picasso


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

(note : maha suci Allah daripada sebarang perumpamaan dan perbandingan)

"lukisan yang kita nampak cantik; kita harus puji lebih kepada lukisannya atau lebih banyak puji pelukisnya?"

satu hari sahabat saya bertanya. ingin berkongsi apa yang diperolehinya.



"pelukis lukisan". jawab saya.

"macam tu la hidup kita. Dunia ni ibarat lukisan, dan Allah itu pelukisnya. sepatuya pujian itu kita lebih kepada pelukis lukisan itu. bukan kepada lukisannya semata2. yang jadi sekarang, orang lebih puji dunia daripada pelukis dunia tu.. x adil kan.?"
ulasnya dengan lebih lanjut. (lebih kurang mcm tu la dijelaskan)

kalau..

alhamdulillah saya dapat menjamah apa yang ingin dikongsikan.

kemudian, saya panjangkan soalan

"lukisan cantik, puji pelukisnya.. tapi.. kalau lukisan tu tak cantik, macamana? perlu ke kita keji dan hina pelukisnya?"

senyap. dan sepi. sahabat saya itu tidak mampu menjawab.

"entah". katanya.

"ok takpe. cuba cari jawapannya."
dan perbualan kami mengenai hal pelukis itu tertangguh.
apapun saya mengucakan tahniah kpd sahabat sy krn ada niat dan usaha untuk menyampaikan.

tuntut

beberapa hari berlalu, dan saya bertanya semula, menagih jawapan kpd persoalan yg sy timbulkan.
"dah dapat jawapan belum fasal lukisan tu?"
"belum".

saya menunjukkannya sebuah lukisan.


"cantik tak lukisan ni?"
"erm.. tak. tapi. ada seni. tapi tak cantik dan menakutkan".
"tahu tak siapa yang lukis lukisan ni?"
"tak. tak tahu.."
" Pablo Picasso. salah seorang lagenda pelukis arena seni. dan lukisan ni antara lukisan yang paling mahal pernah dijual, 95.2 juta US dollar".

i was going to get into the point of "lukisan tak cantik, perlu ke keji pelukisnya?"

kenapa, kita, melihat lukisan tu seperti agak tidak cantik, tetapi orang lain boleh melihat lukisan itu cantik? malahan sanggup membeli pada harga berjuta2 dolar?

terserlah disini, sesuatu lukisan yang "tidak cantik" itu bukan salahnya tersandang pada pelukis, tetapi kepada pemerhati lukisan itu.
bagaimana dia memandang lukisan tersebut?
salahnya; pemerhati lukisan itu tidak mampu menghargai dan menilai harga sebenar sebuah lukisan itu lantaran ilmu dan pengetahuan yang ada padanya terbatas dan tidak terjangkau pada pemikirannya. ya. pengetahuan yang terbatas.

dia tidak faham makna disebalik "ketidasempurnaan" lukisan tersebut.
dia tidak faham makna disebalik penggunaan warna -warna tertentu
dia tidak faham makna disebalik senget benget dan liku tajam yang terdapat pada lukisan tersbut.

hakikatnya; segala ketidaksempurnaan yang dilihat itu, sudah sempurna!

keterbatasan

si pelukis cukup tahu bahawa apa yang dilukisnya itu sudah cukup cantik dan sesuai.
tak perlu marahkan pelukisnya.
tak perlulah kita menghina pelukisnya.
sebaliknya lihatlah kembali kepada yang memerhati lukisannya itu.

layakkah kita, yang tidak tahu menahu tentang seni lukisan; mengkritik dan menghina lukisan yang telah dibuat.?
hanya kerana kita tidak mampu untuk menafsirkan karya yang telah dilukis, kita terus menyalahkan pelukis kerana menghasilkan karya yang sukar difahami? begitu kah?

itu namanya sangat tidak adil. dan itu namanya jahil. kalian setuju dengan saya?

kawan... sedangkan masih ada orang di dunia ini yang mampu menghargai hasil lukisan yang telah dibuat, mengapa kita memilih untuk kekal mengkritik, daripada kita belajar untuk melihat sebagaimana orang2 itu melihat?

..
.
.
.
.

kembali kepada soalan utama.
jika lukisan itu kita lihat tidak cantik, perlukah kita keji pelukisnya?
...
.
.
.
.

alhamdulilah. pertanyaan saya pada hari itu bertemu dengan jawapan dan penyelesaian. walaupun sebenanrya saya menjawab sendiri soalan yang saya tanyakan. (hehe)


saya sudah ada jawapan saya.
saya sudah memilih jawapan saya.
anda pula, bagaimana?


salam picasso,




kata hati:
sudah bulat untuk kekal di rumah hingga ahad.

4 comments

  1. amirahsaryati