Archive for 2011

Biar


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Pandang sana, pandang sini
Dengar sana, dengar sini.

lisan,
perlakuan,
pemakaian,
pemikiran,
perhatian,
perhiasan,
.
.
.

Terduduk.
Allah! usah sekali-kali, usah sekali-kali!
Kau jadikan aku seperti mereka.!
Usah sekali-kali!
kau cambahkan kehendak untuk berseperti mereka!


Biar 'mundur' pakaianku
asal tidak aku pakai pakaian ummat akhir zaman
Biar 'bosan' tuturku
asal tidak aku bicara bahasa ummat akhir zaman
Biar 'pudar' inginku
asal tidak aku beringinkan  keinginan ummat akhir zaman.

Tundukkan aku
Pertajamkan tujuanku
Gerakkan tubuhku
untuk hanya menggapai redhaMu.

Sungguh Sungguh Sungguh!
.....Peliharalah aku!
daripada menjadi salah satu;  dari fitnah ummat akhir zaman.. :(

"Hendaklah kamu beramal dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-Rasyidin, Mahdiyin selepas aku 
dan gigitlah ia dengan geraham kamu (yakni peganglah kuat-kuat) 
dan janganlah lepaskan dia."

-AlHadis





 
kerana dia; adalah hamba


kata hati : sedih. dalam masa takut. tak tahu entah macam mana masa depan, ada kebarangkalian saya menjadi seperti . wana'uzubillah!

untuk seketika ini


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahiraahmanirrahim.

nafas ditarik dalam, dihembus perlahan-lahan.
dan biarkan angin meniup,
hembus wajah, terbangkan jasad, terbangkan jiwa.!

.
.
.

"...dengan mengingati Allah, jiwamu akan tenang."

Alam,  engkau tak pernah gagal untuk bertasbih asma'-Nya
dan lantaran itu alam, engkau tak pernah gagal untuk menghulurkan tenang.. :)

.
.
.
.

untuk seketika ini,
izinkanlah saya begini.

untuk seketika ini,
izinkanlah saya; bertemankan alam.


"...dengan mengingati Allah, jiwamu akan tenang."

:)


 



kerana dia; adalah hamba

kata hati : 
1. ahh ijjlal.. kau bermimpi lagi.....
2. ingin tenang dalam pelukan Penguasa alam.

tiga minggu


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillah.

Asalnya sebelum ini sudah menulis satu post lengkap.
Namun gara-gara tersilap langkah, habis segalanya terpadam.
Akur dengan petandanya : Ijj'lal , tutup laptop. kau kena sambung belajar! :P

InsyaAllah peperiksaan bermula 3 januari 2012. 
kurang sebulan sahaja lagi.
masa terus berdetik. progress saya perlahan.
tinggal kurang lebih tiga minggu sahaja lagi, namun persediaan masih terasa jauh ketinggalan.
meliputi system CVS, respi, haemato, dan GI.
nampak sikit tapi..... sila belajar untuk memahami banyak mana yang kami perlu bersedia.

Untuk itu mohon dari kalian, titipkan sikit doa buat kami disini.
Mohon Dia berkati perjalanan saya ini. berkati masa saya ini. dan berkati usaha saya ini.

Saya mungkin akan terus menyepi hingga sudah saatnya adil untuk saya kembali beraksi disini.
perlu adil pada amanah, perlu adil pada diri sendiri, juga kan?
maaf, andai mengharap sesuatu yang lebih dari sekadar notice "hingga-jumpa-lagi" hehe.. :)







3 weeks to go.
Bismillah, moga Allah redha!



 
kerana dia; adalah hamba

Selaput Polis


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim




Buku sudah mula membentuk menara diaatas meja. 
Sekali disimpan, sekali itu jugalah akan dikeluaran balik.
kalau ringan buku tu, tak mengapalah juga. ini tidak, sekali jatuh terhempap kaki, boleh mengangis dibuatnya. hehe..
Akhirnya tak kuasa hendak ambil-simpan-ambil, saya susunkan sahaja diatas meja.

Apabila saya katakan buku sudah bersusun tinggi atas meja, kalian faham kan apa maknanya?
Ya.. peperiksaan sudah hampir.! SANGAT hampir.
InsyaAllah selang tiga hari lagi saya akan menduduki ujian kedua semester tiga, merangkumi sistem haemato dan GI. 
dan selang sebulan akan datang, (Januari 2012) saya akan menduduki peperiksaan kelayakan untuk melangkah ke semester 4.
AllahuAkbar. mudahkan, mudahkan, Usah Engkau sukarkan!

Terakhir

Hari ini, hari terakhir kuliah sebagai seorang pelajar semester 3.
Pantas benar masa berlalu. terlalu pantas.
Hari terakhir kuliah juga membawa makna bahawa ia juga secara rasminya merupakan hari terakhir bersama rakan kumpulan saya. masih ingat rakan sekumpulan saya? pernah saya ceritakan pada posting sebelum ni. :)

Pengalaman menjadi satu-satunya perempuan muslim tersangatlah menarik.

Pernah saya berhadapan dengan situasi dimana sahabat kumpulan saya tak semena-mena memegang tangan saya tika mana hendak menunjukkan cara yang betul semasa melakukan physical examination.

.. and i am the art made by Him ;)

Terkedu janganlah cerita.! kaget gugup semua ada.
Almaklumlah, tangan ini belum pernah dipegang dengan sengaja oleh mana-mana lelaki bukan mahram, dan secara tiba-tiba ianya disentuh. lama pulak tuh.(for me lah) adehh.

Sangat menguji kebolehan saya dalam berhadapan dengan situasi sebegini dengan hikmah dan bijaksana.
Awalnya saya membiarkan lantaran enggan memalukan, kemudian saya menjelaskan keadaan saya sebagai seorang perempuan muslim. Alhamdulillah mereka memahami dan selepas itu memang tidak berlaku lagi.
Andai mereka ingin mengajar, mereka akan mendemostrate kepada sahabat perempuan saya yang seorang lagi. :)

Gentlemen!

