erm?


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan NamaMu Ya Allah
Yang padanya kuasa segala sesuatu..


Umar ibn Khattab : Sebutkan ciri2 taqwa kpdku.
Ubai bin Ka'ab : Apakah tuan pernah melintasi kawsn penuh dengan duri?
Umar : Ya.
Ubai : bagaimana tuan melaluinya?
Umar : saya amat berhati-hati supaya terhindar daripada terkena duri
Ubai : Begitulah taqwa.

"Macam kita di IMU ni. sekeliling kita penuh dengan duri. Tapi nampaknya... ramai yang telah membiarkan diri tercalar, terluka, dan tertusuk hingga ke tulang.
Namun tak terasa pula sakitnya.
Lagi nikmat mungkin ada."

astaghfirullahalazim..
saya benar2 terkesan dengan satu tulisan dari buletin Shifa edition 5,
pada kolum AlQuran dan Sunnah By Fakhriz.
tahniah dan terima kasih buat kolumnist yang menyediakan artikel simple yet berisi.
semoga ianya mampu menyentuh hati2 insan2 di IMU ini hendaknya.

duri.

tercucuk sana, tercucuk sini.
kehidupan saya di IMU mendekatkan diri saya dengan kebarangkalian untuk mencalarkan diri saya sendiri.
seminggu oreintasi pun sudah cukup menggambarkan gambaran kasar masa hadapan saya.
kadang2 saya keliru dengan bagaimana harus saya fit in dalam suasana begini.
separuh diri mahu turut serta dalam aktiviti2, separuh diri lagi cukup reluctant.


baru2 ini saya memberi nama untuk menjadi krew dalam satu pementasan theatre tun teja sempena minggu budaya melayu. (or what its call again?)
pakat2 dengan newbies yang lain.
pada fikiran saya, saya hanya sekadar mahu join aktiviti agar saya boleh bergaul dan berkenalan dengan insan2 lain di IMU ini. to be precise, insan2 melayu.
pada fikiran saya lagi, saya bukannya mahu berlakon atau apa, hanya mahu menolong buat stage or teknikal things or something like that. yelah, saja2 nak join. dengan kawan-kawan. kan?

tetapi setelah lama berfikir dan merenung,
jauh sudut hati sebenarnya saya menyesal dan kecewa dengan diri saya sendiri.
mengapa dengan cukup mudah saya berfikiran begitu.?
saya melakukan sesuatu yang pada hakikatnya ianya sesuatu yang sering ingin saya pelihara. (atau sekruang2nya sedang belajar untuk pelihara)
pelihara daripada melibtakan diri dalam aktiviti2 yang samar2 kedudukannya.
memang benar, ianya merupakan peluang baik untuk saya berkenal2 dengan warga melayu di IMU ini, tetapi, persoalannya, adakah ini satu2nya jalan?
adkaha hanya kerana alasan mahu fit in, saya sanggup mencalarkan diri saya.
calar tanpa terasa sakitnya, malahan merasa cukup nikmat?

keliru

dalam keadaan beginilah yang sering menyebabkan saya dalam keadaan keliru.
kerana saya melihat insan2 yang saya hormati, yang terkenal dengan kepandaian, baik akhlaknya, cantik peribadinya, molek agamnya, juga turut serta dalam aktiviti2 sebegini.
merekalah top scorer. merekalah pemidato. merekah pelakon. merekalah pemimpin, merekalah penyanyi. merekalah ahli sukan. pendek kata all in one.

kadang-kadang untuk menyedapkan hati, saya berkata kepada diri saya
"diorang tu sporting je join semua benda. takkan aku tak boleh?"

saya tidak mahu menjadi seorang yang jumud. namun, apakah definisi jumud itu?
saya mahu menjadi seorang yang versatile. namun, apakah definisi versatile itu daripada pandangan mata seorang muslim?
apakah ianya satu kesalahan, saya jika saya melarikan diri dan menjadi "tidak sporting" kerana tidak menyertai aktiviti2 yang dianjurkan.?
uuhuu. keliru betul.

check

sekarang; jam 2.30 pagi.
waktu yang baik untuk duduk dan muhasabah diri.
menilai berapa banyak yang tercalar, terluka, dan tertusuk.
syukur, masih terasa sakitnya..
parah jika makin terasa nikmatnya.
aduhai.. aduhai..


Namun tak terasa pula sakitnya.
Lagi nikmat mungkin ada

nau'zubillah!


masih keliru,


kata hati :
1, akhirnya saya tak pergi pun treassure hunt utk orientasi.
2. nama saya tak tersenarai dalam krew pementasan theatre tun teja. ok, safe! :)