posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments

:: sewa ::

bismillahirrahmanirrahimm..


Sebelum

Sebelum A Level dahulu, sy langsung tidak terfikir untuk mencari rumah sewa di Bukit jalil.

untuk pengetahuan, jika ada rezekinya, saya akan meneruskan pelajaran di universiti perubatan antarabangsa di bukit jalil. dan, kemudahan tempat tinggal tidak lagi disediakan sepertimana kehidupan mudah saya di shah alam.
bermakna, dari urusan tempat tinggal, bil-bil berkaitan, pengangkutan, kesemuanya, harus diuruskan sendri.sedang sahabat2 dari kelas lain sudah siap2 pun mencari rumah, sy, masih , buat relaks shj.

tunggu selepas inteview result keluar, baru nak cari rumah. itu yg sy fikir.

selepas.

alhamdulillah, usai interview, sy mendapat jawapan ya dari IMU. memberi conditional offer kpd sy. maknanya, ada tempat sy di IMU, hanya sekiranya sy lepasi cut off point 13 points sms alevel.

waktu itu, sy sudah mula fikir mengenai rumah sewa.
nak dijadikan cerita, sahabat2 sy yang rancangan asalnya akan satu rumah dgn saya, tidak lepasi sesi interview.dan kemungkinan besar hanya akan masuk utk sesi februari.
maknanya, sy tidak lagi mempunyai "allaince" atau "pakatan rakyat" utk menyewa rumah bersama2. sy menghubungi shbt2 dari kelas lain. semuanya sudah penuh korum,

ah. sudah. nak kene duuduk dgn senior lah ni.
xpe, duduk dgn senior dulu, nanti next year, pindahlah and duduk sama2 dgn kawan2. ok.?

semasa.

semasa alevel, ada juga terfikir mengenai hal ini. iyelah, masa mana lagi yg ada utk sy mencari rumah sewa. usai exam sy mahu terus pulang ke kedah. bonda meminta sy pulang seawal mungkin kerana, kalau tidak, sy tidak dapat berjumpa dgn kakanda sy yg baru pulang dari france waktu itu.
mahu tak mahu perlu juga cari. akhirnya sy mengambil keputusan utk berhenti fikir mengenai rumah sewa, dan, turun semula ke selangor semasa cuti pasca alevel, menumpang seketika di rumah shbt sy di kajang.

rezeki sy agaknya, shbt sy itu bukan shj menawarkan "penginapan" beberapa hari, malahan jika tidak mendapat rumah sewa, sy boleh shj menumpang di rumahnya sehingga sy dapat rumah sewa. tumpang satu sem pun buleh. katanya. ahuuu... time kasih 'kaklong". :P

selepas Alevel.

sy menghubungi senior2 yang berada di IMU. syukur mereka sudi membantu.
sy menunggu juga berita dari mereka, ttp tiada berita. jadi, saya mulakan misi mencari bilik sewa dari ruang maya ini.
dari satu laman web ke satu laman web. puas saya mencari, sy tapis, dan saya senaraikan kemungkinan2 bilik yang reasanoble utk disewakan.

vista komanwel, savanna, arena green, juga rumah2 flat di kawasan sekitarnya.

pening juga kepala dibuatnya. mana tidaknya, menghadap screen laptop dlm jangka waktu yang lama, siapa yg tidak pening, kan.?
sampai satu tahap, sy kepenatan, sy berhenti dan, hu, "mengeluh."
kebetulan waktu itu kekanda sy berada di dalam bilik bersama saya.

"dah lah. ijjlal malas nak cari lagi lah. penat."
"ijjlal, akak carik rumah sewa sampai sebulan tau. tgk2 rumah lagi. ni baru sehari dah mengeluh?" kekanda sy memerli.

huhu. sy tersengih. no komen kakak!

petang

petang itu, tiba2 sy mendapat panggilan. dari nombor yang tidak sy kenali.

