Archive for 08/01/2009 - 09/01/2009

B1


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


Dengan NamaMu Ya Allah..

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..


selamat datang ke "syurga" baru saya.
vista komanwel B1.
(kondo yang satu ketika dahulu merupakan tempat penginapan athelet2 dari seluruh dunia semasa sukan komanwel 1998.
bangunan IMU itu pula, merupakan pusat wartawan serta siaran televisyen seluruh dunia.)
a humble kondomonium, diduduki oleh 6 orang gadis sunti. ;)
maaf ya, saya hanya "sudi" menunjukkan ruang tamu sahaja.
well, privasi lah katakan.
kalau mahu lihat lebih, marilah bertandang ke sini. :P

dengan sewa sebulan sebanyak rm217 per head,
saya kira ianya cukup reasonable.
perabot, mesin basuh dan peti ais besar yang hebat.
kuali pun boleh muat masuk dalam peti sejuk tu tau.
dengan angin yang sangat kuat hingga pada waktu malam tak perlu pasang kipas.
ok, ok, walau pun interiornya sedikit "lapuk" dan "classic"
dalam hal ni, no picky2 ya!

housemate

housemate saya pula, alhamdulillah kesemuanya baik2 belaka.
farahin, radhi, nani, miza, dan fathin.
saya asalnya tidaklah berapa kenal siapa mereka ini.
berlainan kelas, berlainan blok.
mereka hanya rakan berbalas senyuman sewaktu di intec dahulu.
namun syukur, saya tidak diuji dengan isu housemate. sgt syukur.
baru seminggu saya bersama mereka, ttp sudah dapat dilihat nilai2 baik dalam diri mereka.
hopefully dua tahun setengah yang mendatang lebih banyak memperlihatkan kebaikan diri mereka.
i admit, saya masih belum mesra sepenuhnya. baru seminggu. takpe kan? :)
seseorang ynag berpesoniliti INFJ memang begini.
" Reserved about expressing your true self "

kurang

satu kelemahan yang saya nampak pada unit saya ini adalah...
habuk serta debu yang banyak!
kondo ini terletak di tepi higway.
jadi faham2 sahajalah amount debu yang masuk ke dalam rumah ni..
sekali sapu, sekali debu. sekali mop, sekali debu.
huu...
kaki memang perlu sentiasa pakai seliper, or else, hitam lah tapak kaki nanti.


ok. dah terputus kata.
coret2 kecil dari bukit jalil.
assalamualaikum. :)

erm?


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan NamaMu Ya Allah
Yang padanya kuasa segala sesuatu..


Umar ibn Khattab : Sebutkan ciri2 taqwa kpdku.
Ubai bin Ka'ab : Apakah tuan pernah melintasi kawsn penuh dengan duri?
Umar : Ya.
Ubai : bagaimana tuan melaluinya?
Umar : saya amat berhati-hati supaya terhindar daripada terkena duri
Ubai : Begitulah taqwa.

"Macam kita di IMU ni. sekeliling kita penuh dengan duri. Tapi nampaknya... ramai yang telah membiarkan diri tercalar, terluka, dan tertusuk hingga ke tulang.
Namun tak terasa pula sakitnya.
Lagi nikmat mungkin ada."

astaghfirullahalazim..
saya benar2 terkesan dengan satu tulisan dari buletin Shifa edition 5,
pada kolum AlQuran dan Sunnah By Fakhriz.
tahniah dan terima kasih buat kolumnist yang menyediakan artikel simple yet berisi.
semoga ianya mampu menyentuh hati2 insan2 di IMU ini hendaknya.

duri.

tercucuk sana, tercucuk sini.
kehidupan saya di IMU mendekatkan diri saya dengan kebarangkalian untuk mencalarkan diri saya sendiri.
seminggu oreintasi pun sudah cukup menggambarkan gambaran kasar masa hadapan saya.
kadang2 saya keliru dengan bagaimana harus saya fit in dalam suasana begini.
separuh diri mahu turut serta dalam aktiviti2, separuh diri lagi cukup reluctant.


baru2 ini saya memberi nama untuk menjadi krew dalam satu pementasan theatre tun teja sempena minggu budaya melayu. (or what its call again?)
pakat2 dengan newbies yang lain.
pada fikiran saya, saya hanya sekadar mahu join aktiviti agar saya boleh bergaul dan berkenalan dengan insan2 lain di IMU ini. to be precise, insan2 melayu.
pada fikiran saya lagi, saya bukannya mahu berlakon atau apa, hanya mahu menolong buat stage or teknikal things or something like that. yelah, saja2 nak join. dengan kawan-kawan. kan?

tetapi setelah lama berfikir dan merenung,
jauh sudut hati sebenarnya saya menyesal dan kecewa dengan diri saya sendiri.
mengapa dengan cukup mudah saya berfikiran begitu.?
saya melakukan sesuatu yang pada hakikatnya ianya sesuatu yang sering ingin saya pelihara. (atau sekruang2nya sedang belajar untuk pelihara)
pelihara daripada melibtakan diri dalam aktiviti2 yang samar2 kedudukannya.
memang benar, ianya merupakan peluang baik untuk saya berkenal2 dengan warga melayu di IMU ini, tetapi, persoalannya, adakah ini satu2nya jalan?
adkaha hanya kerana alasan mahu fit in, saya sanggup mencalarkan diri saya.
calar tanpa terasa sakitnya, malahan merasa cukup nikmat?

keliru

dalam keadaan beginilah yang sering menyebabkan saya dalam keadaan keliru.
kerana saya melihat insan2 yang saya hormati, yang terkenal dengan kepandaian, baik akhlaknya, cantik peribadinya, molek agamnya, juga turut serta dalam aktiviti2 sebegini.
merekalah top scorer. merekalah pemidato. merekah pelakon. merekalah pemimpin, merekalah penyanyi. merekalah ahli sukan. pendek kata all in one.

kadang-kadang untuk menyedapkan hati, saya berkata kepada diri saya
"diorang tu sporting je join semua benda. takkan aku tak boleh?"

saya tidak mahu menjadi seorang yang jumud. namun, apakah definisi jumud itu?
saya mahu menjadi seorang yang versatile. namun, apakah definisi versatile itu daripada pandangan mata seorang muslim?
apakah ianya satu kesalahan, saya jika saya melarikan diri dan menjadi "tidak sporting" kerana tidak menyertai aktiviti2 yang dianjurkan.?
uuhuu. keliru betul.

check

sekarang; jam 2.30 pagi.
waktu yang baik untuk duduk dan muhasabah diri.
menilai berapa banyak yang tercalar, terluka, dan tertusuk.
syukur, masih terasa sakitnya..
parah jika makin terasa nikmatnya.
aduhai.. aduhai..