Apa yang boleh saya katakan, Alhamdulillah, penilaian saya tidak silap. andai sebelum ini saya katakan mereka gentlemen, maka hari ini sekali lagi saya katakan, mereka memang gentlemen belaka. :D
Mereka semua bergeliga otaknya. Namun, tidak sedikit pun ada dalam diri mereka untuk menyembunyikan apa yang mereka tahu, malahan mereka sangat beriya-iya dalam memberitahu sesuatu.

Andai ada seorang ahli kumpulan yang tidak mampu memenuhi tegusan, pasti akan ada antara kami yang akan backup dan gantikan.
Andai ada sahabat yang tergagap dalam pembentangan, ada sahaja yang akan tolong menambahkan isi.

Mereka tidak akan membiarkan sesi perbincangan menjadi kosong dan lesu.
Pernah rasanya kami duduk dan makan bersama, berbual perkara bukan akademik. 
Mengenai perancangan masa hadapan, dan apalagi, topik cinta yang tak pernah jemu dibincangkan oleh siapapun baik lelaki mahupun perempuan, baik melayu cina mahupun india. hehe.. macam-macam kan?

sewaktu sesi clinical practise

Bertuah betul rasanya ditempatkan sekumpulan dengan mereka. :) :)

Khuatir..

Namun, ada masanya timbul khuatir dalam diri.
Kerana secara hakikatnya, lantaran sayalah satu-satunya permpuan muslim dalam kumpulan tersebut, secara tak langsung saya secara sedar mahupun tidak, membawa imej Islam kepada mereka.
khuatir saya satu, andai mereka mengaitkan kelemahan diri saya, dengan kelemahan Islam.


Kumpulan 23 :)

Saya akui, ada masanya saya tidak preform sebagaimana sepatutnya.
Biasalah, tak semua kita tahu, dan apabila tak tahu tu, mula lah nak mendiamkan diri. hehe..
Hanya doa yang mampu saya panjatkan, agar apa yang pelajari dari saya hanyalah yang baik-baik sahaja, dan tidak mengaitkan kelemahan personal saya sebagai kelemahan Islam..

Baiklah... memandangkan saya sedang mengulangkaji system GI, yakni jika diterjemahkan dalam bahasa melayu; sistem salur pemakanan, maka mari saya kongsikan satu perkara dengan kalian semua. 

Selaput Polis

Cuba lihat gambar ni. Selaput yang berwarna kuning tu.
tahukah kalian, apakah gerangannya?












Ha.. inilah yang ingin saya kongsikan hari ni.
selaput bewarna kuning itu namanya greater omentum. 
Dibawah selaput kuning tu adalah usus besar dan usus kecil kita.
kalau boleh saya katakan, greater omentum ni macam satu helaian kain tergantung, yang menutupi usus besar dan usus kecil. 

macam langsir, tergantung dan boleh diselak-selak.






cuma bezanya,  langsir, tergantung pada rail langsir dan kalau diselak main cak-cak, nampak pemandangan luar rumah, namun kalau greater omentum ni, tergantungnya pada dasar perut dan andai diselak main cak-cak, nampak laa usus besar dan usus kecil kita tu.. hehe..

bagi yang tak tahu mungkin akan nampak omentum ni macam satu lapisan lemak yang menyusahkan hidup, but wait... you might be wrong! and indeed you ARE wrong.
bukankah telah Allah katakan, tidak dijadikan sesuatu itu dengan sia-sia?

“Tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di antara keduanya ini untuk kesia-siaan..."
As-Shaad:27


Menarik

Satu perkara menarik berkenaan tubuh badan kita ni ialah, walau nampak macam tak hidup, namun ia hidup.
Dan, walau kita kelihatan dan merasa seolah-olah kita adalah tuan badan kita, namun hakikatnya kita tidak tahu apa-apa pun mengenai badan kita.

Kalaulah rasanya kita diberi peluang satu hari, satu hari sahaja, eh tak, satu hari terlalu lama. setengah jamlah.

Baik, andai Allah menyerahkan kita setengah jam, untuk mengendalikan segala gerak kerja tubuh badan kita secara manual, bayangkan apa sahaja yang akan terjadi. 

Mana nak bagi arahan pernafasannya, 
mana nak bagi arahan sistem pertahanan badannya, 
mana nak bagi arahan proses pencernaan makanan, 
penyerapan zat galian kedalam tubuh, 
aturan hormon dalam badan, 
kecut kendur ototnya lagi... 

Aduh.. sakit kepala dibuatnya. tak cukup tangan kita!
MasyaAllah, kerdilnya kita, even kepada diri kita sendiri!
Kita adalah tuan, yang tidak mampu mengendalikan diri sendiri, meski untuk sesaat pun.!

nah, kawal semua ni sendiri!

Cuba fikirkan, selama kita hidup ini, bagaimana, dari mana, oleh Siapa segala sel dan proses dalam badan kita ini menerima arahan? Apa yang menggerakkannya? 

Menyimpang pulak dah...

fuhh.. jauh pula menyimpang. kembali kepada apa yang ingin saya kongsikan mengenai greater omentum  (ok, dah ter-taktahu-nakcerita-macamana)
Satu perkara yang sangat menarik dan meremangkan bulu roma saya adalah apabila mengetahui greater omentum tu boleh "bergerak".
Asalnya saya fikir ianya hanyalah selaput biasa yang memberi perlindungan kepada organ dalaman, 
namun setelah saya belajar, greater omentum mempunyai peranan yang jauh lebih besar!
dan salah satunya adalah dalam sistem pertahanan badan.

Andai ada mana-mana organ yang diselaputinya terlibat dalam jangkitan atau bernanah, greater omentum tu akan "bergerak" kearah kawasan yang terjejas/luka/berjangkit dan akan "membungkus" kawasan tersebut; untuk memastikan jangkitan tidak merebak ke kawasan lain dan seterusnya membenarkan sel sel pertahan badan tiba dikawasan tersebut melalui salur darah yang ada pada lapisan omentum, dan melawan segala jngkitan. 

