Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, im safe and sound back in bukit jalil., from kedah.
Eh, from kedah? Ya… saya pulang ke kedah hari khamis yang lalu. Ho ho.
Satu perkara yang tak terancangkan. Tiba2 menerima panggilan dari kaklong, dan tiba2 mengangkat diri ke kulim. I was mixed up. Between studies, keinginan untuk pulang rumah, dan antara janji yg telah dibuat.
Dan ya, saya akui, kali ini saya tergolong dalam golongon orang yang memungkiri janji.
Masih ingat posting saya yang lalu? Saya ada menyebut, untuk kembali menziarahi wan halimah hujung minggu lalu. But then saya pulang ke kulim. Oh. Keputusan mmg sukar untuk dibuat tatkla sedang mengalami saat2 menekakankan: yakni exam. Dan benarlah kata ayahanda, masih banyak yang perlu saya belajar dalam mengawal dan mengendalikan emosi saya yang berpusing kalah ombak dilautan.
Sekali lagi, teringin nak sembang kosong.!
Saya suka bercerita, tapi saya tak pandai bercerita.
Saya suka berfikir, tapi saya tak pandai melontarkan apa yang saya fikir.
Saya suka menilai, ttp kadang2 penilaian saya itu , masih “jagung” dan “muda”. (tak hairan saya score tinggi dr sisi “judgemental” dalam ujian personality!)
Dan ya. Banyak yang perlu saya pelajari. Dan mudaha2n ruang untuk saya belajar itu sntiasa terbuka.
ruang
Teratak bicara qalbu, telah banyak kali menjadi ruang refleksi saya.
Menilai semula apa yang saya fikir, apa yang saya lakukan, apa yang saya perkatakan.
Apabila kita berdiri dan melihat daripada kedudukan atau posisi “orang ketiga”, penilaain itu adalah lebih telus dan jujur. Dan begitulah apa yang saya rasakan apabila saya membaca dan “melihat” kembali setiap satu posting saya yang lalu.
Ada tindakan saya yang benar, ada juga tindakan saya yang , kalau dinilai kembali, agak kurang relevan. Dan Alhamdulillah, dari situlah sebenanrya pelajaran dan pengajaran utama yang saya perolehi.
Berani mengakui kesilapan dan kelemahan, dan berani untu berubah dan memperibaikinya.
dan... Teratak bicara qalbu sedikit sebanyak mendedahkan kpd kalian cara berfikir dan siapa nuur ijjlal yang sebenar. Walau tak semua, serba sedikit teserlah juga.
Itu yang saya pelikkan sebenarnya.
Say bukanlah orang yang terlalu open. Saya tak mahu siapa saya dikenali ramai, ttp dalam masa yang sama, saya masih tetap menlis dan menulis apa yang saya fikirkan, dan mebenarkan kalian menerokai siapa saya. Saya benarkan kalian geledah sisi baik, tak kurang juga sisi buruk diri saya. Sangat… Pelik, kan? Penyakit zaman moden agaknya. He.he.
dua
Bercakap mengenai refleksi, dua posting yg sy masih ingat, yang agak “mengesankan” diri saya.
Beri satu mesej yang sama : nuur ijjlal terlalu banyak kelemahan.
nutella
Kisah satu adalah posting berkenaan spread roti ‘nutella’.
(klik sini)
Bila baca semula posting, Nampak buruk benar cara saya fikir. Sangat, tidak matang. Hehe. Tergelak pun ada. Bertuah betul saya. Hanya kerana spread nutella yang tak seberapa tu?? Haha :P
Disitu saya belajar kelebihan berkongsi tanpa bersyarat. Kelebihan memberi tanpa syarat.
Walau ada masa dan ketikanya saya terikut2 dengan bisikan2 jahat dari makhluk bertanduk dua yang sering cemburukan perkongsian dan kasih sayang yang bertambah erat antara anak2 adam, but after that, alhmadulillah, setelah “berfikiran buruk” dan “berkelakuan buruk”, Dia sedarkan saya semula. Dia ingatkan saya semula, Dia buatkan saya berfikir kembali setiap tindak tanduk saya.
Dan, sayangnya, meski pernah “diingatkan” olehNya, masih lagi saya mengulangi dan termasuk dalam jerangkap syaitan. masih ada masanya lintasan2 jahat, dan fikiran2 jahat dalam hati itu muncul.
~_~
Well, I am a human. Kan? Tak pernah terlepas dari kesilapan.