Namun tak terasa pula sakitnya.
Lagi nikmat mungkin ada

nau'zubillah!


masih keliru,


kata hati :
1, akhirnya saya tak pergi pun treassure hunt utk orientasi.
2. nama saya tak tersenarai dalam krew pementasan theatre tun teja. ok, safe! :)

new


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

Dengan namaMu yaAllah,
Yang menciptakan manusia secara berpuak2..

1st week of orientation was fine,
because i skipped, like, almost all. :P
this was the only session that i join.
cheer fighting.! *fuyooh*

i was supposed to wear those oriantation shirt but,
well, yeah, since childhood time, being odd was what i am all about. (refer here)
sekurang2nya saya telah sedaya upaya cari baju labuh yang paling merah.kan?
syukur im not facing any culture shock as i had expected IMU to be like this.
just keep on follow the flow as long as... im still on the track.

well, theres still a hole lot of activities to be done.
charity home visit, variety night, dress code, bla bla bla.
hopefully i'm "rajin" enough to join.
aha~ treassure hunt, perhaps?

ok. ok. just some short notes from bukit jalil,
informing u guys that i'm ok. fine, and, trying to adapt.
im training myself to use english. english and english as i need them for communicating in IMU. fiew.

nak cakap bahasa melayu je boleh ? :D




kata hati : tajuk macam xde kaitan dgn post. ;)

IMU = I Miss Umah


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments


welcome to IMU checkmate orientation week.!


just for a moment;

no abc


posted by ~ n.u.u.r ~

10 comments

bismillahirrahmanirrahim..

then

nampaknya..
saya tidak akan melalui plan A, B,mahupun C.

saya tidak melepasi cut off point yang ditetapkan oleh IMU,
maknanya plan A dan B harus dipadamkan dari list.
pada fikiran saya, saya akan melalui plan C, iaitu menyambung ke indoensia atau mana2 universiti tempatan.

ternyata.... plan C juga; bukan ditentukan buat saya.

siapa sangka, Allah punyai perancangan lain buat saya.
tidak diberikan saya A, B mahupun C.
ttp, gabungan kesemuanya!

ya, alhamdulillah..
syukur. atas rezekiNya.
dikurangkan sedikit, ttp dilebihkan sedikit.
ditarik sedikit pada awalnya, kemudian diganti dengan yang lain.
diajar sedikit saya untuk bersabar dan redha, dihadiahi kemudiannya dgn menjawab doa orang2 yang senitiasa mendoakan saya.

insyaAllah, saya akan mendaftar ke universiti perubatan antarabangsa isnin ini.
saya tidak lulus cut off point ttp, ttp bukankah ketentuan manusia itu, berada di tanganNya?
saya menghembus nafas lega dan penuh haru, apabila admission officer memaklumkan bahawa saya masih tetap diterima sebagai pelajar IMU.
alhamdulillah. maha Suci Allah, atas rezekiMu yang sering tidak disangka2. :')

alhamdulillah juga, sepanjang hari ini, meski memperoleh keputusan yang jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dgn sahabat2 lain, hati saya cukup tenang.
malahan turut tumpang gembira dengan pencapaian hebat sahabat2 saya. 126 peroleh 15 points. mana tidak hebat!

sudah saya nyatakan sebelum ini, i had been blessed with so many things for the past 20 years. dan, saya tidak akan membiarkan keputusan Alevel ini meruntuhkan semangat dan membuatkan saya lupa pada nikmat2Nya selama ini.
sesungguhnya benarlah. hanya Dia yang mampu jadikan kita seorang yang kuat. sungguh sungguh, benarlah! :)

urusan pertanyaan mengenai status saya berjalan dengan lancar.
madame Rita menjawab panggilan saya meski sedang sakit tekak,
JPA melayan dengan sangat baik dan mesra,
IMU juga memberi kerjasama yang saya kira boleh dipuji.
alhamdulillah.

"Sukarkanlah dan jauhkanlah urusanku jika ianya buruk untukku.
Permudahkanlah dan dekatkanlah, jika ianya baik untukku."

thanks

i had thanked my family, lecturer and friends,
now im thanking my dear juniors yang sgt supportive.
panggilan hari ni really make me smile.! *mode rindu*
da kembars, farhana, lyana, yatimah.
i found myself tru u guys.
terima kasih. insyaAllah ada rezekinya, akak turun ziarah korang ya?
:)

lagu

saat ini saya sedang mendengar lagu alunan talil alhabib bertajuk Light of dawn.
Lengkap 2 albumnya; Rahma dan The Song Of Innosence saya download.
(ini semua gara2 junior yang request lagu drpd sy la ni. hehe.)
lagu2 alunan talil al habib sungguh touching.
veryy soothing, very relaxing.
kena pula dengan keadaan sy waktu ini.




I wake with the light of the dawn whispering
With joy in my heart and with praise on my lips
In stillness and twilight I stand before you
Bowing, prostrating I call Allahu

My eyes see your beauty in the dawn’s golden hues
My ears hear the thunder as it glorifies you
The rhythm of my heart beats the sound of your name
My breaths rise and fall with the tide of your praise

My soul knew and loved you before I was born
And without your mercy is lost and forlorn
Wherever I may wander down the pathways of life
My cry to you, oh my Lord, is ‘guide me to light’

Through all fear and helplessness, to you do I turn
For your breath of healing and peace do I yearn
For all that I have, my Lord, all that I am
Is from You, is for You and to You will return

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum



all that I am,
is FROM You, FOR You, and TO YOU will return..

jumpa lagi!

result


posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments


6 am united kingdom = approximately 2 pm malaysia.

ok. just have to be patient!

update

"Some of you may not get what you had hoped for. If you are one of them, please remember, it isn’t the end. It just means your journey of life will take place by a different pathway that you hadn’t planned for. The unplanned pathway will I am sure, still contain riches and rewards just waiting for you, as work your way down that new path."

