Showing posts sorted by relevance for query kahwin awal. Sort by date Show all posts


posted by ~ n.u.u.r ~

6 comments


:: effect ::

Dengan NamaMu Ya Allah..
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

topik

minggu kasih sayang ini meberi effect pd tajuk pebualan antara sy dan family.
ape lagi, tpik nikah lah...
sy dgn babah,
sy dgn mama..
sy dgn kaklong..
(dgn kakak x de lah pulak?)

sy bergurau dgn ayah sy.
"wa... babah 13 mac, kaklong 14 mac, ijjlal nak 15 mac lah. baru best. sekali. nnati bleh celebrate sama2."
"ee gatal ijjlal ni. kalau nak kahwin cepat, babah buleh nikahkan, tp, xde kenduri besar2 lah. jamuan makan biasa je."

pd mulanya , sy hanya bergurau.
tiba ke kulim, mama beritahu.
"dik, babah dah cek tarikh mac tu. kalau nak, tahun depan ada, 13 mac boleh, sbb hari sabtu.
x pun 12 atau 13 mac 2011. sabtu atau ahad."

mata sy terbulat sekektika. sungguh! ayah sy cek kalender utk melihat tarikh2 keramat supaya dapat sederet anak2nya nikah bulan mac.

dan tak sangka, rupan2ya kakak sy di france tu pun berkira2 tarikh 15 mac dan 16 mac bg tarikh pernikahannya.

mac tahun depan? mac 2 tahun lagi?
kalau benar-benar tejadi, bermakna, umur sy baru 21 thn atau 22 tahun. kan?

risik.

kalau nak diikutkan risik merisik ni.
mmg pernah dirisik.
dirisik ok. bukan dipinang. sgt jauh berbeza keadaannya tu.

pertama kali, sewaktu umur sy baru 4 atau 5 tahun.
waktu tu, sy sefamily ke turkey. menziarahi kota istanbul.
entah macamana, keluarga kami ditegur oleh seorang penduduk tempatan, yg eventually merupakan imam topkapi palace. Imam Adam.

imam adam menjemput kami ke rumah.
waktu tu beliau mempnya 2 org anak. adam, seusia dgn sy. dan sumaiya.
katanya, dia susah utk melihat kanak2 seusia memakai tudung..
dan waktu itulah beliau mengeluarkan kenyataan ni..

"ali.. ijjlal.. nikah, nikah."

waktu tu sy tak faham ape2. so, buat tak tahu je lah.. main2 dgn si ali dan sumayya. hehe.
parents sy hanya ketawa. entah serioas atau tidak apa yg imam adam tu katakan.
kalau seriuos.. o_O

waktu yg lain adlh apabila seorang kelurga kami berty pd mak sy,
"maklong ingat nk jodohkan anak bongsu maklong dgn mana2 anak nafisah.."
(nafisah itu nama kedua ibu sy)
nama yg mula2 disebut adlh, nama saya.
berderau darah, tak tipu. sy dan maklong kerap berjumpa dek kerana waktu tu sy bertapa di kampung mnjaga nenek sy yg sakit...
but, bile kata yg sy masih ada 5 tahun lg hingga habis belajar, nama sy dipadam dr list. hehe..
fiew~ then nama kakak kedua sy pla naik.. akhirnya kakak sulung. tp, semua tak mnjadi..
sblm pulang, maklong memeluk sy erat. tak pernah rasanya maklong peluk sy mcm tu skali punye kuat.. berdebar2, sungguh.



waktu yg lain adlh, thn lepas, bilamana jiran sy yg tinggal di kwsn atas, brty ttg sy.
ni, cik anum yg brcrita.
" ****** tanya fasal ijjlal" makcik tu mberitahu cik anum.
sy tak pasti cik anum dah tokok tambah atau apa, but, cik anum mmg excited sgt ble nak sampaikn kpd sy.

huuu... meremang bulu roma sy. org yg dimaksdukn itu adlh org yg sy kenali. sjk zaman persekolahan. macam, x dpt nk percaya,. harap2, cik anum hanya menokok tambah.!


kahwin awal

sy bukan nak fokus pd isu usik mengusik antara sy dgn family mengenai kahwin awal ni, mahupun isu risik merisik. umur sy pun tgh "panas" jd tak hairan pun kalau ada yg risik2 ni. so, abaikan.
just nk membangkitkan topik kahwin awal.

