wan


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim..

cucu Mariam seorang ni memang suka mengintai2 apa yang dibuat oleh nenek-neneknya.
suke menyibuk tu satu hal.
suke buat nenek nenekya marah satu hal
suke menyakat nenek neneknya , hal yang lain
dan akhirnya berasa suke hati apabila melihat nenek neneknya senyum dengan comel.

ok kawan, mari kali ni saya bawakan kepada kalian aktiviti rutin nenek saudara tercinta. :)

ayuh kite terjahh..

subhanallah.
cucu mariam berasa tersentuh apabila melihat nenek saudaranya, nenek halimah, sedang khusyuk membaca.
cucu mariam mengambil gambar nenek halimah senyap2,
kerana nenek halimah pasti akan naik marah jika ketahuan gambarnya diambil.
"sio sio kau amik gambar wan. berdoso tau tak?" itu respon wajib nenek halimah.
:D

hendap

lama cucu mariam menghendap nenek halimah dari sebalik pintu.
nenek halimah langsung tidak sedar akan kegiatan cucu mariam.
teliti dan khusyuk menyelak satu persatu helaian buku yang dibacanya.

cucu mariam sekali lagi berasa tersentuh dgn kerajinan nenek halimah.
cucu mariam tahu hakikat nenek halimah yang masih sakit dek kanser payudara.
nenek halimah sudah pun menjalani dua pembedahan membuang kedua2 payudaranya.

"wan baca apa tu." cucu mariam makin menghampiri nenek halimah dan duduh disebelahnya.
"baca ni ha..." nenek mariam menjawab, sambil menerangkan satu satu ayat dan buku yang nenek halimah baca.
"wan nampak lagi ke tulisan buku ni wan?" tanya cucu mariam.
"nampak.. daripada wan fikir menerawang fikir apa2 duduk sorang2 ni, lebih baik wan baca buku". sambung nenek halimah.

subhanallah. cucu mariam mampu merasakan kekuatan yang nenek halimah pancarkan.
untuk pengetahuan, nenek halimah merupakan nenek saudara kepada cucu mariam.
yakni adik kepada nenek cucu mariam.

suami nenek halimah sudah lama meninggal dunia.
nenek halimah tiada anak. mahupun cucu.
kini nenek halimah tinggal bersama makcik cucu mariam bersama2 dua orang lagi adik beradiknya.

di sisi katil nenek halimah, kelihatan stalk of books.
buku, buku dan buku.
rasa hormat cucu mariam pada nenek halimah dan neneknya yang lain makin tinggi.
walau umur sudah lanjut, sakit sana sini, ttp masih gigih terus menjunjung ilmu.

exercise book

cucu mariam tertarik dengan sebuah buku tulis yang sudah bertukar warna.
dan koyak2.
cucu mariam mebelek2nya.

"exercise Book"

begitu namanya.
disertai dengan nama "halimah" pada muka hadapan buku tulis tersebut.


"buku siapa ni wan? tulisan siapa ni wan?" cucu mariam bertanya. (walaupun hakikatnya cucu mariam sudah pun membaca nama Halimah di muka depan buku tersebut. haha)

cucu mariam menyelak2 helaian muka surat buku latihan tersebut.
terlihat mukasurat penuh dengan tulisan ayat2 amalan dan seolah2 satu buku nota pengajian.


" buku wan lah.. tulisan wan.. ni semua wan belajar dari onyang kau.". nenek halimah menjawab.
onyang?
onyang cucu mariam?
subhanallah...
cucu mariam tidak tahu berapa usia buku tulis yang sedang cucu mariam pegang.
dan waktu tu, cucu mariam terasa dekat benar dengan onyang cucu mariam walaupun hakikatnya cucu mariam tidak pernah melihat mahupun tahu mengenai siapa onyang cucu mariam.
tetapi apabila mebaca secara terus ajaran yang onyang cucu mariam sampaikan, cucu mariam terasa bahawa waktu itu onyang cucu mariam yang sedang bercakap terus dengan cucu mariam.