The moment I learnt about it, I was like, subhanallah, so cool...!
lapisan yang macam lemak tu boleh bergerak-gerak? 
macamana dia tahu kena gerak kat mana? 
pandainye lemak tu!

Itulah, ciptaan Allah. dan ciptaan Dia semuanya tak lain tak bukan, adalah atas dasar untuk memelihara kita.
AllahuAkbar, telitinya ciptaanNya, sayangnya Allah pada kita!

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Ar-Rahman



AllahuAllah, moga segala ilmu mendekatkan aku denganMu.. 
:')
 
kerana dia; adalah hamba


nota  : greater omentum dikenali sebagai "abdominal policeman" ; polis abdomen

Pulang


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


Bismillahirrahmanirrahim..


"ummi naik bash?" 
kagum agaknya, kerana lazimnya afham muayyad hanya melihat bas di jalan,
namun malam itu, umminya mahu naik bas pula. :)


abang ayyad bersama ummi. :)

Waktu itu dalam lingkungan jam 10.20 malam. Duduk menunggu di perhentian bas kulim untuk pulang ke Bukit Jalil setelah menghabiskan masa hampir 3 hari untuk eiduladha. 
Sedang menunggu, tiba-tiba badan saya diusik dari belakang.
Toleh kebelakang, terkejut.

MasyaAllah. kaklong datang, dengan memimpin tangan afham muayyad.
"Affiq takde.. dalam kereta, tengah tidur". oh.. sungguh tak mengapa!
kedatangan kaklong ke stesyen bas sendiri satu perkara yang luar dari "jangkaan" saya. 
Sudah terbiasa, dan kerap benar rasanya saya ber-travel kesana kemari seorang diri, hinggakan apabila adanya yang datang menemani, rasa seperti, "awwww....you shoudnt have to.." 
 
Barangkali kaklong cukup faham akan sayangnya ummi kepada anak-anak buahnya dan lantaran itu kaklong menghadirkan diri ke stesyen bas sebelum saya pulang ke kuala lumpur. Untuk mempertemukan ummi dengan anak-anak buah ummi. 

terima kasih kaklong! :')

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Ar-Rahman



Menghadirkan kesyukuran dalam keterbatasan,

 
kerana dia; adalah hamba

kecuali mereka yang bertakwa..


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment




Bismillahirrahmanirrahim..

nafas dihembus dalam dalam. 
Malam tu saya tidak merancang untuk berdiri di hadapan. 
Entah kenapa tangan diangkat kepada pengerusi majlis, memberi isyarat "aku mahu memberi ucapan buat mereka, sahabat-sahabatku".

"Assalamulaikum warahamutallah..."

pada asalnya, suara kedengaran tenang dan bersahaja. 
namun, hakikat sifat diri saya yang sebenarnya rapuh, terserlah dihadapan mereka.

tak dapat tahan, air mata saya gugur. dalam senyum, ia mengalir.
malu, namun dibiarkan.
dihadapan saya, duduk menunggu, sahabat sahabat dari semester satu, ke semester lima.

bukan mudah, untuk meghadapai sekali lagi perpisahan.
dan kali ini, bukan seorang, namun kesemua kumpulan sahabat yang telah bersama sejak di zaman intec. 
AllahuAkbar.

dalam pada malu, mulut terus cuba untuk memperkatakan.

"Pesan saya mudah sahaja, mungkin agak tipikal, tapi saya rasa perlu untuk saya sampaikan pesan ini kepada anda semua sahabat-sahabat saya. 
walau kemana pun kalian semua pergi,  ke bumi Australia, UK mahupun Ireland, pesan saya satu je.. 

......Takutlah Allah. 
......Takutlah Allah. 
......Takutlah Allah.."

"Saya baru terbaca dalam Surah Az-zukhruf, dalam ayat tu diceritakan, pada satu hari nanti, semua kawan karib akan menjadi musuh, akan bertelagah, akan menyalahkan antara satu sama lain, kecuali satu kelompok manusia sahaja.. iaitu.. orang-orang yang bertakwa.. 

dan hajat serta impian saya itu.
 
meski pun kita akan berpisah , dan kita tak tahu entah apa yang akan jadi pada masa depan., saya harap, pada hari tu saya mampu memandang wajah setiap orang dihadapan saya ini, tak kira sahabat sahabat muslimin, juga sahabat muslimat, dengan pandangan senyuman.... 

saya mahu kita kekal bersahabat, even pada hari yang takkan ada orang yang bersahabat dengan orang lain. 

Oleh itu, tolonglah.... takutlah Allah, dalam setiap apa perkara yang dilakukan. 

kerana itulah jalan untuk kita teruskan persahabatan kita ini..."

dalam kepala sebenarnya masih ada lagi yang ingin dipesankan.. namun mulut sudah terkunci. air mata seakan tidak malu untuk mengalir deras. aduh. dihadapan sahabat2, dihadapan adik-adik..

dari m207,m108,m208,m109,dan akhirnya ke hari ini,  hari terakhir kuliah sahabat m209.
AllahuAkbar. mudahan Allah pelihara kalian dengan sebaik pemeliharaanNya.
dan moga Dia ikhlaskan perjalanan saya atas jalan yang Dia aturkan ini...


 


".. teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,
kecuali mereka yang bertakwa.."

Az-Zukhruf : 67

 
kerana dia; adalah hamba

will you?


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments








when you are only "add as friend" away.

what will YOU do?


 
kerana dia; adalah hamba

satukan-lah


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bisimillahirrhamanirrahim.. 



Firman Dia

Syawal kali ini mengingatkan saya dengan satu kalimah suci.
dan saya tidak mampu "berdiam diri" selagi mana saya tidak "mengabadikannya" dalam bentuk yang saya "inginkan".

you know me, kalau mahu, takkan berhenti selagi belum selesai. 
tapi kalau tak mahu, degilnya boleh tahan. hehe.


