movie


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment


yes. i'm downloading laskar pelangi movie! :D
(from youtube, ofcourse)
kesian juga sebenarnya. ikutkan nak beli yang original.
tp kat mana laahh nak cari ...

sy baru dapat tahu movie ini sudah ada di youtube.
pelik juga sebenarnya. kerana sebelum2 ini sudah pun search, tp tidak jumpa.
kalau tak percaya, tanya sahaja roomate2 sy dahulu. diorang lebih tahu.berapa banyak masa yg sy luangkan utk mencari movie ini. hheheheee...

ahh.. abaikan sahaja. yang penting sekarang sy sudah boleh menontonnya.
excitednya tak perlu nak khabarkanlah.
jarang sekali sy ternanti2 mana2 filem utk ditonton.
kerana sy mmg bukan hantu wayang.
but this time. owh my god.
x sabar sungguh tunggu habis download.

utk kalian yang berminat juga mahu menonton movie ini,
klik sini. full 12 bahagian . enjoy! :)



x sabar-sabar,


added 11:00 pm

SMS

sy menerima SMS dr kekanda sy.
"ijjlal, akak dah tgk movie laskar pelangi! 2 minggu lepas"
i was like, ha? 2 minggu lepas?? sampainya hati x beritau ijjlal. eiw. kakak. !
haha. what ever lah.

anyway, sy sudah selesai menonton laskar pelangi. :D
kualiti movienya pastinya tidak sebagus yang original.
ada tersekat sana sini. dan, oleh kerana didownload dari utube, maka setiap satu sesi hanya 10 minit. bermakna, setiap 10 minit, dlm sy baru nak "melayan", dah terhenti. huhu...

jalan cerita laskar pelangi dalam movie sy kira cukup simple.
jika seseorang itu belum membaca novelnya, sukar baginya utk memahami plot cerita laskar pelangi yang singkat2. juga sukar utk mengenali karakter2 dalam cerita tersebut.
despite that, ia berjaya memberi kesan pada penonoton. (at least kpd sy)
lebih2 lagi sekiranya perjalanan hidup penonoton itu mirip dgn apa yang laskar pelangi hidangkan.

movie vs novel

antara movie dan novelnya, semestinya saya lebih sarankan novelnya!
detail2 yg dapat dirasai, dilihat dan dididengar didalam novel tidak byk yg dpt diperolehi di dalam movienya.
kata kata hati, sentuhan2, suasana alam.
sifat2 istimewa setiap karakter dalam laskar pelangi; karakter sebenar trapani, syahdan, akiong, sahara, mahar, kucai, harun, flo, ikal and ofcourse, lintang. kisah2 mistik bualan anak2 laskar pelangi, juga kisah menarik lelaki tua yang menghalau buaya itu.
byk perkara yg tidak sempat dihayati dalam masa satu jam setengah.
mungkin kerana sy mahu melihat lebih drpd apa yg disediakan. :)
dan.. erm, movie ini berhasil utk membuat sy mengalirkan air mata. (hehe..)
babak permulaan, dan babak pengakhiran.

awal

akhir


anyhow, sy berpuas hati kerana akhirnya sy dapat menonton movienya.
hilang dah penasaran. hilang. :P
i love the movie. but i love the novel even more.

lepas ni, tinggal misi memburu maryamah karpov pula.

p/s: wajah ikal punya iras2 wajah dua pupu saya, farid. betul tak kakak?

riang!


posted by ~ n.u.u.r ~

7 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

ingat

sy masih tidak lupa. sy masih cekal mencari. sy masih ternanti2.
kalau dah namnaya cinta, pasti takkan lupa.
dan akhirnya, penantian saya itu terjawab. alhamdulillah!

masih ingat lagi siri Laskar Pelangi yang sy gilakan itu?
karya yang memecahkan tembok saya pada tulisan2 indonesia?
:D

dan hari ini, sy digerakkan hati untuk menyemak laman web PTS.
menekan ke bahagian "sastera&Fiksyen"
lepas satu satu buku mata sy menganaisa dan akhirnya,
naaahhhh itu dia...!
mulut sy benar2 tersenyum puas.

