kongsi


posted by ~ n.u.u.r ~

4 comments

BIsmillahirrahmanirrahim...


" Assalamualaikum, cikgu."

beberapa orang pelajar lelaki yang tingginya lebih kurang paras telinga saya, meberi salam kepada saya. alahaaiiii kecik2nya kamu semua ni. hati saya berbisik.
mendengar perkataan cikgu, saya tersenyum, menahan ketawa.

saya mengenakan sepasang baju kurung kelabu bermanik,
dikenakan bersama tudung kelabu bonda sy yg diculik,
sepasang kasut hitam bertumit 1/2 inci,
handbag putih pemberian kekaknda,
bersama, beg paddington bear guardian yang berisi laptop.


mm okeylahh mmg ada nmpak mcm cikgu cket. :P

ya. hari ini, hari memberi satu perkongsian bersama adik2 form 5.
saya sudah tidak kenal junior2 saya lagi lantaran saya hanya bersekolah di smk taman selasih sehingga tingkatan 3.
pelajar2 tingkatan lima pun, hanya saya kenali melalui cerita2 bonda saya yang merupakan guru matematik di sekolah yang sama.

sejujurnya, saya gabra
lebih2 lagi apabila cikgu roslan, kaunselor sekolah, baru memaklumankan bhw saya akan berkongsi dgn seluruh tingatan lima, bukan kpd pelajar2 terpilih sprt yg dirancangkan sebelum ini.
ini bermakna, sy akan berhadapan dgn lebih drpd 130 org pelajar.
(walaweeiiii...~) T_T

dan, sejujurnya lagi,
saya baru siap slide pada malam sebelumnya.!
:P
jam 3.30 pagi.
ini semua bahana buat kerja last minit walhal sudah dimaklumkan sejak dahulu kala. entah bila tabiat buruk ni nak dihapuskan, sy pun tak tahu?
inilah antara sebab sy bertambah gabra. preperation x cukup.
kalian, marahkan saya ni sekjp. buleh?
act buat slidenya skjp shj. dalam 2 jam sudah siap.
yang lamanya mencari bahan-bahan yg ingin disampaikan.
esp video.
bila dah namanya mencari video di youtube, faham2 sahajalah.
lain yang dicari, yang yg dibuatnya.
terlalu banyak "video2 sampingan" yang turut sama terbuka.
lebih2 lagi bila saya terjumpa himpunan iklan2 yang mendapat anugerah canne.
terus terlekat nak menonton hingga lupa bhw sy punyai misi lain. :P

kebetulan 3 hari sebelumnya diisi dgn percutian di langkawi,
dan hari isnin seharian sudah penuh diisi dgn aktiviti mengemas rumah.
mmg tak menyentuh langsung slide tu. malam jam 12 tgh malam baru sy mula membuat slide. mmg terukkan? :P

alhamdulillah..

apapun, semunya selesai dgn baik.
walaupun sy tahu pengisian saya hanya sekadaranya, saya sendri sudah lupa kali terakhir saya terlibat dalam aktiviti bercakap2 depan org ramai ini.
tidaklah sprt mana2 pakar motivasi.. hanya sebuah cakap2 kecil dari seorang senior yang mahu melihat adik2nya memandang lebih jauh dari hanya sekadar hiburan.
saya mahu mereka rasa satu ikatan anatra saya dan mereka.
saya mahu mereka lihat, pelajar2 sekolah taman selasih juga punyai harapan, dgn syarat, dia sedar.

sy memperkenalkan beberapa org senior taman selasih yg,
sy kira, boleh dijadikan contoh buat mereka.
sahabat sy nadiah merupakan bakal jururawat
syazril amri yang merupakan bakal juruterbang
syahri azeem yang merupakan bakal jurutera
nadia abd razak yg merupakan guru.

bulat biji mata mereka apabila mengetahui ada kakak2 dan abang2 mereka, yang menylusri jalan2 ini. rasa berkaitan ini lah yg mahu sy wujudkan. kalau tidak dapat wujudkan, sekurang2nya, sy mahu mereka tahu, inilah pelajar2 keluaran taman selasih.

