
posted by ~ n.u.u.r ~

posted by ~ n.u.u.r ~
Dengan NamaMu yaAllah.. Maha pengurnia rezeki..
kecil
mata saya memerhati kenderaan lain.
dalam hati terdetik.
"macamana lah orang travel jauh-jauh naik kancil. x penat ke."
** bunyi sangatlah seperti anak orang kaya. :P sila baca dalam nada simpati, bukan dengan nada menyombong diri**
travel
nak buat macamana. jangan salahkan saya kerana berfikiran begitu.
sejak kecil, setiap kali travel jauh, pasti saya akan menaiki kenderaan yang selesa.
bertukar tukar kereta daripada jenama import mahupun tempatan. sebut sahaja.
dahulu ayahanda cukup gemar bertukar kereta hingga saya sendiri pening melihatnya..
tambahan, keselesaan itu sangat perlu untuk bonda saya yang mengalami slip disc.
tak boleh kereta rendah, tak boleh kereta gegar, tak boleh travel lama-lama.
silap haribulan, terlantar diatas katil berminggu minggu lamanya.
dan alhamdulilah mungkin rezeki ayah saya, mampu untuk menyediakan keselesaan dalam hal kenderaan.
kini, siapa sangka, "kereta kecil tidak selesa" itulah kehidupan saya.
ulang alik kemana mana sahaja, tak kira jauh, tak kira dekat,
dengan super hero kesayangan saya, my little kancil.
kalau dahulu saya tertanya-tanya apa rasanya travel jauh dengan kereta kecil bergegar sana sini,
hari ni saya mendapat jawapannya;
"selesa je. dah itu sahaja yang ada, memang takkan ada rasa penat, sebab itu kereta kita,!".
siapa tak sayang benda milik sendiri?, cuba cakap. siapa tak sayang?
walau macamna kecil pun sesuatu itu, tetapi apabila ianya sudah menjadi milik kita, dan kita sayang padanya, kita tidak akan merasa susah mahupun merasa disusahkan olehnya.
walaupun kereta saya itu bergegarnya mashaAllah, persis menaiki kuda,
dan stereng kereta yang agak berat hingga boleh tumbuh muscle di lengan saya ni. :P
despite that,
saya belajar konsep bersyukur dan menghargai apa yang sedia ada.
lebih baik ada ni, daripada tiada langsung!
buat apa susah-susah merungut itu ini, bukankah lebih baik bersyukur dan menggunakan seoptima mungkin?
kalau nak diikutkan, sudah merata saya bersama kereta saya tu.
dari negerisembilan, hinggalah naik ke kedah. itulah rutin dan kehidupan saya.
malahan kini saya sudah lupa apa rasanya travel dengan kereta selesa lantaran kehidupan saya sudah sangat rapat dengan kereta cilik kancil. =D
mampu
walaupun hakikatnya parents saya mampu untuk menyediakan kenderaan yang lebih baik, (im not saying this because i wanted another car. no lah)
namun prinsip pendidikan mereka buat saya adalah, untuk saya mendapat apa yang selayaknya saya dapat. bukan apa yang saya mahu dapat. dua perkara yang berbeza tu kan?
pernah saya sebutkan dahulu, saya mewah dengan barang.
sebut sahaja apa yang saya mahu, insyaAllah sampai masanya saya akan dapat.
tetapi, harga dan jenama sesuatu itu sesuai dengan taraf saya yang masih merupakan pelajar.
bukan yang mewah, tetapi yang sekadarnya. yang sepatutnya.
kalau mahu yang lebih, yang up orang kata, itu, perlu topup lah dengan wang sendiri.
and alhamdulillah, thanks to the way i was raised,
saya belajar untuk merasa cukup. :)
kenapa?
entahlah, sebenarnya saya sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba cakap mengenai hero saya tu.
barangkali kerana lately, masa saya banyak dihabiskan dengan hero saya. asyik traaveelll sahaja kerjanya. sekarang bila dah berada di kulim, tertanya-tanya khabar hero saya yang keseorangan di vista. kesian kena panas hujan.. sabar ya. minggu depan kita jumpa. dan kita pergi jalan jalan lagi. insyaAllah. :)

posted by ~ n.u.u.r ~
i just; wanna smile.