akhirnya PTS Litera siap mengeluarkan karya Andrea hirata yang keempat itu.
Maryamah Karpov: Mimpi - mimpi Lintang.

dan tarikh pengeluarannya adalah pada 30 June 2009 yang lalu.
well, sy terlewat 2 minggu.
(dan lewat 7 bulan dari pembaca indonesia)
x mengapalah. yang penting saya tahu ianya sudah dikeluarkan.
selepas ini, bolehlah pergi mencari dan membelinya.

tapi.... di kulim ini.........
mana sahaja kedai buku yang mungkin menjual buku sebegini.?
perlu ke penang lah jawabnya.



bersemangat kembai;


kata hati :boeh tak kaau sy kata yg sy baru perasan belum baca buku terakhir siri harry potter deathly hollow?. kesian adik harry kita t. dilupakan pula. heheee.. but now sy dm proses membaca buku tu.

tepu


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah..

envy

siapa kata blogging ini kerja mudah.?
bukan senang utk memerah otak dan menulis sesuatu setiap hari.
lebih2 lagi bg orang2 menganggur seperti saya ini.

i envy people living area selangor.
terlalu banyak event dan majlis2 ilmu dianjurkan.

i came across several event sepanjang bulan julai dan ogos yang akan datang ini,
antaranya :

knowledge & Arts tour 2009
5-15th July 2009


Wonderful Overseas Weekend
31 July-2 Ogos 2009




Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Hilmi
2 Ogos 2009

ini, baru program2 yang ada publisti.
belum lagi program2 yang tiada publisiti seperti talk2 dan seminar,
juga aktiviti persatuan.

perkara2 yang sy perolehi melalui pembacaan berbeza effectnya dgn perkara2 yang sy perolehi melalui pengalaman, dan mendengar sendiri secara live.
anggota badan sy ini sudah lama tidak melangkah ke mana2 wacana ilmu yang membina.

badan terasa lesu, otak terasa tepu.
maka, tangan dan lidah menjadi kelu & kaku!


perlukan tenaga,

The War On Democracy


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..

saya meluangkan masa 1 jam setengah utk menonton dokumentari ini.
klik sini utk menonton dokumentari penuh, dan sini untuk sedikit ulasan mengenai dokumentari ini.
pada mulanya agak "malas" utk menonton sumthing related with politics, but... oleh kerana punyai masa yang teramat lapang, sy merelakan diri.





reaksi saya :
mual muak jelik.
segala rasa ada. kalah ibu mengandung.

bila ada hitam, pasti ada putihnya.
bila ada pihak yang benar, pasti ada pihak yang berselindung.

tugas dan tanggungjawab kita sbg seorang yang berakal dan berilmu, utk mencari, dan mengkaji, mana yang hitam, mana yang putih.
agar yang putih itu tidak terlihat sbg hitam, dan yang hitam tidak terlihat sbg putih.
wana'uzubillah!


kepada para pemimpin, ingat2,
sebelah kaki sudah berada di syurga, sebelah kaki lagi di neraka.

man, just how politics disgust me.
a lot.


hopeful citizen,

think


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan NamaMu Ya Allah...
Pengampun Segala Dosa..

note : rujuk ini, dan ini, utk rujukan sebenar.

Saya percaya tidak ramai yang kenali siapa gerangannya figura dibawah ini.
tetapi beliau membawa satu imej yang semua orang kenal, semua orang tahu.
imej seorang perempuan islam. siapa yang tak tahu imej seorang muslimah?

Dr. Marwa al-Sherbini. ya. namanya Dr. Marwa al-Sherbini. or, to be precise, Arwah Marwa al-Sherbini. Seorang ahli pharmacy lulusan universiti alexanderia yang menetap di German, maut ditikam di dalam mahkamah semasa kes perbicaraan melawan seorang penduduk tempatan.
seperti biasa, sy berbloghopping, dan entah macamna tersesat ke blog2 muslims yang tinggal di negara nonmuslims. menarik juga apabila kita merasa hidangan2 dari luar. terasa bahang perbezaannya. pedas mereka tak sama dengan pedas malaysia. cili malaysia nampak sahaja pedas, ttp bila dirasa, aduhai. tawar. plain. (huhu dah merepek ni).

