Archive for 11/01/2009 - 12/01/2009


posted by ~ n.u.u.r ~

7 comments


salam wbt.

kalian...

kalau sy mahu sepi seketika,

..

kalian izinkan ?



found. :)


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


bismillahirrhamanirrahim...


after days, (months i guess) of searching,
akhirnya,
di celah2 rak buku kedai buku syabab PKNS bangi,
saya bertemu dengan penutup sekuel laskar pelangi.
itulah kali pertama sy melangkah kaki ke kedai buku syabab.
terus sahaja bertemu dgn si dia yg suka benar bermain nyorok2 dgn saya.


mimpi-mimpi lintang : maryamah karpov


kalian pasti cukup tahu how much i wanted to read this novel
and how "commited" i was in searching this piece.

n yes, now, i can releifly say that,
alhamdulillah!
akhirnya ianya milik saya.

=)

"dan bacalah! dengan nama tuhanMu yang menjadikan"
al'alaq.


singgah-singgah,

kerana kebab


posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

cari makan

inilah akibatnya jika sudah "bosan" duduk sendirian di kondo vista.
sy teringin nak makan kebab. n teringat pada sebuah restoran eastern cuisine di sri petaling.
ownernya adalah dari arab saudi sendiri

ingatkan biasa2 sahaja restorannya. rupa2nya.
masyaAllah. sangat mewah.( bagi saya la)
dah termasuk tu, teruskan je lah langkah kaki ni naik ke atas.
bayangkan ada lif utk ke setiap tingkat? (ada 4 tingkat kesemunya.)
dengan ukiran2 bertatahkan emas, cermin2 khat dan barang2 dari arab saudi.

ok ok, let the picture do da work.

ahlan wasahlan

kerusi kosong, ada sape nak teman?

kurma royal date yang saaaaaaaaaangat sedap!!
( i ate 4 pieces. n yes, its free. :D )


tumbler air kosong yang classic, berisi air sejuk.
pantang habis air, mesti pelayan akan isikan. ^^.
( sy x order air. nak minum air kosong yang free. hehe)

di setiap meja, ada loceng utk panggil pelayan.
sing call. .. canggih lah.
(n yes, sy sdikit jakun. rasa macama nak cuba tekan je sing call tu. tp x sampai ati )

interior design.
semua kerusi jati yang ada bantal empuk yang sedap diduduk.
and ada sofa di di hujung dinding.
and perhiasan2 mewah.
tengok kipasnya. berbilahkan daun tamar bersalut warna emas krom.


lagi interior design yg cantik. i was the only costumer that time.

self imaging. hehe.

ok, kebab dah sampai. bon apetite!


ikutkan hati nak lepak lama2 kat situ. tp sy datang lewat petang. jam pun hampir2 maghrib. maka saya akur dan keluar dari restoren tu.. dekat2 maghrib ni, ramai pula yg datang. mostly chinese lah. x putus pula tu. murah rezeki owner ni.



"…bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.”
Surah Al-Jumu’ah:10



salam kebab,

mimpi.


posted by ~ n.u.u.r ~

6 comments

bismillahirrhamanirrahim..

lelah.
berdebar.
seperti ada terjerit kecil.

pagi jumaat menyambut saya dengan satu pengajaran yang cukup besar.
yakni;

tutupkan hari mu dengan sebaik2 penutup.
dengan ayat suci al quran.
agar, kau dapat memulakan hari berikutnya,
setenang hari yang engkau harapkan.


it may seems small, but it gives a huge impact.
seriously.

sy, mengalami satu mimpi yang dahsyat.
dahsyat bagaimana, enggan sy ceritakan.
seperti benar2 berlaku.
dan, lebih teruk apabila ia melibatkan orang2 yang saya kenali.

sungguh, malam jumaat yang lalu, telah menyaksikan kekalahan seorang insan.
tewaslah saya dgn tipu daya minda.
syahid bersama2 dgn yng lain.
dan yg pasti, tidak mnjadi insan yg terpilih pagi ini.