memakai nametag sekolah sms sesi perkongsian ;)

itu ini itu ini, hampir satu jam setengah jugalah sy bercakap.
sudahlah tengah2 tengahari, waktu puncak mengantuk.
hoho. pesan sy kepada adik2, kalau tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah.
kerana sy sendiri tahu apa rasanya medengar orang bercakap semasa tengahri buta. xD

pelik

rasa sangat pelik, janggal, segala kepelikanlah,
apabila, usai sesi talk, sy diberi satu goodie bag yang berisi bermacam2 barang.
malahan selepas itu dijemput makan di kantin.
mak aihhh...
sy masih merasakan sy ini pelajar sekolah taman sealsih.
dan utk menerima pengahrgaan begini, rasa macam, peliknya.!


lebih2 lagi saat "dijemput menjamu selera", dgn guru iringan, dua org guru lelaki yg mmg sy kenali, dan kebetulan ada pengetua sekolah, dan pengerusi PIBG, serta guru disiplin.
saya seorang permpuan, makan bersama2 5 org lelaki.
tp .. dlm pada pelik2nya tu, habis juga laksa satu pinggan and sempat jua order teh ais satu. haha XD bertuah sungguh...

refleksi

sedar tidak sedar, sebenanrya, deep down, saya mempunyai minat dalam pengucapan awam.
seronok juga bercakap depan orang ni. rasa mcm cikgu. rasa mcm, ada juga manfaatnya kita bercakap ni, drpd ckp2 kosong. yekan?
diri saya rasa terbina apabila bercakap dpn khalayak.
sy seolah2 menasihati diri sy kembali apabila sy menasihati orang lain.
gugup sy juga bernasur hilang apabila sudah memegang mikrofon.
adakah pada masa hadapan nanti, sy akan terus melibatkan diri dalam arena pengucapan awam dan menyampaikan maklumat kpd orang awam?
mungkin ya. itu, tak mustahil.
menjadi golongan profesional yang bukan sahaja profesional pada kerjayanya, malahan bermanfaat buat masyarakat sekeliling.
subhanallah... mampukah saya?





salam pagi rabu,



kata hati:
1. berdebar la result alevel ni..
2. owh ya. cerita mengenai langkawi. alhamdulillah, marvellous!
terlalu banyak nak cerita. x pasti mampu kongsi disini atau tidak. tengoklah nanti2.
dan, athirah, mengenai puding karamel tu, ha tu pun ada kisah yg panjang.
mmg akan post. sabar ya thirah sayang. ~ ;D

thank you


posted by ~ n.u.u.r ~

3 comments


Dengan NamaMu Ya Rahman, Yang mempertemukan hati-hati ini,
maka sejahtrakanlah akannya..


sy hanya pernah menerima bunga ketika saya berumur 17 tahun.
sejambak bunga ros merah. :)
kali ini, saya pula ingin memberi "bunga".
ttp mmaflah. bunga maya sahaja. hehe... kpd,
ya, siapa lagi kalau bukan kepada kalian sahabat2 blog saya. :)
(kalau nak bunga betul2, beritahu saya ya.)

for you.
bunga putih, tanda persahabatn

saya tahu ada antara kalian yang tiap hari berkunjung kesini,
menginginkan khabar dari saya.
walaupun tidak pernah bertegur, tapi saya tahu, kalian sentiasa memerhati.
sejujurnya ada terniat di hati saya, agar, persahabatn maya ini terjalin di alam nyata.
agar, ya, mungkin sy juga boleh melaksanakan tggnjwab seorang shbt.
kalau ada majlis, ada juga orang yg boleh dijemput.
kalau sy meninggal dunia, ada juga org yg boleh dtg mengurus.

sesetengah dari kalian, sepertinya saya tahu siapa.
ttp enggan sy suarakan,
khuatir ada pula yg melarikan diri spt apa yg telah berlaku satu ketika dahulu.
sy cuma mahu kalian tahu, bahawa sy menghargai kehadiran kalian. :)

kamu yang berada di terengganu ..
di kedah.. perak.. sabah.. sarawak..
pahang.. dan selangor tak terkecuali. :)
juga dari amerika dan, india.. :)

semoga dirahmati Allah, hendaknya..





kata hati :
saya akan bercuti ke pulau langkawi hingga hari ahad.
jadi, tiada posting dari saya buat sementara waktu.