berbalik kpd kisah disebalik tragedi yang menimpa sister marwa.
entah kenapa sy ingin berkongsi berkenaan kisahnya disini.
take note isi yg sy tulis ini hanya sekadar pengulangan terhadap apa yg sy baca drpd dua sumber diatas.


mula

semuanya bermula apabila sys marwa dikatakan dihina dan diganggu oleh seorang penduduk tempatan yang juga merupakan seorang neo-nazi kerana imejnya yang bertudung. sys marwa dikatakan seorang pengganas.waktu itu, arwah sdg membawa anak lelakinya yg berusia 3 tahun, bersiar2 di taman.

dan, dah namanya lulusan universiti iskandariah mesir, pasti seorang yang terpelajar.
sedar akan hak dan kedudukannya, arwah memfailkan saman kpd lelaki tersebut, dan memenagi kes dgn denda sbyk 750 euro.
dek kerana rasa tak puas hati, si lelaki ini membantah. maka, second trial dilangsungkan...

1st july 2009, arwah pun hadir ke mahkamah bersama2 suami dan anak lelakinya.
semasa sdg menghadap mahkamah dan beri keterangan,
lelaki neo-nazi itu tidak semena2 menikam sys marwa sebanyak 18 kali. ya. 18 kali.
dan, utk pengetahuan, sys marwa sdg hamil.
suaminya yg cuba utk selamtakan marwa, juga ditikam 3 kali. dan, lebih teruk bila jaga mahkamah tersilap tembak, tertembak si suami, instead of the loony guy by which, lead him to coma dgn kecederaan teruk di perut dan hati.

انّا للہ و انّا الیہ راجعون

what, a really, tragic thing to happen.
just imagine, seorang wanita mengandung ditikam 18 kali.?
kalau wanita mengandung pun tak mampu dikasihini, apa yang tinggal utk dikasihaninya?

antara beberapa persoalan yg penulis itu utarakan adalah,
kemana perginya suara "pejuang wanita"?
kemana perginya para wartawan yang "dahagakan" berita?
kalau shj seorang muslim yang melakukan pembunuhan itu, pasti mendapat liputan meluas. bukan shj berita tu akan sampai ke malaysia, bahkan ke kepulauan2 kecil indonesia sana.

think

just take a while and think.
setiap hari,
mereka bergelut utk mencelikkan mata dan bangun semula sbg seorang muslim.
ttp kita.. "berjuang" utk hidup dan bangun semula sbg seorang apa?


jawapan itu, selayaknya anda sendri yang menjawabnya.

Semoga roh arwah Marwa ditempatkan dikalangan para syuhada..


renung-renung,

kata hati: terasa macam pemberita pula hari ni ya.?

kucing


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Dengan NamaMu YaRahman...

rumah

rumah sy telah menjadi tempat kucing liar menjadi tidak liar.
"rehabilation center" for cats. hehe.
kucing2 datang pergi datang pergi. jarang yang kekal lama di rumah.
ada yang diberi nama handsome kerana ganayanya seperti kucing didalam cerita animasi disney cinderella, rusefer.
ada yang dipanggil sekadar coklat. macam2 lah.
rutin harian kami (erm, mama. ) adalah meberi makan kpd kucing2 ini setiap petang.
berpusing2 kadang2 tu si kucing, kelaparan, dan, exicted tgk makanan.

ironinya, rumah sy ini, tidak pernah mebela mana2 kucing secara rasmi.
kerana apa?
ayahnada sy menghidapi resdung,
tambahan, risau jika rumah "dikencing" dan "dinyahtinjakan" oleh binatang2 berbulu ini.
jadinya, its a no no place for cats, or even kittens, to enter my house.

change

but then again, people change. and so does the cat/ hehee..
rumah sy sunyi sungguh sejak sy memulakan pelajaran di intec.
jadinya, kucing2 ini shjlah yg menajdi rakan permainan, rakan bergaduh ayahanda dan bonda sy.
tp, polisi tidak dibenarkan masuk kerumah itu masih berkuatkuasa.
kucing yg dahulu bertukar ganti, kini lebih senang utk setia di rumah sy.
dan, sy memanggil kucing itu, kucing sihir. kerana bulunya yang hitam legam, macam kucing sabrina the teenage which.


