!
inilah dia kesan bagi seorang seperti sy yang tidak biasa dgn caffiene,
dgn tiba2nya consume a whole cup of cappucino.
a whole cup of caffiene!

kini, kepala saya sudah pening2 lalat.
namun mata, masih belum mahu tidur.

nampaknay caffiene benar2 berjaya menjadi competitve inhibitor, berlawan2 dgn epinephrin utk merebut utk bergabung dgn adenosine.~~ entah berapa banyak neorutransmitter yg tak sepatutnya ditransmitkan, tertransmit. (ups. medical term. hehe!)

minum caffiene x mengantuk.
x minum caffiene tersengguk2.

minum caffiene ada long term effect,
x minun caffiene...... ada short term effect.

ish macam dah masuk fiqh lah pula. eheh~
mana satu yg perlu diutamakan?



caffiene yes or caffiene free.?



sembang2,