kuatnya kesan mimpi itu, hingga seperti terbawa2 ke alam realiti.
bangun pagi, usai solat subuh,
terus tangan mencapai handphone dan mendail nombor2 yang terlibat.
yang mana mampu di telefon, sy telefon.
yang mana hanya mampu message, sy message.

saya ketepikan rasa malu. pada saya, saya mahu memastikan semuanya baik2 sahaja.
hoho. besungguh benar kamu ijjlal.
biarkan. saya mahu memulakan hari jumaat ini dgn sedikit rasa ketenangan.
tenang apabila pasti, mereka yg terlibat baik baik sahaja hendaknya.

fuh. mimpi. kuatnya penangan kamu.
dan ijjlal, mulai hari ini, tutupkan hari mu dengan adab2 yang patut kamu pelihara.
adab2 yang telah dipesan oleh Baginda Rasulullah kepada puteri tercintanya Fathimah..

apa? jom layan~~ dipetik dari sini.

pesan kpd puteri

Wahai Fathimah putriku, lâ tanâmi!. Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal;
  • mengkhatam Al-Quran,
  • memperoleh syafaat dari para nabi,
  • membuat hati kaum Mukminin dan mukminat senang dan redha kepadamu,
  • serta melakukan haji dan umrah.
bagaimana?

Sebelum tidur, bacalah oleh kamu Qul huwallâhu ahad tiga kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatam Al-Quran.

Kemudian supaya engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku, bacalah salawat.

Kemudian supaya kamu memperoleh rasa redha dari kaum mukminin dan mukminat, supaya kamu disenangi oleh mereka, dan supaya kamu juga rdha kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamu, dan seluruh kaum mukminin dan mukminat.

Siapa yang membaca subhânallâh wal hamdulillâh wa lâ ilâha ilallâh huwallâhu akbar, ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah

Menurut Rasulullah saw, barangsiapa yang membaca wirid itu lalu tertidur pula,
kemudian dia bangun kembali, Allah menghitung waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus menerus. Tidurnya bukanlah tidur ghaflah tidur kelalaian, tapi tidur dalam keadaan berzikir.

Wallahualam bissawab..


Firman Allah s.w.t.

وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ لِبَاسً۬ا وَٱلنَّوۡمَ سُبَاتً۬ا وَجَعَلَ ٱلنَّہَارَ نُشُورً۬ا


Maksudnya: Dan Dia yang menjadikan malam sebagai pakaian bagi kamu dan tidur sebagai istirehat dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki). furqan:47

semoga2 malam2 mu dikira sbg ibadah.
bangun segar agar dapat sambung berbakti.

selamat beramal, nuur ijjlal!




salam istirehat,

terlunas


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah, sy sudah memasuki kelas ketiga di UM.
akan masuk final klass utk asas akidah sabtu ini.
habis 1/4 dari keseluruhan modul satu.
sekejap benar rasanya.

secara kesulurahannya, sy tidaklah mendapat detail2 formal, ttp lebih kepada perbincangan dan kupasan. kalau mahu yang lebih detail, perlu hadiri kursus khusus utk subjek asas akidah.
lecturer sy, tuan aznil, sendiri sepertiny kurang berpuas hati dgn waktu dan tempoh kelas krn beliau kalau boleh mahu kupas lagi panjang2. lagi dalam2.

namun itulah, sasaran program ini adalah utk orang awam.
bukan kpd orang2 yg sudah pun mempunyai asas ilmu yang kukuh dalam usuluddin.
level dan kebolehan menerima itu pun berbeza-beza, jadi, penceramah tiada pilihan lain selain meberi mana yang perlu.

setakat 3 kali sy pergi ini, serasa saya, hanya sekali sahaja yang tidak saya sesat semasa memandu. (:P :P)
dan itu mestilah kali pertama semasa dipandu arah oleh sahabat saya. hehe.
bertuah betul nuur ijjlal bt surani ni...

