terus melangkah


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments


Bismillahirrahamanirrahim.

Alhamdulillah, im back. =)

Jika kalian fikir “kesepian” saya untuk beberapa hari yang lalu adalah kerana runtuhnya semangat saya, maka silaplah kira-kira kalian itu.
Dan nampaknya kalian masih belum mengenali sepenuhnya siapa saya.

Sepi saya bukan kerana putus asa.. tp Simply becoz I was not at bukit jalil, dan sy sibuk dgn beberapa perkara. Siap sempat lagi memenuhi undangan perkahwinan di jalan semarak malam semalam. Kan dah kata saya sibuk? :D

sedih?

Ok.. baik... Memang, benar, saya akui, saya sedih, sedikit.

Siapa tak sedih? Tetapi untuk berputus asa, owh itu bukanlah nuur ijj’lal!

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang concern dengan keadaan saya. =)

Tangan-tangan yang selama ini tersembunyi, mula dihulurkan, baik dari IMU, mahupun dari luar IMU, dari merata tempat, baik sahabat lelaki, mahupun sahabat perempuan, sahabat reality, mahupun sahabat maya.

Masing2 menunjukkan perhatian dan memberi semangat dengan cara mereka tersendiri, dan saya amat berterima kasih untuk itu.

InsyaAllah, sahabat anda Nuur Ijj’lal ini bukanlah orang yang mudah berputus asa. Semangat naik turun itu memang biasa, tetapi untuk terus luput dan pergi, itu minta dijauhkan.

flow

Hari jumaat, menerima keputusan resit. sedih sebentar. Air mata mengalir perlahan. Sekali orang Tanya, sekali mengalir. Sekali orang tegur, sekali terasa sedih. (konon-konon sensitive la tu. hehe)

Sabtu dan Ahad, Alhamdulillah, terasa lebih tenang. Sudah tidak “menangis” apabila ada yang bertanya berkenaan keadaan diri saya. Saya pulang ke rumah kaklong, mengisi hari dengan melayan kerenah afham muayyad. Alahai pengubat hati ummi nuur ;)

afham mengamuk kena paksa ambil gambar ..
dihimpit dgn ummi nuur n mamanya

:P


Dan hari ini, saya sibuk ke shah alam dan putrajaya menguruskan hal tajaan dan “masa depan” saya. Langsung tidak lagi mengalir air mata. Malahan sudah boleh tersenyum seperti biasa.

Alhamdulillah, saya rasa bersedia untuk meneruskan perjalanan saya ini, malahan saya berasa lebih bersemangat dan berkeyakinan. Terima kasih dan pujian saya berikan buat kakitangan JPA yang sangat membantu, melayan persoalan-persoalan saya, dan memberi cadangan serta jalan berdasarkan pengalaman mereka.

Saya hanya perlu menulis surat permohonan kepada JPA, dan kemudiannya permohonan itu akan dipertimbangkan.
Dari pengalaman beliau, insyaAllah, JPA masih akan teruskan tajaannya kepada saya, dengan syarat saya melepasi setiap tahap. Tiada boleh ada lagi istilah “fail” dalam perjalanan pengajian saya akan datang.

Jika diluluskan, (biiznillah), saya akan mengulangi semula pengajian semester 1, dan semester 2 bersama junior2 saya dalam intake ogos 2010. Yes, I’ll do this again. And this time, I know I can. =)

Alhamdulillah, terasa urusan saya dipermudahkan. =)

puji

Can I give myself a pat on my back? *pat*Pat*

Semua urusan dari awal hingga akhir diuruskan sendiri oleh saya. (ofcourse dengan nasihat dan petunjuk dari parents dan sahabat.)
Memandu ke sana sini sendiri.ke shah alam sendiri. Ke putrajaya sendiri. Berurusan dengan pegawai JPA dari telefon ke surat ke perjumpaan, semuanya sendiri. Pendek kata semuanya.