=)
alhamdulillah.
time to move on!

posted by ~ n.u.u.r ~
today
hari ini?
lets talk fashion okey!
siapa kata saya tidak gemar berhias.?
tanya sahaja kepada keluarga saya, mereka lebih lebih leebiiihhh mengetahui. :P
di dalam rumah, mahupun di luar rumah.
pernah sahbat saya menegur;
"kenapa ijjlal pakai baju lawa-lawa rumah ni? orang pakai ni kat luar je, dia pakai kat dalam rumah pula"
saya senyum.
salahkah? takkanlah diluar sahaja perlu berhias. ketika dlm rumah pun perlulah berhias. lagi pula saya berhias untuk diri saya sendiri. keselesaan dan keinginan saya sendiri.
bukan untuk orang lain. jadi, x salah rasanya kan.. =)
cuma entah kenapa, sejak melangkah ke alam 20-an, saya sudah sedikit malu untuk berhias secara lebih lebih semasa berada di luar rumah sepertimana satu ketika dahulu.
perubahan cara fikir mungkin?
pashmina
sekarang, musim tudung selendang, pashmina,syria dan seadik beradik dengannya.
i think, people look cuter when they wear shawls. is it true? sumhow i think it is true. XD
ada juga saya browse2 buang masa melihat laman2 web yang menawarkan pelbagai jenis selendang. comel2 semuanya.
saya enggan komen mengenai siaz selendang kebanyakan yg dijual, mengenai itu, saya cukup yakin kalian sudah tahu.
kali ini, saya ingin perkenalkan satu site yang saya jumpa.
dalam banyak2 blogshop yang saya tandang, site Max Azaria menawarkan tudung pashmina yang sopan untuk dipakai. (klik di gambar untuk ke website yg berkenaan)
labuh pun labuh, bergaya pun bergaya, sopan pun sopan.
apa yang dapat saya katakan adalah,
antara kelebihan tudung ni adalah, mudah dibentuk dan tak cepat kusut!
sangat sesuai bagi siapa yang kuat travel. dan kerja yang sibuk, seperti.. doctor! :P
tips?
secara kasarnya, tips membeli bagi siapa yang teringin pakai selendang labuh, untuk saiz yang sesuai supaya bila dipakai agak labuh is,
panjang= satu hasta+setengah depa.
lebar= satu depa setengah.
ish, gaya macam pernah beli je saya ni? *giggles*
bukan pernah beli, tetapi pernah mencuba.
kebetulan saya terjumpa satu simpanan selendang hitam kepunyaam bonda saya yang dipakai semasa berkunjung ke tanah suci satu masa dahulu.
maka disebabkan saya tiada kerja sangat, saya cubalah memakainya.
and, it happens to be that, indeed it is easy to wear, and the great part is, boleh dipakai labuh.
frankly speaking, memang ada terdetik dalam hati untuk cuba memakai shawl, but entahlah,
bila saya mengenakan shawl , saya rasa seperti, seolah2 ada sesuatu yang aka ntelan saya dari depan belakang kiri kanan. (?)
beberapa kali dah cuba untuk melangkah keluar dari rumah dengan shawl hitam bonda saya tu, but akhirnya saya masuk kembali dan menukar untuk memakai tudung biasa. hehee.. macam macam kan ?
cukuplah buat masa ini, saya rasa saya sudah cukup selesa dan tenang dengan penampilan saya yang sedia ada. yang harapnya berkekalan!
tak kisahlah, as mentioned, saya bukan orang yang anti kepada fesyen terkini.
walau apapun cara penampilan yang kalian pilih,
jangan sekali kali lupa untuk jadikan surah nuur ayat 31 sebagai TIP UTAMA.
kecil atau besar,
labuh atau pendek.
semuanya ditentukan oleh kita.