pulang ke rumah dalam 3 minggu yang lalu, kucing sihir melahirkan 3 ekor anak.
yang, semstinya comel.
maka, setiap harilah mereka menajdi mainan sy.
awal2 lagi sy telah diberi syarat, "kalau kencing merata, hantar keluar".

and, i was like. alaa....
sebelum ini sudah pun disuruh utk membuang mereka, ttp sy menolak.
days passed, changed to week, alhamdulillah, berdisiplin sungguh anak2 kucing ni.
or, mungkin sebenarnya belum tahu bagaimana utk berak atau kencing.
wet kitchen yg menjadi tempat tidurnya belum dicemari dgn mana2 najis. selamat kau.

makin hari, anak2 kucing ni makin menggeramkan.
3 ekor yang berbeza sifatnya. sekor garang, sekor baik, sekor lagi buat dek.
yang si baik tu suka menyendiri. bila tiba masa adik beradiknya yg lain bermain2, dia elok je duduk dalam raga, dgn penuh sopan.
they just love to play with my skirts. dan suka duduk menyibuk kat port yang paling sibuk kat kawasan dapur tu. di kaki singki.

rasa nak marah pun tak jadi, sebab, mereka sgt comel bila duduk berkumpul macam tu. hehee... ;)

akhirnya

akhirnya satu hari,
tak semena2, cik anum menjerit dari bawah. meradang.
"ijjlal... anak kucing berak merata2!! bertepek2!!"

and at that point, i knew, this it it. the end of it.
i had to say goodbye to the kittens. all of them.

petang itu juga, sy disuruh menghantar pergi.
dgn berat hati,
sy mengambil raga merah yg sy sediakan utk mereka sbg tempat tidur,
dan perlahan2, sy mengambil sekor demi sekor kucin dan memasukkan ke dalm raga.
kucing sopan awal2 lagi sudah berada dlm raga tu, tempat kesukaannya. lagi dua ekor, berlari2, enggan diambil.

sy sbg driver, cik anum dan bonda pula dibelakang.
waktu tu, segala rasa ada.
syarat "boleh jaga selagi tak berak merata" sudah melepasi maksima.
rasanya seperti, membuang bayi di tepi tong sampah. i feel awful. really awful.
dalam pada sy drive, terasa benar sebaknya hingga menitis juga air mata sy. huhu. menangis lagi.

tinggal

dalam pada sy lah orang yg paling tak mahu mbuang anak2 kucing itu, sedar2 sy lah orang yang menghantarnya ke pasar.
tau ke macamana rasanya tu? hu..
saat melepaskan ibu kucing sihir ke tempat tinggal barunya,
kucing sihir kelihatan terpinga2. memanjang2kan lehernya, menghidu2, dan belari2 tak tentu arah. muka mmg nampak keliru habis..
sy mahu memegangnya, ttp kucing sihir menolak dan terus berlari. merajuk mungkin.

anak2 kucing pula, mengiau2 mencari ibu. sy tempatkan mereka di tempat teduh berhampiran tempat menjual ikan.
dan cepat2 sy pergi. x mahu mendengar lagi ngiauaian anak2 kucing yg agak memilukan.

kembali.

rumah kemabli sunyi. tiada lagi rengekan kucing yang meminta makanan.
mahupun gelagat2 si kecil 3 ekor bermain2 dgn skirt sy.
pagi itu cik anum kata kpd sy.
"ijjlal, sunyi pla xde kucing"
taupun. jawab sy, dalam hati.

dua hari berturut2,
sy kembali ke pasar itu, dgn harapan utk melihat2 kucing sihir dan anak2nya.

hampa.
kucing sihir, dan ketiga2 si kecik, benar2 sudah tiada.


maafkan saya..