-Mr Mike Allan.

baik, result sudah berada di tangan.
my result.?

saya mendapat B utk ketiga2 subjek.
bermakna, point saya; 12.
ya, saya tidak lulus cut off point.

namun anehnya,
entah kenapa, saya cukup tenang.

alhamdulillah.

:)

terima kasih atas sokongan dan doa drpd family, lctrr dan kawan2.
mungkin tanpa doa kalian,
barangkali keputusan sy lebih rendah drpd ini.?

dan, ofcourse, buat sahabat2 saya yang hebat2 semuanya,
berbanyak tahniah buat kalian!
semoga terus, bersemangat, dalam mengejar impian.
insyaAllah..


ok, plan A dan B mungkin perlu dibatalkan?
plan C, here i come.!
(rujuk sini)

salam tenang,

walrus?


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

seorang sahabat saya di facebook, meletakkan nama "Pzu De Walrus" sbgai namanya.
he also happen to be my batch mate at intec.
but dunt get mistaken. walaupun sebatch, rasa2nya saya tidak pernah bertegur sapa dgnnya.

Pzu itu, namanya. walrus itu pula?
seriusy, sy tidak tahu apa makna walrus.
so, again, dek kerana curiosity, sy bertanya pada encik google.

i typed walrus di bahagian "search image"
and, wow! rupa2nya, inikah dia walrus?

end up, i found this very cute version of walrus!

ahaa~~ how cute! kawaaaiiiii...! :D


peekaboo!
^_^




kata hati: ok. ok. ok! sah sy nerves utk result ni.

nikmat


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan NamaMu Ya Allah..

senang

saya ini, boleh dikatakan, tidak pernah merasa susah.
(dr segi harta dan kelengkapan harian)
dalam erti kata lain, hidup saya, mudah dan mewah.
mm.. ok2, bukan mewah, ttp serba serbi ada.

tp rasanya, semakin sy dewasa, semakin mewah hidup saya.
iyelah, bonda dan ayahnda sy pun sudah semakin stabil dari segi kewangan,
kakak sulung saya, sudah ada tempat bergantung,
kakak kedua saya, lazimnya akan bergantung pg wang biasiswa yang menimbun2,
siapa lagi yang ingin "dicurahkan" melainkan kpd saya, si anak bongsu?


lengkap

sejak saya kecil hingga sekarang,
sudah ada makcik yang diambil sebagai pembantu rumah.
ada yang tolong kemaskan rumah,
ada yang tolong menyediakan sarapan, lunch, dinner
ada yang tolong basuh kain
ada yang tolong gosokkan baju
ada yang tolong basuh sidai dan lipatkan kain.
semuanya diuruskan. semuanya ada yang menolong.

masyaAllah

dari segi barang-barang elektronik dn gadget,
serba serbi saya ada.
kalau tidak pun yang terlalu mahal, ttp serba lengkap.
barang2 asas, kesemuanya ada.
dan kebanyakannya adalah hadiah, hadiah dan hadiah.

jam tgn hadiah dari kekanda.
satu utas lagi hadiah dari bonda.
2 handphone hadiah sempena hari jadi,
lagi satu handphone "diwarisi" dari kekanda.
satu kamera digital hadiah dari kekanda,
laptop hadiah dari ayahnda,
external hard disk, erm duit biasiswa hehe.
pen drive hadiah dari pihak sekolah,
pendrive lg satu dibeli sendiri.
web cam ntah berapa byk yg dah dibeli.
dgn internet wireless 24 hours lg.
astro pakej basic, dan dgn kamar tidur fully air conditioned.
utk keperluan sy, semuanya cukup. lebih dari cukup.

subhanallah..

makanan

dr segi makanan.
owh.. ini lagi mewah.
kalau keluar petang2 dgn bonda sy,
pasti akan menyinggah ke mana2.

"ijjlal nak makan apa?"

sebut sahaja mahu apa, pasti akan dapat.
coklat? yougurt? ice cream? biscuits? mee? ayam? burger? pizza? kuihmuih?
pelbagai jenama pelbagai rasa, pelbagai keluaran. tempatan mahupun barat.
tinggal minta sahaja, pasti akan tertunai.

alhamdulillah..

pakaian

pakaian dan perhiasan,
kena musim dan waktu,
akan terima gelang dr kaklong, atau bonda, atau ayahnda juga.
bab pakaian lazimnya sy beli sendiri, dgn wang simpanan
ttp dr mana dtg wang simpanan itu?
ofcourse dr poket money bulanan dr ayahnda ditambah lagi dgn biasiswa JPA.

maha suci Allah..

buku

buku2, ini lagilah.
beli sahaja apa yang saya mahu.
tolak ke tepi soal harga.
yg penting, jgn lupa ambil dan simpan resit buku tersebut,
serahkan kpd ayahnda, dan menanti claim wang.
harga2 buku itu akan ditolak dari income tax ayahanda dan bonda sy yang perlu dibayar.
saya boleh mebelanjakan buku up to rm2000 setahun.
sungguh mewah, kan?

segala puji bagimu yaAllah!

akademik

dari segi pencapaian akademik,
alhamdulillah Allah permudahkan.
upsr, pmr, spm, ketiga2nya mendapat A untuk setiap subjek.
5A, 9A dan 12A, dan mendapat bisiswa JPA.

jalur pengajian saya, selepas tingkatan empat, saya akui agak mencabar.
bayangkan sahaja sepanjang tingkatan empat saya mendapat merah bagi subjek prinsip akaun, jarang sekali mendapat A bagi addmath dan kimia.
paling banyak A yang diraih hanya 6A.

tambahan pula; saya kerap ponteng sekolah.
dan pernah saya enggan menghadiri peperiksaan pertengahan tahun semasa tingkatan lima. ya. memang saya skip. saya tidak hadir dan duduk di rumah.
x percaya? percayalah.