agar mampu menjadi yang terpilih,
insyaAllah! :)

posted by ~ n.u.u.r ~
bismillahirrhamnanirrahim..
lagu.
lagu, jika dibaca tanpa irama musik, ia umpama puisi.
dan bagi saya, seorang yang memang gemar dan menghargai keindahan bahasa meskipun saya tidak berbakat dalam bidang puisi,
lagu sememnangnya dekat dengan saya.
satu ketika, saya bersahabat baik dengan lagu2 barat nyanyian avril lavinge, linkin park, micheal learns to rock (mltr) dan beberapa penynyati lain zaman awal 2000.
menutur lancar dibibir, dan dihati saya.
"take my heart, u cud take heart. its a picture a thousand sun set...." -mltr
ceyy... lagu tak tahan.
tengok, still hafal lagu-lagunya. (huhuu)
namun sekarang, bukan sudah tidak minat, kalau nak kata minat tu, memang masih minat lagi. heheee..... cuma saya memilih untuk beralih arah.
perlahan, perlahan.
saya mula berjinak-jinak himpunan puisi yang jauh lebih indah. :)
saya lupa bahawa bait2 kalam suci juga merupakan puisi.
puisi paling agung, puisi paling suci, puisi paling perkasa.
puisi yang meski x difahami maknanya secara terus, mendengar sahaja sudah mampu menggetarkan jiwa. kerana apa?
kerana puisi itu dikurniakan khas untuk kita. untuk saya, untuk kalian. :)
untuk kita hamba-hambaNya.
Pengasihnya Dia. Pemurahnya Dia, kerna Dia masih sudi menyediakan bait-bait cinta meskipun Dia cukup tahu bahawa saban hari kita bermaksiat kepadaNya....
subhanallah.. masyaAllah.. alhamdulillah..
come!
orang kata mereka mencari-cari hiburan supaya mampu beri ketenangan.
saya kata; jadikan ini sebagai 'hiburan' harianmu!
what do you choose?

posted by ~ n.u.u.r ~
dengan namaMu YaAllah...
posting ini didedikasikan buat angah. tetamu sempoi 196.
angah
"janganlah tengok. angah duduk kat dalam lah."kata saya.
"xpela. apa nak malunya. doktor mana boleh malu.".
balasnya. angah enggan masuk ke dalam dan tetap berdiri disebelah saya.
seorang bakal doktor berusia awal 20 tahun, emm sy kira umurnya dalam 22 atau 23 tahun? yang sedang menjalankan sesi praktikal di hospital kulim.
saya memanggilnya angah. bukan atas dasar sudah rapat dengan keluarganya,
tetapi atas dasar segan mahu memanggilnya abang. (he.he.)
telur dadar
perbualan diatas berlaku di dapur, semasa saya ingin menyediakan telur dadar buat makan malam.
waktu tu hanya saya seorang didapur, bersama angah.
asalnya angah berada di ruang hadapan, tetapi apabila melihat saya ke dapur, angah mengikut dari belakang. mungkin pada fikirannya, tidak elok jika dia duduk santai di depan semetara saya didapur memasak.
to be frank, aduhai. aduhai, segannya saya.
meskipun angah saya anggap sebagai seorang abang, tetapi segannya, ya masih!
mana pernah orang lelaki menghadap saya memasak.!
cepat2 saya mebuka tv. supaya tidaklah sunyi sangat. dalam hati puas menjerit2 minta angah duduk di depan sahaja plus menjerit mahu panggil sahaja cik anum ke dapur.
ish.. orang yang malu sangat pun susah. orang yang tak kisah sangat pun susah juga ya.
bayangkan sahajalah betapa tidak selesanya saya waktu tu.
saya berdiri di depan stove, dan angah berada di kanan saya.
menyediakan telur dadar yang simple pun tiba2 menjadi agak sukar.
segan + gabra = serba tak kena. itulah jadinya. haha
angah puas duk bertanya. "reti ke tak dadar telur ni? selalu masak apa?"
mungkin nampak benar canggungnya saya memegang sudip dan kuali. dan segala teori mengenai telur dadar terkeluar waktu tu. kene begitulah, kena beginilah.
dalam pada telinga duk setia mendengar leteran angah, hati saya masih meraung2. angah, janganlah tengok ijjlal!