Al-Anfal :63


Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Anfal : 63

it matched. really matched.
pengalaman hidup selama 22 tahun memperlihatkan saya dengan pelbagai keadaan instistusi keluarga yang porak peranda. 
samada diantara suami isteri, antara ibu bapa dan anak, juga antara adik beradik.
dan semuanya adalah berpunca dari sebab yang pelbagai; hasad dengki, kasih yang beralih arah, keinginan yang tak mampu dikawal, keegoan melampau, tak kurang juga dek kerana harta warisan. 

Antara banyak-banyak keadaan itu, antara banyak-banyak kebarangkalian serta kemungkinan untuk keluarga saya turut sama runtuh hancur berkecai, Allah masih sudi untuk menyatu padukan hati-hati kami.

AllahuAkbar. AllahuAkbar. AllahuAkbar.

22 tahun saya hidup, dan Dia masih berikan rahmatNya kepada keluarga kami.
tidaklah saya katakan bahawa perjalanan keluarga kami dipermudahkan dari segala segi, tidak.
namun apa yang boleh saya katakan, Allah masih ikat hati kami meskipun pelbagai perkara telah dilalui, 
dan hanya Dia yang tahu apa yang bakal kami lalui di penghidupan akan datang.

Benarlah, seberapa banyak pun harta atau wang ringgit, namun jika bukan Allah yang mengizinkan untuk hati-hati ini terus bersatu, segalanya mustahil untuk berlaku.

orang kata....

Orang kata, Allah akan uji pada perkara yang kita sayang.
dan keluarga adalah antara perkara yang paling penting dalam sisi kehidupan saya.

mungkinkah Dia akan menguji? mungkinhkah Dia akan menduga? 
Hanya Dia yang mengetahui apa yang baik, dan apa yang buruk untuk kami.

Doanya, agar Dia terus mengikat hati antara setiap hati diantara kami (selagi mana kami beriman...)
dan agar Dia sentiasa memberi jalan keluar diatas setiap apa yang Dia (mungkin) uji kepada kami.
walau realitinya, saya lebih 'berharap' agar Dia tidak menguji dari sudut keluarga, lantaran saya tahu, ia adalah antara cabaran terhebat yang mungkin dilalui dalam kehidupan seseorang.



Dekat, usah Kau jauhkan.
Mudah, usah Kau sukarkan.
Suci, usah Kau haramkan.
Tenang, usah Kau kusutkan...

:)


 
kerana dia; adalah hamba

dan dia lebih mulia..


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahhim..

"Kak jilal, betul ke doa orang OKU ni doa dia jadi kenyataan?"
sepupu saya awa bertanya.

saya memandangnya.
"kenapa awa tanya macam tu?" - balas saya. sedikit terpana dengan soalannya yang begitu.... lurus.
dalam masa yang sama sengaja mahu pancing. sengaja mahu tahu apa alasan disebalik pertanyaan.

"Cikgu awa yang cakap. hari tu cikgu awa mintak awa doakan dia dapat anak. cikgu kata doa orang-orang OKU ni makbul, Allah dengar."

saya terhenti seketika dari melakukan kerja yang sedang saya lakukan waktu itu.
Tersentuh. 
Doa orang OKU Allah dengar... doa aku..? :'(


.
.
.
.


"Hari tu anak cikgu awa sakit, lepas tu cikgu awa mintak awa doakan anak dia. tak lama lepas tu anak dia sembuh, cikgu datang kat awa tanya "awak doakan anak saya ya?"
... Mana awa tahu, dah cikgu mintak doakan, awa doakan je lah. betul ke doa OKU ni makbul, kak jilal?"


Allahuakbar. lurusnya dia. entah faham entah tidak agaknya apa yang ditanyakannya kepada saya tu.
Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana mahu merespon pada pertanyaan sepupu saya itu.

sepupu saya, termasuk dalam kumpulan OKU. bukan cacat anggota badan, tetapi mengalami "kelemasan" sewaktu proses melahirkannya. akibatnya, sebahagian daripada otaknya tidak dapat berfungsi pada tahap normal. fizikalnya alhamdulillah normal, namun keupayaan mindanya terbatas.
awa seorang slow learner; to make it simple.

"Doa orang OKU makbul sebab orang OKU ni istimewa sangat. Macam awa lah. :) Kalau macam tu awa doakan kak jilal jugak tau. kak jilal exam minggu depan ni"

and then we had a small laugh. :)

Sungguh, pertanyaan kecilnya membuka ruang menginsafi diri saya sendiri.
mempersoalkan di mana sebenarnya kedudukan saya jika hendak dibandingkan dengannya yang sudah tertulis tempatnya di syurga.

awa :)

insan yang sedang bertanya soalan kepada saya ini,
adalah insan yang padanya terlepas kalimah dosa.

dan insan sebegini; semestinya didengar Allah doanya. :')







Penutup: pesan Al Ghazali

Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita.
Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.

Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.


keinsafan syawal,

kerana dia; adalah hamba

sepintas lalu


posted by ~ n.u.u.r ~

1 comment

Bismillahirrahaminirrahim..


siapa sangka, hampir sebulan saya berjauhan dari BQ.
sungguh, masa benar-benar pantas berlalu. sangat yang teramat.
dan kini, dalam masa satu minggu, saya akan menduduki peperiksaan penilaian untuk sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan. eh! rasam macam baru semalam melangkah masuk ke semester 3 lah!

(tiap kali nak dekat exam, mesti akan ada post. hehe..)
banyak yang mahu saya kongsikan (ayat cover biasa.. :D)
namun most of it sudah dikongsikan secara ringkas di facebook.
ya, saya akui di facebook saya tidak dapat "berekspresi" dengan panjang lebar dan berkongsi setiap detail yang berlaku, namun, for a "banyak kerja lain nak buat" lebih lebih lagi bila melangkah masuk ke semester tiga yang sangat jauh berbeza berbanding foundation year, facebook adalah antara medium termudah untuk berkongsi sesuatu dengan ringkas dan cepat.



andai saya mahu kongsikan gambar tetapi enggan "diwar-warkan" kepada semua, saya hanya perlu set as private album tersebut, tanpa perlu lagi ambil masa untuk membuka perisian graphic dan "mengblurrkan" satu persatu wajah saya. (itu namanya malas). hehe..

jadi, maaflah la BQ.. :) :) but hey! im still here. kan? :)
so.. where should i start?


