Tunggulah


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirahmanirrahim..


kata orang , kita tak layak utk berdebat ttg cinta selagi mana kita tidak merasai perasaan itu dengan sendiri.
hanya orang yang sudah jatuh cinta yang akan faham, dan tahu.
gejolak hati, gundah gulana, segalanya.

olalalaaaa...

owh, jgn tak tahu pula ya, bicara cinta ini, sengaja diletakkan di awal posting. sebab lazimnya orang akan tertarik dgn topik ni. he3.

mari sy utarakan satu statement baru.

kata orang, kita tidak layak utk berdebat ttg cinta seorang ibu selagi mana kita tidak merasai perasaan menjadi ibu.
hanya orang yang menjadi ibu akan faham dan tahu.
gejolak hati, gundah gulana, dan sebagainya.

setuju?

niat.

kakak sulung sy sudah berumah tangga. berumur 26 tahun tahun ini.
kakak kedua saya, masih bujang, berumuh 24 tahun tahun ini.
dan saya, juga masih bujang, berumuh 20 tahun tahun ini.
alhamdulillah.

jika hendak dibandingkan antara kaklong, kakak dan saya, berdasarkan pernyataan sy tadi, selayaknya, hanya kaklong sahaja yang layak berbicara mengenai soal kasih ibu/kasih ayah-- (atau senang kata, kasih ibu dan ayah).

tapi... entah kenapa, dalam pada kakak sulung sy itu sudah merasai bagaimana rasanya menjadi seorang ibu dan betapa besarnya kasih seorang ibu, beliau seolah2 lupa seketika bahawa apa yang dirasainya itu turut, dan masih, hingga kini, dirasai oleh bonda saya, meskipun kaklong sudah berumahtangga, bersuami, dan beranak seorang.

dalam 2 minggu lebih pasca alevel ,
mata saya melihat, hati saya menafsir, betapa tingginya rindu seorang ibu pada anak2nya. x kira lah sudah berapa tahun pun umur anak2nya.
setiap hari, tidak akan terlupa langsung untuk menelefon.
sekali call x dapat, di call lagi.
jika talian tidak dapat disambungkan, bonda saya memujuk diri.
"tengah tidur agaknya tu".
kalau tak pagi, petang. kalau tak petang, malam.
x pernah bosan. x pernah jemu.

apa yang membuatkan sy sedikit terkilan adalah, apabila mereka jarang sekali mahu mebalas kembali all the missed calls from my mother.
mudah2n tanggapan sy ini silap. mungkin mereka mahu menelefon kembali, ttp bonda saya telah menelefon terlebih dahulu.
hinggakan ada satu hari, bonda mengadu kpd saya.
" x pernah pun nak telefon mama balik.."

aduhai... kasihannya.

beritahu.

puas rasanya sy pesan kpd kaklong sy. dalam waktu2 begini, rajin2 telefon mama. telefon shj. bukan susah. itu pun sy pasti bonda sy sudah gembira.
tak banyak yang bonda minta, melainkan perhatian dari anak2nya.

tapi, itu yg sbnrya yg susah utk kita berikan.kan?
perhatian.
perhatian dikala kita sibuk dgn itu ini.

sukar. sukar utk meberi perhatian pada seorang insan yang secara kasarnya pandai menjaga diri dan makan minum.
sukar utk meberi perhatian, apabila, kita mempunyai "beberapa perhatian lain". seperti..? suami dan anak. nau'zubillah!
namun, takkanlah tunggu insan itu tidak pandai jaga diri baru kita mahu mengambil perhatian.?
di tingkat mana kita meletakkan kedua ibu bapa kita dalam kehidupan kita.?

anak mak

sy telah terbiasa apabila ingin ke satu2 aktiviti atau memulakan perjalanan jauh,
sy pasti akan memberitahu kpd bonda atau ayahnada saya.
mungkin benar saya ini anak emak or what so ever u call it,
but ianya bebalik kpd sejauh mana kita meletakkan perasaan kedua ibu bapa kita dalam kehidupan kita sehari2an.?
pada saya, dengan cara meberitahu inilah, salah satunya tanda saya menghormati mereka.
menamatkan kerisauan, menamatkan kegundahan hati mereka.
apalah sangatnya kalau kita meberitahu mereka yang kita sudah selamat sampai ke destinasi...

nenek saya di kampung negeri sembilan itu pun, hingga sekarang, berpesan kpd bonda saya.
"nanti kau dah sampai kedah, telefon yo"
lihat. nenek sy sudah hampir 80 tahun.
bonda saya sudah 50 tahun.
namun, hingga sekarang, tidak pernah jemu utk merisaukan anaknya.

inikan pula kita?!

sayaa tahu susun kata saya sejak posting sebelum2 ini masih tunggang langgang. kalau tunggu sususan kata sy ini sempurna, sampai bila2 lah nampaknya takkan ada posting dari saya. jadi daripada apa yang sy ingin kongsikan ini terkubur layu, lebih baik saya taip sahaja, despite all the error.

apa yang ingin saya katakan,
apabila kalian sudah menjadi ibu, atau bapa, baru kalian faham apa yang seorang ibu atau bapa itu rasakan.
usahlah rasa leceh atau rimas apabila mereka ingin mengambil tahu mengenai kita, kerana satu masa nanti, kalian juga akan merasai apa yang mereka rasai dan saat itu, baru kalian akan menyesal atas segala tindakan yang pernah kalian lakukan.

tanya pada diri, bila kali terakhir kita bertanya khabar pada bonda dan ayahnada kita?
bila kali terakhir kita mendoakan kesejahteraan mereka?
bila kali terakhir kita membantu mereka.?

ingat, bukankah kita telah bersetuju tadi,
hanya seorang ibu yang tahu bagaimana rasanya menjadi seorang ibu.



tunggulah. baru kalian tahu.
what u give, u will get back.

sinar penghormatan