syabab


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

bismillahirrahmanirrahimm...

saya masih belum mengulas mengenai harry potter the deathly hollow.
:P
ya. sy tahu orang lain sudah berzaman lamanya menghabiskan siri terakhir harry potter itu, cumanya, sy ttp mahu kongsikan sudut pandangan sy sendiri. tak kira.
tp.. sekarang ni "mood" harry potter ditutupi dgn mood syabab musafir kasih.
so, potter ditinggalkan utk meberi ruang pada syabab. sorry ya potter!2 :)

syabab musafir kasih.

novel ini direkemenkan kpd saya oleh seorang pengunjung blog saya ini satu ketika dahulu. sewaktu sy sedang sibuk2 bercerita mengenai laskar pelangi, beliau mencadangkan saya utk cuba membaca syabab yang secara dasarnya berkisahkan mengenai perjuangan anak muda dalam mengejar pendidikan.

generally, gaya bahasa dalam novel syabab biasa2 sahaja. (bagi saya).
mula2 mebaca tidak meberi apa2 tarikan yang kuat sepertimana saya membaca karya andrea atau faisal tehrani, ttp sy masih teruskn pembacaan hingga ke muka surat akhir.

pada pertengahan novel saya temui pengisian2 disampaikan secara tak langsung kepada pembaca, yang terus mebawa kita hampir dgn Kalam Allah.
(dalam posting yang lepas2, saya telah mengatakan bahwa persoalan saya sendiri terjawab hasil dari mebaca novel tersebut.)
banyak persoalan di jawab dengan ayat2 Quran.
banyak situasi yang disandarkan kepada kisah2 para sahabat dan kehidupan Rasulullah serta Nabi yang terdahulu.
saat sy baca itu, sy terasa lebih dekat dengan Alquran.
dan, membuatkan saya belajar utk menyadarkan sesuatu keputusan atau tindakan itu kepada apa yang telah dianjurkan.

sedar tidak sedar, novel itu membuatkan saya mula mencambahkan rasa cinta kepada tempat2 yang darri dulu menyanjung tinggi budaya ilmu, tempat saksi kedatangan para nabi dan ulama, terutamanya syam.
ia berjaya mebuatkan saya menyimpan hajat untuk melangkahkan kaki dan berziarah ke tempat2 tersebut. tunggulah. satu hari nanti, saya pasti akan ke sana. insyaAllah.

poligami.

satu scene dalam novel itu yang menyentuh hati saya.
scene mengenai permintaan isteri syabab supaya menerima lamaran seorang syiekh terhormat dari syam yang ingin menjadikan syabab sebagai suami kepada cucu perempuannya. pada bab terakhir, bab 17.

dari sini saya dpt melihat gambaran bersih poligami itu.
dari segi tujuannya, perlaksanaannya dan adabnya.
mebuatkan hati saya sejuk, nyaman.

saya percaya masih wujud perlaksanaan poligami yang bersih ini meskipun sy hidup pada era yang penuh dengan spekulasi dan kerenah2 suami yang pada mulutnya lantang bersuara menyatakan
"aku ikut sunnah nabi".
"aku punyai kuasa".
"aku berhak nikah lebih tanpa pengetahuan".


hakikatnya, saya cukup panas dengan para suami yang, sangat, sangat jauh daripada melaksanakan kesucian poligami ini. itu benar2 saya akui. tidak akan saya selindungi.

memang benar, mereka punyai hak. memang benar mereka punyai kuasa utk melaksanakan poligami secara sembunyi2,
ttp, kemanakah hilangnya rasa hormat kepada si isteri yang sudah bertahun2 disamping suami?
kepada hilangnya rasa hormat kpd anak2?
kemana perginya makna "mengikut sunnah nabi" itu?
kemana perginya sunnah rasulullah yang sentiasa melakukan sesuatu keputusan dgn musyawarah dan solat2 sunat?
sy kesal dengan pelbagai konflik rumah tangga yang saya dengar, baca, dan lihat.
benar2 kesal.
mudaha2n saya tidak diuji dgn ujian sedemikian rupa pada masa hadapan.

