Dengan NamaMu Ya Allah..
senang
saya ini, boleh dikatakan, tidak pernah merasa susah.
(dr segi harta dan kelengkapan harian)
dalam erti kata lain, hidup saya, mudah dan mewah.
mm.. ok2, bukan mewah, ttp serba serbi ada.
tp rasanya, semakin sy dewasa, semakin mewah hidup saya.
iyelah, bonda dan ayahnda sy pun sudah semakin stabil dari segi kewangan,
kakak sulung saya, sudah ada tempat bergantung,
kakak kedua saya, lazimnya akan bergantung pg wang biasiswa yang menimbun2,
siapa lagi yang ingin "dicurahkan" melainkan kpd saya, si anak bongsu?
lengkap
sejak saya kecil hingga sekarang,
sudah ada makcik yang diambil sebagai pembantu rumah.
ada yang tolong kemaskan rumah,
ada yang tolong menyediakan sarapan, lunch, dinner
ada yang tolong basuh kain
ada yang tolong gosokkan baju
ada yang tolong basuh sidai dan lipatkan kain.
semuanya diuruskan. semuanya ada yang menolong.
masyaAllah
dari segi barang-barang elektronik dn gadget,
serba serbi saya ada.
kalau tidak pun yang terlalu mahal, ttp serba lengkap.
barang2 asas, kesemuanya ada.
dan kebanyakannya adalah hadiah, hadiah dan hadiah.
jam tgn hadiah dari kekanda.
satu utas lagi hadiah dari bonda.
2 handphone hadiah sempena hari jadi,
lagi satu handphone "diwarisi" dari kekanda.
satu kamera digital hadiah dari kekanda,
laptop hadiah dari ayahnda,
external hard disk, erm duit biasiswa hehe.
pen drive hadiah dari pihak sekolah,
pendrive lg satu dibeli sendiri.
web cam ntah berapa byk yg dah dibeli.
dgn internet wireless 24 hours lg.
astro pakej basic, dan dgn kamar tidur fully air conditioned.
utk keperluan sy, semuanya cukup. lebih dari cukup.
subhanallah..
makanan
dr segi makanan.
owh.. ini lagi mewah.
kalau keluar petang2 dgn bonda sy,
pasti akan menyinggah ke mana2.
"ijjlal nak makan apa?"
sebut sahaja mahu apa, pasti akan dapat.
coklat? yougurt? ice cream? biscuits? mee? ayam? burger? pizza? kuihmuih?
pelbagai jenama pelbagai rasa, pelbagai keluaran. tempatan mahupun barat.
tinggal minta sahaja, pasti akan tertunai.
alhamdulillah..
pakaian
pakaian dan perhiasan,
kena musim dan waktu,
akan terima gelang dr kaklong, atau bonda, atau ayahnda juga.
bab pakaian lazimnya sy beli sendiri, dgn wang simpanan
ttp dr mana dtg wang simpanan itu?
ofcourse dr poket money bulanan dr ayahnda ditambah lagi dgn biasiswa JPA.
maha suci Allah..
buku
buku2, ini lagilah.
beli sahaja apa yang saya mahu.
tolak ke tepi soal harga.
yg penting, jgn lupa ambil dan simpan resit buku tersebut,
serahkan kpd ayahnda, dan menanti claim wang.
harga2 buku itu akan ditolak dari income tax ayahanda dan bonda sy yang perlu dibayar.
saya boleh mebelanjakan buku up to rm2000 setahun.
sungguh mewah, kan?
segala puji bagimu yaAllah!
akademik
dari segi pencapaian akademik,
alhamdulillah Allah permudahkan.
upsr, pmr, spm, ketiga2nya mendapat A untuk setiap subjek.
5A, 9A dan 12A, dan mendapat bisiswa JPA.
jalur pengajian saya, selepas tingkatan empat, saya akui agak mencabar.
bayangkan sahaja sepanjang tingkatan empat saya mendapat merah bagi subjek prinsip akaun, jarang sekali mendapat A bagi addmath dan kimia.
paling banyak A yang diraih hanya 6A.
tambahan pula; saya kerap ponteng sekolah.
dan pernah saya enggan menghadiri peperiksaan pertengahan tahun semasa tingkatan lima. ya. memang saya skip. saya tidak hadir dan duduk di rumah.
x percaya? percayalah.
kekuatan dalaman saya semasa umur 16 dan 17; amatlah lemah.
terlalu rapuh dan goyah.
terlalu banyak persolaan yang membuatkan saya keliru dan buntu.
saya marah. saya sedih. saya keliru. saya geram. saya tiada pendirian.
syukur sahaja saya bukan orang yang memberontak dengan cara yang bukan2.
paling teruk pun hanya enggan belajar dan enggan ke sekolah.
dan memang itu yang saya lakukan!
namun, perancangan Allah mungkin.
alhamdulillah; saya diberikan kembali semangat slepas peperiksaan percubaan SPM.
hari2 yang berbaki, lebih kurang sebulan lebih sebelum SPM sebenar,
sy melarikan diri ke perpustakaan awam di bandar kulim untuk mengejar kembali segala yang tertinggal. pergi pagi, pulang lewat petang.
dan hasilnya, alhamdulillah 10a1 2a2.
a2 utk kimia dan matematik tambahan.
kerana itu saya tidak merasakan keputusan sebenar SPM saya itu berkualiti.
saya tidak pernah mencatatakan straight A's sepanjang tingkatan 4 atau tingkatan 5.
tup2, tiba SPM, melonjak terus kpd 12A.
apapun, saya tetap bersyukur dengan hasil yang diperolehi. alhamdulillah..
risau
sebenarnya, sy risaukan juga dgn diri sy ini.
krn sy jarang merasa susah.
hidup sy senang.
jarang sekali diuji dgn kesempitan wang, lapar, jauh sekali kesusahan.
poket saya sentiasa ada wang. perut saya sentiasa terisi dgn makanan.
ada masanya, sy berfikir juga
adakah sy mampu berhadapan dgn ujian kesempitan jika satu hari nanti nikmat ini ditarik dari saya?
adakah saya masih mampu bersyukur jika jalur pendidikan saya tidak semudah yang saya perolehi spertimana yang saya perolehi sejak dulu?
atau....
adakah sy menerima nikmat ini kerana Allah tahu, sy lebih layak diuji dari aspek lain?
adakah nikmat ini sebagai "tampungan" atas ujian lain yg diberi kpd saya?
adakah nikmat senang ini sendiri merupakan ujian buat saya?
saya sentiasa berdoa agar Dia meminjamkan saya rasa redha dan tawakal atas apapun yang akan berlaku.
saya sentiasa cuba nasihatkan diri saya untuk tidak cepat melatah apabila didatangkan sesuatu yang tidak kita sukai, kerana, sepanjang 20 tahun kehidupan saya, terlalu banyak rezekiNya kpd saya.
adakah hanya kerana satu titik, saya akan terus berpaling dan "menarik muka masam" kepadaNya.? wajarkah?
sangatlah zalim. ! siapa saya untuk memarahiNya. !
pujuk
mudahan2, ayat-ayat cinta dariNya ini, meberikan saya, dan kalian, kekuatan.
ayat-ayat yang bersih dari penipuan, dan selayaknya kita meletakkan sepenuh keyakinan...
ayat-ayat pemujuk.. memujuk kita jika, satu hari nanti kita dihadapkan dengan ujian dariNya.
tidak ada Tuhan selain Dia.
Hanya kepada-Nya aku bertawakal
ya.. cukuplah,
Dia; bagiku..
Post a Comment