sy punyai shbt2 yg sudah pun bernikah.
malahan sudah mempunyai anak.
sejarah keluarga sebelah ayah juga byk mencatatakn rekod kahwin awal.

menjelang umur 20 thn ni, sdikit sbyk, sy akui, topik perbincangan antara kwn2 yg agak populer adlh topik masa depan. sesuati yg x pasti, ttp sering diperbincangkan..

disini sy lampirkan3 contoh shbt yg nikah awal.

pasangan 1

sy tidaklah mengenali siapa mereka ini.
pasangan ini adlh shbt kps kwn sy di intec.
melalui cerita shbt sy, pasangan ini berumur 20 tahun, sama kelas, sama kos perubatan. pelajar uia. baru bernikah dalm dua tiga minggu lepas.
dinikahkan atas ayah ayah kpd pengantin perempuan yg merupakan seorang professor, krn ingin menjaga kesucian hubungan anak permpuannya.

pasangan 2

pasangan ni pula, si suami bernama faidz, dan si isteri bernama nusaibah.
bro faidz adlh connection sy di internet, pernah dulu2 sy aktif berdiskusi dgn beliau yg ternyata sgt matang. bernikah pd tahun 2008, sms berumur 22 tahun. masih belajar bersama2 isterinya di USA.

pasangan 3



puteri sulumg tokoh terkenal indonesia, AA gymnasiar, ghaida tsurayya, brumur 20 thn. bersama suaminya harpinadi ihram, 24 thn.

pihak mana?

persoalannya, sy skrng di pihak mana.
anti kahwwin awal atau pro kahwin awal.

isunya bukan mengenai pro atau anti
isunya adalh, bersedia atau tidak.
sesuai atau tidak.

keluarga.

bg saya, antara faktor utama yg sgt2 menyokong pd penikahan awal ini adlh, sokongan keluarga.
spt pasangan 1 td.
sy dpt rasakan keluarganya adlh keluarga yg sgt2 memahami dan sgt2 menyokong,
bukan mudah, bg seorang ayah utk memohon puterinya dinikahkan awal, kpd seorang pemuda yang, duit poketnya sendiri pun dtg dr ibu bapanya.
disini sy nmpk, matlamat ayahnya adlh utk menjg hbgn puterinya dr prkr2 lagha..

anak

sy punyai kenalan yg, nikah awal, sms belajar.
dan, kini, sudah mempunyai 2 org anak. seorang 4 thn, seorang 1 thun. dan kini sdg hamil, anak ketiga.
mmg nmpk bahagia, ttp sgt kesian dgn si anak yg perlu dijaga oleh nenek dan datuk dek kerana ibu dan ayah mahu belajar.



semua duit tanggungan anak2 ditangung oleh nenek dan atuk..
mereka sgt rindukan kasih syg ibu bapa. sehingga satu tahap, si kecil yg baru berusia 4 tahun ini, tiba2 dtg duduk menghadap neneknya, membawa alquran, mbacakan surah alikhlas, dan berdoa sambil menangis..

"ya allah.. bagilah duit banyak2 kat ****, nanti **** boleh bagi kat ummi dan abah.."

betapa desperatenya si kecil yg baru berumr 4 thn? :'(

pasangan 2 pula, punya keadaan berbeza, dimana, keduanya belajar di luar negara.
mungkin tuntutan itu lebih kuat utk brnikah awal. slmt bg si isteri, dan selesa bg si suami.
sy percaya isu duit bukanlah isu yg besar bg pelajar luar negara. (sbb kakak sy di perancis tu, ish, mcm peti duit. :P)

psgn ke3 pula, emm.. xtau nk ulas lbih lanjut macamana..
sbb, org jauh. sy pun kenal melalui friedster semata2. ttp dr album gambarnya, nmpk mcm everything is fine..

jadi?