jelas sekali, kesemuanya berbalik kepada sejauh mana seseorang itu menjadikan Quran dan sunnah sebagai pegangan, dan, amalan dalam kehidupan sehari2an.
saya tahu tiada manusia yang sempurna. kerana itulah kita diberi panduan. untuk "menebus" ketidak sempurnaan kita.
(kenyataan saya ini cukup general. tp saya masih mahu menyebutnya)

saya pula?

apa?
kalau saya?
adakah saya ingin merelakan poligami jika ianya terjadi kpd saya?
owhhh mencabar soalan ni.

i am a thinker (or a dreamer?)
sy selalu meletakkan diri saya dalam pelbagai situaasi dan membayangkan bagaiamna saya akan react pada situasi2 yang saya bayangkan itu.
dan situasi poligami ini tidak terkecuali.
malahan, saya telahpun membeli satu buku berkenaan poligami untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai isu ini.

ini kenyataan tidak matang saya:
para adam, kalau dihalang hasratnya, takkan pernah berhenti. daripada buat diam2, lebih baik izinkan.

ini pula kenyataan matang saya:
selagi, ianya, memenuhi syarat, dgn adabnya, betul perlaksanaannya, mampu kesemuanya, tidak mustahil untuk saya mengizinkannya. (sgt mudah sy cakap ye.?)
but yet as a women, i believe there will be a huge sacrifise dari segi perasaan.

apapun, setakat ini saya masih belum melihat contoh ideal masa kini yang melaksanakan poligami dgn penuh adab di dunia realiti, hanya di dunia novel.
ttp spt yang sy nyatakan sebentar tadi, saya yakin ianya masih wujud.


wallahu'alam.


kata hati:
1. macam ape je posting kali ni?
2. kalian tahu tak wujudnya poliandri?

yakni, seorang wanita berkahwin dengan lebih dari seorang suami pada satu2 masa. ada masanya dengan seluruh adik beradik!
ya, mmg wujud..



abc


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Dengan NamaMu YaAllah..
Perancang segala sesuatu..


inisiatif

saya tahu apa yang bakal saya tulis ini,
mungkin akanmengundang kemarahan kalian.
memarahi saya kerana, sy tidak punyai keyakinan diri.
atau.. fikir yang bukan2.

hakikatnya, saya sebenarnya berpijak pada realiti.
saya mahu fikirkan pelan A dan pelan B agar saya tidak terlalu kecewa dgn kemungkinan2 yang bakal berlaku.
agar saya lebih redha seandainya ianya berlaku.
kadang2, menyediakan pelan2 inisiatif inilah yang menjadikan kita lebih kuat dan tidak terlalu melatah dgn apa yang ditakdirkan utk kita. kerana, kita telah bersedia.:)

apa?

apa pelan saya itu.?
apa lagi kalau tidak mengenai keputusan Alevel saya 20 ogos akan datang ni.
pelan pasca result Alevel.


dan, secara kasar, disini, pelan saya.(dari aspek pendidikan) utk, dalam 5 tahun akan datang.

plan A

sy lulus cut off point.
memasuki IMU bukit jalil selama 2 tahun setengah.

alhamdulillah jika tercapai.
hajat saya ingin mengikuti pengajian sampingan di UM sepanjang saya berada di IMU nanti.
sementara saya masih dekat dengan insitusi pengajian tinggi, saya harus mengambil peluang. seoptima mungkin. bila lagi, kalau bukan sekrang?

kini baru saya sedar betapa saya telah merugikan 2 tahun di intec tanpa mengambil apa2 pengajian sampingan. sedangkan terlalu byk waktu lapang semasa di intec dulu. dan, benar2 sudah teramat hampir dgn UiTM shah alam!
tulah. budak2 mmg tak berpandangan jauh. :p

ini baru perancangan, but hopefully dapat terealisasi kerana saya benar2 mahu belajar.

selesai fasa satu di IMU dan sambung di univ luar negara selama 3 tahun berikutnya.

plan B

seperti diatas, cuma bezanya, saya tidak akan sambung pengajian di luar negara.