"tau tak terbalikkannya tu?" tanyanya lagi.
tau.. tau.. jawab saya.
tiba2 waktu mahu menterbalikkan telur dadar, terhangus pula telur dadar saya tu!
aduyai. malunya saya.
benda yang memang tahu, tiba2 sahaja jadi tak tahu lantaran segan punya fasal.
bila dah nampak telur sedikit hangus, saya cepat2 mengambil pinggan.
telur dislidekan masuk ke pinggan. but then, terlihat lelehan telur yang masih belum cukup masak. hangus je lebih, masaknya tidak.
"dah berapa lama dadar telur ni...? ni la perempuan zaman sekarang.." angah memerli.
zaapppp!! entah berapa banyak das 'tembakan' yang saya terima dari angah dalam masa tak sampai satu hari.
xpe angah. xpe angaahh..
semasa masing2 sudah berada di meja makan untuk dinner, saya sempat berkata kpd angah. "angah, what happened here, stays in here tau."
senyap seketika. dan akhirnya diiringi dengan tawa besar apabila melihatkan telur dada hangus kurang masak saya tu.. XD

aduhai malunya saya.. sungguh saya malu. sangat sangat.
ijjlal. ini baru sikit. kalau nak hidang makanan kat mak mertua nanti macamana ?
moral of the story : jangan masak bila angah datang rumah. hehe.
indonesia
dahulu angah belajar di indonesia. di medan, to be precise.
kebetulan ayahnda tiada di rumah, jadi siapa sahaja yang mampu melayan melainkan saya dan bonda.
untung saya dan angah mengambil jurusan yang sama. jadi banyak jugalah modal yang boleh dibawa berbual. lebih-lebih lagi saya kan baru pulang dari liburan di indonesia...
apalagi, indonesia juga termasuk dalam isi perbualan! hehe
saya ni, bila orang ramah dengan saya, saya pun tiada masalah untuk ramah dengannya.
bila saya katakan banyak yang dibualkan, memang banyak.
treatment adherence
angah berkongsi pengalaman tentang bagaimana melayan pesakit dan bagaimana mahu memecahkan berita buruk kepada pesakit etc.
"kalau ada ptient tanya; boleh tak nak rwat dengan bomoh je, macamana? kita sbg doktor tak boleh kata tidak sbb dikira tak beretika. ha.. macamana nak cakap kat patient tu?"
boleh tahan juga penjelasan angah kpd saya. patutla jadi doktor pun kan.
bercerita sedikit2 mengenai kanser. hepatitis, virus dan pengalaman praktikal di hospital kulim.
"sebenarnya baru sambut 2 delivery tadi. tu yang tak lalu makan sangat ni" kata angah semasa makan tengahri.
tetapi, dalm tak lalu makannya itu, bagi saya, banyak juga nasi yang dijamahnya! lucu betul.
debat
angah malahan sempat lagi berdebat mengenai pembakaran terbuka.
asalnya begini, bonda saya sangat suka mebakar daun2.
yang saya ni pula, sungguhlah against aktiviti bonda.
tiap waktu bonda mahu mebakar sampah, saya akan lari pergi, tanda protes.
(tp x berkesan pun protesnya..)
petang tu semasa bonda mahu membakar sampah, tiba2 angah kata.
"makcik tau tak, asap putih ni baik untuk tumbuhan. sumber carbon. subur pokok nanti".
"ha. ijjlal. dengar tu. ijjlal ni marah sungguh kalau makcik tini bakar daun". bonda gembira ada yang menyokongnya.
angah memandang saya, tersenyum lagi. "
ha.kenapa pulak? bagi 5 sebab kenapa asap putih tak elok?"
muka saya sedikit berkerut. ha? lima sebab? adui angah. kenakan saya lagi!
angah juga berkongsi pengalaman di indonesia.
"pergi bandung hari tu, ada ziarah makam wali tak?"
"erm.. xde... x pergi pun mana-mana tempat macam tu.."
saya malu sendiri. liburan saya kali ini lebih kepada menghargai keunikan alam ciptaan Allah.
xpelah. itu juga satu cara ingat kepadaNya jugakan?
halal
"macamana nak tau makanan halal ke tak kat indonesia?" tanya saya.
saya menceritakan kembali apa yang saya lalui di indonesia.