pendapat sy, x salah utk kahwin awal.
bg sy sendiri, kalau boleh, harap2nya, sebelum umur sy 25 thn. (buleh ke main cakap2 mcm ni?)
my parents pun mcm dh bg lampu hijau je utk kawin awl ? sekalipun ianya guaraun. (giggle)

cuma, perlu diingat. pernikahan itu, bukanlah suatu hubungan jangka pendek.
ia adlh hubungan jangka panjang. sgt panjang, sehingga kite menghembuskan nfs terakhir, malahan, akan bersambung kembali di alam akhirat.

kalau ada kalian yg terdetik utk nikah awal,
perlu diingat, nasib anak2 yg bakal dilahirkan nanti..
sabar2lah dlm mendapt anak. kasihan anak tu nanti..

apepun, semua ini urusan Allah.
org kata, pernikahan meluaskan pintu rezeki.
apepun yg org kata, kte perlu berpijak pd dunia yg nyata. realiti.
adakah benar2 cukup bekalan utk memimpin diri sndri dan keluarga dan anak2?

sy pernah brty dgn kaklong sy.. khuatir juga dgn kaklong sy yg agak santai. rileks.

"kaklong... macamna kaklong nak didik afham nanti ni..?"
"entah.. kaklong pun risau"

seriosly, sy risau dgn jawapan kaklong. entah?
sy enggan melihat anak saudara sy ini mebesar dgn didikan tak tentu hala.

kahwin lambat x semstinya punya ilmu dan kematangan yg cukup utk besarkan anak.
ia bebrbalik pada tahap kesedaran dan kemahuan ibu bapa dlm mencari ilmu mendidik anak2.

so, wat i want to say is, ape pun umur yg kalian nk kahwin, make sure, ilmu mendidik anak ini diusahakan utk dicari. usah jadikan "baru pertama kali ada anak.. tak tahu.." sbg alasan.

hmm,
ini sekadar pendapat peribadi. kalau ada yg salah, tlg betul2kan.

penutup

dlm kereta semalam, mama brty

"dik, bakal menantu mama nanti, doktor ke?"
"allah shj yg mengetahui, mama.."

ya allah, buangkanlah rasa keluh kasa dlm hatiku
mengenai sesuatu yg tidak pasti.
kukuhkan dlm hatiku prk2 pasti yg engkau janjikan..




so, macamna? nk kahwin ke?


salam usik mengusik,
sinar penghormatan


kata hati : A level pun tak lepas lg.


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

No comments

:: Esok ::

Dengan Nama Allah… Yang Maha Merancang..
Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Mu
hammad s.a.w..


Assalamualaikum.. J

(post ni ditype pd 5 Julai 2008. x habis type.. terbantut. tp tetap di post memandangkan sy dah type. heee, panjang ni!)

22:19

22:19? Apekah?
Bukan.. bukan.. bukan petikan ayat quran.. hehe..

Habis? Petikan bible? Eh.. mana la pula.. tekalah! :P
Ok ok.. idea 22:19 hanyalah terpacul SELEPAS sy m
engintai jam di laptop sy ni..

Ape tu 22:19?
Nothing much..

22:19. system antarabangsa yg mmbulehkan kita mengenal waktu..
owh…. dah pukul 10:19 mlm rupanya.. (sengaja nak nunjuk yg sy menaip post ni pd pkul 10:19 mlm. Hihi~~)

Tika sy menaip post ni, sy menggunakan words dek kerana problem di blogger yg entah kenapa trsgtlah slow..

Kakak dah lena. Cik anum dah tidur. Syidah dlm bilik. Dan mama, sudah hanyut dengan alunan mimpi berkat “dadah” yg ditelannya lewat petang td.

Babah barangkali kini sudah tiba di lapangan terbang pulau pinang setelah hampir 5 hari “beruzlah” ke filipina.

Akhirnya. Akhirnya, esok, walaupun untuk setengah hari shj,, akhirnya, keluarga sy dapat berkumpul bersama2 setelah hampir setahun kami tidak pernah2 lengkap 5 ahli. =)

Lenguh

Tika sy menaip entry ni, belakang sy terasa pedihnya, lengan dan kaki sengal2. does it mean kandungan asid laktik dlm bhgian tertentu tubuh sy lebih tinggi dr normal? (ce. Ye ye lah sgt tu…)
Sy akui, 2 hari lepas mmg agak byk buat kerja. Itu ini. Sana sini. Sampai buleh lenguh2 badan sy ni. (eheh eheh.. macammm org tua ya..)