kekuatan dalaman saya semasa umur 16 dan 17; amatlah lemah.
terlalu rapuh dan goyah.
terlalu banyak persolaan yang membuatkan saya keliru dan buntu.
saya marah. saya sedih. saya keliru. saya geram. saya tiada pendirian.

syukur sahaja saya bukan orang yang memberontak dengan cara yang bukan2.
paling teruk pun hanya enggan belajar dan enggan ke sekolah.
dan memang itu yang saya lakukan!

namun, perancangan Allah mungkin.
alhamdulillah; saya diberikan kembali semangat slepas peperiksaan percubaan SPM.
hari2 yang berbaki, lebih kurang sebulan lebih sebelum SPM sebenar,
sy melarikan diri ke perpustakaan awam di bandar kulim untuk mengejar kembali segala yang tertinggal. pergi pagi, pulang lewat petang.

dan hasilnya, alhamdulillah 10a1 2a2.
a2 utk kimia dan matematik tambahan.
kerana itu saya tidak merasakan keputusan sebenar SPM saya itu berkualiti.
saya tidak pernah mencatatakan straight A's sepanjang tingkatan 4 atau tingkatan 5.
tup2, tiba SPM, melonjak terus kpd 12A.
apapun, saya tetap bersyukur dengan hasil yang diperolehi. alhamdulillah..

risau

sebenarnya, sy risaukan juga dgn diri sy ini.
krn sy jarang merasa susah.
hidup sy senang.
jarang sekali diuji dgn kesempitan wang, lapar, jauh sekali kesusahan.
poket saya sentiasa ada wang. perut saya sentiasa terisi dgn makanan.

ada masanya, sy berfikir juga

adakah sy mampu berhadapan dgn ujian kesempitan jika satu hari nanti nikmat ini ditarik dari saya?
adakah saya masih mampu bersyukur jika jalur pendidikan saya tidak semudah yang saya perolehi spertimana yang saya perolehi sejak dulu?

atau....

adakah sy menerima nikmat ini kerana Allah tahu, sy lebih layak diuji dari aspek lain?
adakah nikmat ini sebagai "tampungan" atas ujian lain yg diberi kpd saya?
adakah nikmat senang ini sendiri merupakan ujian buat saya?

saya sentiasa berdoa agar Dia meminjamkan saya rasa redha dan tawakal atas apapun yang akan berlaku.
saya sentiasa cuba nasihatkan diri saya untuk tidak cepat melatah apabila didatangkan sesuatu yang tidak kita sukai, kerana, sepanjang 20 tahun kehidupan saya, terlalu banyak rezekiNya kpd saya.


adakah hanya kerana satu titik, saya akan terus berpaling dan "menarik muka masam" kepadaNya.? wajarkah?
sangatlah zalim. ! siapa saya untuk memarahiNya. !

pujuk

mudahan2, ayat-ayat cinta dariNya ini, meberikan saya, dan kalian, kekuatan.
ayat-ayat yang bersih dari penipuan, dan selayaknya kita meletakkan sepenuh keyakinan...
ayat-ayat pemujuk.. memujuk kita jika, satu hari nanti kita dihadapkan dengan ujian dariNya.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Al-Ankabuut : 2

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Al-Baqarah : 216

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya
Al-Baqarah : 286

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
Ali Imraan : 139

dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Yusuf : 87

Cukuplah Allah bagiku;
tidak ada Tuhan selain Dia.
Hanya kepada-Nya aku bertawakal
At-Taubah : 129


ya.. cukuplah,
Dia; bagiku..


salam perjuangan,


kata hati : posting ni adalah kerana sedang gemuruh menanti result Alevel. menasihati diri agar bertawakal dan redha. dengan apapun keputusan.



case


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrhamanirrahim..

baru

saya baru "membeli" cermin mata baru.
ups, bukan saya yang beli, ofcourse ayahda saya yang tolong belikan. :P
one thing that i "hate" most when buying new specs is, that,
i am so soo not good in choosing the right spectacles for my face.

semasa proses memilih, entah berapa banyak yang dicuba.
semua tak masuk. dan akhirnya, kerana letih memilih, saya menerima sahaja cadangan tuan kedai dan pulang ke rumah.

a fully framed; dark red framed spectacle.
uu dark red. cubaan berani. *giggle*
saya tidak dibenarkan untuk membeli frameless spek dek kerana cermin mata sebelum ini entah berapa kali asyik patah.
terduduk, terpijak, terbawa tidur. ya. saya memang ganas.
sebagai denda, no more frameless spectacle for me ever again.
jadi, taat sahajalah kepada si pengeluar arahan. kerana end up, beliau juga yang akan menjadi tukang bayar. !

gemar?

sejujurnya, saya kurang gemar memakai cermin mata.
hanya ketika driving atau kuliah.
entah. degil, mungkin satu. x selesa, itu dua.
dan ketiga, saya ada nyatakan yang saya cukup tidak pandai dalam memilih cermin mata yang sesuai, ye kan?
i usually end up buying spek yang sedikit besar untuk saya.
jadi macam makcik pula bila pakai. hehe. macam2.

anyway, disebabkan selalu on off pakai spek, saya mencari bekas cermin mata yang sesuai. bekas yang diberi terlalu besar untuk dimasukkan ke dalam beg. sangat membazir ruang dan rezeki saya mungkin, saya terjumpa dengan sebuah bekas cermin mata yang berharga hanya rm4. (eh, sama harga macam buku pla. :P)
apa lagi. terus ambil.
its a simple case dengan kotak2 kecil berwarna hijau pekat.


asalnya saya mahu memilih warna beige, ttp saya tahan.
saya sudah berjanji untuk mengelak dari membeli barang berwarna beige.
terlalu banyak barang2 saya yang beige colour.
backpack, purse, kasut, beg kecil, just name it.
entah lah. sy mmg suka dgn warna2 earth ni..
(its obvious isnt it? tertak bicara qalbu ni pun dah terbeige colour)

excited

pulang rumah sedikit excited dgn bekas spek yg murah.
but yet, bila lama2 tgk, sy rasa sgt geram utk melakukan pengubahsuaian.
kpd sahabat2 yg mengenali saya secara dekat,
pasti kalian tahu yang sy tidak suka melihat sesuatu yang keras dan kaku.
and, i love to decorate.
esp with laces! oganza ribens! and, buttons! :P
i just cant stop myslef from adding sumthin to my new spek case.
tp.. nak bubuh apa ya.?