Astagfirullah. A’uzubillahimisyaitanirrajim….
theatre
satu kisah lagi adalah mengenai theatre di IMU yang mana sedikit sebanyak menimbulkan “kemarahan” pihak2 tertentu di IMU.
(klik sini)
Dan, semua itu semuanya gara2 silap faham. Lain yang saya sampaikan, lain yang difahami.
inilah kelemahan menulis : tidak mampu menggambarkan intonasi suara.
Ayat yang sama boleh dibaca dengan intonasi yang berbeza-beza. Dan intonasi yg penulis maksudkan tak semestinya sama dengan intonasi yang pembaca fikirkan. Na. dari situlah munculnya salah faham.
Dari situ saya sedar, betapa besarnya konsikuansi salah tafsir, i.e miscommunication.
Dan betapa pentingnya peranan menyampaikan sesuatu perkara dengan cara yang betul.
Alhamdulillah, situasi yang berlaku berkenaan theatre itu dapat diredakan dengan penjelasan yg jelas dari pihak saya, dan kesudian pihak sana untuk mendengar penjelasan. =)
Itulah yang sepatutnya berlaku dalam setiap perkara. Ada yang sudi menjelaskan, dan ada yang sudi mendengar dan mempertimbangkan. Sedih apabila melihat sesetengah kelompok manusia yang terlalu terikut-ikut dengan kemarahan hinggakan kelabu dengan kebenaran.
perspektifKita manusia, tidak ramai yang mampu memandang dari mata dan perspektif yang sama lantaran kita melalui dan datang dari latar belakang yang berbeza. Apa yang saya lalui, tak sama dengan apa yang anda lalui. Jadi cara saya menafsirkan sesautu perkara barangkali berbeza dengan bagaiamana anda menafsirkan satu2 perkara. Dan dalam hal ini, perbezaan cara fikir inilah yang perlu ditangani dgn hemah dan bijak.
Usah cepat melatah, berlapang dada dan berfikir dengan rasional. lain kerusi. lain fikiran
Mirip kisah dua orang buta yang ingin menafsirkan bagaiamana rupa gajah. Si buta pertama memegang belalai dan mengatakan gajah itu panjang.
Si buta kedua memegang perut, dan mengatakan gajah itu sifatnya besar dan gemuk. Dek kerana tiada persefahamana dantiada langsung keinginan untuk memahami mesej yang disampaikan oleh kedua pihak, si buta pertama dan kedua berkelahi, memenangkan tiap2 pandangan. Yang satu mati-mati mengakkan panjangnya gajah, yang satu lagi mentah2 dengan hujah besar dan gemuk. Walhal hakikatnya,
tiada yang salah, dua-dua betul!We only see part of the picture. When we see the whole picture, then, we’ll understand more.apapun, semua yang saya tulis ini kembali kepada diri saya sendiri. afterall, mmg saya katakan tertak BQ adalah teratak memperbaiki diri saya kan? jika kalian beroleh manfaat darinya, maka alhamdulillah.. :)
sudah!Oklah. Dah panjang bercerita. Perlu berhenti dahulu.
Sedang berkira2 untuk menebus janji saya untuk pulang ke kampung hari khamis atau jumaat akan datang.?
Saat ni, seperti tersepit. Antara rasa mahu pulang kampung dan antara rasa mahu duduk di bukit jalil dan study. Yang mana perlu didahulukan? Saya tak mampu memilih.
Dan, saat ini juga, saya terfikir, pada masa akan datang, adakah saya mampu menjaga kedua ibu bapa saya sebagaimana wan-wan saya dijaga dengan baik oleh keluarga saya yang lain di kampung? Merekalah yang telah menjaga wan wan saya selama ni.
Makan minum, pakaian, kerenah , gelagat, urusan tandas dan pembersihan diri. Saya; paling lama pun dalam 3-4 hari sahaja di kampung. Ttp mereka? setiap hari sepanjang masa.
Allahu Allah.. Engkau sahaja yang mampu membalas segala kebaikan mereka .. jika tidak didunia, di akhirat sana. ..
hm.... Berbalik kepada persoalan tadi.
Mampukah saya?
.
.
.
Nuur ijjlal pada tahun 2010 mengatakan, insyaAllah dia mampu.
Dan dia sentiasa berdoa agar jawapan yang sama akan diberikan pada masa-masa akan datang..
Allah, lembutkanlah hatiku,
dan orang2 disekelilingku..
kerana aku bukan makhluk pengkhianat