duduk di restoren yang menyajikan masakan sunda, tetapi tup tup, waktu hampir nak makan, saya dapati taukenya bukan muslim.
wakttu tu hati saya sudah berdebar2. hidangan sudah berada didepan mata. dan saya memesan sajian ayam. entah disembelih atau tidak ayamnya, saya pun tak tahu!
saya bingkas bangun, dan bertemu muka dengan tauke berkenaan.
"muslim, halal. jgn risau". katanya ingin meberi keyakinan.
maka saya pun berasa yakin dengan jawapan dari tauke tu and teruskan dinner saya.
"lain kali jangan ringan2 bab makan2 ni. kena hati2. orang sana anggap halal tu maknanya bukan arak, bukan babi. sembelih atau tak bukannya kira." respon angah kepada saya. barangkali sedikit tidak setuju dengan tindakan saya utk "beriktikad" kepada kata2 tauke tersebut.
saya ni pun satu. sudah tahu nak menziarahi negara orang, tak reti pula nak upgrade ilmu mengnai fiqah pemakanan diluar negara.
jadi lain kali, tolong berhati2 dengan pemakanan anda nuur ijjlal.
terutamanya dari aspek halal dan haram.
jadi darah daging kamu nanti.
pengaruhi amal ibadah kamu nanti.
jangan main main!
pulang
jam 8.30 malam, angah pulang.
badannya sudah pun menuggang motor, kepala sudah pun disarungkan topi keledar, tapi mulut masih teruuusss berbual. x henti2.
sempat lagi bertanya itu ini dan bercerita mengenai minyak motor.
aduhai.. tak pernah saya menerima tetamu lelaki bujang yang seramah dan sesempoi begini.
ada sahaja yang ingin dibualkan, mulut tak henti ketawa dan senyum.
letih juga dibuatnya. but then again, a very interesting person to talk with.
very open minded and very talkative, and knowladgeble indeed.
selamat maju jaya buat angah yang akan mulakan clinical years di perlis minggu hadapan.
semoga mampu tamat dan menjadi seorang doktor yang,,,,, bermanfaat!

posted by ~ n.u.u.r ~
assalamualaikum sahabat semua!!
saya sudah pulang dari liburan di indonesia
:)
tapi,, macam letih pula nak cerita perkara2 yg berlaku..
terlalu banyak sampai tak tahu nak susun macamana.
ho.ho..
yang pasti, percutian kali ini bercampur antara waktu2 kritikal, gembira, dan sedih..
indonesia banyak mengajar saya tentang kehidupan.
tentang persahabatan
dan tentang karektor2 manusia yang pelbagai.
alhamdulillah..
lain waktu, saya mahu ke indonesia lagi.
insyaAllah. :)

posted by ~ n.u.u.r ~
hari itu kelas tafsir terakhir dgn Dr. pada sesi awal saya tersengguk2 menahan ngantuk kerana penuh dgn ulasan sejarah tokoh2 tafsir. wah wah. di mana2 sy mmg tidak dapat dipisahkan dgn tidur hehe. kemudian masuk bab menarik mengenai apa itu khalaf, apa itu salaf, dan perbincangan2 asas mengenai aliran2 berbeza. very nice. baru saya faham. :)
kampung
saya sekarang berada di kampung, di negeri sembilan.
nenek saya kurang sihat.
kata doktor, demam biasa.
ttp bagi sekujur tubuh tua, demam biasa pun menjadi sesuatu yang menyeksakan.
bayangkan sahajalah, bacaan gula naik hingga 25!
badan mengigil mengalahkan orang di kutub utara.
makan pun bersuap dan mahu dilayan.
tika malam, barangkali tidak sedar dengan tindakan diri, kain dan baju habis ditanggalkan.
yang tinggal hanya lampin pakai buang. panas dan gatal katanya.
itu. refeleksi keadaan saya di hari tua.
penuh tiada daya. penuh tiada kuasa. lemah. dari segi fizikal mahupun keupayaan mental.
satu muhasabah diri, agar tidak menyombong diri tika masih punyai kudrat.
satu muhasabah diri agar mengoptimakan keupayaan diri dari segi tenaga dan fikiran sebelum segalanya muali pudar dan terkulai layu.......
itulah. mungkin saya tidak dapat update dalam masa seminggu ini kerana mustahil saya akan menghadap komputer di kampung ni ya kan?
sekadar cek2 email dan menyemak perkara2 asas sahaja.
jaulah
minggu hadapan pula saya akan menziarahi negara jiran indonesia, insyaAllah.