bukan apa, minggu kedua itu sy ke UM terus dari kedah.
bukan dari bukit jalil. manalaah sy tahu jalannya.?
tersesat di kepong, bukan setakat di kepong, ttp jam di sg buloh dan disambung pula dgn jam di KL di KL itu sendiri sy berpusing2 mencari arah seksyen 16.
minggu ketiga pula, kerana, salah saya sendiri. sbrnya sy tidak cam jalan ke sana kerana pada awalnya itu sy hanya mengikut belakang kawan tanpa melihat dgn betul2 perjalanan ke UM. sy sudah melihat peta.
ttp.. itulah. dari peta mmg nampak macam senang. bilah drive sendiri.... baru tahu.
sy tersilap simpang. termasuk ke exit jalan kuchai lama dan akibanya, sy menggangau2 mencari jalan. akhirnya ke kl central dan berhenti dan bertanya kpd pakcik teksi. alhamdulilah selepas itu sampai juga kahirnya.

harap2nya, minggu ke empat tidak sesat lagi! :P

maklumat.

"sorang je? kenapa tak ajak kawan.?" kak nor menegur.
ups. ok. ditegur lagi kerana datang bersendiri. oleh kakak yg sy kenali di sana.

mmg benar sy tidak pernah mengajak,
sy hanya memaklumkan kpd sahabat rumah sy,
yg sy akan menduduki kelas tambahan di UM.

ha'ah kan.? ijjlal, kenapa tak ajak kawan? T_T

so please, improve urself. jgn bersendiri sgt. belajarlah utk berteman.

tak sangka

sebenanrya tujuan post ini ditulis adalah utk melunaskan janji kpd sahabat2 sy yg bertanya.
yang kat atas ni, introduction yang menjela2. (hehe)
rupa2nya, tak sangka, hanya selepas saya mendaftar ke kelas UM ini,
ramai pula yang bertanya. sepertinya berminat.

"ijjlal. ada tak kelas tajwid quran. UIA jauh sangat."
" ijjlal, ada tak kelas arab, kalau boleh kat UIA? "
"ijjlal, kat mana nak dapatkan maklumat fasal kelas ni."

macam2 soalan, dari macam2 orang, dari pelbagai tempat, dan umur.
sejak dua tiga hari lepas, puas saya mencari link yang telah sy acces utk mendapatkan maklumat mengenai kelas ini. namun waktu tu, site tersebut mengalami gangguan teknikal.
namun alhmadullillah, hari ni sy buka sekali lagi. dan kini bleh diacces.

ok sahabat2, buat yang bertanya itu, sini saya sertakan link2 yang berkaitan. setelah sy mencari sedikit maklumat di internet. harap2nya ianya memberi manfaat buat kalian.
  • sijil pengajian usuluddin sini
  • sijil pengajian syariah sini
  • sijil kewangan islam sini
  • sijil pengajian Al Quran sini
  • kelas bahasa di UIA sini
rupa-rupanya, kalau dicari,, terlalu banyak kelas yang ditawarkan. di masjid negeri, di masjid negara. tinggal nak cari atau tidak je. huhu.
cumanya saya lebih prefer utk ke institusi pendidikan krn penyampainya adalah dari kalangan lecterur UM itu sndiri.

rasanya, itu sahaja utk hari ini. terlunas sudah janji saya utk mencari source of information utk kelas2 di UM.

:)


sekian dahulu,

striped pajamas


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Bismillahirrahmanirrahim...



"athien.. kte xde mood study. athin ada cerita? nak tgk cerita lah.. "

"ha. tengok ni. "



yes. petang saya diisi dengan menonton movie bertajuk "the boy in the striped pyjamas"

fuh. sebuah cerita yang sarat dengan mesej dan nilai2 kehidupan.
sebuah cerrita, yang sy, sukai.

plot masanya adalah sewaktu perang dunia kedua. mengisahkan seorang anak kecil 8 tahun bernama Bruno, anak kepada air command of the nazis, secara tak sengaja berkawan dengan seorang anak yahudi bernama schmal.
(pada zaman itu, Nazi dan yahudi adalah musuh ketat)

little Man : Bruno

sukar utk sy kupaskan apa yg sy pelajari dari cerita ini.
speechless, terutamnay apabila menuju ke penghujung cerita. meski sy sudah dapat jangka bagaimana pengakhiran cerita ini, ttp sy mahu melihat sehingga tamat.