Broga Hill

Satu fakta, saya, seorang yang sangat suka untuk berada hampir dengan alam.
tasik, sungai pantai, itu kawasan yang mampu saya pergi dengan sendiri.

tetapi untuk mendaki, tak banyak peluang yang saya ada walaupun sebenarnya boleh dikatakan saya
menggemari outdoor aktiviti.
dan kerana tak banyak peluang itulah, tak ramai akan "sangka" bahawa saya ini penggemar aktiviti outdoor. saya, lebih disinonimkan dengan perkataan "ayu", "senyap", "lembut", yang mana kebenarannya hanya orang yang hampir dengan saya sahaja yang mengetahuinya. hehe. :)

dan once mereka melihat saya "lasak" sedikit, mula lah terlopong dan menggaru kepala.
"boleh tahan jugak ijjlal ni. ada gaya" 
hehe.. seems that theres more of me to discover. :)


Broga Hill (klik untuk album)
plan untuk ke Broga berlaku dengan pantas.
tengahari sebelumnya semasa lunch, entah kenapa dan macamana, saya suarakan keinginan saya untuk pergi mendaki. dan tak semena-mena semua beri green light atas cadangan, semua excited, dan tup tup esok paginya saya sudah berada di kemuncak Broga Hill.
Subhanallah, semudah itu.!
kadang-kadang, apa yang kita rancang sejak sekian lama, in the end tak akan menjadi..
namun apa yang kita lakukan secara tiba-tiba, itulah yang akhirnya happening ! :)

iktikaf

Ramadhan 1432H, alhamdulillah, manis. :)
walau pada awalnya sedikit hambar dan terkial-kial untuk mencari ruh nya, 
namun menjelang akhirnya subhnallah, terasa manisnya.
sepanjang 22 tahun saya hidup, inilah kali pertama saya beriktikaf (dalam erti kata bermalam) di masjid, atas inisiatif sendiri, semasa di bulan Ramadhan.
it was a whole new experience.

"kalau nak pergi, bagitahu akak tau"
menjadi "yang tua" dalam batch sendiri, ada juga kelebihannya.
saya terasa lebih 'tak malu' untuk meminta tolong, menegur, atau bertanya khabar dengan sahabat-sahabat m210 yang saya anggap seperti adik sendiri.
walaupun mereka hanya satu tuhan lebih muda dari saya, namun entah mengapa saya seolah-olah menganggap mereka jaaauuuhhh lebih muda dari saya, bertahun-tahun.

"akak, kitorang nak pergi jumaat ni. nak ikut?" - salah seorang dari mereka, lelaki, bertanya.
alhamdulillah. mana nak dapat adik-adik macam tu?
datang kepada saya untuk mengajak ke masjid beriktikaf. :)

lazimnya mereka pun jenis yang malu-malu juga, namun saya paercaya lantaran mereka juga melihat saya seperti seorang kakak, maka komunikasi itu terasa lebih mudah dan tidak janggal.

janji dibuat, rakan-rakan diajak, dan kami berkonvoi bersama ke sana.
ke masjid sultan sainal abidin, putrajaya.

masjid besi putrajaya. teka siapa? :)
(klik untuk album)

ianya pengalaman pertama saya, dan insyaAllah saya akan usahakan supaya ia bukanlah pengalaman terakhir saya.

ketenangannya, suasananya, keluarganya, kebersamaannya, sangat menghangatkan.

saya sangat sukakan rasa selamat itu.
melihat anak-anak kecil, bahkan bayi, dibawa ke masjid.
yang lari dibiarkan berlari bebas.
yang solat, tak kalah tertonggeng tonggeng solat.
yang tidur, enak diulit mimpi berdodoikan alunan Quran sepanjang solat tarawikh.

MaysaAllah, beruntungnya kalian wahai anak-anak kecil kerana dilahirkan sebagai anak kepada ibu bapa yang cintakan rumah Allah. :)

hadiah

truly a ramadhan suprise.
apabila menerima sepersalinan jubah hitam dari salah seorang sahabat maya, yang dibelinya sebagai ole ole dari tanah suci mekah.

"dulu ada baca dalam blog yang ijjlal suka jubah hitam. gamble je beli, harap-harap muatlah" - itu, katanya. (and if youre reading this, this post is for you!)
mana tak gamblenya, bersua muka pun tak pernah, saiz badan saya pun tak tahu besar mana..
namun, as you can see, it fits me well alhamdulillah.

siapa sangka . siapa sangka. siapa sangka.
sekali lagi, tidak terlintas dalam fikiran untuk menerima apa-apa pun dari kenalan maya, apatah lagi dari sesiorang yang tak pernah bersua muka.
hai, nampaknya saya memang ada "chemistry" lah dengan alam maya ni... kan? :)

sungguh, indah benar rahsia dan aturannya.
kejutan, demi kejutan.. baiknya Allah kepada saya... :')

jubah baru :)
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

At-Talaq : 2-3


 
 
kerana dia; adalah hamba

history taking


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim..



“can you comment on this student ,sir?”

Doctor latihan klinikal saya mengajukan soalan.

Mengajukan soalan kepada simulated patient yang bersama kami waktu itu.
‘this’ student’ pula merujuk kepada saya, yang baru sahaja selesai satu sesi interview pesakit, (history taking) pengkhususan dalam system kardiovaskular. Kes yang saya terima hari tu adalah kes palpitation. Diakui saya memang perlu banyak improve, especially when the session was held in English.

Sesi tersebut dilaksanakan dalam kumpulan.
Dan tak lain tak bukan, kumpulan saya adalah bersama para jejaka yang pernah saya ceritakan sebelum ini.
Waktu tu saya bersukarela untuk tampil kehadapan dan mendemonstrasikan sesi soal jawab bersama pesakit, memandangkan saya sedar saya perlu perbaiki kemahiran saya dalam aspek ni.. ergh. Interviewing in English had always been a challange for me. so there i was, sitting infront, sambil diperhatikan oleh 7 orang rakan kumpulan yang lain.

