Bismillahirrahaminirrahim..
(tiap kali nak dekat exam, mesti akan ada post. hehe..)
banyak yang mahu saya kongsikan (ayat cover biasa.. :D)
banyak yang mahu saya kongsikan (ayat cover biasa.. :D)
namun most of it sudah dikongsikan secara ringkas di facebook.
ya, saya akui di facebook saya tidak dapat "berekspresi" dengan panjang lebar dan berkongsi setiap detail yang berlaku, namun, for a "banyak kerja lain nak buat" lebih lebih lagi bila melangkah masuk ke semester tiga yang sangat jauh berbeza berbanding foundation year, facebook adalah antara medium termudah untuk berkongsi sesuatu dengan ringkas dan cepat.
Broga Hill
Satu fakta, saya, seorang yang sangat suka untuk berada hampir dengan alam.
tasik, sungai pantai, itu kawasan yang mampu saya pergi dengan sendiri.
tetapi untuk mendaki, tak banyak peluang yang saya ada walaupun sebenarnya boleh dikatakan saya
menggemari outdoor aktiviti.
dan kerana tak banyak peluang itulah, tak ramai akan "sangka" bahawa saya ini penggemar aktiviti outdoor. saya, lebih disinonimkan dengan perkataan "ayu", "senyap", "lembut", yang mana kebenarannya hanya orang yang hampir dengan saya sahaja yang mengetahuinya. hehe. :)
dan once mereka melihat saya "lasak" sedikit, mula lah terlopong dan menggaru kepala.
"boleh tahan jugak ijjlal ni. ada gaya"
hehe.. seems that theres more of me to discover. :)
hehe.. seems that theres more of me to discover. :)
Broga Hill (klik untuk album) |
plan untuk ke Broga berlaku dengan pantas.
tengahari sebelumnya semasa lunch, entah kenapa dan macamana, saya suarakan keinginan saya untuk pergi mendaki. dan tak semena-mena semua beri green light atas cadangan, semua excited, dan tup tup esok paginya saya sudah berada di kemuncak Broga Hill.
Subhanallah, semudah itu.!
kadang-kadang, apa yang kita rancang sejak sekian lama, in the end tak akan menjadi..
namun apa yang kita lakukan secara tiba-tiba, itulah yang akhirnya happening ! :)
iktikaf
iktikaf
Ramadhan 1432H, alhamdulillah, manis. :)
walau pada awalnya sedikit hambar dan terkial-kial untuk mencari ruh nya,
namun menjelang akhirnya subhnallah, terasa manisnya.
sepanjang 22 tahun saya hidup, inilah kali pertama saya beriktikaf (dalam erti kata bermalam) di masjid, atas inisiatif sendiri, semasa di bulan Ramadhan.
it was a whole new experience.
"kalau nak pergi, bagitahu akak tau"
menjadi "yang tua" dalam batch sendiri, ada juga kelebihannya.
saya terasa lebih 'tak malu' untuk meminta tolong, menegur, atau bertanya khabar dengan sahabat-sahabat m210 yang saya anggap seperti adik sendiri.
walaupun mereka hanya satu tuhan lebih muda dari saya, namun entah mengapa saya seolah-olah menganggap mereka jaaauuuhhh lebih muda dari saya, bertahun-tahun.
"akak, kitorang nak pergi jumaat ni. nak ikut?" - salah seorang dari mereka, lelaki, bertanya.
alhamdulillah. mana nak dapat adik-adik macam tu?
datang kepada saya untuk mengajak ke masjid beriktikaf. :)
lazimnya mereka pun jenis yang malu-malu juga, namun saya paercaya lantaran mereka juga melihat saya seperti seorang kakak, maka komunikasi itu terasa lebih mudah dan tidak janggal.
janji dibuat, rakan-rakan diajak, dan kami berkonvoi bersama ke sana.
ke masjid sultan sainal abidin, putrajaya.
masjid besi putrajaya. teka siapa? :) (klik untuk album) |
ianya pengalaman pertama saya, dan insyaAllah saya akan usahakan supaya ia bukanlah pengalaman terakhir saya.
ketenangannya, suasananya, keluarganya, kebersamaannya, sangat menghangatkan.
saya sangat sukakan rasa selamat itu.
melihat anak-anak kecil, bahkan bayi, dibawa ke masjid.
yang lari dibiarkan berlari bebas.
yang solat, tak kalah tertonggeng tonggeng solat.
yang tidur, enak diulit mimpi berdodoikan alunan Quran sepanjang solat tarawikh.
MaysaAllah, beruntungnya kalian wahai anak-anak kecil kerana dilahirkan sebagai anak kepada ibu bapa yang cintakan rumah Allah. :)
hadiah
truly a ramadhan suprise.
apabila menerima sepersalinan jubah hitam dari salah seorang sahabat maya, yang dibelinya sebagai ole ole dari tanah suci mekah.
"dulu ada baca dalam blog yang ijjlal suka jubah hitam. gamble je beli, harap-harap muatlah" - itu, katanya. (and if youre reading this, this post is for you!)
mana tak gamblenya, bersua muka pun tak pernah, saiz badan saya pun tak tahu besar mana..
mana tak gamblenya, bersua muka pun tak pernah, saiz badan saya pun tak tahu besar mana..
namun, as you can see, it fits me well alhamdulillah.
siapa sangka . siapa sangka. siapa sangka.
sekali lagi, tidak terlintas dalam fikiran untuk menerima apa-apa pun dari kenalan maya, apatah lagi dari sesiorang yang tak pernah bersua muka.
hai, nampaknya saya memang ada "chemistry" lah dengan alam maya ni... kan? :)
sungguh, indah benar rahsia dan aturannya.
kejutan, demi kejutan.. baiknya Allah kepada saya... :')
jubah baru :) |
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
At-Talaq : 2-3
OMG Ijjlal, dedicate post ni kat saya ke? *pengsan*
rezeki Ijjal dan cik kak sorg tu *ehem* bulan puasa kan..mana tahu, next time, dpt yg lagi grand ke...hehe~ keep on writing!