7 hari, di dua tempat yakni bandung dan jakarta.
mudah2n segalanya baik2 sahaja lah.
ini kali pertama saya berjaulah dgn sahabat2.
dan ini adalah kali pertama sejak usia saya 6 tahun,
saya melangkah keluar dari negara merdeka Malaysia.
sementara ada ruang dan kesempatan,
ada baiknya saya ambil peluang berjaulah dan melihat tradisi dan budaya tempat orang lain.
owh itu mmg sy gemar.
memerhati dan mengamati serta menghargai segala perbezaan budaya dan cara hidup manusia di bumi yang sama tetapi di altitude dan magnitud yang berbeza.
dan dalam masa yang sama, merapatkan ikatan persahabatan antara kami. insyaAllah :)
itu sahajalah khabar pendek dari saya sebelum saya menyepi lagi sekali untuk tempoh lebih kurang seminggu. x perlu risaukan saya ya. :)
salam persahabatan,

posted by ~ n.u.u.r ~
bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah. tamat pengajian semster satu saya sebgai seorang pelajar perubatan.
=)
nama sahaja sudah habis exam, ttp baru malam ni saya mampu "berehat" sepenuhnya.
semalam, dari pagi sampai ke malam.
hari ini, dari pagi ke petang.
pagi
pagi semalam saya bangun seawal jam 3 pagi.
mahu menyiapkan satu assignment yg belum diselsaikan. AIR topic. (haha)
air topic adalah satu tugasan summarization beberapa artikel2 pilihan.
dan artikel2 yang diassign untuk baca bukanlah sehelai dua ttp berhelai2, dengan tahap bahasa yang agak tinggi dan berkenaan perkara yang saya tidak fahami.
bertungkus lumus terkebil2 membaca barisan2 perkataan yang entah apa maksudnya.
but then, dek kerana terdesak, alhamdulillah dapat selesai tepat jam 5.44 pagi dan submit melalui site elearning. :P
usai subuh, sedikit terpinga2 kerana sudah "tidak perlu" belajar.
terasa juga lainnya apabila tiba2 pagi itu saya tidak diasakkan dalam kepala "perlu study perlu study" hehe. maka, berpakat dengan housemate untuk mengemaskan rumah...
pada hari yang sama, ke one utama di damansara. rancangan awalnya adalah untuk keluar bersama sahabat2 rumah namun sayang salah seorang daripada housemae tidak dapat turut serta. namun, kami tetap meneruskan rancangan and it ended up well.
hari itu saya belajar sesuatu : raikan sahaja apapun perkara yang berlaku meskipun ianya lari dari perancangan sebenar. itu lebih baik daripada "meraung" akan ketidaksempurnaan rancangan.
(itu pertama kali saya ke one utama damansra. dan ya! saya sesat lagi semasa perjalanan! hehe.. )
pulang
bergegas pulang sebelum maghrib kerana saya perlu ke meeting muslim society IMU.
serba salah saya jadinya, kerana saya menghadirkan diri tanpa bersedia untuk membentangkan apa2 isi. datang sehelai sepinggang. hanya menyelit di mana2 yg patut, dan memberitahu sesuatu tanpa consideration yg panjang.
ok, itu sangatlah tidak bertanggungjawab dan profesional.
dan, saya hadir dalam keadaan yang separa mengantuk dek kerana tidur yang tidak cukup serta kepenatan keliling one utama p siang harinya.
jadi selepas ni x boleh begitu lagi. ya ijjlal? huhu
hari ini pula, ke rumah perlindungan kanak2 PERNIM.
banyak betul yang saya belajar dari sini. owh perlu posting khas mengenai ziarah saya ke sana.
jadi, tak payah cerita dulu lah ya? hehe..