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment

salam.

silly me.
terlupa utk buat backup template yang dulu..!
T_T
mahu tidak mahu, perlu stick pada template yang baru ini.

cubaan berani mati sungguh.
sy sukakan template ini, tp, utk jadikan ianya tatapan sehari2an,
ianya sedikit "penuh" dan "dark".
i prefer sesuatu yang "luas" dan... "lapang"

lain kali ijjlal, berhati2.!


posted by ~ n.u.u.r ~ on ,

No comments

Dengan NamaMu Ya Rahman,
Yang Maha Pengasih.. Maha Penyantun..

Kuliah

khamis malam jumaat lalu, sy mengikuti program qiyamulail di sekolah bonda sy.
sekolah bonda sy itu, juga merupakan sekolah sy pada satu masa dahulu.
dan, utk pengetahuan, sekolah itu adalah antara sekolah yang... boleh dikatakan bermasalah. sangat bermasalah. guru2 semakin hari semakin bingung dgn kerenah pelajar2. setiap hari tidak sah kalau tiada murid yang dirotan.

kasihan benar sy melihat adik2 tingkatan lima sy itu.
ramai antara mereka yang masih terkapai2.
apapun, sy masih nampak harapan dlm diri mereka.
kerana dalam pada nakal2 nya mereka, ganas2 nya mereka,
mereka ini, masih mahu, sudi utk menghadirkan diri dalam program qiyamulail.


ada antara mereka yang tidak pun hadir ke sekolah pada paginya, ttp hadir ke program itu pd malamnya. ajakan rakan atau apa, itu sy tidak peduli,
apa yang sy tahu,
orang2 sebegini yang seharusnya sy ucapkan syabas dan tahniah.
luaran mereka yang ganas itu sebenarnya masih buleh disentuh hatinya,
masih buleh dilunakkan. cuma, tiada yang mampu mebimbing secara berterusan.
mereka2 ini mahukan perhatian. itu sebenarnya.

solat.

program lelaki dan permpuan diasingkan. supaya mudah utk difokuskan.
sy tidak menyertai program utk pelajar2 perempuan, ttp sebaliknya sy setia bersama adik2 lelaki. (heh ehe)
waktu itu sy dapat lihat, mereka ini mmg dahagakan siraman2 hati.
tukang bising di kelas dan kaki riuh, semuanya sepi dan taat mendengar setiap patah kata oleh pencermah pada malam itu. benar2 seperti anak yang patuh pada org tuanya. magical.

spt program2 lain, ada sesi muhasabah dan urgency utk mereka menyesal dan.. menangis.
sy tahu, dan sy faham, sesetengah pihak sebenarnya sudah muak dgn pendekatan program menangis dan "menghentam" budak2, terlalu, typical.
ttp, bg insan yang tidak pernah merasai bagaiaman rasanya menangis itu, yg hidupnya hanya dipenuhi rasa superior dan berkuasa, bg sy, ianya satu permulaan yang baik.
tiada lah mana2 sesi herdk mengherdik, hanya persoalan2 yang ditumbulkan, membuat para peserta mmuhasabah kembali dan mengoreksi diri. dimana kedudukan mereka didunia ini.

penceramah itu mengajukan satu soalan.

"siapa kat sini yang solat x cukup 5 waktu, angkat tgn. jujur2. kita2 saja kat sini"

as expected, lebih dari separuh mengangkat tangan. (huhu tgk, sy pun dah dapat agak)

critical. very critical. these piple infront of me really need a big help. but, just how cud i help them?
ini, baru satu sekolah. belum tanya satu daerah lagi. atau. satu negeri. atau, satu malaysia? agak2nya berapa peratus sgtlah muslims yg penuh 5 waktu? ~_~.

rantai.

satu perkara yg ingin sy fokuskan drpd pengisian yg sy perolehi sepanjang hampir 3 jam pengisian tersebut adalah mengenai rantaian syaitan sms kita tidur.

tahukah kalian, sms kita tidur, sebenarnya, kita dirantai oleh 3 rantaian.?
ya. 3 rantaian. didikat oleh syaitan laknataullah kpd kita, cucu2 adam, umat Muhammad s.a.w.
jika tidak dibuka rantaian itu, maka kita akan dibelenggu oleh syaitan sepanjang masa.

bayangkan shj seorang tahanan yang dirantai oleh pihak penjara.
bila dah namanya dirantai, pasti tiada upaya utk menolak sebarang suruhan pihak yg lebih berkuasa. ya kan?
di suruh makan, makan. disuruh itu, itu yg dibuatnya. disuruh ini, ini dibuatnya.

jadi, bagaimana mahu membebeaskan diri dari 3 rantaian itu?