Jumaat lepas, kerana sy lah yg punyai kudrat tenaga yg lebih tinggi berbanding ahli keluarga yg lain, (walaupun sbnrnya sy bukannya skuat mana),
Sy telah diberi “mandat” utk mengerjakan dahan pokok yg tumbang yg telah terciar lama di depan rumah sy.

“khidmat sebelum ijjlal balik” mama kata.

Dahan tu jika sekali pandang, dan dibiarkan akal mentafsir dgn ilmu yg sedikit ini, dengan dahan dan ranting yg sudah kering.. dan daun2 yg sy percaya si kuda belang pun x mahu nak pandang, pasti akan terus mengatakan.

”ok. Set. Bleh je”

Tp...

bila bertemu dengan realiti, dahan pokok yg sebesar separuh pemeluk tu jgnkan hendak angkat, hendak menolak dengan tenaga yg ada dlm bdk 19 thn ni pun tak terdaya.
Itulah. Pandang remeh lagi. :P

*fikir*.
Macamanaa ni. Macamna nak alihkan dahan pokok ni.... nak angkat tak terlarat2. silap haribulan, sy yg akan jd tetamu di bangunan berlambangkan
bulan sabit nanti..

Disebabkan puas carik parang keliling rumah, sy dan cik anum sekdar mampu mematahkan ranting2 kecil yg terdaya kami patahkan.

Prap. Prap. Praaap.

Satu persatu ranting tersebut kalah di tgn ”izrail” mahanum dan ijjlal. :P
Ada yg dipatahkan dgn tangan.
Ada yg dengan kaki.
Ada yg dipatahkan dgn cara ”melompat2” di atas dahan ke
cil, persis si monyang darwin. (moyang darwin SHJ. bukan monyang sy ya! ;P )

Syukurlah sy memakai sarung tangan kain. Kalau tidak..... habis luka2 tangan sy. Cukuplah kaki sy tertusuk duri2 kecil. Pedih tp diendahkan.

Setelah hampir...(erm, x ingat brapa lama.) habis ranting2nya kami krjakan.

Tinggal core. Tingal asas. Tinggal si tunggul besar ni. Org jawa kata. “gondol.” (botak)

sungguhlah... kalau core kita memang kuat, sebanyak mana pun "ranting" yg cuba dipatahkan, insyaAllah masih akan selamat... **subhanallah.. Allah mengajar saya secara tak langsung!**

Kononnye nak buat second attempt utk menarik dahan tu. Mana tahu larat.
Namun, sy akur.

Kudrat sy tidak setanding kudrat yg dianugerahkan kaum ad
am.
Sy tetap seorang hawa..
yg mana lemah itu hádala perhiasannya. Ecececeeee

Tiba2. ting! Ting! Eureka! Lampu idea menyala. :D

Cik anum teringat gergaji tangan yang tergantung di stor.
Ahaa.... gergaji?

Jom gergaji pokok jom! ;)

1st time. Dalam hidup sy. Sy menggergaji pokok. Walaupun x de lah layak ipangil pokok tp menggergaji dahan yg sebesar separuh pemeluk tu bukannya kerja ringan..

Terbongkok2 sy dan cikanum cuba menggergaji x ubah spt nenek tua si bongkok tiga.

Terbayang bagaimana kautnye gigi si otter kerdil yg saban hari “menggergaji” pokok dan gigih membuat empangan di saluran air dan sungai yang sesuai. Subhanallah~
Selesai menggergaji, kerja kami tak berhenti di sit
u shj.

Apa yg perlu kami buat dengan bhgian2 yg sudah cantik ”dikecil2kan” ni..”
xkan lah ditinggalkan mcm tu shj...

Mulalah sesi ”memunggah” kayu kayan.. tong sampah terdekat terletak lbih kurang 100+ meter drpd rumah sy. Itu bukan cabarannya. Cabaranya adlh ingin memunggah longgokan kayu td ke tong sampah yg jauhnya 100+m yg mana jalannya bukan mendatar tapi adalah ceruman bukit yg agak cerun! Waaaaaahhh.....

jgn tertipu. ni lakonan semata2 ;)

Mengah jga dibuatnya.. sy x mampu mengangkat, tapi mengeheret shj segala ranting yg ada. Habis daun2 berguguran di sepanjang laluan kami. Meningalkan memori dispenajnag perjalanan. Eceehh. :P

Berikutnya.