dari aspek pemikiran anak2 yang cukup tulus dan bersih,

"mama, i see a farm out there. but the farmers, they look strange. why are they wearing pyjamas?"
(pyjamas itu sbnarnya merupakan baju banduan)

anak yang tidak kenal erti permusuhan, hanya kawan dan berkongsi permainan.
satu jalinan persahabatan terlarang yang terbina despite all the difference and all the barires.


satu perspektif yg suci, yg hanya melihat, ayah mereka sebagai perwira.
tak kurang juga memperlihatkan kekotoran pihak2 tertentu terutamanya dalam memberikan maklumat dan informasi yang benar. dalam hal ini, pihak media.

untuk memendekkan cerita, Bruno akhirnya menyeludup masuk ke dalam prisinor camp tersebut dan memakai "pyjamas" kerana berhasrat untuk mebntu shmall mencari ayahnya yang hilang.
unfortunately, bruno yg telah pun memakai pakaian banduan,
TERmasuk kedalam relung bakar (fire chamber) yg berfungsi untuk mebakar orang2 yahudi. dan.... dalam keadaan terpinga-pinga... Bruno, terbakar bersama puluhan yahudi lain yang sudah bertelanjang bulat.
(this is also known as peristiwa holocoust. dikatakan sbg penyebab utama mengapa kaum yahudi menakluk palestine)

sangat horror. anak kecil juga yang menjadi mangsa. (!!)

sy tidak mengendahkan settingnya, isu agama, juga isu holocaust yang entah apa status kebenarannya itu. (ahmadinejad sendiri baru2 ini mengeluarkan kenyataan sangsi pada peristiwa holocaust yg banyak flaw)
yang pasti, cerita ini wajar ditonton dan dikutip pengajarannya.
dan ya, sy menangis menontonnya!


Lines may divide us,
but hope, will unite Us.

tiada upaya lain , selain doa, yang mampu dipangjatkan
kepada kanak2 tidak berdosa, yang syahid...
kerana peperangan.


pesan pesan


posted by ~ n.u.u.r ~

6 comments

Bismillahirrahamnirrahim...

minggu ini, pesan jiwa perkasa, sahabat maya saya satu masa dahulu , terngiang2 di telinga saya.
pesannya :

"sudah tiba masanya utk awk mebaiki laptop dgn sendiri."

waktu itu, isu "virus bunga" yang menyerang laptop saya. kalian masih ingat?
mengenai virus bunga yang memberi peringatan setiap waktu solat tu? hehe..
(rujuk sini, sini, sini dan akhirnya sini)

laptop sy broke down for the past few days. to be precise, dalam dua minggu lepas.

pertamanya, kerana screen lcd yg sudah syahid.
keduanya, kerana system computer yang corrupted.

bayangkan sahajalah berapa angka yang perlu saya belanjakan semata2 untuk merawat lappy saya ni......
screen lcd sahaja sudah tiga angka....
owh. elaun. elaunku!

kedai

" i naik malu dgn you. asyik2 muka i je yg dtg cni" saya memberitahu abg cina kedai komputer di pasaraya the store berhampiran.
" i pun malu dengan u. i tak tahu nak letak harga berapa." balasnya.

:) hehe.

ntah berapa kali agaknya saya berulang alik ke kedainya atas urusan memperbaiki lappy saya. senang cerita, meng reformat laptop.

dalam masa dua minggu, lappy sy direformat sebanyak 3 kali.
ya. 3 kali, dalam masa dua minggu.!
semuanya kerana hal system error yg sy sendri tidak faham kenapa.

reformat kali pertama, abg cina mengenakan charge yg.. bg sy agak tinggi. rm70.
reformat kali kedua, atas dasar kasihan, abg cina tidak mengenakan sy apa2 bayaran. krn dia tahu sy sudah mebelanjakan wang yg banyak semasa menggantikan screen lcd di low yatt tempohari.

dan.. apabila sy datang reformat utk kali ketiga, abg cina tersepit antara rasa kasihan dgn bisnes.