:). mudah tp sukar.

apabila kita mengucap syukur selepas bangun dari tidur.
maka, terlerailah rantaian pertama.. jiwa kita sudah satu langkah bebas dari rantaian itu...
apabila kita berwudhu, maka terlerailah rantaian kedua..
dan, apabila kita bgn utk mendirikan solat, maka, terlerailah rantaian ketiga..
habis, kesemua tiga rantaian itu.

tapi, kalau dah namanya tak solat, mungkinkah adanya wudhu?
jadi, bagaiamana rantaia2n tadi mahu dileraikan?
jadilah kita tahanan syaitan yang taat pada sebarang suruhannya.
disinilah antara punca mengapa, syaitan itu menjadi tuan kita.
disuruh lawan mak, kita lawan. disuruh duduk melepak, kita duduk melepak.
disurh mengumpat itu ini, kita akur mengumpat itu ini. lemahnya kita.

bebaskan dari "penjara"

maka, sahabat2 sekalian, sy menasihati diri sy sendiri dan kalian,
peliharalah solat kalian. bersemangatlah dalam melepaskan diri dari belenggu syaitan spt bersemangatnya seorang tahanan yg mahu lari bebas keluar dari tahannanya...
belajar2lah utk mengucap hamdallah apabila kita bgn dari tidur..

kerana, sesungguhnya tiada kata lain yang lebih benar dari firmanNya,

"sesungguhnya solat itu memelihara diri dari kemungkaran.."

luqman al-hakim.

baru shj sy posting mengenai isu "gelap" pd posting yg lepas.
dan, Allah itu mahu memberi sy keyakinan lagi agaknya. :)
meberi keyakinan kpd saya,
bahawa Dia tidak pernah menilai hambaNya melalui paras rupa fizikal sekali2pun.

pada kuliah subuh paginya, pencermah kedua mebawa satu tajuk berkenaan nasihat lukman alhakim kpd anaknya. pencermah bertanya pada peserta dgn loghat pekat kedahnya.

"hampa tau dak luqman al hakim ni camna ghupanya? luqman ni hitam berkilat macam negro nu. kalau hitam oghang malaysia ni kigha ceghoh lagi. tp hitam luqman alhakim ni mmg hitam sunggoh"

sy yg duduk mendengar di belakang para peserta itu , tersneyum2 apabila teringatkan poisting sy sebelum ini.
subhanallah ya Allah... macam ini caranya Engkau berikan hamba jawapan?
sy tahu bilal bin rabah, malcom X dan datuk sy sendiri berkulit gelap, ttp sy tidak pernah tahu bhw luqman alhakim, si cerdas pintar itu, juga merupakan orang2 yang berkulit gelap. owh, bukan gelap lagi, ttp hitam berkilat.

betapa diangkatnya luqman alhakim hinggakan termaktub satu surah dengan namanya didalam kitab suci AlQuran!
subhanallah...
sungguh Ya Allah, hanya Iman dan Taqwa yang engkau lihatkan. :)

padi pagi jumaat itu, sekali lagi, ianya mebawa satu rasa penuh kemaknaan yg tidak terungkap. alhamdulillah..

its something much more, than meets the eye

lucu.

sudah lama sy tidak bertemu dgn anak perempuan ustazah saya sms tingkatan 3 dahulu, hanan. hanan kini sudah berusia 8 tahun. ttp mulut masyaAllah, kalah orang tua.~!
ustazah sy itu, juga merupakan jiran sy . satu taman.
apa yg menggelikan haty adalah pesan hanan kpd sy.