Hari berikutnya.. juga sama busynya dgn hari jumaat yg lepas. Klu semalam sebelah ptgnya sy menziarahi ustazah sewaktu di smktaman selasih krn selamat melahirkan anak yg masyaAllah.... cantek banget!

Pipinya..

Riak wajahnya yg tenang...

Nasib sshj anak ustazah. Klu anak buah sendri. Maunya sy cubit2. cubit sampai menangis. Hihihi.. jahatnya sy! ;)

Zatil iman. suke!

Hari ini

Hari ni, operasi mengemaskan mini library di beranda luar. mini library yg terdiri drpd 5 rak buku 5 tingkat. Walaupun xdelah banyak sgt buku2. tp,, kalau aja sy mampu menelaah setiap satu drpd buku yg mengisi kelima2 rak tersebut, insyaAllah, i will be considered as a knowladgeble person. Cumenye, itu KALAU. :P haha.

Menegemaskan mini library tu bak menelerusi jalan memory.
Sy mebesar dgn buku2 yg ada di rak2 tersebut.

Tersingkap kembali kerenah2 kami bersama buku2 tu.

  • Bermain ala2 librarian.
  • Berangan menjadi cikgu.
  • Sy bercerita sorang2 seperti pandai mebaca walhal sebenrnya sy waktu itu tidak pandai membaca langsung. Lihat gambar dan pandai2 mereka2 cerita. Konon ingin menunujuk2 yg sy sudah pandai membaca. Alhaaii... ijjlal.. ijjlal.. J

Mama, ayah jga mebesar dan membina diri dgn buku2 tersebut..
Usia2 buku2 ada yg jauh lebih tua drpd umur sy send
ri mahupun umur mama dan ayah.
Set lengkap perang dunia pertama dan kedua. Buku yg cukup klasik berkulitkan kain merah dan tulisan bertatahkan emas.

Nampak sungguh klasik. Memang klasik pun!

Pernah sekali ayah cuba iklankan buku tersebut d
i e-bay. Ada yg sanggup membeli dengan harga RM50,000 sebuah. Uhuuu.... x kusangka tingginya nilai buku klasik tu..

Cukup fasal buku klasik, sy menelek2 koleksi majalah2 kegemaran waktu kecil2 dahulu. Siri ariel, siri fathing wood forest, ensiklopedia, dan siri doctors answer. Buku2 tu semuanya adalah buku bundle yg diberi dari jualan murah car boot sale sewaktu sy menetap di Birmingham dlm 12 tahun yg lalu... lama dah buku ni.... "ni bleh bg kat anak2 korang nanti". mama kata. hehe.. ;)


Murah. Itu yg mampu sy katakan. Memang sgt murah dan berbaloi sekalipun ianya hanyalah buku second hand. Majalah yg masih tidak terusik, bersih dan cantik, hanya 5p-20p sebuah. Sy x kesah membeli sesuatu yg second hand, asalkan masih elok. Itu lah hidup sy di UK dulu. Hidup dgn barang2 bundle. Mainan bundle, baju skirt seluar bundle, buku bundle.. tak terselit rasa malu mahupun jijik. Itu shj yg mampu. pernah mama bekerja sbg cleaner krn kesempitan wang. Habis gelang digadaikan demi mendapat wang pounds menampung kehidupan kami di UK. Tp waktu tu, sy tidak pun sedih. Mungkin x faham lagi. Masih kecil. Ya.. masih kecil. 4-5 tahun shj. Hanya akan rasa sedih jika lapar. Jika sakit. Jika sejuk. Cukup semua itu, gembiralah sy, tersenyumlah sy. Ketawalah sy.

itu sy 12 thaun lepas. kini bagaimana?

Merepek.

Eh, bagaimana pula laa sy tercerita fasal kehidupan di UK ni.. ish3.. merepek2... hehe..
Selesai kemas, tengahari kami ke kednuri kahwin cikgu fauziah.
Cikgu fauziah sudah berumur awal 50. jodoh lambat tp te
tap ada jodoh. Seronok sy tgk cikgu seronok. Terpancar kegembiraan cikgu pada hari pernikahannya…

Buat pertama kalinya, kami berjalan2 bersama abg long.
Hehee.. abglong jadi drebar. Semua pakat pakai baju kurung. Yelahh… acara perkahwinan. Manis je kalau tgk org berbaju kebangsaan kan?