sebaliknya saya akn tukar option dan menyambung fasa dua di IMU seremban.
jgn risau, sy sudah bertanya kepada pihak IMU dan pihak IMU menyatakan ianya boleh diuruskan dan tiada masalah.
malahan JPA lebih gembira jika ada yang mahu tukar kpd pengajian tempatan kerana ianya sekaligus mengurangkan kos perbelanjaan.

kenapa saya mengada2 nak tukar option kpd univ tempatan sedangkan sudah ada peluang utk ke negara luar, fully sponsored?

well, apa yg dapat saya katakan, macam2 yang boleh berlaku dalam masa 2 tahun setengah itu. jika rasional saya menyatakan kehadiran saya lebih diperlukan di malaysia, saya akan tetap setia di malaysia, despite what people might say.
tiada gunanya jika saya ke luar negara jika saya meninggalkan urursan yang tidak selesai di malaysia. kan?

plan C

saya tidak lulus cut off point.
mungkin JPA akan membantu menyerap masuk ke univ lain
turutan negara pilihan saya adalah, indonesia kemudian india dan akhirnya univ tempatan.
entah kenapa ada satu desire besar dalam diri saya utk ke indonesia.
agaknya kalau diberi pilihan samada saya mahu ke IMU atau ke indonesia, saya akan memilih indonesia! seriiusly.

di IMU nanti, saya bakal berhadapan dgn satu cabaran besar yang selama ini saya cuba utk jauhi. sy tahu, its better to face the challange rather than running away, ttp, sy tidak pasti sejauh mana, setinggi mana kekuatan saya dalam menghadapi cabaran besar itu. mudahan2 saya kuat. amien.

Plan D

pelan ini terlalu horror. tak mau kongsi. ada lagi plan lain. tp....
cukup lah 3 pelan sahaja sy kongsi dgn kalian. :)

mana satu yg mungkin saya lalui?
plan A? B? C? atau bukan kesemuanya?
well, expect the unexpected!


Manusia merancang
Allah juga merancang
sesungguhnya Allah itu sebaik2 perancang.



salam inisiatif,

message


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

assalamualaikum wbt.

to my surprise, posting "fesyen" sy sebelum ini menarik perhatian sahabat2 sy.
beberapa sesi perbualan melalui yahoo messenger, juga yahoo pingbox diadakan.

sedang saya mencari video2 yang sesuai utk dimuatkan dalam sesi bersama junior minggu depan, saya bertemu dengan video ini, yang intinya amat hampir dengan message yang ingin saya sampaikan dalam poting saya yang lalu.
mungkin setelah mnonton video ini, kalian punyai gambaran yang lebih jelas. :)

selamat menonton.!




"rugilah orang2 yang mengotorkan jiwanya".

salam sejahtera;


kata hati : berdebar la nak bg talk niii... O_O

jawapan


posted by ~ n.u.u.r ~ on

No comments


Dengan NamaMu yaLatif..


Dua tiga hari ini, banyak perkara dan persoalan yang hadir dalam diri saya, terjawab dgn sendirinya.
Saya tidak pernah bertanya ,
Ttp, Maha suci Nya, Yang Maha mendengar segala sesuatu baik yang nyata mahupun yang tersembunyi… saya telah menemui jawapannya.

Jauh.

Sejak dua menjak ini, saya sering memikirkan satu persoalan. (em isu mungkin. Bukan persoalan).
Saya merasakan bahawa saya cukup jauh daripada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
Saya tidak dapat merasakan kasih kepada baginda sepertimana saya kasihkan insan2 lain dalam kehidupan saya.

Saya terasa janggal dalam melalui jalan perjuangan, janggal dalam menjadi salah satu rantai yang membentuk rantaian penerus perjuangan baginda.

Pelbagai rasa ada. Bertindan2, berganti2, membuak2.

Rasa tidak layak kerana tiada ilmu itu, satu.
Rasa tidak yakin, itu dua
Rasa tidak mampu, itu tiga.
Rasa diri saya ini terlalu sangat kekurangannya, dosa yang tak pernah bersih, berbeza dgn jalan perjuangan yang sifatnya bersih.. itu empat.
Saya rasa seperti seorang munafik,kerana kadang2 ibadat harian dilakukan dgn penuh rasa bertangguh2, itu lima.
Dan lain2 rasa yang kalau disenaraikan mahu panjang lebar dibuatnya.