kalau letak butang; comel juga ni.
but bila buka laci butang, tiada warna yang sesuai.
then, saya ternampak satu bunga ros lace.
a small sweet flower lace.
ahaaa.. perfect!
tanpa berlengah, terus capai sekuntum, mengambil gam gajah, dan, melekatkannya.
senyum, puas. alhamdulillah. :)

i love it!

hanya dengan satu ros kecil,
dari sebuah spek case yang dull dan "keras" terus transform menjadi case yang sweet dan comel.
okey, saya akui bunganya sedikit besar, tapi, okeylah berbanding sebelum ni.
(at least for me)


i was very satisfied. alhamduillah.
kalau diberi peluang, saya cukup berminat untuk mendalami ilmu perhiasan.
esp yang berkaitan dengan handcraft, lace etc.
cumanya, itulah, semuanya memerlukan duit dan waktu.
duit duit duit. masa masa masa.
dua perkara yang saya sendiri kekurangan.

hmm...

tell.

"babah, tengok ni case spek mata ijjlal"
saya menunjukkan case hijau pekat itu.
pantang ada barang baru, suka sangat nak menunjuk2.
ayahanda saya membelek.

"bunga ni tambah sendiri ke?"

see. ayahanda saya pun dah tahu sangat perangai saya.! :D




kata hati :
:P another siries of pointless post.

privasi


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments


ok ok. nampak benar yang saya tiada kerja lain. hehee.
(respon pada komen under post bertajuk wajah)
to dear cik sisfas ;) ini contoh screenshot untuk set facebook privacy.
ada dua pilihan, samada utk block, atau allow some. sama je sebenarnya. it works either way.
untuk saya, buat dua2. haha. sungguh xde kerja.

bila mahu upload album baru, perkara yang sama dilakukan.
just klik on "some friend" dan pilih friend list/ individu yang berkaitan.

simple, isnt it? :)


selamat mencuba!

kecil


posted by ~ n.u.u.r ~

2 comments

bismillahirrhamanirrahim..

freak


now im starting to freaking out.
not because a level
but, because of some missing pieces in my albums.

pasti kalian tahu bahawa saya seorang yang sayangkan gambar2 koleksi saya.
sebelum adanya digital camera, sy ada kamera filem saya sendiri, dan saya sanggup berbelanja wang saya sendiri utk membeli filem, dan mencucui gambar serta susun dan kumpul dalam album yang juga dibeli dgn wang sendiri.

malam semalam, sy sudah letih dgn tv, intenet dan komputer.
kebetulan terlihat pada album gambar yang disimpan elok di rak buku.
maka, mulalah mode nostalgia.. hehe..

but then, to my surprise, terlalu banyak gambar2 yang hilang dari tempatnya.
semasa mula membelek, saya tidak berapa kisah akan kehilangan satu dua gambar, kerana, yelah, mana tahu saya ambil dan potong dan letak sana sini, kan?
tapi bila makin lama makin banyak gambar yang hilang, saya sudah mula risau.
tambahan lagi apabila gambar saya tidak mengikut susunan peristiwa.
gambar bercuti di kota kinabalu bercampur dgn gambar semasa di penang bercampur dgn gambar semasa di langkawi.
seolah2 ada yang menyelongkar dan memasukkan gambar tanpa order.
atau.. adakah saya yang sebeanrnya terlupa.

i hope it ws all because of me. silly me yang terlupa.
or else, mmg freaky sungguh!

buku.

after hanyut dgn nostalgia, sy mencapai dua buah buku kecil yang belum smepat saya habis baca. (well, byk buku yg saya tak baca semua scr teratur. suka pickup2)
buku ini, kalau dilihat secara luarannya, sangatlah tidak menarik perhatian.
buruk dan nampak lama.

waktu itu, tujuan asal adalah utk mebayar duit minyak di kaunter mesra petronas puncak alam selangor.
on the way nak mebayar, saya terlihat susunan buku2 kecil yang lebarnya sejengkal, dalam kedai mesra tu.
beleive me, most of the book designnya kurang menarik perhatian.
due to curiosity, sy singgah sebentar dan membelek buku2 tersebut.
instantly,bila terlihat harganya; this tot came inside my mind. "mak aih. murahnya buku ni. kena beli. kena beli!".
yes. saya sgtlah spontaneus bila terjumpa buku ilmu yang murah2.

sejak melangkah ke alam pasca sekolah, saya sudah terbiasa dgn membeli buku2 ilmu yang harganya minima rm30. mostly buku2 peringkat alevel berharga dalam rm60 keatas.
jadi, apabila melihat buku yang berharga rm4, saya seolah2 tidak dapat menerima hakikat. tak masuk akal, buku yang penuh informasi ini berharga rm4 sahaja?
jika nak dibandingkann dgn berapa lama penulis itu perlu belajar, mengkaji, dan mengambil masa utk menulis buku.
but then, i realise, the topic of the book itself.
buku itu bertajuk; "20 soalan lazim tentang islam" "20 most common questions asked by non muslim who have knowladge of Islam)"
buku itu dicipta bukan utk mengaut keuntungan maha tinggi, ttp, untuk mengalakkan orang membeli dan menyebarkan ilmu yang terkadnung dalam buku tersebut.


okey, what do you expect from a book that cost only rm4?
no colours, ofcourse. graphic, apatah lagi. gambar2 hanya lukisan tangan dan, sedikit kuno. :P

tapi... once dah start baca, susah nak letak!
banyak persoalan yang saya sendiri tidak pernah terfikir, ada.
esp dalam buku 20 question asked by non muslim who knows some knowladge of Islam. (pink)
hebat2 soalannya. saya selama ini hanya menerima dgn "penuh kerelaan" isi kandungan alquran tanpa pernah mempersoalkannya atau mebanding2kan isi kandungannya.
but dari buku yang cukup sederhana ini, terlalu banyak persoalan mencabar dan menarik yang dilampirkan.
kalau sahaja seseorang bertanya kepada saya, pasti sahaja gemuruh dan berpeluh untuk menjawab.