"ibu, ibu, pesan kat kak ijjlal, nanti kalau nak cari boyfriend, jgn carik yg gemok mcm abg bob"

dahi sy berkerut2. kening sy dah xde rupa kening dah. adui budak kecik ni tak padan dgn keciknya. pandai pula nak menganalisa dan memberi pesan pd sy.
heheheeee..
jawab sy pd hanan, sekadar dalam hati,

"mmg takkan cari boyfriend yg gemok. sbb tamo boyfriend dah. suami
terus. senang. "

*giggle*

what a day. :)
sinar penghormatan


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Dengan NamaMu Ya Khaliq,
Pencipta segala sesuatu kejadian...

lain

kami adik beradik punyai rupa paras yang berlainan.
kakak sulung saya; wajahnya benar2 miripayahanda saya.
muka segi, putih melepak.

kakak kedua saya, punyai kacukan kedua ayahnda dan bonda.
muka petak tapi sedikit lonjong, berkulit tidak cerah, tidak pula gelap.

saya pula, lebih kepada bonda saya,
muka lonjong, berkulit gelap.

ayahnda dan bonda saya keduanya berwajah putih bersih.
ttp kami anak2, tone warnanya makin gelap dari anak pertamanya kepada anak terakhir
kiranya, saya yang paling gelaplah. hehe.

gurauan

sejak sy kecil2 lagi, ayahnda saya sering "mengejek" saya dgn mengatakan,
hitam saya seperti buntut kuali, dan saya ini anak keling yg dipungut ditepi jalan.
dalam mempperkenalkan sy kpd org lain pun bgitu. "ni ha.. anak pungut sorang ni"

dahulu, sy akan mencemik muka, x tahu nak mebalas apa.
merajuk mungkin? kerana sy tidak mampu memahami bahawa ianya hanya sebuah gurauan.
sy pun tak ingat apa yg sy rasakan waktu itu.
yang pasti , waktu itu, sy keliru. macamana sy boleh berkulit gelap pula ya?

besar

makin besar, sy mula kenal denga peribahasa melayu yang seolah2 mebela saya.
dan waktu itu sy punyai modal utk mebalas gurauan2 ayahanda sy.
pasti sy akan berkata "alaa.. xpe.... hitam2 si buah manggis, walaupun hitam isinya manis~!"
ayahanda pasti tersnyum setiap kali mendengar jawapan dari saya.

makin byk mebaca, sy mengenali pula figura bilal bin rabbah.
ditambah, dgn cerita2 dari ustazah semasa di sekolah rendah.
bilal itu, terkenal sbg seorang hamba abdi yang kulitnya hitam berkilat.
yg nampak hanya putih matanya, dan ptih giginya. ttp insan itu mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah. malahan terompahnya sudah berbunyi2 di syurga, menanti2 kepulangan tuannya.

kemudian sy dengar mengenai perjuangan malcom X.
masih ingat lagi movie yang sy tonton mengenai perjuangan malcom X.
sumthing about african american, muslim. wlau tak berapa faham ap yg sy tontonkan itu, sy masih ingat satu babak bagaiamana beliau mati ditembak.waktu itu belum pun usia saya 8 tahun sy kira. kecil lagi.
dan ya, malcom X juga berkulit hitam orangnya. lebih hitam dari saya.

dan, akhirnya, sy mendapat tahu dari pengkisahan nenek saya, bahawa arwah datuk saya orangnya berkulit hitam berkilat. hinggakan bonda saya yang waktu itu berusia 5 tahun, takut untuk berjumpa arwah atuk semasa arwah nazak di hospital.
arwah datuk merupakan ustaz di sebuah sekolah arab di perlis.
waktu itu baru saya faham dari mana sy dapat kulit gelap sy itu.
bukan dari sebarang keling, tetapi dari,
ya! dari datuk saya! ayah kepada bonda saya.

lupus

maka lupuslah segala rajuk hati sy setiap kali ayahda mengatakan sy anak pungut.
kerana sy tahu sejarah saya dan susur galur saya.
sy faham dari mana sy mendapat genetik kulit gelap ini.
sy merasa sedikit terubat kerana datuk sy yang gelap itu, merupakan seorang ustaz.
saya, cucu kepada Asha'ari. cucu kpd seorang ustaz. bukanlah anak pungut. :)
waktu itu, walau solat pun belum cukup 5 waktu,
sy sudah pandai utk berdoa agar bukan kegelapan wajah arwah datuk sy shj yg sy warisi,
ttp ilmu, peribadi, serta kepintarannya juga sy mampu warisi.
sy faham atas dasar apa sebenanrnya seorang manusia itu dinilai di sisi Allah.
sy sedar, aset yg lebih penting adalah peribadi.