“macam nk pergi raya lah” kakak kata.

Hehee…. Betul tu. Mmg terasa mcm hari lebaran syawal. Kami semua berbaju kurung, di depan, kaklong duduk bersama abglong. Di SEAT belakang, 1 mak dara dan 3 anak dara berhimpit antara satu sama lain. Bayangkan sahajalah.. anak2 dara ni bukannya lagi anak kecil berusia 3 tahun.. tapi anak2 dara yg sudah buleh dibuat isteri! berhimpit.... memang padat.
Kalau kami kini berada di majlis ilmurasanya pasti tok guru akan tersenyum puas kerana kami duduk rapat2, lutut bertemu lutut! ;P

Sebelum bertolak, sy yg sememangnya terkenal sbg camera gurl, x lepaskan peluang utk bergambar bersama2. bukan senang nk dpt kumpul sama2 mcm ni. Dah alang2 sama2…. Trus aja sy nak rakamkan kenangan yg cemburu dgn waktu…

“jom! Amik gambar! X kire!”

Dan…. SNAP! :D tadaaa……


Demam

petang tu tiba2 saja mama demam.. kesian mama. Itulah.,. ijjlal suruh duduk diam2 mama xnak. Kan dah demam. Mungkin terlalu penat. Atau.. mungkin sedih memikirkan sy mahu pulang ke shah alam esok :P (perasan kamu perasan)

Petang tu sy bw mama ke klinik... walaupun pd awalnya mama berkeras mahu drive sendri, sy dengan sikap sy yg sgt degil, tetap mahu drive. Akhirnya mama kalah. Dan sy lah yg drive mama ke klinik dek kerana kakak masih xda lesen dan ayah masih belum pulang ke malaysia. Kebetulan pula petang tu kak aina ingin ambil kad ahli kedai AtuZ utk mebeli brg2 persiapan perkahwinannya. Alamak.... antara mama dan kakaiana, sy pilih mama. walaupun pd sebelumnyaa sy sudah beri lampu hijau kpd kakaina mengatakan sy berada di rumah petang tu, sy tetap pilih mama. Maaf ye kak aina. Mungkir janji pla.. huhu~

Kami pergi order ayam tandoori, roti parata kerna,, mama tahu sy suka makan tu. Mungkin nak treat apa yg sy suke be4 sy pulang shah alam. Maseh mama :)

Selesai klinik. Dan juga urusan kereta dan ambil roti nan dan ayam tandoori, barangkali Allah masih mahu sy tergolong dlm org2 yg menepati janji.

Dlm pjlnn pulang ke rumah, sy berselilih dgn kereta saga oren emas. Eh. Mcm kenal kereta tu. Bila menhampiri. Owwhh.. kak aina..

Waktu tu sy fikir, owwh.. kak aina dah nak balik lah ni. Dah amik kad ni.

Dgn fikiran bgitu, sy pun melepasi shj krt saga oren emas itu dan menoleh sambil angkat tgn. Tersenyum. Tp. Kenpa kaina sptnya blur.?

Masuk ke simpang rumah sy, entah camne sy tergerak utk toleh kebelaknag dn tgk kereta oren tu.

Eh.. patah balik?
Ooo..... baru sampai.
Lupa lorong rumah la ni.

Sy pun serta merta berhenti sketika dan menunggu kak aina di tepi jalan tu. Syukur aja kita berseleih ya kak aina. Kalau tak, kemana2 je kak aina terlepas. Ya dak?

waktu tu, mata sy sudah perit. Rasa spt ada habuk memasuki mata. Badan pun sudah agak longlai. Maaflah kpd tetamu sy petang tu krn sy agak kurang betul dn senyap. Hehe...

** post terbantut takat sini harap maaf**

sesungguhnyaorang-orang mukmin itu bersaudara,
kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah
kpd Allah agar kamu mendapat rahmat..
~49:10


undur diri,
sinar penghormatan.