re-charged


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..

recharged.

alhamdulillah. jiwa sy pulih kembali. :)
sejak khamis yang lalu, saya serba tidak kena.
sepertinya mahu lari ke tasik shah alam, dan duduk di sana selama mungkin.
sambil menikmati chocolate indulgance secret recepie. ehe~
(bukit jalil ada tasik. bakal menjadi port "lepak" saya! :D )

kebetulan hari khamis yang lalu IMU mengadakan jamuan hari raya idulfitr.
tuhan saja yg tahu betapa sukarnya saya mahu mengukir senyuman.
senyuman paksa pun jadilah kan. (?)

dalam hati saya hanya satu.
saya mahu pulang. mahu pulang. mahu pulang.
namun, bonda tidak memberikan keizinan utk saya pulang ke kulim minggu ini.
khuatir mungkin puteri bongsunya ini memandu kereta berseorangan diri dari selatan ke utara.
ya, sy perlu fahami itu.
tidak dapat pulang ke kulim, sy pulang ke kampung negeri sembilan.
dan, ya. disitulah, dimana sy merawat kembali hati yg sudah mulai gundah.



:)


pagi.

1.

"siapa telefon tadi ijjlal?" wan kiyin, nenek saudara sy, bertanya, setelah sy selesai berbual panjang dgn bonda.
"cakap ngan mama tadi." sy memandang wan, dan menambung sambil tersenyum2.
"wan cemburu ye wann.." sengaja saya usik. seronok. :D
"cemburu? lebih dari cemburu lagi" balas wan sambil tersengih2 dan menyambung mengupas bawang.
aha.. sayang wan! :)

* wan ertinya nenek.

2.

"ijjlal, kalau wan bubuh kain lap kat sini yo boleh tak? busu tanya katalah tak tau sapa letak yo." wan aiman, bertanya, sambil meletakkan kain yang baru diberi makcik saya ke dalam almari yang sepatutnya hanya menempatkan barang2 kaca.
saya tersengih2. mengiya kan tidak, menidakkan tidak.
tidak lama selepas itu, makcik saya mencari2 kain lap yang baru dibelinya itu.
saya diam2. tidak berkata apa2.
wan aiman. lucu sungguh. :)

3.

"wan nak makan roti canai?" saya menyapa.
"buat ko...., beli?"
"nak beli nanti jap".
"ee.. tak mau lah wan. kono bulu banyak2. loyo. kalau orang rumah buat, maulah wan." balas wan ayun. sambil menambung mengeluarkan ubata2an nya.

ketiga2 nenek saya inilh yang tidak pernah gagal menceriakan kembali hari2 saya.
bukan senang melayan kerenah orang2 tua, ttp, entahlah. saya cukup selesa melayan mereka.
bukan senang melayan anak2 kecil, namunm juga, sy lebih selesa dgn anak2 kecil.
mungkin, saya ini orangnya yang gemar memberi perhatian, gemar melayan. saya jadi leka. dan juga terhibur. terhibur melihat senyuman insan2 yg saya sayangi. hilang penat, malahan seperti ingin terus berbakti. :)
alahai..
nak duduk lama2 kat kampung, boleh?

pasak.

merekalah penaik semangat saya.
selama ini, merekalah yang menjadi asbab utk saya terus kuat.
saya perlu kuat utk mereka.
saya tidak boleh menjadi lemah, krn, jika sy lemah, mereka akan lemah!
Allah memberikan saya kekuatan melalui kehadiran mereka.
ya, mereka, keluarga saya.

dalam hidup ini, kita memang perlukan sesuatu yang boleh dijadakan "pasak" dan tempat utk kita berpegang, sentiasa. [ Allah berada diaats segala konteks ini ya. berkaitan hablumminnas. hubungan sesama manusia.]
bukankah hubungan kepada Allah itu, juga terhasil apabila kita mengimarahkan hubungan sesama manusia?
dan, melalui hubungan sesama manusia inilah, hubungan sy dgnNya bertambah dekat.

keluarga adalah satu perkara yang sering saya utamakan sejak dahulu lagi.
selagi mampu, sy akan berziarah.
selagi mampu, sy akan bertanya khabar.
selagi mampu, sy akan pulang, kerana merekalah "charger" kpd soul saya yang kadang2 terkapai2 dan tak menentu.

=)

video.

owh ya.! lupa benar mahu kongsikan satu video yang telah ditanyangkan sewaktu sesi jamuan khamis yang lalu. berkait rapat dengan posting "self control" saya satu ketika dahulu.

credit to kak anisah, kak natrah, aiman nasir, sabree and azlan. ok,2 juga pada pelakon2 didalam video ini. a job well done.! jom layan video jom..





saya; sudah recharge,
anda, bagaimana?

coret2 ringkas,