subhanallah. cucu mariam lahir dari generasi yang gigih menuntut dan menyebarkan ilmu.
cucu mariam lahir dari jalur keturunan yang menyahut seruan "manusia adalah khalifah dibumi".
cucu mariam termalu sendiri.

cucu mariam meliarkan lagi penglihatan di segenap bilik nenek halimah.
nenek halimah berkongsi bilik dengan nenek asiah.
dan dimerata-rata sudut bilik, cucu mariam dapat mengesani kitab2 lama yang sudah bertukar warnanya. coklat2. reput2. ttp masih mendapat tempat.



semangat

rupa-rupanya,
cucu mariam tidak perlu memandang jauuuhh kebelakang untuk menyerap semangat menuntut ilmu.
cucu mariam tidak perlu berasa jaaauhh daripada rantaian perjuangan rasulullah yang telah meninggalkan cucu mariam berdekad2 lamanya.

kerana sesungguhnya cucu mariam sendiri lahir dari generasi dan keturunan para pencinta ilmu.
yang sanggup menaiki kapal laut untuk berhijrah ke tanah suci mekah.
yang sanggup menetap di mekah untuk menuntut ilmu dan kembali ke tanah air untuk mendidik keluarg dan masyarakat.
yang sanggup memilih hidup sedrhana daripada memilih untuk terus mengusahakan lombong emas.

benarlah kata bijak pandai.
dengan mengetahui sejarah, kita akan lebih tahu siapa diri kita.
cukup sahaja mengetahui sejarah keluarga sendiri, cucu mariam sudah terasa "aura" untuk meneruskan rantaian perjuangan nenek moyang cucu mariam,
inikan pula jika cucu mariam tahu dan arif mengenai sejarah dunia ini secara menyeluruh.

satu lagi yang cucu mariam rasakan adalah,
betapa banyaknya kelebihan bidang penulisan.
selagi mana ianya masih dibaca, selagi itu inysaAllah manfaatnya akan berterusan.

mungkinkah satu hari nanti, apabila cucu mariam sudah meninggalkan alam ini,
tulisan cucu mariam akan terus dibaca, dan mungkinkah kehadiran cucu mariam akan dirasai, sepertimana cucu mariam merasai kehadiran onyang cucu mariam melalui tulisan ajarannya?

nenek mariam

ini; gambar terkini nenek mariam.
dan saya, adalah cucu mariam.
cucu kandung mariam.

nenek mariam kini sudah berada di fasa umur lanjut.
hanya mampu baring, baring dan baring.
makan minum pun sudah tidak lalu.
kencing berak semua bergantung kepada pampers.
krana itulah,
selagi boleh, cucu mariam akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung di negeri sembilan.
walaupun singkat.
cucu mariam merasakan adanya tanggungjawab cucu mariam untuk pulang dan menziarahi nenek nenek cucu mariam yang makin lama makin surut tenaga dan kemampuannya..

buat nenek halimah dan nenek asiah,
usah risau,
seklaipun jika mengikut biologynya cucu mariam bukan cucu kandung kalian,
nenek halimah dan nenek asiah juga sudah cucu mariam anggap seperti nenek kandung cucu mariam sendiri.
dan mudah mudahan nenek halimah dan nenek asiah juga mengganggap cucu mariam laksana cucu kandung kalian sendiri.

:)

harapan

Ya Allah, rahmatilah nenek mariam
rahmatilah nenek halimah
rahmatilah nenek asiah.
juga rahmatilah keseluruhan keluarga cucu mariam.

jadikan kami golongan yang menyahut seruanMu.


ۥ رَبِّ لَا تَذَرۡنِى فَرۡدً۬ا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡوَٲرِثِينَ

Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri
dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

al anbiya:89



cucu mariam,

kerana aku bukan makhluk pengkhianat