salam alaik.
satu ketika dahulu sy ada menulis satu posting mengenai baju kurung.
yang bagi saya, baju kurung itu maknannya baju untuk mengurung badan.
hari ini secara tak sengaja saya termasuk ke laman ini,
petikan dari tulisan faisal tehrani. wah. it seems that apa yang sy fikirkan tidaklah se"sesat" mana. hehe. mari kita baca apa komen encik faisal tehrani mengenai isu baju kurung ini ;
"Apabila kita bercakap mengenai busana Melayu pula, kita telah memiliki pelbagai jenis busana, tekstil dan kain tenun yang diakui seluruh dunia sangat tinggi mutunya. Apalah salah memakai baju kurung?
Gambaran tentang baju kurung ialah baju yang longgar, bertangan panjang selain berpesak dan kembang di bahagian bawah. Kalau perempuan mengenakan baju kurung biasanya dengan kain sarung ikatan ombak mengalun, kalau lelaki biasanya dipakai dengan seluar, dilengkapi samping. Sekarang perubahan demi perubahan, baju kurung sudah diberi nafas moden. Apabila saya sebutkan moden ini tidak bermakna baju kurung boleh dipadankan dengan skirt! Kita harus mengetahui dasar sesuatu untuk melakukan perubahan. Pada baju kurung dasarnya longar, bertangan panjang dan kainnya tidaklah tipis menampakkan kulit.
Baju kurung ada daripada jenis teluk belanga dan ada cekak musang. Pada sekeliling tebukan leher baju yang berlapik dengan kain lain dan dijahit secara sembat halus, atau bahagian pinggir bulatan yang dijahitkan dengan tulang belut halus memaparkan kehalusan orang Melayu.
Pada pangkal belah yang dibuat kancing baju dengan rumah kancing yang dijahit dengan jahitan insang pari itu memiliki maksud tersendiri. Rumah satu kancing itu melambangkan pegangan dan kepercayaan Tuhan Yang Maha Esa. Justeru baju kurung melambangkan pegangan dan kepercayaan si pemakainya.
Ia bukanlah satu busana yang boleh digandingkan dengan apa sahaja seperti jeans koyak bercontengan sana sini. Si pemakainya pula tahu malu kerana ingatan terhadap kancing yang satu ialah Tuhan yang Maha Melihat jadi si pemakainya sentiasa menjaga akhlak.
Soal busana Melayu tidak berakhir dengan tekstil dan cara memakainya tetapi yang penting ialah falsafahnya.
Adat orang Melayu ada menyebut tentang berpakaian yang berbunyi begini:
Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat.
Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab.
Adat orang Melayu jati, berkain baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.
Memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat.
Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit.
Busana Melayu itu pantang ia mengada-ada. Kerana membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu.
Apabila memakai baju tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai baju elok menurut adat supaya tidak membawa mudarat.
Kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap malu terburai."
menarik bukan?
tak pernah saya tahu makna disebalik kancing yang satu itu.
wonderful. betapa dalamnya pembawaan soal allah maha melihat dalam kehidupan zaman melayu tradisional.
tapi kini, tak ramai yang faham falsafah di sebalik baju kurung melayu ini. (termasuk saya, hinggalah hari )
sinar penghormatan
Post a Comment