Saya tidak tahu dari mana saya perlu mulakan. Dari sudut mana saya perlu dahulukan perubahan saya ini. Sy juga tidak pasti adakah ini hanya hasutan2 makhluk bertanda dua dalam melemahkan semangat saya atau ianya benar2 datang daripada kekeliruan saya sendiri, itu juga satu persoalan lain.

Sy buntu. Dan sy keliru. Itu sebenarnya.

Jawapan 1

Jam 22:04, 27 july 2009, saya menerima satu pesanan ringkas daripada shbt sy, Afiq amin. (yang mana saya hanya buka pesanan itu keesokann harinya, yakni hari ini)

Kata Syed Qutb dalam tafsir fi zilalil quran;

“ Jalan perjuangan yang jelas dan tegas itu merupakan separuh jalan menuju kemenangan.
Oleh itu, setiap mukmin pastilah merasa jelas di dalam hatinya bahawa dia berada diatas jalan yang benar dan musuhnya berada diatas jalan yang batil.
Matlamat di dalam hatinya pastilah mbulat pada sabilullah.
jangan sesekali ia diselubungi kekeliruan hingga ia tidak tahu ke mana ia tuju”
salam syaaban nuur ijjlal.

Astaghfirullah…
setiap patah kata dalam pesanan ringkas itu meruntun hati saya.
Saya beristghfar panjang.

setiap mukmin pastilah merasa jelas di dalam hatinya
Ia jangan sesekali ia diselubungi kekeliruan hingga ia tidak tahu ke mana ia tuju

:’( saya benar2 terduduk.
Saat saya sedang keliru, Allah hantarkan peringatan kepada saya, instantly.
Allah menegur saya dgn cara yang sungguh berhikmah. tanpa perlu saya mengadu kepada sesiapa.

Kesemuanya jelas2 terjawab.
Sy keliru mengenai perjuangan, dgn perjuangan juga dijawabnya.
Sy keliru dgn kekeliruan, dgn kata keliru juga dijawabnya..

Subhanallah… Sesungguhnya benarlah, mengadulah padaNya, dan Dia akan memberi pertolongan kepada hamba2nya yang memohon..

Jawapan 2 : dari Syabab Musafir kasih.

saya baru separuh membaca novel syabab musafir kasih.

Mukasurat 197

“alan’am:69, Tinggalkanlah orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu dgn kehidupan dunia”

“Habis… nak kawan dengan siapa?”

“Dengar dulu sambungan ayat ni. “Peringatkanlah mereka dgn alquran agar setiap orang tidak terjerumus ke dalam neraka atas sbb perbuatannya sendiri. Itulah tanggungjawab syabab kepada mereka.”

“diri sendiri pun masih jahil”, luah syabab.

“takkan selamanya nak biarkan diri begini. Sbb itu, kak zah selalu pujuk suruh sambung belajar.

Mukasurat 193

“ Masih banyak lagi perlu saya baiki diri. Apa yang paling utama perlu saya baiki?” Tanya syabab.

“syabas pemuda! Soalan yang baik!.Jawapan yang bakal diberi menuntut perlaksanaan yang cukup besar. Kita bukan umat yang hanya tahu berteori tanpa amal. Kamu bersedia mendengar dan beramal?

“allahuakbar, sedia bertindak tuan!”



“bagaimana aku boleh memasukkan semua sifat ini dalam diriku? Bukan diriku sahaja, bahkan dalam diri setiap pemuda.” Syabab merenung sepuluh sifat peribadi muslim dalam buku jalan dakwah;

1. Akidah yang sejahtera.
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang teguh
4. Berilmu pengetahuan/ fikiran terdidik
5. Jasad yang kuat
6. Mujahadah pada nafsu
7. Bermanfaat pada orang lain
8. Menjaga waktunya
9. Sistematik urusannya
10. Mampu berdkari

“Alam pasti teruja.”
“Aku pemuda, punyai semangat menyala, azam membara. Aku akan jadikan 10 sifat muslim itu satu kenyataan, bukan fantasi semata!



Ya Allah..
janganlah Engkau putuskan bimbingan Engkau kepadaku..


mengejar sebuah realiti,


kata hati : apa pelan tindakan selepas ini?

back


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

Assalamualaikum..

