pertemuan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..


nampak perkataan hati, mata terus melekat.
HATI.
segumpal darah pada zahirnya, ttp scr abstraknya adalah sesuatu yang sukar digambarkan.
baik kita kerananya, jahat kita juga kerananya.

"tundukkan hati: rahsia keikhlasan hidup di dunia fana"

tak berlengah buku itu terus saya tatap. saya tidak pernah membeli mana2 buku tulisan tok guru nik aziz, apatah lagi membacanya.
sy sedikit "takut" utk membaca karya2 tulisan orang2 hebat.
rasa macam, tak layak utk sy membacanya. hehe..
namun topik hati itu, amat2 benar sesuai dgn keadaan diri sy waktu ini.

HATI.
isu yang tidak akan pernah selesai selagi manusia hidup.
buku itu, sy gennggam erat. namun mata sy masih liar memerhati.

penuh

satu meja sahaja penuh dgn buku2 tulisan tok guru.
satu2 saya belek.
pelbagai topik, pelbagai isu.
dari isu politik kpd perkara2 membina diri.
semstinya politik tidak berapa menarik perhatian sy ttp lebih tertarik kepada buku2 yang mampu meberikan saya panduan dan peringatan krn sy sedar sy masih perlukan banyak sokongan dari pelbagai segi.

dan, sebuah lagi buku menarik perhatian saya.

sebuah buku berkulit coklat...

"bertemu janji Allah : menyingkap kisah mahsyar yang menyayat hati".

saya capai, dan sy belek.
dahsyat.
buka bab pertama sahaja sudah menggetarkan.
ini baru baca. belum "merasai" sendiri.
T_T.

lazimnya saya selalu terbayang nikmat2 indah syurga.
ttp sy lupa, akan azab2 neraka.
bila buat "baik" ingat syurga, ttp bila buat "jahat", tak ingat pula nerakaNya?
keadaan mahsyar yang akan dihadapi kesemua manusia sejak zaman nabi adam.

"seluruh manusia dikepung pleh malaikat yang jumlahnya berlipat ganda"
"tidak ada khabar gembira bagi orang2 yang berdosa"

tak banyak yang mampu sy ulas mengenai kedua2 buah buku ini kerana sy snediri belum mula membaca. but i bet it will, make, (at least me) menggeletar setiap rongga badan.

namun scr kasarnya, sy boleh mengikut rentak penulisan tuan guru nik aziz.
bahasanya mudah difahami, dan penyampiaian sesuai dgn tahap masyarakat biasa.
ilmu2 tingginya itu mampu dialkiran dgn mudah melalui celah2 huruf.
isi yg ingin disampaikan berjaya sampai ke hati pembaca.

bagi sahabat2 IMU yang, berminat utk meminjam,
bolehlah hubungi sy secara terus atau dari sini.
dgn syarat, buku sy itu dijaga . ya.? :)



kongsi buku;