Lecturer saya mngajukan soalan yang sama kepada ahli kumpulan saya yang lainnya.

“good, but it was quite torough”
“i find it wierd when you asked about his wife when you had never asked about his maritial status in the first place”.

He.hee... I found it silly too!

Sungguh, berbeza rasanya apabila kita duduk dan melihat kawan kita interview patient, dengan apabila kita sendiri duduk didepan dan melakukan sesi interview patient.
melihat orang buat, nampak macam senang. Tapi bila kita buat sendiri...... mulalah terlupa, tersasul, terblank, dan tercakap sesuatu yang dalam minda tak bermaksud pun nak cakap. Maka terkeluarlah babak babak silly yang tak perlu untuk ditanya pun. It happens.

Afterall, i am a human, kan? :)

.
.
.

AllahuAkbar.
Akal mula terusik dan menggali hikmah dan perkaitan yang mampu dicari daripada sesi yang saya duduki sebentar tadi.

realitinya

Ya, begitu juga lah keadaan kita.

Kita, lebih mudah nampak kesilapan dan kesalahan orang lain, daripada kita sedar akan kesilapan kita sendiri. Itu apa yang saya pelajari daripada sesi clinical skill saya yang lalu.
Dan kerana hakikat ketidakupayaan kita untuk sedar 100% kesilapan yang kita lakukan, kita memerlukan sahabat yang dapat melihat, dan menegur kita.


Apabila lecturer meminta sahabat saya untuk memberi pendapat dan komen, maka mereka melontarkan, bukan dengan niat untuk memalukan saya atau menjatuhkan darjat saya, tetapi kerana mereka sedar kesilapan saya itu perlu di point out supaya saya dapat perbaiki dan akhirnya dapat melakukan sesi interview patient dengan baik.

Alangkah jahilnya saya jika saya bangun dan marah-marah kepada sahabat saya yang memberi komen dan enggan menerima mahupun mendengar sedikit pun daripada apa yang mereka katakan.

Hai.. kawan tu nak bagi awak improve supaya nanti awak boleh score utk OSCE, yang awak pula pergi marah-marah ?

setuju ke?

Jika anda bersetuju dengan kenyataan diatas, maka seharusnya anda patut bersetuju pada kenyataan saya seterusnya ini.
sebenarnya keadaan yang samalah berlaku jika ada sahabat anda yang datang dan menegur anda, samada dari tingkah laku, pemakaian, atau sesuatu yang pada ilmunya bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan.

Teguran dilakukan tiada langsung atas niat mahu memperkecilkan, memalukan, jauh sekali merendah-rendahkan, namun semua itu semata-mata atas dasar sayang, atas dasar mahu melihat anda tidak mlakukan kesilapan yang sama berulangkali, mahu melihat anda menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Ya. Dan manfaatnya tidak lain dan tidak bukan akhirnya akan kembali kepada anda sendiri. Bukan kepada orang lain. Percayalah. :)

mereka semua mahu anda bersedia, dan mampu menghadapi sesi interview bukan untuk sesi OSCE, tetapi sesi interview di hadapan Sang Pencipta nanti.


Anyways.

Berbalik kepada soalan lecturer saya kepada simulated patient mengenai session saya bersamanya.

Nak tahu apa jawabnya?

“ well, she has a sweet smile that reduced my palpitation and make me feel peace” jawabnya spontan sambil mengurut-ngurut dadanya.

Instantly, Seluruh ahli dalam bilik terus menoleh kepada saya. Tersengih-sengih.

Apekah..... pakcik ni komen macam ni? =_=’’’’

Cepat-cepat saya tunduk.
And yeah, i blushed.
.
.
... So much.


kerana dia; adalah hamba

6 - 1 = 0


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrhamanirrahim


Sifir dan kira-kira dalam Rukun Iman adalah pelik. Andai kita sebelum ini telah diajar bahawa 6 – 1=5, namun dalam sistem matematik Rukun Iman, 6 – 1 = 0.

Ya. enam, tolak satu, adalah kosong.

Menjadi seorang muslim beriman tidak memberikan kita kelonggaran untuk menolak salah satu dari 6 rukun iman yang ada.

  • Beriman kepada Allah
  • Beriman Kepada Malaikat
  • Beriman Kepada Rasul
  • Beriman Kepada Kitab
  • Beriman kepada hari kiamat
  • Beriman kepada Qadha dan Qadar.
Andai kita tolak salah satu daripadanya, maka gugurlah kesemuanya; menjadi kosong dan tak bererti. 6 – 1 =0.

pernah bertanya?

Ada satu titik dalam kehidupan kita, pasti akan terdetik di dalam hati;

“Dimana tuhan? Bagaimana rupa tuhan?”
“Malaikat? bagaimana rupanya?”
“Syurga dan neraka, Bagaimana keadaannya?”



Tidak kiralah sama ada ianya adalah lintasan hati, atau satu persoalan yang membuatkan kita fikir mendalam hingga tidak tidur lena, kedua-duanya berkisar mengenai isu yang sama; Mempercayai sesuatu yang tidak dapat dilihat, mempercayai hanya melalui apa yang diceritakan.

Bagaimana?

Saya tidak akan memberikan anda jawapan, tetapi saya akan berikan anda cara.

Anda tidak pernah melihat bakteria dan virus, sel sel kecil tubuh dan sekitar, namun dengan penciptaan mikroskop bertekonologi tinggi, batas dan dinding tersebut pecah, mengupayakan anda untuk melihat dan memahami apa yang sebelum ini anda tidak fahami.


Anda tidak pernah tahu wujudnya galaksi yang lain di alam ini, namun dengan terciptanya teleskop berbilion dollar, anda kini percaya akan kewujudan alam yang jauh lebih luas dari galaksi bima sakti, dan bukan itu sahaja, malahan anda sudah mula yakin dan percaya, walau masih belum melihat, ada sesuatu yang lebih besar dari apa yang anda sudah terokai. Anda sudah mula yakin bahawa asas kepercayaan ternyata bukanlah pada melihat semata-mata tetapi lantaran anda sedar bahawa ilmu anda adalah sangat terbatas dengan apa sebenarnya yang ada di alam ini.