Sudah beberapa hari saya tidak mengupdate blog.
usah risau, kali ini saya tidak sakit mahupun demam. Sekadar, mengalami sedikit gangguan untuk connect kpd internet.. Apapun, terima kasih, kepada yang mengambil berat tentang saya. Sangat menghargai.

“takpa.. pakcik bagi. Tadi kata nak guna kan? Hang belajar pandai2 cukup."

Subhanallah….. subhanallah….
Entah berapa banyak perkara yang saya malu.
Entah berapa banyak kali saya terkelu.
Malu atas kepemurahanNya kpd saya.

Modem huawei saya rosak.
Ikutkan perlu diganti baru kerana tempoh warranty modem saya sudah tamat. akan melayang tiga angka jugaklah wang saya.
Tetapi pakcik tmnet itu, turun semula ke vannya dan kembali naik membawa seseuatu.
memberikan satu modem simpanannya yang baru dibaikinya.
Modem saya yang rosak, diambilnya.

“takpa. Pakcik bagi. Toksah bayar apa pun”
Saya mebelek2 modem tersebut.tertulis disitu, April 2008. Baru setahun lebih.


Ya Allah. Lagi rezeki kamu buatku. :’)


meraba2.

Saya akui, saya sedikit terjejas dengan tiadanya internet. Kebergantungan saya kepada internet mungkin boleh dikatakan sudah mulai masuk ke zon bahaya. Resah, gelisah jika tidak dapat melayari internet dalam satu2 hari itu. (given that I dunt have any other work to be done).

Kebergantungan saya pada handphone sudah berlalu, kini, datang pula kebergatntungan kpd internet.?

Lepas satu, satu. Bila saya sudah belajar utk melarikan diri daripada handphone, kini saya dikejar oleh internet pula. Teknologi memang benar2 mencabar. Ye kan?

Tugas

Sebenanrya, antara mengapa saya bertambah gelisah dgn tiadanya internet adalah kerana saya punyai 2 tugasan utk dilangsaikan. Satu tugasan itu due date nya 4 ogos. Satu tugasan lagi, emm, mungkin dalam 2 minggu lagi.

Tugasan pertama adalah dalam menyediakan bahan untuk dikongsikan bersama junior2 semasa di taman selasih dahulu. Ya, satu sesi perkongsian pengalaman dan teknik belajar. selama satu jam setengah. *giggle*

Saya tahu agak sukar utk menyedarkan adik2 saya dalam satu percubaan sahaja.
Hehe.. sejujurnya mengenai teknik belajar itu, aduhaaiiii saya sendiri sudah tidak ingat bagaimana saya belajar zaman SPM dahulu. Yang pasti, terlalu banyak sesi sekolah yang saya ponteng dan melarikan diri ke perpustakaan awan. Perlukah saya kongsi mengenai itu? I dont think so! :P

Mohon kalian doakan saya dilancarkan lidah dan dipermudahkan urusan dalam sesi perkongsian selasa depan. Target saya hanya satu,saya mahu adik2 saya itu dapat melihat lebih jauh daripada hanya sekadar terlekat pada tradisi komuniti setempat yakni: habis sekolah, kerja, kahwin, berhibur.

Kalaupun mereka tidak dapat survive dalam alam pendidikan, saya mahu menertbitkan satu rasa dalam diri mereka bahawa, hidup ini bukan utk bersuka ria semata2.

Tugas dua pula,
Well, ini berkat dari mengadu kpd ustaz ridhauddin, lecterur intec, bahawa saya kebosanan di rumah. Hehe.

Ustaz telah meminta saya utk mencari bukti2 dalam “40 peristiwa akhir zaman” tulisan terjemahan oleh Ustaz Fahmi Zam Zam. Untuk dimuatkan dalam Thursday talknya bertajuk “esok Kiamat”.