lukisan paling "cantik" dlm buku tu :P

antara soalan-soalannya :

there were many version of quran which were burnt by usman r.a xcept for one. therefore, is it not true that the present quran is the one compiled by usman and not the original revelation of god?

in some versus of quran, it is stated that man are created by dust. but in other versus, it mentioned that man are created by water. doesnt it make Quran contadicting?

for rm4, its much more worth it!
saya tidak pernah tahu bagaimana quran disusun mengikut juzu. siapa, dan bagaiamana. pernah disoal, ttp tiada yang menjawab. and from that book, saya dapat tahu secara kasar proses penyususnan quran. nice. really nice.

penulis melampirkan penerangan yang ringkas, berserta analogy dan dalil2 quran.
i urge u guys to read this, especially sahabat2 saya yang bakal melanjtkan pelajaran ke luar negara.


jangan pandang pada rupa;
pandang pada isinya!


salam empat ringgit,

note pendek


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

i'm becoming speechless day by day.
guess its all because of the alevel results dats coming up in... 2 days.
yep. nervous i cud say.
so, sebelum saya terlupa,
ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan buat kalian.
saya tahu ianya hanya sekadar sebuah ucapan kecil.
but, mudah2n, ucapan kecil ini, mengingatkan kembali kpd kalian bahawa ramadhan benar2 menghampiri.
yelah. mana tahu, kalian sibuk2 dengan pelbagai perkara hingga terlepas pandang ramadhan is just a few days ahead.
peranan sama2 sahabat, saling ingat mengingatkan. ye kan? :)

sebenanrya ada sahaja posting yang sudah ditaip.
ups. bukan sudah sebenarnya. ttp "sedang".
and, as usual, tersekat di tengah jalan, tiada "aura" utk sambung semula, maka posting itu diabbondend kan. hehehe.. shame on me.
baik. itu shaaja utk hari ini.

selamat, menanti, bulan ramadhan.
dan semoga kita diizinkan utk menemuinya!


salam persahabatan,

leka


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan NamaMu Ya Allah.. Yang Maha Pengasih...

mimpi

saya paling tidak suka,
apabila saya bermimpi yang saya sudah bangun dan melakukan kerja2 harian.

sejak dua menjak ni, saya kerap bermimpi sedemikian.
mimpi, dah bangun, buat kerja itu ini kemas itu ini. siap makan lagi.
benar2 seperti dalam kehidupan sebenar. tiada yang pelik. tiada yang seperti mimpi.

ttetapi apabila mata terbuka,
tangan meraba2 handphone, dan lihat, 6.30 pagi!
jangan kata terjaga, melompat terkejut lagi adalah.
6.30 pagi?? huhu.. kelewatan sungguh... T_T
berdeset2 ke washroom. subuh hampir tamat.

semua gara2 mimpi.
mimpi yang mebuatkan saya rasa saya sudah bangun dan terjaga.
mimpi yang membuatkan saya susah bangun pagi.
mimpi yang membuatkan malam2 saya terlepas daripada di isi dgn tahajjud...
mimpi yang membuatkan saya; leka....

.
.

.
.
.


bangun ijjlal, bangun!
hidup ini juga seperti mimpi!
jangan menyesal apabila kamu terjaga dari "mimpi" panjang kamu nanti!

waktu tu, tiada upaya utk melompat terkejut dan terkejar2 subuh.
hanya bangun dan berhadapan,
berhadapan dengan, tuhanmu. sekiranya kamu layak.

bangkitlah sebelum terlambat!


semoga dgn keberkatan bulan ramadhan yang mendatang,
memberikan engkau satu kekuatan
utk sentiasa sedar, meski di dalam mimpi.

salam singgah,

15 ogos


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahim..

Buat ayahanda;

a humble wish, from a daughter of yours.
selamat menempuh dunia 51 tahun..

air dicincang, tidak akan putus!




kata hati :
1. tolong abaikan editing gambar yang tidak kemas.
kami tidak pernah berkumpul sekeluarga sebegini.
jadi terpaksa cut, copy and paste mana2 gambar yang ada.


wajah


posted by ~ n.u.u.r ~

5 comments

dengan NamaMu Ya Allah..
Yang Maha pemberi hidayah..
Maka Kurniakanlah kepadaku nikmat hidayah ini hingga nafas yang terakhir...


facebook


satu perkara yang saya senangi mengenai facebook adalah,
saya boleh privasikan gambar2 saya kepada orang2 tertentu, dalam waktu yang sama, keep public kepada orang2 tertentu.
senang bg saya utk berkongsi gambar family atau kawan.
gambar2 yang ditag kpd sy juga boleh diprivasikan. very nice.
saya tidaklah aktif dalam facebook.
bila dah terlampau bosan baru pakat menjawab kuiz2 nya yg bertimbun2 itu. hehe~

facebook.
menyertai agar hubungan persahabatan yg terjalin tidak terputus begitu sahaja.
sekurang2nya tahu juga khabar berita walau tidak bertegur sapa.
paling tidak disangka apabila sahabat semasa sekolah rendah sms di selangor dahulu mencari saya melalui search engine di facebook. see. it does benifit. :)

blurr.

sejak saya mula blurrkan wajah saya dari tatapan umum,
sy mula belajar utk makin berhati2 dalam berkongsi gambar.
ok, friendster sudah lama diprivasikan. facebook juga sudah diambil langkah yg sama.
dan kini, persoalan yg makin ketat muncul.

wohoo~ lebih2 lagi selepas sy menonton video ini;



selama ini saya melihat wanita dari mata seorang wanita.
saya tidak pernah melihat wanita dari mata seorang lelaki.
bagi saya, macam, biasa sahaja apabila melihat rambut2 yang terdedah.
tiada detik satu rasa pun. (kecuali pakaian yang terlalu seksi. sy sndri malu tgk)

kalau wanita itu comel mcm koreans, saya pun kata comel.
kalau wanita itu cantik mcm hindustanis, saya pun akan kata cantik.
bagi saya, melihat mereka itu sprt, subhanlallah, cantiknya!
itu sahaja, tiada rasa lain.

