wajah


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

note : pls ignore kata yg tak tersusun


Assalmualaikum wbt, sahabat sekalian.
maaf, jika ada, antara kalian yang barangkali ingin mengetahui prkembangan keadaan sy setelah peristiwa tempohari.
terima kasih kerana masih sudi menjenguk-jenguk dan mengintai-ngintai. =)

Alhamdulilllah, segala puji bagi Allah yang telah merencanakan setiap sesuatu mengikut pengetahuanNya.
hati saya sudah lapang. minda sy sudah stabil. emosi sy sudah terkawal.

insyaAllah kali ini, apabila sy mengatakan, "saya okey", sy benar-benar memaksudkannya.
ya.. pengakuan dalam posting sebelum ni hy pengakuan memujuk diri. hy pengakuan yg dibuat spy diri boleh jadi kuat. (he..he...)
ttp pengakuan kali ini adalah pengakuan bhw sy sudah bersedia utk memandang ke hadapan, dan melepaskan yg lalu...

lepas

owh tidak, melepaskan itu bukan bererti akan mlupakan, tetapi, meredhakan.

kisah itu, akan sentiasa mnjadi sesuatu yg istimewa dlm perjalanan hidup sy. semestinya.
mana mungkin boleh sy lupakan,!
sedangkan segala-galanyanya bermula dari teratak Bicara Qalbu ini..

setiap kali saya menulis, setiap kali saya membuka teratak bicara qalbu,
setiap kali itu jugalah, pasti, hati ini akan mengingati.

cuma bezanya kali ini, saya sudah tahu cara untuk memandu ingatan sy padanya.
yakni dengan mendoakan, kesejehtaraannya bertemu kekasihnya yang abadi. insyaAllah.


tiga.

tahun 2010 menyaksikan sy berhadapan dengan kehilangan demi kehilangan.
namun kehilangan itu hadir dengan wajah yang berbeza.
rasanya juga bebeza, dan, "pengurusan" yang berbeza.

pertama : tua

wajah pertama kehilangan itu adalah kehilangan yang memang mampu diterima.
sedih, mmg tidak dinafikan sedih. cuma persediaan untuk mengahadapi saat tersebut sudah ada.
pemergian bukan krn sakit, tetapi kerana umur yang sudah lanjut dan sudah tiba masa untuk dijemputNya.
saya tidak sempat bersama arwah wan mariam pada detik detik terakhirnya.
walau ada rasa terkilan, namun rasa redha itu ada.

wajah pertama kehilangan mengajar saya bagaimana cara pengurusan jenazah,
apa yang perlu disediakan, siapaa yg perlu dipanggil, apa yang perlu dilakukan..
ia menjadi pengalaman pertama saya terlibat dalam memandikan jenazah.
dan satu pengajaran besar saya waktu itu adalah : usah abaikan solat jenazah.

kedua : sakit

wajah kedua kehilangan, hadir dalam rupa kesakitan. barah.
kali ini, emosi yang sy rasakan, berbeza dr wajah pertama.
sy lebih terkesan, sy lebih "terganggu". walau redha itu ada, ttp sakit itu masih.
bukan mudah melihat orang yang kita sayangi bertarung dengan kesakitan yang tidak terperi.
apapun sy bersyukur, kerana saya masih diberi kesempatan untuk menjaga arwah wan halimah sehari semalam sebelum dijemputNya. dan berada disisinya pada saat saat akhir hidupnya.

pengajaran dari wajah pertama kehilangan masih saya ingat.
kali ini, saya sempat untuk mengerjakan solat jenazah buat jenazah..

ketiga : unexpected.

wajah ketiga kehilangan, hadir dalam raut yang sangat tidak disangka-sangka.
pemergian yang mengejut, dan dengan cara yang tragis.
persediaan emosi itu tiada. langsung tiada. maka disitulah sy mnjd sedikit rapuh.
agak rapuh. berani sy katakan, sy tidak pernah merasakan kesedihan sedemikan rupa.
Allah. lemahnya hamba.

Meski tidak diizinkanNya utk bertemu jenazah, mahupun menziarahi.
namun bezanya kali ini, saya belajar melakukan solat jenazah ghaib.
memberikan penghormatan terakhir dari jauh. meski, tidak pernah, bersua.

beza

3 wajah kehilangan,
yang hadir, dgn raut yang berbeza.
yang memberi rasa yang berbeza,
pengalaman yang berbeza,
pengajaran yang berbeza,
impak yang berbeza.
dan kepada orang yang memberi makna berbeza dlm hidup sy.

utk yg pertama ; saya tidak bersama pada saat akhir, tetapi masih sempat mengurus jenazah, namun sy tidak mengerjakan solat jenazah.

kedua pula; saya bersama arwah pada saat2 akhir, sempat membantu dalam menguruskan jenazah, dan sy sempat solat jenazah.

dan akhirnya yg ketiga ; langsung tidak dapat bersua, namun dapat mengerjakan solat jenazah ghaib.

apepun, semuanya membawa mesej yang sama,
setiap yang hidup itu, pasti akan merasakan kematian.
kematian itu pasti. dan akan datang, dalam pelbagai jenis wajah.
maka bersedialah.

saya sudah berhadapan dengan wajah kehilangan berautkan sakit tua.
wajah kehilangan yang berautkan penyakit,
dan wajah kehilangan yang berautkan kejutan.

Pengalaman ini mendidik saya agar mampu berhadapan dengan apapun raut wajah kehilangan yg akan hadir dalam kehidupan sy akan datang, dengan lebih matang, lebih bertenang, dan lebih rasional.
saya berani mengatakannya, kerana sudah rasainya.
ya, saya sudah merasainya.

siapa kata mudah untuk hadapi 3 keadaan ini dalam waktu yang hampir hampir.
namun Alhamdulillah,
Dia pinjamkan saya kewarasan berfikir dan Dia mengekalkan rasa iman dalam hati.
Dia mengajar saya untuk... redha.
satu perkataan dengan 5 huruf.
yang mudah ditulis, mudah disebut.. tetapi.. untuk mengimplementasikannya pada saat saat mengejutkan, Allah sahaja yang tahu.

Yakinlah, mereka tidaklah kemana mana melainkan hanya kembali, kepada pemilik segala nyawa.

Hanya mampu berdoa agar doa-doa dan pahala-pahala yang disedekahkan,
dizinkanNya untuk sampai kepada mereka.
kerana itulah satu satunya harta yang benar benar mereka perlukan.

dan berdoa, agar dizinkanNya
untuk bertemu semula,
di alam abadi.

Allahu'alam.
dan sesungguhNya Dia lebih mengetahui.

kerana aku bukan makhluk pengkhianat


kata hati : bagaimanalah raut wajah yang akan menyapa saya nanti..... Ya Allah, Akhiri hidupku dalam iman. akhiri hidupku dalam iman. Akhiri hidupku dalam iman..