posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

2 comments

:: a week ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Sabar...
Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.... akhirnya selesai seminggu sy di shah alam. perlu melalui 5 minggu shj lagi shingga 16 ogos yakni cuti pertengahan smeseter. hehehe... sudah menghitung hari utk cuti ya kamu ijjlal?

assignment sudah mula menimbun... drpd CiTU, math, ke karnicval math n science. . huhu~~

sbg "ringkasan" aktiviti sy sepanjang minggu lepas;

"SenioR"-shock.
sebagaimana yg kalian sedia maklum, sy kini sudah bergelar senior. junior2 batch ALM9 sudah mula memenuhi kelas2 senior alm7 last year. (sy ALM8)
satu perkataan yg buleh digambarkan; SENIOR SHOCK!

hehee... bukan shock sebab apa.. tiba2 shj kafe ausmat yg seniasa seronok kami kunjungi kini penuh dgn junior. makanan sgt cepat habis.. o_O

pergi ke kelas skrg perlu sblm jam 7.15. (lazimnya sy ke kelas jam 7.30 atau lebih lewat)
sudah hampir 2 hari sy tiba lwat ke kelas dek kerana perlu beratur dgn sgt panjang setiap pg.
pelik betul sy.. dulu waktu sy menjd junior, tiadalah pula macam ni sekali...
kalau nak sy beri perbandingan yg agak hiperbola, maunya beratur tambah tolak 500m panjang! X( persis orang2 afrika yg sabar beratur memohon makanan...

ini dikira pendek.

takpe.2... think positif... barangkali semua ni hanyalah asbab untuk sy dtg awal ke kelas, tiba awal, dan mengambil peluang tiba awal tu dgn mengulangkaji pelajaran.. =) *mata bersinar2*

lecturue BEST!

semangat seolah2 di boost dgn "penganugerahan" 3 lecturer baru yg sgggtttt seronok!
sgt efektif lg berkesan, sgt bertenaga dan kreatif!

Mrs sivarani for biology. (hebat lg menarik)
Mrs Lim YC for chemmistry (kreatif lg berkesan)

Mrs Hezlin for statistic (caring lg menyeronokk
an)

teknik pengajaran yg amat sesuai dan kena dgn sy..
its such a miracle, when they cud explain sumthing in just less than 15 minutes and make me understad, walhal ms semestar lepas, berkali2 sy cube revise but styll bayang pun x dpt nak tangkap. i luuurrrvveee them so much2! **syukran ya Allah**

kalau saja semua lecturer x kira utk junior mahupun senior, sehebat mrk, sy percaya students akan strive sjak semester satu lagi. hehehee...... trima kasih kerana telah berikan lecturer2 yg sgt best utk seniors.

to juniors, sabar ya... korang ada dua semster lg baru bleh dpt lecturer best camni! :D

dewan kuliah seronok!

=) ... mmg sgt menaikkan semangat lah semester3 kali ni..
bukan saja dihadiahkan dgn lecturer2 yg hebat2, tp juga... lecture hall yg sgt menawan!
untungnya juniors2 yg bakal masuk ke intec utk tahun2 akan dtg. sedikit demi sdkit intec diupgrade. cantik dan selesa dan jd penuh semangat.
bgnn intec ni asalnya sbp.. dan diubahsuai menjd pusat persediaan. waktu sy masuk dulu, keadaannya x ubah sprt sekolah. skrg, dah byk taman, library pun masyaAllah cantik sgt, dan.... as i said, lecture hall yg indah!

Mrs Siva yg best + dewan kuliah yg cantek + pen yg jelita

menunggu pembinaan surau/masjid yg selesa. hmmm

DuriaN

sy,anis dan ahira trsgtlah kempunan makan durian..
sabtu lepas, kami berpakat mebeli durian 3 biji yg bany
ak dijual di depan ole2. ;)
rm15 untuk 3 biji. yaa mmg agak mahal, tp bila dah namanya kempunan, wang bukanlah halangan! :p

kami menghurung 3 biji durian merentasi trafik kereta yg byk dr ole2, melepasi giant, seterusnya melalui mydin, dan akhirnya sampai ke taman kecil akasia. haha.. malu tu mmg lah malu.. hurung durian tajam2 dr ole2 ke akasia. memang besu~~

lebih2 lagi bila disusuli dgn cendol mamak yg e
nak lg lazat... :D
nikmatnye sungguh terasa!


Wahai orang-orang beriman,
Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal)
Yang telah Kmai berikan kpd Kamu,
Dan bersyukurlah kpd Allah,
Jika betul kamu beribadat kepdNya
~ 2:172
rehlah

sabtu lepas, buat sdikit rehlah dgn adik2 junior. motif? berkenalan2 dan harap2 dpt terus ikuti perkembangan mrk selepas ni...
terus terang, sy ni bukanlah peramah sgt orangnya.. sekadar borak2 gitu saja. hehhee.... tp, sy cube juga utk break da ice betweeen juniorss n me, walaupun agak kaget, tp.. at least im trying, kan? i know, juniors kaget juga berborak dgn sy, but, x kesahlah.... bukankah,

allah takkan ty sejauh mana berkesanya kerja kita itu ttp sejauh mana kita berusaha utk melaksanakannya.. =)

mudahan genggaman tgn itu berterusan.. :)

sy dan adib : seniors otai di atas tembok

rehlah was cool. juniors main mcm2.. sian kene buli hihihii.. sy actly peserta rehlah, tp, dsbbkn seniors hy dtg kurang dr 10, sy turut skali incahrge dgn rehlah tu. dusnt mind, sgt berbesar hati.
we played, we laughed, n da best part of all, we ate and ate and ate! =)

owh lupa! satu kejadaian yg sgt mengugurkan jantung sy...
slh seorang dr peserta rehla TERJATUH KE DLM TASIK! O_O
entah bagaimana si ukht ter"over undur" dan in da end, terjatuh ke dlm tasik. mmg sgt cepat...
saat menyaksikan kejatuhan ukht. .. peliknye sy... hy mampu melihat... melihat dgn mata sendiri. kelu.
saat tu dlm hati, hy terfikir. siapa pandai berenang???
kekalutan kami berakhir apabila ukht kami itu seolah2 terapung diatas air.
hehee... air tasik paras lutut. syukur! satu kelegaan yg tak dpt diungkapkan dgn kata2.
drpd medan panik dan ketakutan bertukar menjadi suasana yg penuh dgn hilai tawa dan usik mengusik. hehhehee.....

mmg pengajaran besar buat sy pd hari itu, look b4 u leap! ;)



kenangan : perah jgn tak perah.


undur diri
sinar penghormatan,


kata hati :
it will indeed be a very interesting semester. =)


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

No comments

:: Esok ::

Dengan Nama Allah… Yang Maha Merancang..
Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Mu
hammad s.a.w..


Assalamualaikum.. J

(post ni ditype pd 5 Julai 2008. x habis type.. terbantut. tp tetap di post memandangkan sy dah type. heee, panjang ni!)

22:19

22:19? Apekah?
Bukan.. bukan.. bukan petikan ayat quran.. hehe..

Habis? Petikan bible? Eh.. mana la pula.. tekalah! :P
Ok ok.. idea 22:19 hanyalah terpacul SELEPAS sy m
engintai jam di laptop sy ni..

Ape tu 22:19?
Nothing much..

22:19. system antarabangsa yg mmbulehkan kita mengenal waktu..
owh…. dah pukul 10:19 mlm rupanya.. (sengaja nak nunjuk yg sy menaip post ni pd pkul 10:19 mlm. Hihi~~)

Tika sy menaip post ni, sy menggunakan words dek kerana problem di blogger yg entah kenapa trsgtlah slow..

Kakak dah lena. Cik anum dah tidur. Syidah dlm bilik. Dan mama, sudah hanyut dengan alunan mimpi berkat “dadah” yg ditelannya lewat petang td.

Babah barangkali kini sudah tiba di lapangan terbang pulau pinang setelah hampir 5 hari “beruzlah” ke filipina.

Akhirnya. Akhirnya, esok, walaupun untuk setengah hari shj,, akhirnya, keluarga sy dapat berkumpul bersama2 setelah hampir setahun kami tidak pernah2 lengkap 5 ahli. =)

Lenguh

Tika sy menaip entry ni, belakang sy terasa pedihnya, lengan dan kaki sengal2. does it mean kandungan asid laktik dlm bhgian tertentu tubuh sy lebih tinggi dr normal? (ce. Ye ye lah sgt tu…)
Sy akui, 2 hari lepas mmg agak byk buat kerja. Itu ini. Sana sini. Sampai buleh lenguh2 badan sy ni. (eheh eheh.. macammm org tua ya..)

Jumaat lepas, kerana sy lah yg punyai kudrat tenaga yg lebih tinggi berbanding ahli keluarga yg lain, (walaupun sbnrnya sy bukannya skuat mana),
Sy telah diberi “mandat” utk mengerjakan dahan pokok yg tumbang yg telah terciar lama di depan rumah sy.

“khidmat sebelum ijjlal balik” mama kata.

Dahan tu jika sekali pandang, dan dibiarkan akal mentafsir dgn ilmu yg sedikit ini, dengan dahan dan ranting yg sudah kering.. dan daun2 yg sy percaya si kuda belang pun x mahu nak pandang, pasti akan terus mengatakan.

”ok. Set. Bleh je”

Tp...

bila bertemu dengan realiti, dahan pokok yg sebesar separuh pemeluk tu jgnkan hendak angkat, hendak menolak dengan tenaga yg ada dlm bdk 19 thn ni pun tak terdaya.
Itulah. Pandang remeh lagi. :P

*fikir*.
Macamanaa ni. Macamna nak alihkan dahan pokok ni.... nak angkat tak terlarat2. silap haribulan, sy yg akan jd tetamu di bangunan berlambangkan
bulan sabit nanti..

Disebabkan puas carik parang keliling rumah, sy dan cik anum sekdar mampu mematahkan ranting2 kecil yg terdaya kami patahkan.

Prap. Prap. Praaap.

Satu persatu ranting tersebut kalah di tgn ”izrail” mahanum dan ijjlal. :P
Ada yg dipatahkan dgn tangan.
Ada yg dengan kaki.
Ada yg dipatahkan dgn cara ”melompat2” di atas dahan ke
cil, persis si monyang darwin. (moyang darwin SHJ. bukan monyang sy ya! ;P )

Syukurlah sy memakai sarung tangan kain. Kalau tidak..... habis luka2 tangan sy. Cukuplah kaki sy tertusuk duri2 kecil. Pedih tp diendahkan.

Setelah hampir...(erm, x ingat brapa lama.) habis ranting2nya kami krjakan.

Tinggal core. Tingal asas. Tinggal si tunggul besar ni. Org jawa kata. “gondol.” (botak)

sungguhlah... kalau core kita memang kuat, sebanyak mana pun "ranting" yg cuba dipatahkan, insyaAllah masih akan selamat... **subhanallah.. Allah mengajar saya secara tak langsung!**

Kononnye nak buat second attempt utk menarik dahan tu. Mana tahu larat.
Namun, sy akur.

Kudrat sy tidak setanding kudrat yg dianugerahkan kaum ad
am.
Sy tetap seorang hawa..
yg mana lemah itu hádala perhiasannya. Ecececeeee

Tiba2. ting! Ting! Eureka! Lampu idea menyala. :D

Cik anum teringat gergaji tangan yang tergantung di stor.
Ahaa.... gergaji?

Jom gergaji pokok jom! ;)

1st time. Dalam hidup sy. Sy menggergaji pokok. Walaupun x de lah layak ipangil pokok tp menggergaji dahan yg sebesar separuh pemeluk tu bukannya kerja ringan..

Terbongkok2 sy dan cikanum cuba menggergaji x ubah spt nenek tua si bongkok tiga.

Terbayang bagaimana kautnye gigi si otter kerdil yg saban hari “menggergaji” pokok dan gigih membuat empangan di saluran air dan sungai yang sesuai. Subhanallah~
Selesai menggergaji, kerja kami tak berhenti di sit
u shj.

Apa yg perlu kami buat dengan bhgian2 yg sudah cantik ”dikecil2kan” ni..”
xkan lah ditinggalkan mcm tu shj...

Mulalah sesi ”memunggah” kayu kayan.. tong sampah terdekat terletak lbih kurang 100+ meter drpd rumah sy. Itu bukan cabarannya. Cabaranya adlh ingin memunggah longgokan kayu td ke tong sampah yg jauhnya 100+m yg mana jalannya bukan mendatar tapi adalah ceruman bukit yg agak cerun! Waaaaaahhh.....

jgn tertipu. ni lakonan semata2 ;)

Mengah jga dibuatnya.. sy x mampu mengangkat, tapi mengeheret shj segala ranting yg ada. Habis daun2 berguguran di sepanjang laluan kami. Meningalkan memori dispenajnag perjalanan. Eceehh. :P

Berikutnya.