" Heloo.. ijjlal ke ni? ni fatin. nak tanya, dah dapat rumah sewa?"
" belum dapat lagi, tgh cari2.."
" kitorang ada satu kosong ni. furnished. cuma xde stove dgn tv je. dekat kondo Vista. nak.?"
tanpa berfikir panjang, sy terus menjawab "ya!"
(fatin ini adalah shbt dari kelas 7. sy kelas 4. kami jarang sekali bertembung dek kerana kedudukan kelas yang berlainan tingkat. kalau bertembung pun, senyum2 shj.)

tersenyum lebar saya. tak tahu nak cakap macamna terkelunya saya.
sesuka hatinya saya mengeluh2 sebelum ni. kan Allah nak bagi tu..
cuma lambat sikit sahaja, sy sudah mengeluh. syukur Allah masih nak bagi. kalau Dia menahan rezeki kamu itu dek kerana apa yg kamu keluhkan itu, siapa yg rugi,? diri sendiri juga..
u really do need to teach yourself not to menegeluh easily.

"eh. baru je tadi cakap xnak cari rumah sewa, dah dapat dah?" kakak sy merespon.
hehe.. alhamdulillah..

vista komanwel

geng?

sejujurnya, walau sy sudah lega apabila mendapat rumah sewa, sy sedikit terkilan krn tidak dapat tinggal bersama "geng" saya.
bukan geng apa, dgn shbt2 yg sudah selesa bersama. sudah kenal. dan sudah tahu.
nampaknya sy akan berkenalan dgn shbt baru, karektor baru.
"lebarkan sayap, sampai bila nak melekat dgn kawan.". sy memujuk diri. ini pun dah jauuh dari cukup. jauh lebih bagus daripada terkapai2 tidak mempunyai rumah sewa.

alhamdulillah..

Jun

baru2 ini, sy mendapat message dr shbt sy, mengatakan mereka akan di-reinterview IMU 6 januari ini, kerana seboleh2nya IMU ingin mereka masuk utk kemasukan Jun. Bkn febraruari.
MasyaAllah, indeed i was happy for them, tp... huu....

(kalau..) sy tahu ini awal2, tidak lah sy menjawab "ya" utk rumah sewa sy sblm ni.
(kalau..) buleh la satu rumah nanti...

but. itu semua kalau. padam2kan kalimat itu dalam hati kamu.
sengaja syaitan mahu kamu "menyesal" dari "bersyukur" kpd Allah.
sengaja si tanduk itu mahu awak regret keputusan awak sblm ni. astagfirullah..

mmg hidup ini memerlukan perancangan.
but perlu ingat, Allah juga merancang hidup kita.
dan, bukankah Allah itu sebaik2 perancang? :)

rancangan asal sy adalah utk tinggal bersama "geng"2 sy.
tp Allah merancang agar sy tinggal brsm shbt2 lain yg tidak sy rapat apabila "geng" asal sy tidak lepas interview.
dan Dia merancangkan juga, bhw akhirnya "geng" sy itu insyaAllah akan memasuki kemasukan Jun, sedangkan sy sudah pun mendapat bilik utk disewakan.

Ini rancangannya buat kamu Ijjlal. maka yakinlah ianya yang terbaik buat kamu.

syukur.

semasa alevel, tanpa diminta, sy ditawarkan "penginapan" penuh utk satu sem.
selepas alevel, stlh hanya seharian "penat" (konon lah penat sgt) mencari rumah sewa, rumah sewa itu yg datang kpd saya.

subhanallah..
nak kata malu, mmg dah terlebih2 malunya.
betapa besarnya pintu rezekiNya, masih ada ruang utk saya makhluknya utk mengeluh?

I'm your Sinful Slave.
You're my Loving Lord.
I'm the one who runs away.
Oh Allah guide me.
sinful slave by no beats necessary

step.

sy sudah melepasi IELTS, MUET, interview, dan akhirnya pencarian rumah sewa.
tinggal satu step shj lagi utk melangkah masuk ke univ perubatan antarabngsa itu.
yakni, keputsan Alevel.


tiada kuasa lain yg layak sy letakkan sandaran selain dariNya kerana sesungguhnya Alevel baru2 ini agak mencabar soalannya.
adakah IMU ini termasuk dalam rentetan peristiwa yang diatur olehNya kpd saya.


apapun, berimanlah wahai hati kecil ijjlal,
bahawasanya,
tak kira bagaimanapun keputusan yang bakal kamu terima,
rencanaNya itu sentiasa yang terbaik
berbanding apa yang kamu rencanakan.


salam,
sinar penghormatan

kata hati : cuti menjadikan butir kata sy tidak teratur. T_T