apabila saya memandang wanita daripada mata seorang lelaki.
astaghfirullah. terdiam seketika.
tinggi juga cabaran untuk kalian. ya?
benar2 tinggi.
bagi kalian; para wanita itu adalah perhiasan.
perhiasan yang.. (isi tempat kosong sendiri lah?)
dan.. hidup kalian dikelilingi perhiasan2 ini.
bagaiamana kalian survive.?
atau.. sebenarnya, kalian sudah lali?
cukup sahaja iklan2 kecantikan di tv.
itu baru iklan malaysia. belum iklan oversea lagi. ohoho.

berbalik kpd persoalan saya sebelum video tu.
satu persoalan yg sedikit ketat timbul dalam fikiran saya. yakni,
hmm... adakah, perlu lagi sy kongsikan gambar sy kpd umum meski sy sudah blurrkan wajah?
sy sendri tidak pasti samada ianya boleh dikira sbg pandangan yg "terlampau ketat" atau tidak jika saya menjawab "tidak perlu kongsi lagi.".

org kata, tanya pada hati kecil. kan?
hati kecil saya menjawab, tidak ada apa yg perlu dirisaukan. asalkan pakaian kamu menutup aurat,
ttp.. sekali lagi bilamana sy memandang dari mata seorang adam, kerisauan itu muncul kembali. O_O

memetik kata2 didalam video diatas;

what annoys me the most is when man stop looking at girls,
and show respect to GOD!

sekalipun sy menunjukkan gambar saya tanpa muka, tp saya masih menunjukkan diri saya. diri saya. seorang perempuan, seorang gadis.
bercampur2 perkara ni dalam fikiran saya.

sahabat blog sy terdiri dari both adam dan hawa.
blurring my face is the least i cud do. sy masih boleh berkongsi gambar dgn shbt permpuan, dalam masa yg sama tidak perlu risau dgn kaum adam. erm. yeke?

hmm... well, mungkin,.
mungkin, satu hari nanti, i will, in the end, elak daripada upload gmbr sy kpd umum. cukup dgn gambar2 pemandangan etc...
u never know~

When a tought of evil from Satan assualts you,
bring Allah to rememberence.


wallahu'alam,



kata hati :
membuat sesuatu yang asing dari kebiasaan itu ternyata sangat2 sukar...... apatah lagi dalam terus kekal dalam melaksanakannya.....

langkawi (end)


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Bismillahirrahmanirrahim...

3rd day, as promised.
(again, abaiakan susnan kata yg tunggang langgang )

kali ni ke langkawi mmg utk bercuti, bukan utk bershopping.
jadi agenda shopping tu tiada dlm list
(but masih sempat juga singgah ke kedai bebas cukai beli itu ini. hehe)
hari ke3,p ditutup krn angin kuat.
kalau ke langkawi ni
x sah klu x ke, cabel car. di machinchang
asalnya mahu pg hari sebelumnya,
ttp cable car ditutup pula kerana angin kencang.
jadi kepada kalian yg mahu merancang percuutian ke langkawi,
pilih waktu yg bukan musim angin kencang. kalau tak, rugi sahaja tidak dapat naik cable car. :)

harga tiket, nak kata mahal, x lah mahal sgt.
nak kata murah, xlah murah sgt.
affordable lah. bergantung pada sejauh mana kita memaksimakan waktu diatas.
tidak ada limit waktu, kita boleh berada diatas tu selama mana kita mahu. boleh ulang alik naik cable car sebanyak mana kita mahu. asalkan jgn naik cable car yg turun ke stesyen bawah lah. ada 3 stesyen.
satu stesyen bawah, satu lg yg tengah, dan yg terakhir.

ni penanda yg hanya boleh didapati di cable car. sy sbnrya nak ambil gambar facial expression stickman tu. sgt kelakar. hehe.
anyway, harga tiket adalah rm15 utk pemegang mykad.
jadi, tolonglah jgn tinggalkan mykad anda ok.?
kebetulan kekanda sy meninggalkan mykadnya didalam handbag di kereta.
jadi kenala bayar fullcharge. mcm foreigner pla. rm30/person!
utk kanak2, erm, sy tak ingat lah rasa2nya rm8atau rm10 utk pemegang mykids.
sesetengah hotel ada link terus kepada cabel car ni. jadi kalian boleh terus beli tiket dari hotel. senang kerja. x perlu beratur panjang mebeli tiket.
but. as mentioned be4, bagi kami, inilah kelebihan bercuti semasa bukan cuti umum. orang tidak ramai. beratur pun tak panjang. alhamdulillah..


kalian akan menunggu mengikut petak.
satu petak mewakili satu gondola.
dan pada peringkat akhir, akan ke tepi plantar dan berdiri atas petak2 bernombor.
nombor 1,2,3,4,5,6.
yg bediri di petak number satu, merupakan org pertama yg akan masuk gondola.
begitulah seterusnya.

macam kami, ada 4 org. jadi 4 petak itu dipenuhkan dulu.
satu gondola muatkan 6 org. so, ada baki 2 org kan?
si penjaga akan mencari mana2 pelanggan yg datang berdua.
dia tidak akan force orang yang ahli keluarganya 4 orang utk emnyumbangkan 2 org utk masuk satu gondola dgn kami. sekalipun kalau ikut giliran, mereka yg perlu isi dulu kekosongan tu.
kita takkan terpisah dgn family. penjaga itu akan aturkan.
dan. beruntunglah bagi pasangan tadi, kerana tak perlu ikut turn. dari line belakang, terus dapat naik gondola. rezeki tu namanya.

ok. satu petua.
di gondola tu, jika kalian mahu duduk di seat yang menghadap ke hadapan, bukan ke belakang, cepat2 amik petak nmber 1-3.
sbb org yg awal dapat pilih tempat duduk yg dia nak.
yang masuk lambt2, 4-6, perlu duduk mana2 tempat yg kosong sahajalah.
macam saya. dapat number 4. sepanjang dalam cabel sy mengundur.! huhu..~
again. rezeki sy tang tu. nak wat camna kan? hehe.