Hari berikutnya.. juga sama busynya dgn hari jumaat yg lepas. Klu semalam sebelah ptgnya sy menziarahi ustazah sewaktu di smktaman selasih krn selamat melahirkan anak yg masyaAllah.... cantek banget!

Pipinya..

Riak wajahnya yg tenang...

Nasib sshj anak ustazah. Klu anak buah sendri. Maunya sy cubit2. cubit sampai menangis. Hihihi.. jahatnya sy! ;)

Zatil iman. suke!

Hari ini

Hari ni, operasi mengemaskan mini library di beranda luar. mini library yg terdiri drpd 5 rak buku 5 tingkat. Walaupun xdelah banyak sgt buku2. tp,, kalau aja sy mampu menelaah setiap satu drpd buku yg mengisi kelima2 rak tersebut, insyaAllah, i will be considered as a knowladgeble person. Cumenye, itu KALAU. :P haha.

Menegemaskan mini library tu bak menelerusi jalan memory.
Sy mebesar dgn buku2 yg ada di rak2 tersebut.

Tersingkap kembali kerenah2 kami bersama buku2 tu.

  • Bermain ala2 librarian.
  • Berangan menjadi cikgu.
  • Sy bercerita sorang2 seperti pandai mebaca walhal sebenrnya sy waktu itu tidak pandai membaca langsung. Lihat gambar dan pandai2 mereka2 cerita. Konon ingin menunujuk2 yg sy sudah pandai membaca. Alhaaii... ijjlal.. ijjlal.. J

Mama, ayah jga mebesar dan membina diri dgn buku2 tersebut..
Usia2 buku2 ada yg jauh lebih tua drpd umur sy send
ri mahupun umur mama dan ayah.
Set lengkap perang dunia pertama dan kedua. Buku yg cukup klasik berkulitkan kain merah dan tulisan bertatahkan emas.

Nampak sungguh klasik. Memang klasik pun!

Pernah sekali ayah cuba iklankan buku tersebut d
i e-bay. Ada yg sanggup membeli dengan harga RM50,000 sebuah. Uhuuu.... x kusangka tingginya nilai buku klasik tu..

Cukup fasal buku klasik, sy menelek2 koleksi majalah2 kegemaran waktu kecil2 dahulu. Siri ariel, siri fathing wood forest, ensiklopedia, dan siri doctors answer. Buku2 tu semuanya adalah buku bundle yg diberi dari jualan murah car boot sale sewaktu sy menetap di Birmingham dlm 12 tahun yg lalu... lama dah buku ni.... "ni bleh bg kat anak2 korang nanti". mama kata. hehe.. ;)


Murah. Itu yg mampu sy katakan. Memang sgt murah dan berbaloi sekalipun ianya hanyalah buku second hand. Majalah yg masih tidak terusik, bersih dan cantik, hanya 5p-20p sebuah. Sy x kesah membeli sesuatu yg second hand, asalkan masih elok. Itu lah hidup sy di UK dulu. Hidup dgn barang2 bundle. Mainan bundle, baju skirt seluar bundle, buku bundle.. tak terselit rasa malu mahupun jijik. Itu shj yg mampu. pernah mama bekerja sbg cleaner krn kesempitan wang. Habis gelang digadaikan demi mendapat wang pounds menampung kehidupan kami di UK. Tp waktu tu, sy tidak pun sedih. Mungkin x faham lagi. Masih kecil. Ya.. masih kecil. 4-5 tahun shj. Hanya akan rasa sedih jika lapar. Jika sakit. Jika sejuk. Cukup semua itu, gembiralah sy, tersenyumlah sy. Ketawalah sy.

itu sy 12 thaun lepas. kini bagaimana?

Merepek.

Eh, bagaimana pula laa sy tercerita fasal kehidupan di UK ni.. ish3.. merepek2... hehe..
Selesai kemas, tengahari kami ke kednuri kahwin cikgu fauziah.
Cikgu fauziah sudah berumur awal 50. jodoh lambat tp te
tap ada jodoh. Seronok sy tgk cikgu seronok. Terpancar kegembiraan cikgu pada hari pernikahannya…

Buat pertama kalinya, kami berjalan2 bersama abg long.
Hehee.. abglong jadi drebar. Semua pakat pakai baju kurung. Yelahh… acara perkahwinan. Manis je kalau tgk org berbaju kebangsaan kan?

“macam nk pergi raya lah” kakak kata.

Hehee…. Betul tu. Mmg terasa mcm hari lebaran syawal. Kami semua berbaju kurung, di depan, kaklong duduk bersama abglong. Di SEAT belakang, 1 mak dara dan 3 anak dara berhimpit antara satu sama lain. Bayangkan sahajalah.. anak2 dara ni bukannya lagi anak kecil berusia 3 tahun.. tapi anak2 dara yg sudah buleh dibuat isteri! berhimpit.... memang padat.
Kalau kami kini berada di majlis ilmurasanya pasti tok guru akan tersenyum puas kerana kami duduk rapat2, lutut bertemu lutut! ;P

Sebelum bertolak, sy yg sememangnya terkenal sbg camera gurl, x lepaskan peluang utk bergambar bersama2. bukan senang nk dpt kumpul sama2 mcm ni. Dah alang2 sama2…. Trus aja sy nak rakamkan kenangan yg cemburu dgn waktu…

“jom! Amik gambar! X kire!”

Dan…. SNAP! :D tadaaa……


Demam

petang tu tiba2 saja mama demam.. kesian mama. Itulah.,. ijjlal suruh duduk diam2 mama xnak. Kan dah demam. Mungkin terlalu penat. Atau.. mungkin sedih memikirkan sy mahu pulang ke shah alam esok :P (perasan kamu perasan)

Petang tu sy bw mama ke klinik... walaupun pd awalnya mama berkeras mahu drive sendri, sy dengan sikap sy yg sgt degil, tetap mahu drive. Akhirnya mama kalah. Dan sy lah yg drive mama ke klinik dek kerana kakak masih xda lesen dan ayah masih belum pulang ke malaysia. Kebetulan pula petang tu kak aina ingin ambil kad ahli kedai AtuZ utk mebeli brg2 persiapan perkahwinannya. Alamak.... antara mama dan kakaiana, sy pilih mama. walaupun pd sebelumnyaa sy sudah beri lampu hijau kpd kakaina mengatakan sy berada di rumah petang tu, sy tetap pilih mama. Maaf ye kak aina. Mungkir janji pla.. huhu~

Kami pergi order ayam tandoori, roti parata kerna,, mama tahu sy suka makan tu. Mungkin nak treat apa yg sy suke be4 sy pulang shah alam. Maseh mama :)

Selesai klinik. Dan juga urusan kereta dan ambil roti nan dan ayam tandoori, barangkali Allah masih mahu sy tergolong dlm org2 yg menepati janji.

