posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

dengan namaMu YaAllah..

:)

kami tiada pertalian darah.
sy baru mengenalinya pada hari kedua sy di teratak ini sejak seminggu yang lalu.
namun kini, sy cukup rapat dengannya.

hatinya luhur.
wajahnya ceria.
bulat.
tindak tanduknya sering tidak dapat diduga.
otaknya ligat.
pemerhatiannya tajam.
bibirnya kecil , namun mulutnya cukup petah.
suaranya halus.
"metoooom..."
nyaring suaranya seiap kali tiba di muka pintu rumah kami.

sunyi tanpanya. :)

namanya, siska. dipanggl chicha.
seorang anak kecil perempuan berumur 3 tahun.

sedang melaram :P

sy tidak dapat mengelak daripada terus menyanyanginya dari hari ke hari.
pangku saya adalah tempat duduknya.
hidung saya sering dipicitnya. kerana sy sering memicit hidungnya. :P
badan sy sering digeli2kan, krn sy sering menggelikan badannya.
pipinya pula sering menjadi mangsa ciuman. dari saya, dari bonda, dari insan2 di teratak 196.
kemana kami pergi chicha sudi untuk mengikut.
kalau dilihatnya saya atau cik anum sedang menyapu,
pasti chicha sibuk2 mencari penyapu. mahu ikut serta. :)

pelarian

hakikatnya chicha,
dilahirkan sebagai seorang pelarian indonesia di tanah merdeka malaysa.
hingga kini chicha tiada sijil kelahiran.
ibu bapanya bekerja di deretan kilang di hadapan rumah saya.
ibu bapanya juga, merupakan pelarian.
owh, kulim ini mmg ramai pendatang asing. myanmar, kemboja, bangladesh, kemboja, ndonesia. sebut sahaja!

chicha mebesar di kalangan para pekerja indonesia dan myanmar.
yg entah bagaiamana pendidikan dan corak kehidupan.
satu lot kedai, dikongsi beramai2.
dipisahkan dgn papan playwood menjadi sebuah bilik.
rumahnya adalah biliknya. biliknya adalah rumahnya.
kasihan aisyah. urusan dirinya tidak diurus dgn baik.
telinga berkapang dgn daki.
kuku tangan dan kaki hitam dan panjang.
satu hari sy memotong kukunya.
dan chicha berkata pada kuku pendeknya.
"ateknya..."
(cantik) :)

ricky handoko

paman (pakcik) nya, seorang remaja berumur 15 thun.
ricky handoko. juga satu ketika dahulu cukup rapat dgn keluarga kami.
namun kini sudah malu, kerana sudah menginjak dewasa.
iyalah, rumah kami kan semuanya anak dara.

tempat si chicha dan ricky mebesar.

ricky pernah menangis2, meminta namanya ditukar.
menangis2 mempersoalkan kenapa ayah dan ibunya tidak menamakan namanya "ahmad" atau "muhammad". mengapa ibu bapanya tidak menamakan dgn nama2 arab.
pamann nya itu bercita2 besar.
mahu menjadi ahli saintis despite kehidupannya yg ala kadar.
sring shj si ricky berbual panjang dgn ayahnda sy. mengambil semangat. mengambil motivasi.
berjiwa besar kamu wahai ricky. mudahan2, kamu tidak terikut2 dgn budaya tempat tinggal kamu itu wahai ricky..

anak kecil itu, si, chicha,
sy lihat penuh dgn potensi.
bjak, sungguh2 bijak.
sekali saya buat, terus dapat tangkap.
sekali saya cakap, terus patuh dan mengikut.
sayang sekali, nasib anak kecil itu cukup berat bebanding dgn tubuhnya yg kecil molek.
genit.

sdg mamai2 hendak tidur dgn "mimiknya"

dah tiduur.. :D

chicha sering ke rumah sy.
dari pagi hingga petang.
disinilah dia tidur, disinilah dia bermain.
menjadi penhidup suasana teratak 196 yg sunyi dari hilai tawa seorang anak kecil.

aisyah

sy, memanggilnya, aisyah.
nama chicha dibuang jauh dari bibir sy. (jahat bukan? :P )
namun, si kecil itu begitu senang menyahut setiap kali sy memanggilnya aisyah.
"aisyah... sini.. sama kakak"
"iya. . " akan dijawab didiringi dgn senyuman.
dan hingga kini, aisyah lah namanya.
semoga engkau secerdik aisyah wahai anak kecil..

"tatak... tatak..."
itu panggilan sy dan kakanda darinya.
"ibuk..."
itu panggilan bonda darnya.
"bapak..."
itu panggilan ayahnada darinya.
benar2 indonesia.
bahasanya lembut. bebrbeza dgn bahasa malaysia.

gimik

aisyah cukup gemar meniru perbuatan.
"paman ricky tgh buat apa aisyah?"
aisyah mengambil kertas dan mbuat gaya menulis. meberi makna, paman rickynya sedag belajar.
"kakak izzati tgh buat apa"
aisyah mengambil bantal, dan membuat aksi tidur.
dan kemudian bangun dan membuat aksi seseorang sdg menaip di eyboard.
memberi makna, kak zati sdg tidur, dan sdang bermain laptop

"aisyah sayang mama..?"
"saayaaanggg.." jawabnya.
"aisyah sayang papa...?"
sepi.
pertanyaan sy tidak dijawab.
aisyah terlalu kecil utk memahami aa yg berlaku
"papa buat apa dekat mama.."
aisyah mengangkat tangan, dan memukul saya.
ya.memebri makna bahawa begitulah perlakuan papanya kpd mamanya
owh tuhan..

aisyah takutkan bunyi kuat.
jika ada, pasti aisyah akan menekup kedua telinganya, memejam erat matanya,
dan menundukkan wajahnya.
tanda aisyah cukup takut.
bunyi bising mengingatkan aisyah mengenai apa yg berlaku antara papa dan mamanya.
pernah aisyah datang ke rumah sy dgn sedikit lebam di tepi matanya.
bertambah geramnya sy pada kaum2 adam, tuhan sahaja yang tahu!

kuat

kedua2 anak muda, ricky handoko dan si kecil aisyah ini,
mebesar dalam suasana yang cukup mencabar.
minda anak2 ini yg sebenarnya bijak dan berpotensi tinggi, ttp
menjadi malap dek kerana persekitaran.

beberapa hari lagi, aisyah akan dilarikan ibunya dari papanya.
sudah tidak tahan lagi katanya
hati sy penuh dgn persoalan.. bagaiamanlah masa depan mu aisyah..
bilalah lagi sy dapat melihat wajah kamu itu aisyah..
adakah peluang lagi utk sy mendengar hilai tawa dari bibir kecil kamu itu aisyah.

deep down, hati sy melafaz kesyukuran.
despite ujian2 yg dihadapi, sy masih, dikira beruntung jika mahu dibandingkan dgn aisyah.
sekurang2nya, sy ada masa depan.
aisyah pula...?

apa nasibmu aisyah..


sinar penghormatan