Jangan tak tahu ya… Saya ni kadang-kadang lupa yang saya sudah dewasa. (heheee) walaupun umur sudah 21 tahun, Tapi sering sahaja terikat dengan “owh.. sy kan anak bongsu… sy tak tahu apa2…”. Perasan kecil.
Jadi bila dapat selesaikan semuanya dengan sendiri, terrasa terkagum tersendiri. (haha)

Dalam pada saya fikir saya ni masih muda dan tak tahu apa-apa, sebenarnya, hakikatnya, mampu sahaja melakukan perkara-perkara baru. Kemampuan itu timbul kerana sedar kita tiada pilihan lain selain melakukannya. Nak tak nak, memang kena pergi. Kalau tak pergi, siapa lagi yang nak uruskan. Ye kan?

Jadi pengajrannya disini, janganlah sekali-kali memandang rendah pada keupayaan diri. Banyak lagi agaknya karektor dan kemampuan diri kita yang tersia-sia dan tidak di gunakan sepenuhnya. Kan rugi tu?

lagu

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

entah kuat mana agaknya saya bernyanyi2 dalam kereta spanjang perjalanan. (hehe)
ia adalah antara koleksi lagu kegemaran saya yang dicompile dalam cd dan dimainkan dalam kereta.
and somehow, ia agak hampir dengan apa yang saya rasakan.

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli!

free

Tengahari tadi selepas ke intec, pergi lunch bersama ayahanda di shah Alam. Pekena nando’s extra hot peri peri atas request saya. Hehe..

babah's lunch : espertada

Kemudian ke gulatis silk house untuk membeli ole2 buat bonda, dan tup tup saya pun dapat sepasang kain baju kurung. =D

terus bergerak ke putrajaya. Silly me tak tahu jalan ke putrajaya dari shah alam, main redah je ikut signboard kuala lumpur. Melalui PJ dan akhirnya masuk betul ke pusat Bandar kuala lumpur. Sudahlah minyak dalam tangki hampir ke tanda merah. Memang aksi berani mati..

Lama-lama Nampak signboard kompleks sukan Negara. Lega. Masuk ke sana, cepat-cepat isi minyak, (full tank terus.!) sambung perjalanan melalui MEX dan Alhamdulillah sampai ke putrajaya.

Selesai urusan di Kompleks C1 JPA dalam kira-kira jam 4 ptg. Time hendak keluar, Tiba-tiba teringat dengan pesta bunga di putrajaya. Apalagi, si kaki jalan dah lama tak berjalan-jalan. terus memandu kearah percint 2 putrajaya.

And there I was, In the middle of floria! *giggle* .
mudahnya saya diverge ke tempat lain… hehe…
seronok dapat jalan jalan di tepi tasik dengan tanaman-tanaman yang subhanallah cantik. =).

Lepas pekena manggo ice blend satu, terus pulang ke rumah dengan satu rasa puas hati. Alhamdulillah.

tiba dirumah, mendapat treat drpd housemate. Ala2 kenduri kesyukuran sempena EOS yang lalu.

Subhanallah. Lunch td dah free. Kali ni dinner pula free. Seharian sy makan free hari ni.

Usai isya, menghadiri mesyuarat ringkas muslim society bagi meluruskan beberapa isu berkenaan iftar ramadhan yang akan datang. (ramadhan is coming.. yes. =) )

And now, here I am, finishing few last sentence for todays post. What a day. A busy , yet “full” day.

Alhamdulillah, syukur kepadanya kerana sentiasa mengembalikan semangat dalam diri saya, dan membantu saya dengan cara-caraNya yang tersendiri.


“Menakjubkan sungguh urusan orang beriman.
Segala perkaranya adalah kebaikan.
Dan itu tidak terjadi kecuali pada orang yang beriman.
Jika mendapat nikmat, ia bersyukur dan syukur itu baik baginya.
Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya


(HR Abu Dawud & AT Tirmidzi)



kita, orang beriman, kan?

time to move on!


=)


salam bukit jalil,


kerana aku bukan makhluk pengkhianat

4 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous