bismillahirrahmanirrahimm...
saya masih belum mengulas mengenai harry potter the deathly hollow.
:P
ya. sy tahu orang lain sudah berzaman lamanya menghabiskan siri terakhir harry potter itu, cumanya, sy ttp mahu kongsikan sudut pandangan sy sendiri. tak kira.
tp.. sekarang ni "mood" harry potter ditutupi dgn mood syabab musafir kasih.
so, potter ditinggalkan utk meberi ruang pada syabab. sorry ya potter!2 :)
syabab musafir kasih.
novel ini direkemenkan kpd saya oleh seorang pengunjung blog saya ini satu ketika dahulu. sewaktu sy sedang sibuk2 bercerita mengenai laskar pelangi, beliau mencadangkan saya utk cuba membaca syabab yang secara dasarnya berkisahkan mengenai perjuangan anak muda dalam mengejar pendidikan.
generally, gaya bahasa dalam novel syabab biasa2 sahaja. (bagi saya).
mula2 mebaca tidak meberi apa2 tarikan yang kuat sepertimana saya membaca karya andrea atau faisal tehrani, ttp sy masih teruskn pembacaan hingga ke muka surat akhir.
pada pertengahan novel saya temui pengisian2 disampaikan secara tak langsung kepada pembaca, yang terus mebawa kita hampir dgn Kalam Allah.
(dalam posting yang lepas2, saya telah mengatakan bahwa persoalan saya sendiri terjawab hasil dari mebaca novel tersebut.)
banyak persoalan di jawab dengan ayat2 Quran.
banyak situasi yang disandarkan kepada kisah2 para sahabat dan kehidupan Rasulullah serta Nabi yang terdahulu.
saat sy baca itu, sy terasa lebih dekat dengan Alquran.
dan, membuatkan saya belajar utk menyadarkan sesuatu keputusan atau tindakan itu kepada apa yang telah dianjurkan.
sedar tidak sedar, novel itu membuatkan saya mula mencambahkan rasa cinta kepada tempat2 yang darri dulu menyanjung tinggi budaya ilmu, tempat saksi kedatangan para nabi dan ulama, terutamanya syam.
ia berjaya mebuatkan saya menyimpan hajat untuk melangkahkan kaki dan berziarah ke tempat2 tersebut. tunggulah. satu hari nanti, saya pasti akan ke sana. insyaAllah.
poligami.
satu scene dalam novel itu yang menyentuh hati saya.
scene mengenai permintaan isteri syabab supaya menerima lamaran seorang syiekh terhormat dari syam yang ingin menjadikan syabab sebagai suami kepada cucu perempuannya. pada bab terakhir, bab 17.
dari sini saya dpt melihat gambaran bersih poligami itu.
dari segi tujuannya, perlaksanaannya dan adabnya.
mebuatkan hati saya sejuk, nyaman.
saya percaya masih wujud perlaksanaan poligami yang bersih ini meskipun sy hidup pada era yang penuh dengan spekulasi dan kerenah2 suami yang pada mulutnya lantang bersuara menyatakan
"aku ikut sunnah nabi".
"aku punyai kuasa".
"aku berhak nikah lebih tanpa pengetahuan".
hakikatnya, saya cukup panas dengan para suami yang, sangat, sangat jauh daripada melaksanakan kesucian poligami ini. itu benar2 saya akui. tidak akan saya selindungi.
memang benar, mereka punyai hak. memang benar mereka punyai kuasa utk melaksanakan poligami secara sembunyi2,
ttp, kemanakah hilangnya rasa hormat kepada si isteri yang sudah bertahun2 disamping suami?
kepada hilangnya rasa hormat kpd anak2?
kemana perginya makna "mengikut sunnah nabi" itu?
kemana perginya sunnah rasulullah yang sentiasa melakukan sesuatu keputusan dgn musyawarah dan solat2 sunat?
sy kesal dengan pelbagai konflik rumah tangga yang saya dengar, baca, dan lihat.
benar2 kesal.
mudaha2n saya tidak diuji dgn ujian sedemikian rupa pada masa hadapan.
jelas sekali, kesemuanya berbalik kepada sejauh mana seseorang itu menjadikan Quran dan sunnah sebagai pegangan, dan, amalan dalam kehidupan sehari2an.
saya tahu tiada manusia yang sempurna. kerana itulah kita diberi panduan. untuk "menebus" ketidak sempurnaan kita.
(kenyataan saya ini cukup general. tp saya masih mahu menyebutnya)
saya pula?
apa?
kalau saya?
adakah saya ingin merelakan poligami jika ianya terjadi kpd saya?
owhhh mencabar soalan ni.
i am a thinker (or a dreamer?)
sy selalu meletakkan diri saya dalam pelbagai situaasi dan membayangkan bagaiamna saya akan react pada situasi2 yang saya bayangkan itu.
dan situasi poligami ini tidak terkecuali.
malahan, saya telahpun membeli satu buku berkenaan poligami untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai isu ini.
ini kenyataan tidak matang saya:
para adam, kalau dihalang hasratnya, takkan pernah berhenti. daripada buat diam2, lebih baik izinkan.
ini pula kenyataan matang saya:
selagi, ianya, memenuhi syarat, dgn adabnya, betul perlaksanaannya, mampu kesemuanya, tidak mustahil untuk saya mengizinkannya. (sgt mudah sy cakap ye.?)
but yet as a women, i believe there will be a huge sacrifise dari segi perasaan.
apapun, setakat ini saya masih belum melihat contoh ideal masa kini yang melaksanakan poligami dgn penuh adab di dunia realiti, hanya di dunia novel.
ttp spt yang sy nyatakan sebentar tadi, saya yakin ianya masih wujud.
kata hati:
1. macam ape je posting kali ni?
2. kalian tahu tak wujudnya poliandri?
yakni, seorang wanita berkahwin dengan lebih dari seorang suami pada satu2 masa. ada masanya dengan seluruh adik beradik!
ya, mmg wujud..
Post a Comment