"xpalah.. u charge je lah i. i bayar. i bayar. jgn risau. i faham u pun nak bisnes. nak cari makan.kan?" kata saya.

iya, saya faham. takkanlah saya mengharapkan perkhidmatan percuma darinya hanya kerana sy kerap datang ke kedainya?
saya faham. ini sebuah perniagaan.

"i tak tahu nak charge macamana. i pun malu. i charge u murah cket ya. rm55."
"ok.. boleh2. terima kasih ya!"

walau dalam hati, sy mengharapkan yg lebih murah dari tu, sy tetap mengiyakan sahaja. (:P)
bisnes. bisnes. sy perlu faham.

sekarang, sy benar2 nak belajar cara untuk mereformat lappy.
ada siapa2 yang boleh memberi tunjuk ajar.?


berjimat-jimat,


posted by ~ n.u.u.r ~

5 comments






missing those whom i care.


sy tahu mata mata itu masih memerhati dari jauh.

semoga, sihat, dan baik2 selalu.

salam persahabatan,

awan.


posted by ~ n.u.u.r ~

7 comments

Dengan NamaMu Ya Rahman.. Tuhan yang Maha penyayang..

alone

1000 plus kilometer.
dalam masa 3 hari.
and, for the first time,
i drove back forth alone.
dengan menaiki kereta kancil kelabu pekat sy tu.
hehe..

khamis tengahari lalu sy pulang ke kedah.
dan kembali ke bukit jalil pada pagi sabtu.


ada satu masa itu sy terlalu mengantuk (ups. masalah mengantuk lagi)
x mampu teruskan pemanduan. sy berhenti di perhentian, dan tidur sebentar.
(ok. tidur sorang2 kat perhentian. ish budak permpuan sorang ni!!)
drpd sy memandu dlm keadaan mengantuk, lebih baik sy berhenti sekejap. kan?

sy tahu sy sering merisaukan orang2 yg mengambil berat mengenai saya.
semuanya gara-gara sikap sy yang tak reti bawa teman bersama.
suka sangat sendiri2.

minggu sebelumnya, sy pulang ke negeri sembilan pd waktu malam,
dan kemabli ke bukit jalil awal 6.30 pg hari isnin.

"kau ni jilal. buat kojo sio2. balik malam2. keluar awal pagi" leter nenekanda sy.
seorang permpuan melakukan kerja2 sendirian dianggap taboo. di luar tabi'e.

entahlah. sy sudah terbiasa bersendirian.
sejak zaman sekolah lagi.
jalur kehidupan yg sy lalui mengajar sy agar menajdi seorang yang berdikari.
(sy tahu sy sering dilihat sbg seorang yg lemah. namun dalam kelemahan itu, tersimpan suatu kekuatan yg tak terlihatkan.)
dan jika sy mahu, sy akan buat. despite what people may say.

ok, sy akui, sy degil orangnya. hehe.
dan sy akui, akan tiba masanya, sy perlu ubah sikap sy ini.

minat

perjalanan pulang ke kedah khamis lalu,
buahkan satu minat baru.
minat... minat.. melihat awan. :D


lebih2 lagi apabila melalui kawasan bukit meru.
terasa seperti berada dalam awan awanan! ^^

sy rasa terhibur.
saya jadi leka
saya seperti anak kecil yg tak pernah tgk awan!
sy pun pelik kenapa dgn tiba-tiba sahaja dgn hanya melihat awan,
sy merasakan satu keterujaan.
juga, satu ketenangan.

luas.. lapang.
:)

hmm...
maaflah, x byk idea utk menulis.
sy kongsikan beberapa keping gambar je lah ya.



persimpangan kl.

simpang depan rumah.

hujan cket2.

jalan junjong

sumwhere.

di lunas. last years pic.

