Dengan Nama Allah Yang Maha Merencanakan..
Selawat dan Salam atas Junjungan besar Muhammad.s.a.w..
:: ..pilihan itu.. ::
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu
dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu
serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,
Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku
dalam urusan agama ku
juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku,
kini dan akan datang,
maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku,
serta berkatilah daku padanya..
Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku
dalam urusan agamaku,
juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku,
kini dan akan datang,
maka elakkanlah ia dariku
dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya,
kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
undur diri,
sinarpenghormatan
sukar kan nak buat pilihan? dlm hidup ni, perkara cmtu selalu berlaku...stiap langkah kadangkala memerlukan terlalu byk kekuatan utk menetapkan hati pada sebuah pilihan...smoga Allah memudahkan urusan adik nuur =)
iya laahh kak fizah..
susah sgt nk buat keputusan..
esp dlm soal tentukan ms depan.
sgala rs tu ttba ja dtg.
takut, cemas.. n da worse, TAKUT utk mlakukan kesilapan.
>_<
mudah2n Allah slalu ttpkan hati sy dlm hal2 yg mbw kebaikan.. amien..