Wah, benar2 perkara baru buat saya. Saya tidak pernah mebaca buku 40 peristiwa akhir zaman itu. (Jadi, saya perlu mebacanya terlebih dahulu.. )
Sy tidak pernah pula nak mengkaji atau mencari bukti kebenaran hadith2 rasulullah. Mmg benar2 sesuatu yang baru buat saya.
Kepada sahabat2 yang berminat utk membantu, bolehlah hubungi saya di alin_mer283@yahoo.com dan kita boleh bahagikan tajuk untuk dicari bahannya. Siapapun, yang mahu membantu, dipersilakan. Terutamnaya kpd sahabat saya di Terengganu tu. Ye, kamu lah.. . :P

cukup dahulu sedikit catatan dari saya
jumpa lagi.. :)

struck


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

i dunt know why, but my heart was strucked by this.

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia;
dan amal-amal soleh yang
kekal faedahnya itu
lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan,
dan
lebih baik sebagai asas yang memberi harapan"

"Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): “Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya;
bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)”


Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!”
Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.


-alkahf

may it struck urs too.


salam malam jumaat,



kata hati :
1.mmg perlu paksa diri utk mencari benda2 yang boleh melembutkan hati
2. alquran is indeed the best, of all.

sabar


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments



bila ini...............


bertemu ini....

:D

sy pulang dgn sepasang blouse scarlet labuh, offer 70%,
(which cost less than rm20!)
sepasang seluar arcadia for mama offer 70%
dan seluar scarlet utk saya without offer.

baru shaja minggu lepas sms ke penang sy menahan diri dari membeli apa2 barang,
memikirkan wang dalam dompet yang makin berkurangan
sekarang, tiba2, dah dapat.
bukan sahaj seluar, dengan bajunya sekali.
free pula tu.?

rezeki demi rezeki datang dgn cara yang tak disangka2.
cuma..... perlu bersabar.
:)


sabar banyak2 ya,


kata hati : kakak, ijjlal belum insaf sgt lagi. kakak dah insaf ke? :P

respon


posted by ~ n.u.u.r ~

No comments

i had a small coversation thru yahoo pingbox, with encik azol.
maaf, sy tidak tahu menahu siapa gerangannya encik azol ini.
yg sy tahu, beliau adalah pembaca blog saya. itu sahaja.
(en azol, izinkan sy lampirkan perbualan di sini)

komennya:

azol: ttg posting awk terkini
nuur: ya?

azol: x rase rugi ke

nuur: jelaskan....?

azol: membiarkn apa yg patut kita nikmati berlalu gtu je..

nuur: apa yang patut sy nikmati tu?

azol: menikmati usia muda itu..

azol: mksud saya pakainnye..

azol: trendy..
azol: dsb..

azol: takut bila usia dh x patut..

azol: bru kita nk rase...

azol: bkn la membantah...

azol: skdr pndgn..

..

azol: klu kita mamapu utk ikut fesyen ..

azol: kita ikut..jgn biasakan melawan arusss..

azol: selagi x haram la..

azol: krn takut terbiasa dgn biasa2..

azol: krn satu hr ..ada masanya kita perlu pd trendy ni..

azol: tp kita masih x biasa..

azol: kdg kerja perlu pd penampilan..

azol: bkn maksud sya pakain terdedahh..
azol: tertutup pn perlu trendy gak...


apa yang saya boleh katakan disini adalah;
saya bukan penentang fesyen..
bukan bukan.. (my family know this better.)

cuma,, apa yang saya ingin katakan adalah,
saya sudah menemui dgn sesuatu yang saya selesa dengannya.
bagaiaman pun konsep pemakaian saya, trendy, classic, simple,
saya sudah tahu apa yang saya mahukan.
walau bagaimanapun penampilan saya, theres still a touch of "ijjlal" in there.
bukan sperti sebelum ini yang hanya.. mengikut.

itu sebenarnya yang saya mahu highlightkan dalam posting sebelum ini.
kita perlu, ada satu imej, yang berdiri dgn sendiri. imej kita.

boleh?

kalau nak dikatakan "azol: tertutup pn perlu trendy gak..."
pada mata saya, ini pun kelihatan trendy dan stylo . :D
(tak tahulah dgn kalian macamana)


perkara ini terlalu luas utk diperkatakan, kerana kita sering memandang sesuatu itu dari perspektif yang berbeza2.
masing2 mempunyai definisi masing2.
apa yang mahu saya sampaikan adalah, stick to your own identity.
first and foremost, ur identitiy , as a muslim.

itu sahaja. :)

any comments?