Dan begitulah sama halnya apabila kita berbicara mengenai soal sam’iyat; yakni mengenai perkara-perkara ghaib yang tidak mampu ditafsirkan dengan akal cetek manusia. Penglihatan akal, apatah lagi penglihatan mata kita tidak mampu mencapai dan tak tercapai untuk melihat segala yang ghaib yang selama ini ingin kita lihat. Allah, malaikat, syurga dan neraka.

Untuk itu kita memerlukan mikroskop dan teleskop istimewa untuk membolehkan kita melihat dan memahami; dan tiadalah “alat” yang lain selain mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w; Kitab Allah Al-Quran.

Sebagaimana kita memerlukan teknologi mikroskop untuk menghubungkan kita dengan alam mikroskopik, Dan Kita memerlukan bantuan teknologi teleskop untuk meneroka alam beribu tahun cahaya jauhnya dari bumi, Maka seperti itulah juga pentingnya kita memerlukan Al-Quran untuk memahami dan menerokai jawapan kepada setiap soalan kita mengenai alam ghaib.

Kita berhak mempersoalkan, namun pastikan persoalan kita itu dipandu pada arah yang benar dan menggunakan sumber yang benar. Sering terlalu mudah untuk kita dipesongkan oleh makhluk yang sentiasa ingin melihat kita tersasar dari jalan yang benar.


Usah silap memilih alat, kerana mikroskop takkan mampu melihat milky way!



“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”

[HR Imam Malik 1395 bersumber dari Umar bin Khaththab Radhiyallahu ‘anhu dihasankan oleh Al-Albani di dalam kitabnya Manzilatus Sunnah fil Islam 1/18]


kerana dia; adalah hamba

semester 3


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim.


saya kini sudah genap memasuki minggu kedua sebagai seorang pelajar perubatan tahun kedua.
Alhamdulillah. Allah kabulkan doa mereka yang telah mendoakan saya sepanjang ulangan satu tahun yang lalu. :)

perjalanan tahun dua, terutamanya semester tiga, bukan calang-calang.
dari awal saya sudah diingatkan agar konsisten dalam ulangkaji, dan usah terlalu santai dan ambil mudah.

insyaAllah, sudah pun mula membuat perancangan masa yang harapnya sedikit sebanyak membantu dalam menyeimbangkan aturan kehidupan antara tangungjwab sebagai seorang hamba, dalam masa yang sama seorang pelajar, da'ie, kakak, dan seorang anak.

semester tiga memerlukan saya mempelajari 4 sistem tubuh, bermula dari sistem kardiovaskular, kepada sistem haematologi, disambung ke sistem respiratori dan akhirnya ke sistem GI. dan semua itu "disumbat" dalam masa lebih kurang 5 bulan. dan si penghujung semester ini akan menduduki peperiksaan kelayakan untuk melangkah ke baki tahun dua, yakni semester 4. target jelas, saya ingin dan HARUS melangkah ke semester 4. titik.

setangkai bunga dandelion

semester 3 memberikan saya suasana baru apabila saya telah disusun didalam satu kumpulan yang unik.

ini; nama ahli kumpulan saya:

perasan sesuatu yang istimewa disitu?
pada asalnya saya tidak memandangnya sebagai sesuatu yang istimewa.

Oh.. aku seorang je je perempuan melayu muslim..? huhu..

gadis melayu muslim tunggal, bersama seorang gadis tiong hua dikekelilingi oleh 5 teruna.
5 teruna ok! jangan main main...

Aik Zuan, Justin, Matthew, Dominic & Sarveen

menarik, kan? :) (lagi 3 orang menarik diri dari menyambung pelajaran)
dua dari 5 teruna itu merupakan pelajar international, juga pelajar lepasan ijazah. baki 3 teruna adalah sama seperti saya, dengan semestinya, umur yang lebih muda.

menjadi bunga yang dikelilingi kumbang, tidak sedikit pun mendedahkan saya dengan sebarang rasa terancam, malahan terasa selamat dan dijaga.
lebih lagi berada di kalangan kumbang yang "berlainan" spesies. saya tak rasa mereka akan ada sedikit pun keinginan untuk hinggap keatas si bunga dandelion ni. :)

mereka :)

walau ada satu rasa "kecewa" lantaran saya seperti keseorangan (as usual) namun, andai dilihat dari sisi untungnya saya, boleh kata saya "dimanjakan"! yelah, mereka semua kan, abang-abang dan adik adik yang gentleman. :)

sebarang tugasan kalau boleh agaknya mereka tak mahu beri kami perempuan untuk lakukan.

nak naik kereta, pintu kereta dibukakan.
nak bagi duit bayar tol tak di izinkan.
nak tahan pintu untuk bagi mereka semua keluar pun, mereka tak galakkan.

"thats a mans job." itu responnya.
owh yeahhh what ever you say brother.
bahagia hidupla macam ni. :D

Justin & Fred (Fred sudah x bersama kami)

bukan sekadar gentleman, malahan bergeliga, pandai, pemurah untuk menerangkan andai saya ada pertanyaan, dan sangat mudah memberi kerjasama.

stuck di jam ,
bersama satu van untuk clinic visit.

saya suka melihat bagaimana rakan post graduate melayan rakan-rakan adik sekumpulan.
iyelah mereka itu dalam 4-5 tahun (malahan lebih) tua dari kami.
fikirannya, personalitinya, haruslah jauh berbeza dari kami.