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya)
dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu,
maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. "

albaqarah : 117

lebih terharu bila terfikir,
semua keindahan ini, diciptakanNya untuk....
.
.......

saya.. dan kamu.
ya, untuk kita.

maka, masihkah kita mahu menyombong diri?

salam bukit jalil,

this, is it.


posted by ~ n.u.u.r ~

7 comments

Alhamdulillah.

Sy sudah selamat retrieve walkman pink sy itu. =)
Sgt suka dgn pegawai yg bertugas di bahagian administration itu.
Seorang Chinese, ttp sgt mesra, dan lebih seronok lagi apabila beliau berbahasa melayu dgn saya. Waahhh lamanya sudah tidak berbahasa ibunda… beliau beberapa kali memberitahu saya betapa untungnya saya kerana mendapat kembali apa yg hilang itu.

“u banyak untung o. banyak nasib baik. Bukan senang nak dapat balik apa yg dah ilang. Ramai student nangis2 datang sini hilang laptop hilang dompet. Tapi apa boleh buat, kalau sampai kat tangan orang tak jujur mmg tak dapat balik la. Untung la u dapat kat orang jujur”

Alhamdulilllah. Tiada kata lain, hanya ucapan syukur, kpd yang Maha pemberi rezeki.

Kelas.

Alhamdulilllah sekali lagi, kerana sy sudah selamat mendaftarkan diri ke dalam kursus pengajian separuh masa di university Malaya.

Pada awalnya, sudah hampir2 tidak mahu mendaftar, dek kerana gusar samada mampu atau tidak sy meneruskan pelajaran perubatan dgn masa yg sama mengambil kursus sambilan. Dgn ketujuh2 hari tidak mempunyai waktu senggang,
adakah sy mampu? Adakah sy layak? Adakah sy cukup kudratnya?

Lama saya fikir. Lebih2 lagi apabila melihat jadual tetap setiap sabtu setiap minggu.

2 jam seminggu. Besar juga cabarannya itu. habis cuti saya tidak boleh ditukar ganti lagi… cuti semstar pula, sy perlu berulang alik dari kedah ke Kuala lumpur setiap mimnggu. Mampukah saya? Sanggupkah saya? Banyak betul persoalan yg timbul.

Habis fikir, akhirnya, sy mengikut kata hati.
Kata hati menyatakan, ijjlal, pergi. Pergi ijjlal!

Maka, pada hari sabtu lepas, pergilah sy memandu ke university Malaya.

Terima kasih buat batchmate sy amad aizuddin yg sudi membawa sy dr bukit jalil hingga ke Univ Malaya. Juga terima kasih kepada teman sebilik nur hamizah yg pd malam sebelumnya itu, meski sudah lewat melepasi 12 tgh malam, masih sudi membantu sy dalam proses berkomunikasi dgn cik din. Juga, kpd bonda dan ayahnada yang sentiasa menyokong puteri bongsunya ini, dn tak pernah jemu memberi kepercayaan kpd saya. Walau apapun yg sy lakukan. =)


measuki pintu gerbang univ malaya, sy berbisik dalam diri.
"ijjlal, this is it. this is ur chance. to improve ur self. jgn lemah!"

hibur

Walau keseluruhan pelajar pengajian itu terdiri drpd veteran2 dan mereka yg berusia dlm lingkungan lebih 25 tahun, namun, sy cukup seronok berada di sana.
Entahlah. Tak tahu nak digambarkan bagaimana. Rasa terhibur.
pelik kan? jarang sy terfikir utk rasa terhibur apabila memasuki dewan kuliah.
sebelum ni pada saya, dewan kuliah= dewan tidur. (hehe)
but this time, 2 jam terasa sungguh2 singkat.
yes, i was entertained. entertained by discovering things that i never knew b4,
and things that answered questions by qustions in my life b4.
Terhibur berada dalam suasana yang menjunjung ilmu.
Ilmu2 yg mendekatkan diri dgn Tuhan.

memetik kata2 ikhwan zhaki;
"ya, Nabi dah sebut, ALLAH janji bahawa dalam majlis zikir (majlis ilmu, yang bawa ingat ALLAH), akan dihadiri para malaikat, diturunkan rahmat dan ketenangan"

mudaha2n begitulah. moga ia dpt tenang2kan hati sy yg sejak dua menjak ini terlalu cepat panas dan menggelegak. ohoho..~

Dalam kuliah itu, meskipun pada dasarnya belajar perkara2 asas mengenai akidah, ttp pensyarah menyelitkan pelbagai info tambahan.