Dlm pjlnn pulang ke rumah, sy berselilih dgn kereta saga oren emas. Eh. Mcm kenal kereta tu. Bila menhampiri. Owwhh.. kak aina..

Waktu tu sy fikir, owwh.. kak aina dah nak balik lah ni. Dah amik kad ni.

Dgn fikiran bgitu, sy pun melepasi shj krt saga oren emas itu dan menoleh sambil angkat tgn. Tersenyum. Tp. Kenpa kaina sptnya blur.?

Masuk ke simpang rumah sy, entah camne sy tergerak utk toleh kebelaknag dn tgk kereta oren tu.

Eh.. patah balik?
Ooo..... baru sampai.
Lupa lorong rumah la ni.

Sy pun serta merta berhenti sketika dan menunggu kak aina di tepi jalan tu. Syukur aja kita berseleih ya kak aina. Kalau tak, kemana2 je kak aina terlepas. Ya dak?

waktu tu, mata sy sudah perit. Rasa spt ada habuk memasuki mata. Badan pun sudah agak longlai. Maaflah kpd tetamu sy petang tu krn sy agak kurang betul dn senyap. Hehe...

** post terbantut takat sini harap maaf**

sesungguhnyaorang-orang mukmin itu bersaudara,
kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah
kpd Allah agar kamu mendapat rahmat..
~49:10


undur diri,
sinar penghormatan.




posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

No comments

:: Membesar ::

Dengan Nama Allah.. Pentadbir seluruh Alam,
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w



assalamualaikum.. :)
agak lama juga ya sy skip penulisan blog.
lelah nak mulakan semula langkah sy menulis sgala apa yg ingin diceritakan. sukar rsnya hndak meluahkan dgn teratur butir2 yg bertindan2 dlm otak sy ni yg rasanya sudah mengalahkan anak2 kecil yg berebut2 mebeli mknn di kantin. (ape kaitannye ntah? :P)

cuti... agak "menumpulkan" ketajaman sy berfikir...
"cetusan" impuls neuron sy x secepat biasa barangkali.
sel2 badan pun menangis minta LEBIH oksigen. :P
yalah.. mana taknya.. dimanjakan sgt badan sy ni..
bgn pagi srpn, kemas2, then?
what to do.... tv, komp, buku. tv, komp buku. lapar makan. termenung. ngantuk tidur.
aah.. lemahnya rasa badan! lembabnya rasa otak! (tp pelik, tetap dilayan..)
lebih2 lagi bile sy ada "geng" bermalas2n.
eheh eheh eheh.. jgn marah yer wahai geng bermalasan ku. :P

x mengapalah.. tinggal 6 hari shj lagi sy di teratak 196 ni..
ahad jam 11:oo, sy akan bertolak pulang ke shah alam dan meneruskan perjuangan sy sepanjang semester 3.
waah.. semester 3 sudah ya sy? pantas nya! pantas betul waktu berlalu... pejam celik pejam celik... dah jd pelajar semester 3 rupanya ya kamu ijjlal..

semester depan, 2 exam besar akan sy duduki.
1. muet
2. IELTS.

jika x pas kedua2 exam ni, sy perlu repeat kedua2 nya.

muet = rm60, Ielts= rm500.
O_O

spanjang pretest ielts semester lepas, alhamdulillah sy lepas stage yg ditetapkan.. melebihi expectation..
mudah2hn prk yg sama untk exam sebenar IELTS . =)

Lambat

beberapa hari ni, terasa lambat sgt masa berlalu.
i think, somehow, (walaupun rasa mcm nk termuntah bile nk ngaku n nak deny berkali2. :P)
i think, im beginning to miss learning back again. and mengerahkan otak utk memahami terms yg pelik2~
i missed all tha classes.. lectures,,
miss shanti with all her jokes yg x lucu langsung.. (i will giglle n giggle just becoz da jokes are NOT funny. buleh ke?:P )
miss yap with her ever express rakyat lessons..
mr zairi's shy appearance,
and my dear ever lovinly statistic lecturer.
( take not i didnt mention english, coz i dunt miss any english classes. haha)

to my surprise, i think, i missed doing... assignments too!.
gosh.. how come i cud miss all these stuff??
its soo not not me. but yet i cudnt deny da fact dat i missed almost 80% of akasia and da life in intec.
missed feeling so alive and be able to participate in so many activities..

n.. most of all, i missed all da piples dat had cum into my life for the last 12 month. :)
really mean it. =)

tp kan.. bile dah kat sana. akan rindu kat rumah pla...
hehe.,,

masalah.. masalah.. :P

tenggelam timbul


aihh... dah sekerat page, but still x terkeluar ayat about ape yg nak sy ceritakan. *sigh*
nak stop lah. betul2 buntu. isk2... maaf ya~!

owh ya. sy terjumpa semula gambar ni.
from left: adik, angah, along~
everytime i look at dis picture., i will just simply smile. n.. laugh.
siaannyee sy yg kecik tu. takut benar nampaknya! menangis2 minta diselamatkan.
kakak pla nakal sgt pergi ayun2kan lagi jambatan gantung yg umpama"pirate ship" bg sy.
kaklong pla... x defend punn adik nya ni. tersenyum gembira dgn rasa selamatnya.

dr sulu smpai skrg. thing had never changed.
kaklong masih bahagia dgn safe world nya. kakak masih nakal dgn sgl tricks di mindanya. dan sy? si kecil yg sgt cepat menangis. ~~ (cume bezanya skrg sy tidak menangis didpn org hehe)

owhh..... kids. how i just luv to be kids again.~ =D

from left: adik, angah, along~


my teacher says i can grow up to be whatever i want to be..
i wanna be a kid


salam persaudaraan,
sinar penghormatan

~


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments


:: Asrar ::


Dengan NamaMu YaAllah..
Yang Maha Mengetahui segala rahsia.....


jauh untuk dekat
dekat untuk jauh

(aduhai kelat.. tersekat-sekat..)
.
.
Ayuh. kuatkan tekad.



posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments

:: Alhamdulillah ::

Dengan Nama Allah.. Yang Maha Memelihara segala sesuatu
Sampaikan selawat kami kepada KekasihMu Nabi Muhammad s.a.w..