layanan sesama mereka adalah lebih seperti abang dan adik, bukan seperti rakan. ada satu ketika saya tersenyum melihat sahabat post graduate saya itu "menenyeh" rambut dan kepala sahabat sekumpulan yang lebih muda. memang macam abang dan adik. abang dan adik pun adakalanya tak buat macam tu tau. comel je tengok. :)

dan bila sahabat post graduate saya ini mengatakan sesuatu yang jauh daripada syllabus pelajaran kami dan ditanya kepadanya "how do you know that?" bersama muka 'terpinga-pinga tak puas hati kenapa aku tak tahu',
jawapannya mudah dan penuh selamba: "hey, im 4 years older than you, remember?"
ok, now, thats cool. :D

time ahead

this following year will indeed be an interesting year,
mengasah kebolehan saya dalam berkomunikasi, bekerjsama dan berbincang bersama dengan sahabat-sahabat sekumpulan para lelaki bukan muslim, namun dalam masa yang sama masih mengekalkan identiti saya sebagai seorang permpuan muslim yang bermaruah.

dan nak tahu sesuatu?
katanya kami akan kekal sebagai satu kumpulan hingga semester 5.
bermakna kami akan bersama untuk satu tahun setengah akan datang.
satu tahun setengah.

AllahuAkbar, Semoga Allah memberikan saya dan mereka kemanfaatan atas kerjasama sepanjang perjalanan ini. :)



kerana dia; adalah hamba

dandelion putih


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt,
doa ucapan salam rahmat dan keberkatan keatas kamu. :)

lama tak bersua, kan?
habuk sudah dibuang, dinding sudah saya cat, langsir karpet juga saya tukar.
and here it is. the new look of BQ.

ahlan wasahlan, jemputlah bertandang,
wahai sahabat pembaca, yang saya hormati sekalian. :)

putih

dahulu asalnya berwarna biru, kemudian bertukar kepada merah jambu.
transformasi umur mengubah saya untuk memilih warna yang lebih matang, dari merah jambu keanak-anakan, kepada biege pudar, dan akhirnya membawa saya kepada satu warna sederhana yang punya makna yang dalam.

putih dipilih atas harapan mudahan jasad saya, terutamanya Qalbu turut sama ikut akan fitrah warna putih ini.
asalnya putih,
asalnya suci,
asalnya bersih.

putih adalah sebuah kesederhanaan yang memberi ketenangan.
tiada jemu, dan melapangkan bagi yang melihat.

putih memberi satu harapan, bahawa saya masih berpeluang untuk mewarnai putihnya lembaran kehidupan saya di masa hadapan dengan warna-warna yang benar.

putih mengingatkan hakikat diri yang sebenarnya kosong dan lompong serta tidak punyai satu apa pun kuasa pemilikan tanpa kekuasaanNya.
simbol hakikat perhambaan kepada Tuhan Segala Penciptaan.

putih lembaran kain sewaktu ihram,
menghidupkan sentiasa hati untuk menjejakkan kaki ke tanah suci,
satu hari nanti.

putih juga sebagai satu signifikan,
agar kalian menerima diri ini seadanya, samada lebihnya, mahupun kekuranganya;
dan bukan kerana bagaimana raut wajah saya, dan apa pemakaian saya.
tarikan "warna lain" ingin diketepikan, agar mata dan hati tidak dikaburi dengan warna indah yang membutakan. hanya putih, yang lebih mampu menampakkan warna sebenar diri.

dandelion

hembusan lembut angin yang menerbangkan anak-anak benih baru si bunga dandelion.
terbang jauh si anak benih, mendarat di tanah, dan tumbuh lah baru di tanah.

itulah saya.
takdir kehidupan menerbangkan saya ke pelbagai perosok keadaan,
tak kiralah dari segi keadaan emosi, mahupun keadaan geografi.
namun walau dimanapun tanah yang diletakkan, diri akan terus tumbuh membina harapan.
putus asa bukan pilihan.

angin takkan pernah mampu untuk dihentikan, kadang kasar, kadang lembut.
namun bunga dandelion masih punyai pilihan.
samada untuk terkulai dan menyendiri, atau tumbuh dan tersebar.


dan saya pilih untuk tumbuh; dan menyebar. :)



kerana dia; adalah hamba

come on!


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim

“bukannya baru lagi, dah setahun kan? Come on.. just let it go.”

“Kawan-kawan semua gembira dan bersyukur dengan kehadiran awak. Takde sorang pun yang menilai awak dengan masa lalu awak. Awak je yang fikir bukan-bukan.”

And then she smiled. =)

Hehe. Pandai sahaja mulut saya ni berbicara. Mentang-mentang lebih senior darinya. But then betullah.

Mata saya melihat dari sudut pandang orang ketiga.
Saya merasakan satu kerugiaan dan penuh kesia-sian andai dia masih terikat dengan kegagalan yang dilalui bukan sehari dua yang lalu, namun sudah setahun yang lepas!
Andai dia berterusan merendah diri, bersedih, dan malu, tak terbayangkan berapa banyak tingkatan ilmu yang mungkin dia terlepas.
Kan rugi sangat tu, sedangkan tiada siapa pun dari kami yang memandang hatta teringat sedikit pun akan kegagalannya yang lalu, malahan kami cukup mengalu-alukan kehadirannya dan menyokong langkahnya.

Its all in the mind. Its all in the mind. Don’t get trapped. FREE your mind!

Usai

Usai dari perbualan singkat tersebut, hati dan minda saya terfikir.

... dah setahun. Let it go. Kawan-kawan semua gembira, awak yang fikir bukan-bukan.
... dah setahun, let it go.


Allahuakbar. rupanya sudah hampir setahun.
Rasa tertampar dengan dengan diri sendiri, dan saya tersenyum.
Semua yang saya perkatakan, dan semua yang saya fikirkan dan lihat pada dirinya, akhirnya kembali merujuk kepada diri saya sendiri.

Alhamdulillah, tak rugi menasihati orang sekeliling, sebagai satu cara untuk menasihati diri sendiri juga. kan? Sayang Allah. :)

Dah setahun. Let it go, FREE your mind!

:)


Nuur Ijj'lal Bt Surani,

Hitunglah Kesyukuranmu;

bukan kesukaranmu.

Allahumma solli 'ala Muhammad!

kerana dia; adalah hamba.