Dgn laras bahasa yang lebih tinggi, idea2 dan lawak jenaka berisi, juga analogi2 yg mudah difahami. Ditambah lagi dgn soalan2 yg diajukan oleh pakcik2 yg ternyata berani dan bernas.

Dan kini, sperti yg pernah sy katakana kpd sahabat yg bertanya, sy sudah tidak sabar2 utk menghadiri kelas seterusnya. Sy sudah ternanti2 pengisian yg akan datang. Ketagihnya!

Malah sy meminjam semangat dr seorang kakak yg baru sy kenal, kak siti namanya yg sanggup berulang alik dari Terengganu ke kuala lumpur setiap minggu semata2 utk mengambil jurusan ini. Tengok ijjlal. Kak siti tak pernah merungut. Malah setiap minggu setia berualng alik sejak.. berbulan2 yang lalu.
So THERE MUST BE SOMETHING HERE THAT MAKE HER EAGER TO DO THAT!
Yes, PASTI ada sesuatu disitu. Dan ternyata, memang benar ada sesuatu yang berharga dibalik bilik2 kuliah pusat pengajian islam itu. =)

Agak2nya inilah rasanya apabila menghadiri kuliah pelajaran dalam bahasa melayu. (hehe)
Teringat kuliah di IMU yg menggunakan bahasa inggeris sbg pengantara. Faham itu faham ttp kadar resapannya tidak sehebat jika ianya dilaksanakan dalam bahasa melayu! (huhu). ok ijjlal… kamu tidak boleh salahkan siapa2 melainkan diri kamu sendri yg masih perlu perbaiki kebolehan bahasa inggeris saya. Uhu.

Kecil!

Ternyata! Dunia ini sememangnya kecil!
Sy berkenalan dgn seoarang kakak yg bernama kak az. Seorang yg gila belajar, dan kini berkhidmat di amanah raya. Kak az mengambil sijil syariah. Berbadning sy yg mengambil usuluddin.

“akak mmg suka belajar. Akak nak sumthing yg berbeza dr bidang yg akak ambil”.

Bagus. Cintakan ilmu. Sy serap semangatmu itu kak az!
Cerita2 rupa2nya kaka z (atau lebih dikenali sbg kak ain) merupakan sepupu rapat kepada seorang senior semester 5 di IMU. Sy tidaklah berapa kenal senior lelaki semester lima ttp kalau nama itu disebut, sy tahulah siapa.

“owh? Yeke! Yg pandai cakap English tu ke?” Tanya saya.
“a’ah. Dialah. Baik budaknya tu. Very gentle”.

Maka, terbukalah sedikit cerita mengenai kehidupan senior sy itu yg kehilangan ibu sejak kecil yg meninggal kerana kanser. Kak az begitu memuji senior saya itu yg padanya, walau sudah menjadi anak yatim sejak kecil ttp sgt independent, beperibadi, dan menghormati org2 sekeliling.

Subhanallah. Kisah manusia ini mmg pelbagai.
Dalam pada kita menganggap hidup kita dipenuhi ujian, hidup orang lain juga begitu.
Cuma cara, rupa dan betuk yang berbeza.
Jika disifir2kan semula, sebenarnya sama sahaja. Semua org menerima ujian, semua orang mempunya ikisah sendiri. Bezanya adalah bagaimana kita menerima dan menukar apa yg dilalui itu sbg peluang bukan halangan.

Kpd senior saya itu, meski sy tidak berapa mengenali anda, sy menghormati anda, dan semoga, langkah2 mendatang anda diluaskan. insyaAllah..

Ya Rahman, permudahkanlah langkah kami dalam mnimba ilmu.

Rabbizidniilman, warzukni fahman..

Salam isnin,