IMU?
semester pertama saya di IMU, merupakan satu fasa yang menguji pemahaman saya akan makna pergantungan sebenar kepada Allah.
walaupun masih belum faham sepenuhnya, ttp sedikit sebanyak, saya merasainya.
saya perasan sesuatu. sejak di IMU, saya tidak sepenuhnya seperti saya di intec dahulu.
mungkin kerana saya terasa sedikit terkapai2 disini.
waktu2 awal menjejakkan kaki ke IMU adalah fasa fasa awal saya dalam perubahan diri.
waktu saya memerlukan seseorang untuk memberi semangat.
saya rasa begitu rapuh dan fragile.
ada masa saya seperti mahu menangis. mahu menangis kerana rasa terlalu lemah.
saya menjadi seorang yang diam, eh, bukan. maksud saya, makin diam.
saya menjadi lost interest dalam minat saya mengambil gambar. malahan saya langsung tidak tergerak untuk menyertai kelab photographing IMU meskipun sebelum ini sy cukup erminat dgn seni photography.
saya menjadi seorang yang kurang membuat perkara2 pelik dan gembira yang sepertimana selalu saya lakukan. perkara2 simple seperti meniup belon etc.
saya menjadi orang yang tidak berminat untuk mengucapkan kata "selamat hari lahir" meskipun kpd kawan2 sendiri. owh, itu sungguh bukan saya. saya seorang yg cukup menghargai dan mengingati perkara2 sebegini. saya seorang yang sangat suka meraikan segala jenis kejayaan atau kemajuan seseorang. namun sejak diIMU, sy tidak kisah dan asyik mengendahkan.
erh.
ya. mungkin kerana saya sedikit terkapai2.
saya hadir ke IMU dan bermula dari kosong.
saya bertemu sahabat2 baru dan mengenali mereka dari kosong,
spertimana mereka mengenali saya dari kosong.
sahabat-sahabat yang selama ini selalu menjadi tempat berkongsi cerita,
yang selalu menasihati dan mengingatkan tika terlupa,
yang tahu siapa saya dan bagaimana hidup saya,
yang selalu tarik2 badan saya jika saya tidur terlalu lama, (hehe)
yang gembira dan menyokong dgn perubahan diri saya,
masing2 ditakdirkan untuk pergi jauh dari saya.
langkah2 awal saya terasa benar goyahnya.
bukan maksud saya sahabat2 baru saya di IMU ini tidak baik.
bukan.
ttp kalian tahukan saya bagaiamana?
untuk rapat dengan seseorang, dan attach dgn seseorang,
saya perlukan masa yang agak lama. kadang2, sangat lama.
untuk menceritakan sesuatu kepada seseorang,
saya cukup berhati2.
pada fasa2 kritikal, fasa2 awal perubahan saya yang sangat sangat memrlukan seseorang untuk memberikan dorongan agar terus kekal dlm perubahan, Allah menyembunyikan pergantungan saya pada manusia.
Dia megajar saya untuk beralih dan mengharapkan pergantungan kepadaNya semata-mata.
kalau dahulu saya ada teman tempat mengadu, sekarang, sy tiada.
dan sy belajar untuk mengadu padaNya.
kalau dahulu saya rasa lebih kuat dgn kehadiran sahabat2 yang menyokong, sekarang, sy tiada.
dan sy belajar untuk kembali kpdNya dalam mencari kekuatan.
alhamdulillah saya tidak ditarik balik ke saya yang dahulu.
alhamdulillah Dia berikan saya kekuatan sedikit demi sedikit.
dan kini, saya sudah mula merasakan saya yang dahulu, sudah kembali sedikit demi sedikit
tanda tanda awalnya adalah; saya sudah mula kembali untuk menjadi camerawomen sejati. hehe..
harapnya, semsetre dua yang akan datang, saya akan menjadi lebih berani untuk melangkah dan berhadapan dengan cabaran di IMU.
dan nak tahu misi saya untuk semester kedua pengajian saya di imu?
saya mahu menjadi ketua kumpulan PBL untuk sesi yang pertama/kedua. he!he!