The End.


no pengajaran hari ni. just merepek2..hihi~
sebenanya ada nk cerita fsl accident .. tp.. trputus kata2.


Alhamdulillah.... =)
Alhamdulillahh... =D
drpd trsenyum kecil sy tersenyum besar. :P
alhamdulillah... akhirnya tubuh sy telah diberi peluang utk berehat..
akhirnya ... Allah telah mengembalikan nikmat tidur kepada sy. :)
mata sudah tak terasa spt bola golf yg terbojol keluar dr kepala .. kepala sudah x pening2 lalat, air muka sudah kian ceria. dan.... selera makan sudah kembali spt biasa. (bahkan lebih!)
heee.. nikmatnye terasa~ percayalah..

kalau hari sebelum tu sy hy buleh melelapkan mata seketika pd jam 4.00++ pg, (sy tak pasti jam sbnrnya pkul brapa, kerna tertidur waktu study chemistry. bila terjaga sedar2 dah subuh.)
malam td dapat jugaaa lena jam 11 mlm, dan bangkit jam 6.

7 jam tidur. puasnya rasa!!

bg seorang yg buleh dikategorikan sbg "sleepy head" (ty saja kpd roomate, mrk lbih mengerti) , tidur sehari dlm 3 jam adalah satu rekod yg hampir mustahil bg sy. :P
sgt ironi dgn nuur ijjlal yg ..... teman setianya adalah mimpi..
genetik kot..
ayahanda pun... agak byk tidur.
sys nuur illiyiyn pun sama.
sys izzati pun laagi byk2 tidur. sah lah. genetik. keturunan.
so.. sy x bersalah! (alasan..hehehe..)

ntah mengapa yaa tiba2 shj sy tak dpt tidur lena beberapa hari lepas.?
pelik... pelik......
naa.. xpelah!
sekurang2nya ada juga rekod yg sy pecahkan sepanjng cuti ni.
ada juga modal bercerita dan "menunjuk2" kpd anis dan ashira saat tiba di s.alam 6 julai nanti. :P

ashira n anis, kte pecah rekod tidur 3 jam je sehari... ^_~


gudbye imsonia
(.. just how do we spell it?)

The end of my days of misery~


hello~~ sleepy head! :P





mohon diri,
sinar penhormatan.


kata hati :

1. sy dah start baca edensor. amat jauh berbeza dr namun ku punya hati. luv it. :)
2. Tiket bas pulang ke shah alam dah naik rm6. dr rm29 ke rm35. ~_~


posted by ~ n.u.u.r ~ on

3 comments


:: imsonia ::


its 30 minutes to 3am.
sudah beberapa hari sy susah nak lelapkn mata utk tidur.
(kecuali tika demam - separuh hari tidur)

my face seakan hilang seri. x jernih. kusam. pudar.
my eyes.. lebih2 lagi.

help me!



posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

5 comments

:: rePort ::

Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah..
Selawat dan Salam Atas Junjungan Besar Muhammad s.a.w



sekadar nk list kan report ringkas sy bebrapa hari lepas.

report. 1

sy... nak report.
nak report yg,,, sy demam.
(hehehee... ngada2 nye kamu ijjlal) :P
sudah 3 hari makanan yg sgt sedap gagal sy nikmati.
even my ever favourite dishes pun trs sgtlah meloyakan. sob sob~~

badan tidak lah panas sgt. cume kepala berat. terhuyung hayang.
kaki lemah. dan seluruh badan terasa berdenyut2.

antara perkra utama yg sy sgt tidak gemar mengenai demam adalah... MAKAN UBAT.
yup. bakal doktor sorang ni (amien) mmglah sgt tidak suka akan ubat... T_T

lemahnya manusia..
bile dh sakit..... bru nk hargai nikmatnya sihat..
bile dah hilang.. bru nk hargai kehadirannya..
dan parah lagi...
bile dah masuk neraka, barulah nk hargai manisnya syurga.. (nau'zubillah!)

supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sungguh-sungguh termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).
~ Az-Zumar : 56


brsyukurlah. pesan sy buat diri. jg yg membaca.. =)

Kerana itu, maka hendaklah Allah saja kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur
~ Az-zumar : 66


report.2


sy nak report,,..
yg my dearie sys Nuur Iz'zati sudah pun selamat tiba ke mesia.~
(hmm.. kakak.. if ur reading dis post, senyap2 je lah na.. ijjlal malu lee :P)
alhamdulillah sehat2 mcm biasa. dan, makin kaya, spt biasa. alhamdulillah~ ;)

kedua-dua ayah bonda sy trsgtlah excited dgn kepulangan puteri kedua mereka ni.
ayah puas bercerita itu ini, tunjuk itu ini kpd kakak.. mama pun,, sama naiknya..
hehehe.. spt dlm post sy yg lepas, benarlh sy dpt rasakan... ayahnda dan bonda sy,, benar2 sudah sedikit demi sedikit kembali kpd fitrah anak kecil yg inginkan perhatian dan ingin dimanja. tersenyum sy melihat ayah dan bonda berceloteh itu ini.. betulkan kakak? ;)
tetapi.. walau macamana keanaka2kan pun mereka, naluri seorang ibu dan ayah itu tetap kuat dlm diri .

once pulang dr airport, kami terus ke pasar. bukan satu pasar, ttp 2 pasar! dek kerana brg yg dicari tu tiada di pasar yg pertama.

"beli manggis"
"beli petai"

"beli rambutan."
" lg kakak nk mkn buah ape lg kakak?"
kata mama.

.. semuanya dibeli semata-mata utk meraikan kepulangan kakak ke teratak 196.~
bukannya x buleh beli hari cuti nanti, n kakak pun, kan lama lagi duk mesia ni.. ttp dek krn sygkan anak, pergi juga membeli..

so, kakak, dlm ms 2 bulan kat umah, pandai2 lah jg hati mama n babah naa.... esp bile tiba msnye kamu kna menaip kerja2 mama. :P

.....dan berbuat baiklah kpd kedua org tua.....
~ An-nisa : 36


report 3

report ke3 ni sy tujukan khas buat rakan2 peminat euro 2008. =)

sedar x sedar.. ada juga falsafah dlm sukan bola sepak ni.. x dinafikan, sukan bola sepak prgkat tinggi mcm ni mmg meanrik yg amat. permainan yg laju. cekap. mantoopp... :P

trus terang, sy ni x delah mengikuti sgt euro 2008. sy tak menolak minat shbt2 yg gila bola. sbb mmg seronok pun!
sbnrnya,,, minat jgk bola ni, cumenye... rumah sy ni, xde "stimulator" utk sy tgk each match. sbb.. teratak kami ni lebih byk prmpuan drpd lelaki. lelakinya pun.. ada seorang je. n, si raja 196 bukanlah peminat bola sepak.. klu ada geng, seronok lah jgk nk melayan euro. :P

kali terakhir sy stay up tonton bola sepak luar negara adlh waktu world cup 4 thn yg lepas... lama dah tu..~
n satu2nye plwnn bola sepak tempatan yg sy tgk penuh adlh waktu prlwnn antara kedah n selangor yg lepas. semangat kedah laa katakan.. :P bukan sy nak "betray" negeri kelahiran sy tu..(sy anak jawa selangor yg dibesarkn di kedah) cumenye, hati sy sudah dekat dengan kedah rather then selangor.. ape nak kate..~~ penangan cinta, tanah tumpah darah pun bley lupa. hehehe...

berbalik pd falsafah disebalik bola sepak. as usual, sy browse page fs shbt sy. dan.. tertarik dgn ayat yg diletakkan di shout outnye..

kalu nak score,
x boleh goyang kaki,
duduk luar padang,
hanya jadi tukang jerit,
bahkan referee.
anda perlu jadi pemain,
kena berlari,
menghambat,
cari peluang,
rampas peluang & akhirnya score.
barulah kita layak GOLLLLLLLL

hmm.. menarik... betul jgk ape yg shbt sy katakan tu.. kan?

benda simple akn jd sgt bermakna jika kita MAHU bfikir.

Afala ta`qilun... Apakah kamu tidak berakal...?
Afala tatafakkarun... Apakah kamu tidak berfikir..?

Sesungguhnya beruntunglah bg mereka yg mahu berfikir... :)


mohon diri,

sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

:: cabaran ::

Dengan nama Allh, Yang Maha Pemurah..
Selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad, s.a.w

Ada apa?

ada apa dengan tajuk sy hari ni.. hehheheee........
C A B A R A N!
cabaran baru buat sy.....
buat pengetahuan, beberapa hari yg lepas, abg long pulang ke kulim..
and, bile dah namanya abglong, tidurlah dia kat umah ni..

uhuuu~~... oleh kerana abglong adlh abg ipar sy, maka...
sy perlu menutup aurat sprtimana sy menutup aurat di luar rumah.
O_O.
faham x?
maknanyaa... sy perlu bertudung... sy perlu memakai baju berlengan panjang... sy perlu jaga segala apa yg sy jaga sptmana sy berada di luar rumah~

drpd di dapur, ke ruang tamu. ke ruang tv, kepadalaa semasa sy mengemas2 rumah. pakaian sy hendaklah proper.. sentiasa bertudung, sentiasa berlengan panjang, sentiasa menutup~ >_<~ .nasib baik sy masih mempunyai bilik private sendiri.. ada juga ruang ersendirian sy.!

ni cabaran pertama sy setelah mendapat abg ipar.
kaklong pula... sengajaa ketawakan sy. yelah... kaklong kan tak perlu pakai proper since abglong adlh suaminya sendri. sampai hati kamu kaklong. :P

tapi.. tapi... apabila sy "bertafakur" seketika, sy pun pelik.. kenapa sy rs ianya satu cabaran, menutup aurat di dlaam rumah, walhal pakaian spt ini laa yg sy pakai selalu sepanjang sy di kampung.

24/7 sy memakai tudung, berlengan panjang di kampung sy tu. sepanjang masa. tapi, tidaklah terasa sgt cabarannya berbanding menutup aurat di rumah sendri.

kl nak ikutkan, apa sgtlaahhh yg "merana"nya pakai proper kat umah. sekejap je.. abg long x lah lama mana tinggal sini.. paling lama pun 3 hari gitu. tp klu sy tinggal di kampung, pernah berbulan2 sy mer'uzlah kesana.

tp.... what makes it feels so different?

Kuasa Mind Set

inilah dia...
org kata... the power of mind setting!
sy telah setkan dalam minda sy,

rumah adalah tempat sy berpakaian sekian2.
BUKAN berpakaian spt apa yg sy sedang pakai sekarang ni.

kampung adalah tempat sy berpakaian spt apa yg sy pakai sekrang ni,
BUKAN berpakaian sekian2.

dan bilamana mind set tu "dilanggar" secara tiba2, mula lah terasa janggal, pelik dan segala rasa yg tidak selesa...
hehehe... xpa2. syukurlah mind setting adalah sesuatu yg buleh diubah dan dididik. tak lama lagi, selesa lah sy bepakaian begini di rumah.. i'll face dis truout my life as long as wujudnya abg ipar dalam hidup sy. ;)


subhanallahh.. betapa besarnya pengaruh mind setting dlm hidup kita kan?

jom! kite tukar mind setting kite! =)



candid : muke x senonoh krn x puas hati kene pakai gini kat umah sendiri.
(but that was be4. now, gini..--> :D )


undur diri,
sinar penghormatan


kata hati yg keji :

Jaga kaklong... bila ijjlal dah kahwin nanti.... kaklong pla kene pakai tudung kat umah.!!! =P


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


:: tumpul ::

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih Lagi Maha penyayang..
Selawat dan Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w


Assalamualaikum... :)

its been a while. sy menyembunyikan diri dari alam maya ini.. (kira2 jap...) emm... 3 hari. yeap.
sebenarnya tidaklah sy bsembunyi secara total. masih berada di depan pc, cumanya sy sibuk dgn beberapa perkara yg "hadir" dlm beberapa hari ni. nak menulis kembali pun rasa mcm kekok pla.... hehe,,,,..

dengan kesihatan yg kurang mengizinkan dan "timbunan" kerja dari bonda... sy ketepikan seketika penulisan di blog sy ni..

buat sahabat2 yg rajin berkunjung, mohon maaf...

owh ya., sblm tu.. ingin sy maklumkan kpd kalian, terutamanya shbt2 intec, bhw blog sy ni hylah coretan peribadi.. tulisan sy hanyalah apa yg sy kutip drpd kehidupan sy sehari2an. bukanlah blog yg sarat dgn ilmiah... jadi... hope u guys dunt expect too much from me. ok? seghiau pula bila sesetengah pembaca menganggap blog sy sbg blog dakwah.. rasanya sy jarang mengupas mengenai hal2 agama.. kan? sy pun baru belajar... sekadar penyerapan scr tak langsung yg sy dapati melalui ayat2 qur'an atau nasihat yg sy ingat dlm pjlnn hidup sy . ok. settle. =)

Mampukah.?

sepanjang membuat "tugasan" yg menimbun dr bonda.. hati sy terdetik.
mampukah sy bersabar dengan ibu bapa sy sebagaimana mereka bersabar dengan sy?
mampukah sy menjaga kedua ibu bapa sy sebagaiman mereka menjaga sy..?

heii.... mengapa sy tiba2 trfkir mengenai hal ni.?

hmmm..... terus terang, sebanrnya letih juga sy melayan ibu bapa sy.. (terukkan sy ni?)
hehee... kadang2 kelakar. kadang2 rs penat. mixed up. between hati anak muda dengan rasa hormat dengan ibu bapa. sy kira,, sy perlu kekalkan rasa hormat ni, selamanya.

org tua. makin tua, makin kecil.
faham?
okey, sy ulang.
org tua. makin tua, makin kecil.

tanpa sedar, sebeanrnya kedua ibu bapa sy sedikit demi sedikit sudah seperti anak kecil.. lucu kan? sudah semakin mahu diambil perhatian. sudah semakin mahu dimanja. sudah semakin "berebut" perhatian. tiap2 hari, ada saja perselisahan antara mereka. berlawan2. pening kepala sy dibuatnya. sy seringkali berada atas pagar. :P . x mahu memihak kpd sesiapa. perkara kecil pun buleh dibuat gaduh. haii......... bile dekat, bergaduh.. bile berjauhan, mencari2 pula.. geleng kepala juga sy melihat kerenah kedua ibu bapa sy. benar2 kembali kecil.

contoh lain yg cukup ketara..
apabila sy baru nak "berkhidmat" kpd ibu sy, spt.. ketip kuku ke... picit kaki ke.... akan ada saja permintaan dr ayah. apa2 jelah. mintak buah, mintak tisu.. mintak air ke.. dan juga bbrp cth lain yg rasanya tak perlualah sy ceritakn di sini.

sy mebatalkan niat sy ke tamrin qiyadi.. sepatutnya sekarang ni sy berada di pahang.. ttp, dek kerana kasihankan bonda sy yg mengharpkn sy trus tinggal di rumah., sy akur. biarlah. ada rezeki lain waktu, buleh sy pergi lagi...

teringat sy kisah zaman rasulullah yg sy baca dari buku tulisan kapten hafiz.. (rujukan kisah ni insyaAllah sy lampirkan sebaik shj pulang ke intec. buku tu sy tinggalkn kt intec)
waktu tu waktu perang
seorang shbt berty kpd rasullullah... apakah perkara yg boleh dia lakukan..
rasulullah brty.
"apakah kamu mempunyai ibu di rumah?"
"ya."
"pulanglah kamu dan berbaktilah kpd ibumu"
jelas disini bhw berbakti kpd ibu itu adlh lebih utama.. ttp sekiranya ibu redha kita pg berperang, maka... pergilah kita berperang..


persoalann yg ingin sy timbulkan kpd diri sy sendiri adalah,,

ADAKAH SAYA MAMPU MENJAGA MEREKA?

Ya Allah, limpahkanlah rasa kasih syg kpku agar aku dapat mengasihi kedua ibu bapaku spt mana mereka mengasihi ku.. amienn.....

Minggu buku.

entah mengapa. tiba2 minggu ni sy menyahut seruan iqra.
ayah pulang dengan membawa 2 buku.
sebuah buku yg memang sudah lama sy "bermimpi" utk mebaca, tp tak beli2.. last2 ayah pulang dr kl dgn mbawa buku tu..~

7 habits of highly effective piple.
slalu ajaaa dengar org2 bercerita mengenai buku ni. well... hav to read it urself to know wat they act talkin bout!

then theres a book to boost our mind. bgs buku ni. simple yet menarik.dan praktikal. mudah dipraktikkan for sumbody who is agak lazy like me. :P

then... bbrpa hari lepas, i went to a book store near by. gatal tgn teringin nk baca novel
Namun Ku Punya Hati. nmpk mcm best. dah letih dgn novel cinta,(mmg sgt laaama x baca novel. !) sy mengharapkan kelaianan dr novel ni yg kisahkan perjuagn seorang anak yg somehow diabaikan bapanya snediri.. tp setelah dibaca, sangkaan meleset... gaya bahasa tak kena dgn sy. isinya "melompat2". novel kajian sms tingkatan dulu jauh lebih baik! (ni pendapat personal dr sy lah...) tp.... apepun, dah duit sendri punye fsl, sy ttp gigihkan hati baca sampai habis walaupun ya aAllaahhh buhsannya yg amat tuhan saja yg tau... hehe...

then.. satu lgi novel. endensor. penulis indonesia, ttp bahasanya taklah terlalu keindonesiaan.. belum start baca lg so tatau macamna penilaian sy. sejak bila sy mula mebaca novel, sy pun tak tahu lah?? novel endensor ni basically kisah pengembaraan penulis.. nk tahu best ke tak, kenalah baca. jom baca! ;)



dari kiri : tak best. tak tahu. best. tak tahu


undur diri,
sinar penghormatan~


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


:: Gembira ::

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih.. Lagi MAaha memelihara
Selawat dan Salam atas junjungan besar, Muhammad s.a.w

Suka riang gumbira

=D
=)
hari ni,, sy tersenyum gembira.
barangkali... tersenyum syukur.. :)
mengapa sy tersenyum?
=)

Suasana

semua kisah senyum ini berkait dengan kehidupan sy sepanjang 7 tahun yg lepas. yaa... senyuman sy hari ni adalah lanjutan dr pengalaman sejak tingkatan 1.

bersekolah di sebuah sekolah yg terletak kurang 10 minit dr rumah sy. sebuah sekolah yg agak "bermacam2 kerenah" dan ragam. walaupun ianya bukanlah perfect skool, tp ia banyak mengajar sy ttg asam garam dan reaaliti kehidupan.. sebut saja apa...

hidu gam?
khalwat?
ponteng? ---> ini biasa sgt.
dera?
gangster?
ditinggalkan ayah ibu?
didera ayah ibu?
ayah kahwin banyak & tidak peduli.?
ibu pasang lain dan buat hal.?
keluarga miskin

etc etc...

