sahabat


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

ketawa

tak pasti mahu ketawa atau mahu geleng kepala... buat 2 in 1 boleh? :)
untuk pengetahuan yang tidak tahu, beberapa hari lalu saya ada membuat satu posting dalam bentuk video.
bukan video gambar lagu lagu tetapi satu slot saya sedang bercakap dan bercakap., selama hampir 15 minit.
dan.... tak sampai 48 jam, posting tersebut telah di delete, dan kini dengan video-videonya sekali saya dah delete.
haha... see. i told ya ..

kesimpulannya, saya malu. lebih lebih lagi bila dengar semula.
"entah apa2 aje". bisik dalam hati dan terus saya terkekeh-kekeh menahan ketawa.
bila malu sendiri, dan malu dengan orang lain, maka, tamatlah riwayat videolog tersebut, maka insyaAllah buat masa terdekat ni saya tidak akan mempraktikkan lagi video2logging..
hey.. saya kan memang pemalu orangnya. masih belum kenal lagi? :P

maaf, kekerapan saya mengupdate blog sangatlah kurang berbanding sebelumnya.
4 bulan yang lalu sudah "terlebih rapat" dengan facebook, hingga kini seperti sudah lebih terbiasa dengannya berbanding dengan blogging. kalau dulu, status facebook saya hanya sepatah dua, tetapi sekarang, menjela-jela, macam blog version pendek!

namun, usah risau, saya akan terus menulis.
kerana menulis itu, adalah terapi buat saya. :)

salam

it was early in the morning.
saya melangkah masuk ke kawasan dapur, sudah terlihat disana kelibat kak yati (bibik kampung) dan wan asiah, sama-sama sedang sibuk menyiapkan sarapan.

"wan," - saya memanggil, (dalam nada seorang cucu memanggil neneknya). wan asiah waktu tu betul-betul berada di hadapan saya, sedang khusyuk memotong apa saya tidak ingat. tiada respon darinya.

"wan.." - kali kedua, masih tiada respon.

"wan, oo wan.. " akhirnya berespon.
kepalanya diangkat, wajahnya memandang wajah saya, dengan muka yang terpinga pinga dan mulut yang terlopong kecil, menagih "jawapan" dari saya.

sengaja saya sengetkan sedikit kepala, bibir masih lagi senyum;
"assalamualaikum wann...." :)

wajah wan yang kehairanan sebentar tadi, serta merta berubah menjadi comel.
bibirnya senyum senyum dalam mencebik,
dalam pada malu malunya, wan masih tak lupa untuk mnjawab "waalaikummussalam..." :)"

"utk kak yati jugak, assalamualaikum kak yati!"
"waalaikummussalam wbt kak jilal". kak yati menjawab, juga dengan senyuman.

haha.. yaa... saya tahu... sayaa saaaangat sukaa mengusik nenek saya!
kerana saya sukaaa lihat wajah comel mereka saat mereka senyum senyum malu :D
(namun sekarang tiada mereka... hanya wan asiah seorang shj..)
memang "sikap" saya sesama ahli keluarga adalah jauh berbeza dengan "sikap" saya bersama rakan-rakan/orang luar. i sis mentioned yang sy jenis lambat "berkawan". kan?

apapun, alhamdulillah, a very wonderful way to start my day.
saling bertukar ucapan salam, mendoakan kesejahteraan, antara insan-insan yang terdekat.

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang.Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.
( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )

Sahabat

'peristiwa' yang saya agak comel (haha mengaku comel pula..) pg tu, membuatkan saya teringat kembali kepada satu kupasan ayat quran yang saya baca dari buku "agar bidadari cemburu padamu" karya Salim A Fillah.

Dan kami wasiatkan kepada manusia tentang kedua orang tuanya..
Luqman :14

وَصَاحِبۡهُمَا فِى ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفً۬ا...

..Dan persahabatilah mereka di dunia dengan baik..
Luqman :15

menarik sungguh, apabila ayat yang digunakan dalam ayat ini, adalah "wasahibhuna.." yang bermakna; dan persahabatilah mereka..
Allah mewariskan orang tua bukan untuk dibayar jasanya dengan harga..
siapa kita untuk menetapkan harga mereka? dan siapa kita untuk menyatakan aku mampu mebayar kesemuanya?

menarik sungguh..
apabila perkataan yang digunakan adalah; wasahibhuna, dan persahabatilah mereka.
bukan rajakan mereka, agungkan mereka atau hinakan mereka,
namun persahabatilah mereka.

saat mereka mula merasakan diri mereka sudah tidak diperlukan dunia, dan tidak memerlukan dunia, persahabatilah mereka dengan persahabatan yang ma'ruf.
sahabat dengan karektor khas, yang harus kita fahami, yang harus kita hargai, dan yang harus kita beri perhatian. :)

to think of it, memang ada benarnya ulasan dari Ustz Salim. kan?

malam sebelumnya, saya sengaja melangkah masuk ke kamar wan asiah.
wan asiah sedang baring di atas katilnya, dengan masih memakai kain telekung, menanti waktu isya. saya melabuhkan punggung di hujung katil wan, bersebelahan kakinya.

sejujurnya saya jarang berbual panjang dengan wan asiah kerana sebelum ini saya lebih rapat dengan arwah wan mariam dan wan halimah. terasa canggungnya.

bilik wan lazimnya gelap. lampu jarang dibuka. panas, katanya.
jika mahu melihat jam di dinding, wan akan menggunakan lampu suluh untuk menyuluh jam.
comel, kaaaan! :)

anyway, pada asalnya saya sedikit buntu untuk tegur apa kepada wan. maklumlah, as i mentioned earlier, saya jarang berbual panjang dgn wan asiah ..
" wan.. demam-demam lagi?"
siapa sangka, satu soalan pendek tu membuka kepada cerita paaaanjang yang tiada penguhujungnya. sampai saya tahu lah yang mata wan pernah digigit semut.

saya yang dari duduk di sisi kakinya, makin mencondong, mencondong, mencondong... dan akhirnya baring disisi wan. baring satu katil, disisi wan.
owh ini lagi satu perkara yang saya tidak pernah lakukan bersama wan asiah...
it was my very first time, but alhamdulillah, it felt soo nice. :)
a very nice granny-grandchild conversation. :)

pandang

saya memandang ke sekeliling biliknya.
dahulu, bertentangan dengan katilnya, adalah katil arwah wan halimah.
kini, ruang tersebut sudah kosong. hanya tinggal tempat menyidai baju.
terbit rasa kasihan kepada wan asiah.
saya tahu, dan saya yakin, wan asiah kesunyian.

.. dan persahabatilah mereka..



kerana dia; adalah hamba.