kami terus ke stesyen ke3.
di stesyen ke3 ada dibina sedikit unjuran.
dimana kita boleh view pemandangan cantik.
but. utk kesana, perlu sedikit jungle treking.
perlu meneruni bukit hingga sampai ke jambatan tu.
so, bg siapa2 yg membawa baby kecil, make sure bawak beg dukung tu sekali. sbb mesti tak larat. nenek2 yang tidak punyai tenga, dinasihatkan tunggu di stesyen sahaja.

atas bukit tu stesyen ketiga,ini pula jmbtnnya. jauh juga kan kena turun?

satu lagi petua.
bila kalian datang ke sini,
tolong, jgn pakai baju yg dibuat drpd material ringan!
tshirt okey.
elakkan pakai baju kurung/jubah/skirt.
kalau nak pakai juga, sila pakai seluar panjang di sebelah dalamnya.

dan kpd mereka yg pakai tudung labuh,
bawa pin extra siap2.
atau pakai jaket,
atau bawa beg pack.

kerana apa?
kerana angin sgtlah kuat!
dan ia menerbangkan segala apa yg ada dibadan kita.
hehe..

pengalaman sy sendiri lah.
hari tu sy memakai kemeja hitam labuh bersama jeans dan tudung purple pudar labuh.
di stesyen tu tidaklah kuat sgt angin
tp bila di jambatan..
masyaallah..
yelah. kita berada di laluan angin.
tergantung2 di atas tu. mmglah kuat anginnya.
habis terbang baju saya tau. bila jalan tu tangan duk sibuk betulkan baju,
pin lebih saya, diberikan kpd bonda sy.
sy pula mebawa backpack yg asalnya di bawa oleh ayahanda sy, utk mengelakkan tudung sy terbang.

kakak sy pula......
heheheee
kebetulan kakak sy memakai skirt jeans.
XD
tak terkata lah terbangnya macamna.!








ehehe..kami sempat berpicnic pula kat ats ni.
sbnrnya tidak dibenarkan mbwa makanan atau minuman.
sbb takut mereka buang sampah ke bwah.
habis hutan kotor nanti.

tapi, jika kalian mahu juga bawa makanan/minuman. (minuman esp. sbb haus bila mbuat jungle trakking tu)
make sure kalian bawak beg belakang dan simpan baik2 dalam tu.
jaga tidak akan cek beg belakang.
dia hanya akan tahan beg2 plastik yg terang2 mebawa makanan.
tapi, diingatkan, jika kalian mbawa makanan naik atas, tolong bertanggungjawab dgn sampah2 ya? n, do take note yg angin kuat. jadi plastik mmg mudah terlepas dari tangan kalian. berhati2.


masa turun ke pelantar tadi senang je.
yang terasa azabnya bila nak naik balik ke stesyen ketiga tu.



sampai ke stesyen ke3, kami lagi sekali berpicnic.
bonda mbeli ice cream yg harganya rm3.50
ayahnada mebeli pisang yg harganya rm1
dan air kotak yg brhrga.. mm tak tahu
yg pasti, lebih mahal dari biasalah.

puas itu ini itu ini, kami pun turun semula ke stesyen awal.
kami x berhenti pun di stesyen kedua sbb, memikirkan masa yg dikejar.

antara stesyen 3 dan ke2,
kalian ada pilihan samada mahu jungle trekking atau mahu turun dgn cable car.
semasa 1st time sy dtg kesini kira2 lebih 5 tahun lalu,
kami mengambil lalulan jungle trekking. laluannya semua sudah siap cantik. tinggal nak lalu je . buleh tahan jugaklah penatnya...
tp., tu lah, bila lagi mahu jungle trakking dgn keluarga? bukan senang.
ermm.. despit that, utk kali ini, prefer cable car. masa tu penting.
ayahnada dan bonda pun, kudratnya tak sebanyak dulu. hehe..

turun ke bawah, bonda dan ayanda ke kedai2 sekitar utk beli ole2.
sy dan kekanda pula lari ke taman haiwan.
ehhee.. comel tau dapat bermain dgn anak2 rusa.
mereka sgt jinak.
dan, kuat makan.
kalau mahu beri makanan, perlu mebeli dgn harga rm1.

saya geli utk beri dgn tgn.
tgk hidung dia berair2. eee..
mula2 tu konon lah nak feed direct dari tgn tp bila hulur tgn.
mak aih, keberanian tercabar lalu ditarik balik tgn ni. :P
anak2 rusa ni boleh mneghidu.
habis tgn sy "dikejar" krn dia tahu ada makanan di tgn sy.

dan, x sangka, boleh than juga manjanya mereka ni.
digosok2kan kepala ke badan saya, minta makanan.
sy ni tidaklah jahat mana.
masih ttp berikan makanan, ttp saya taburkan je atas tanah.
time tu, baru dapat peluang utk memegang dgn baik mereka2 ni.
dalam kepala sy duk set yg bulu mereka ni mesti lembut, sbb nampak mcm lembut je..
tp, bila pegang, masyaallah... kasar kalahkan penyapu!
jadi, pengajarannya, jgnlah tertipu dgn pandangan semata2. cuba dan rasa sendiri. ;)


dalam pada saya geli dgn hidung lembik dan berair mereka tu,
akhirnya sy meberanikan diri juga menghulurkan tgn sy kpd mereka.
ee.. geli2. rasa geli. rasa basah tangan ni. rasa lembik.!
tp, jadilah. dapat juga merasa. beri makan anak rusa dgn tgn sendiri. hehe~

itulah dia sahaja aktiviti pada hari ke3.
bagi yg mahu kesini, peruntukkan sekurang2nya 2 jam. itu minima.
all ini all, it was nice. really nice.
kena harinya ada aktiviti yg dibuat di oriental village di stesyen pertama tu.
tempatnya pun cantik.

alhamdulillah.

alhamdulillah percutian ini dapat dijalankan.
sy tidak ingat kali terakhir sy bercuti dgn keluarga.
erm, to be precise, bercuti dgn kakak.

hopefully there wud be another holiday next year!

salam pasca-langkawi,