tika itu, sy cukup risau memikirkan masa depan anak2 sekolah ini khususnya dan anak2 kulim amnya. bagaimana ms depan nanti..... apa nak jadi.....?? mrk ini nanti akan melalui "putaran" roda yg telah mrk lalui. jadi... komuniti itu akan sentiasa begitu. berputar begitu. ayah buat anak mcm tu. anak jd tak tentu hala. anak itu nanti akan punya keluarga yg haru biru. berputar.. berputar... dr generasi ke generasi...


tp.. bilamana sy "meluaskan" perjalanan.. dan berhijrah ke tempat lain utk belajar, masuk aktiviti itu ini, pergi ke sana sini, join mcm2. view sy semakin luas.

ketakutan sy tadi, walaupun msih ada ttp taklah seteruk apa yg sy fikirkan dulu.
dlm pada kita dirisaukan dgn remaja2 yg berperangai entah apa2, masih juga ada kelompok remaja2 yg punya pemikiran2 yg hebat2 dan menakjubkan.

teringat sahabat prsatuan sy di uitm induk utk diambil contoh,

Bro Faizal (yg hy 2 thn lbih tua) & bro yusufi. (yg hy setahun lbih tua)

mereka ni adalah MT pkpim shah alam.
walaupun pkpim s.alam taklah berapa aktif, tp still bergerak each time ada aktiviti besar yg dianjurkan abim.

bro faizal dan bro yusufi maisng2 adlh pelajar perubatan di uitm. mrk masing2 adlh antara org kuat fakulti perubatan. sms kes kontroversi hospotilal UITM, mrk ni lah antara penggerak suara pelajar yg bangkit untuk sama2 membuat bantahan atas "ketidakadilan" pihak2 tertentu (yg pastinya berkait dgn isu politik)... dan akhirnya, suara mereka dituruti dan hak mereka dipertahankan.

sy yakin, masih ramai lagi org2 spt mrk diluar sana. dan hal ini benar2 membuatkan hati sy tersenyum. dlm pada ramai remaja yg leka, masih ada lagi remaja yg terpelihara. benarlah... islam itu akan sentiasa dipelihara oleh Allah. akan sentiasa ada kelompok manusia yg akan mempertahankan kedaulatan islam di bumi Allah ini.


seronok sy apabila sy dikelilingi dgn org2 yg.... aaahhh susah sy nak gambarkan indahnya rasa ni. =)
saling menasihati,
saling memperbaiki diri
saling mengingatkan
saling berkongsi ilmu....

jejaknya kaki sy di intec ni, alhamdulillah dipertemukan dgn rakan2 yg menerima didikan yg cukup cantik. mempunyai minat yg mashaAllah hebat2. sy x pernah mempunyai rakan2 sebigini di dunia nyata sebelum ini. sebelum ni hy di dunia maya. rakan2 sy ni dr pelbagai sekolah yg hebat2. menerima didikan yg bagus.. syukur krn digerakkan hati ini utk menerima tawaran jpa. syukur krn digerakkan hati ini utk meneyrtai aktv2 yg dianjurkan.. =)


dulu... rakan2 sy adalah si penggemar majalah mangga, URTV, dan segala mcm majalah hiburan
sekarang,,, rakan2 sy adlah pencinta majalah i, diari kalam Allah dan mutiara2 pngisi jiwa.

dulu.... rakan2 sy adalah peminat setia siti nurhaliza, bsb, khai, (dan sape lg ye??)
skrg.. rakan2 sy adalah mrk y mengagumi salahudin alayubi, khalifah2 islam...

Sy yg dulunya buta dgn hal2 ni sedikit demi sedikit mula arif.. Syukur... =)



intec- lebih dr sekadar sebuah pusat belajar =)


tom tom bak Vs Pildacil

(makluman : sebenarnya, main idea post sy hari ni adlh mengenai tom tom bak dan pildacil & BUKAN kisah lampau sy kat atas ni. mode nostalgia pla hari ni. heheeeeeee..... ape lah sy ni! :P )

besarnya penagruh persekitaran
besarnya pengaruh didikan
besarnya penagurh suasana
besarnya pengaruh ibu bapa dan rakan!

itulah values yg sy dapat belajar dgn jelas nya.
sepanjnag 7 tahun yg lepas. banyak yg sy belajar.
sy sudah melihat kehidupan yg terpisah jauh drpd Islam.. kacau... gelisah. berontak. keliru.
kini sy sedang merasai kehidupan yg dikelilingi dgn kemanisan islam. walapun tak banyak tp sekurang2nya "tempias" nya terasa lah juga... :) indah.. tenang... yakin!
subhanallah....

sy tak mahu menjalani kehidupan yg resah. sy sdg berusaha utk mencapai kehidupan yg dihiasi dgn keindahan..

Tom tom bak.


siapa yg tak tahu tom tom bak? rancangan kanak2 yg agak meletop di astro ceria.
dari satu segi, ada pro nya rncangan ni. meberi keyaiknan kpd kanak2 utk kehadapan dan beraksi.. ttp.... sygnye... konsep rncngn ni yg sy kurang setuju. meneyrapkan nilai2 hedonism dlm diri kanak2 itu td...






Pildacil


apa tu pildacil? :D ni laa jugak antara prk yg buatkan sy tersenyum gumbira hari ni. sudah berbulan2 lamanya sy mencari tajuk program ni. pildacil = peemilihan da'i kecil. rancangan realiti TV di indonesia yg bebrebtuk hiburan ttp hiburan yg positif.

sudah berbulan2 lamanya sy mencari video rancangan ni. sy pernah menonton klip video di page friendster sape ntah... dan.. x sempat nk tgk tajuknya. hati sy benar2 terpaut dgn keletah anak2 kecil berpidato. gigihnya sy mencari, akhirnya lahmadulillah terjumpa klip ni di youtube.

1st tyme sy dengar da'i cilik Bunga berpidato. sedar tak sedar, air mata sy mengalir. isinya simple. ttp meresap masuk ke dlm jiwa sy. barangkali kerana jiwa anak kecil itu masih suci. dan segala apa yg diperkatakan dr jiwa yg suci itu akan meresap dgn mudahnya ke dlm jiwa org disekelilingnya.... beleive me, tak rugi dengar anak kecil ini berkata.. spend ur tyme... listen... listen... :')





ini pula si kiki cumel. cakap pun belum berapa btul lg tp mashaAllah... hebat...



antara TOM TOM BAK dan PILDACIL, mana satu pilihan hati?

Anak ibarat kain putih,
ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani mahupun majusi..



undur diri,
sinar penghormatan

kata hati:
1. semoga sy sentiasa dikelilingi dgn insan2 yg baik.. amien....
2. nak anak baik. kene jd baik dr sekarang! =)