terima kasih

apapun, sy seharusnya berterima kasih kpd "ejekan" ayahnada sy itu kerana dengan kritikan sebegitulah di usia yg cukup muda, sy menjadi kebal kpd sbrg kata2 tajam.
sy tidak mudah terasa dgn bisanya kata-kata.
sy menjadi seorang yg berlapang dada dan bersyukur.
sy makin menghargai sejarah saya.
sy tidak terikut2 dgn arus media semasa yang mempunyai definisi cantik yang sempit.
wajah, wajah, warna kulit, semata2.
sy tidak mengalami sebarang tekanan mental seprtimana yang dialami remaja2 amerika yang fanatik dgn kecantikan lahiriah.
syukur alhamdulillah.

:)

"its not wether you get knocked down. its wether you get back up"
vince lombardi

ziarah

baru2 ini, shbt2 kakak sy datang berziarah ke rumah.
dan seolah2 sudah menjadi tabiat ayahanda sy,
memperkenalkan sy dgn lebih kurang begini. (lebih kurang je ye.)
"ni ijjlal. die yg gelap."
sy tersenyum.sambil menggeleng2an kepala.


dalam hati sy menjawab,
"ya, iyelah... ijjlal anak bongsu babah yg gelap"
well, itu kan mmg kenyataannya?

:)


salam,
sinar penghormatan


by da way, sy mmg suka manggis. :D


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim...

situasi 1

"kenapa suara lain ni." bonda saya bertanya kpd kaklong yang kini berada di wad segmat, mnjaga s kecil aham.
"kaklong demam."
"dh makan ubat?" tanya bonda lagi.
"belum..."
"pg makan ubat. nanti bile mama telefon balik, kaklong mesti dah makan ubat"

sy terkekeh kecil mendengar perbualan tu. macam pasangan kekasih pula. ;)

situasi 2.

waktu itu dalam jam 5 pagi.
usai solat, sy kembali mengmbil tempat beradu.
(erm.. sy akan mengambil peluang utk tidur dgn bonda sy setiap kali ayahanda saya tiada dirumah. ;) )
terbatuk2. batuk saya masih belum sembuh. dgn selesema.sejak demam yang lalu.
batuk, batuk, batuk.
waktu itu bonda saya masih di tikar sejadah. berzikir agaknya.
batuk saya makin menjadi. ttp tiada inisiatif yg sy ambil.

tiba2, bonda sy bangun dari tikar sejadahnya, dan berjalan kearah meja kerjanya yang terletak berhampiran dgn katil, tempat sy berada.
mencapai ubat batuk dan datang kearah saya.
"nah.. makan ni."
kemudian bonda sy kembali ke tikar sejadahnya.
sy kelu seketika. bangun semata2 utk memberi saya makan ubat batuk yang jaraknya sangat dekat dgn saya? bukan kah lebih senang kalau bonda menyuruh sahaja sy makan ubat.
ini tidak, bonda bangun, dan datang, dan beri kpd sy.
huluran bonda disambut, dan ubat batuk ditelan tanpa punyai sebarang pilihan lain.
tanda hormat.

setelah beberapa ketika, saya masih batuk2.
dari tempat duduknya, bonda saya kalih ke arah saya,
"ijjlal, dah makan belum?"
bertanya utk kepastian. cukup arif dgn sy yg sgt liat makan ubat.
"dah.."
"kenapa batuk lagi? ni mesti minum air lepas makan ubat batuk."
"ni mesti makan siket je ni"


kaklong berusia 26 tahun. saya berusia 20 tahun.
ttp baginya, kami masih anak2 kecil.

owh. kasih ibu.
tiada bandingan.

sejahterakanlah ibu kami,
sinar penghormatan